sahabat Senyap

Saturday, January 31, 2009

Dunia Senyap Ku

Kata orang rezeki ada dimana2, sedangkan ulat di bawah batu pun boley hidup inikan pula manusia yang cukup sempurna sifatnya. Tapi jika direnung dari sudut realiti, apa yang boleh ditemui hari ini. Manusia dihimpit dengan peraturan2 yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Tanpa satu alat yang disebut wang, manusia sukar untuk terus menjalani hidup dengan baik. Kini ada wang semua boley buat. Itulah gunanya kerja.

Kerja..?? Kerja makan gaji..?? boleh senang ke..?? kalo iyer, sampai bila..?? Mungkin bagi individu yang berpendapatan tinggi setiap bulan, perkara ini tak menjadi persoalan langsung. Bahkan setiap helaian wang ditabur begitu sahaja. Kenapa dunia ini perlu wujud dua kasta, miskin dan kaya? Susah versus senang? Kenapa kita tak boley hidup saling bertoleransi sesama kita? Bukankah dunia ini akan menjadi sebuah tempat yang lebih baik. Tiada lagi kemiskinan, tidak wujud lagi kebuluran. Istilah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang juga barangkali akan terkubur. Ah, itu mungkin hanyalah mimpi di siang hari. Manusia yang berusaha adalah manusia yang berjaya. Itu yang membezakan antara manusia susah dan senang.

Macam mana nak cari duit? Bukannye duit itu akan turun dari langit tanpa perlu berbuat apa2. Kerja. Kerja yang macam mana. Macam mana nak dapat kerja yang berpendapatan tinggi. Belajar. Tapi jangan tidak endahkan fakta ini. Ramai graduan yang menganggur jika kita boleh lihat. Mereka belajar. Tapi di mana silapnya. Peluang. Atau kembali kepada perkara pokok tadi. Rezeki.

Sudah hampir satu tahun 6 bulan sejak aku tamat belajar. Nawaitu nak continue study itu tetap ada. Malah tak pernah sedikitpun niat itu padam. Aku suka belajar benda baru dan bereksperimentasi dengannya. Kursus aku belajar dulu adalah Business Study. Dalam bidang business nie aku lihat bangsa lain lebih maju daripada kita. Boleh dilihat dengan jelas pada musim perayaan Tahun Baru Cina tempoh hari. Rata2 kedai semuanya ditutup dan yang paling aku terasa, sampaikan satu shopping mall tutup kedai.

Bukan susah nak dapat duit. Bukan susah nak senang. Key word is berusaha.

Salah satu cara nak dapat easy money is kita boley join MLM (Multi Level Marketing). Sound macam program menipu jer kan? Skim cepat kaya ke? Ia bergantung kepada individu yang melihatnya. Aku percaya boleh dikatakan separuh rakyat Malaysia ada join program ni. Dan kita boleh lihat lambakan program2 seumpama ini tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tapi bagi aku, what’s matter is Strategi Marketing dia. Dari situ kita boleh lihat flow aliran tunai program nie dengan lebih jelas. Nak join itu boleh, tapi kena la study dulu yer. Aku ada tau dua syarikat MLM yang boleh diharapkan. Kreabiliti syarikat2 ni boleh tahan. Dah beroperasi hampir 14 tahun dan makin berkembang saban hari. First month paycheck nearly 5K. Dan ini adalah angka minima, it will grow double each month. Interested? Umur muda bukan penghalang, buktinya dua adikku sendiri penghujung bulan 2 nie akan terima cek RM4000++, umur dia baru 19 tahun. Still menuntut di Penang doing his Diploma. Same with my youngest brother. At age of 16.

Pepatah Melayu lama anda menyebut “Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih”.

Jika tak suka cari duit melalui ilmu Marketing. Boley cuba Networking. Actually lebih kurang sama jer istilah ni. Macam yang aku sebut tadi, what’s matter is It Marketing Strategy.

Nak menceburi dunia perniagaan ada beberapa perkara pokok yang perlu ada, karisma, ilmu, great communication skill, GFIL (Great First Impression Look), aku ada pengalaman bila ada pada satu ketika cara pemakaian aku diambil kira. Pertama kali aku berurusan dengan badan korporat (doing research), cara layanan yang aku terima ibarat aku ini hanya budak mentah base on how I look. Dan the second time I went to that premise. I’m dress in blazer, slack, shining shoes and of coz tie. And guess what, Pengarah dia turun padang terus. Hehe. Dan yang terakhir n paling penting mesti la ada Modal.

Ketika aku berada di bawah payung KPNK dan JPH, ada juga individu2 yang dah ada karier sanggup letak jawatan hanya semata2 yakin dengan perniagaan yang dorang ceburi. Kerna mereka tau, perniagaan pada awalnya memang susah tapi jika dilihat dari sudut jangka panjang. Ia memang sesuatu yang berbaloi. Aku pada ketika itu dengan 19 lagi rakanku berminat untuk menjalankan business penternakan. Kitorang interested in Fidlot, Trading dan Pembiakan Baka. Jika dari research yang kami lakukan. Bekalan makanan untuk haiwan ruminan di dalam Malaysia sangat tidak mencukupi. Perniagaan berasaskan penternakan dilihat sangat cerah jika diberi perhatian yang khusus. Tentang modal, kami guna saluran modal Graduan. Bukan ke setiap graduan layak membuat permohonan pinjaman 50K dan ke atas. So, 50K time 20 dah berapa..?? Lebih dari cukup la tu kan..?? Lagipun kami dibawah payung KPNK dan JPH (Jabatan Perkhidmatan Haiwan). Yang bagi aku cable yang cukup kuat kalo nak enter Government project.

Selain daripada pertanian, ada jugak perniagaan lain yang kami plan to do. Cuma belum decide apa yang boleh beri pulangan yang lebih lumayan. Kat sini aku nyatakan apa perniagaan yang terlintas dalam Kumpulan aku waktu tue.

Pertanian (of coz) – Dragon Fruit (kini banyak dimonopoli oleh orang Cina, nak try Dragon Fruit versi Bumiputera), Nenas (Dari kajian, kualiti dan tekstur tanah di Kedah akan menjadikan hasil bagi tanaman Nenas bergred A) Strawberry (Pernah ada ladang Strawberry masa stay dekat Cameron dulu, tapi kini family kat sana hanya tumpu kepada ladang sayur), Lintah (senang and cepat dapat pulangan), Lembu, Kambing (Antara haiwan Ruminan yang berpotensi).

Perlancongan – Resort (plan nak jadikan Tanjung Dawai sebagai salah satu lokasi baru tarikan pelancong ke Kedah) and dah kenal pasti satu tempat di Perak and potensi resort ni boleh dianggap cerah.(dah jalankan Market Survey)

Lain2 – Cyber Café (combain of Cyber Café, Book Store and Café, dah pun ada layout plan kedai dua tingkat) Cleaning Agency (hampir dapat sewa bangunan 3 tingkat, not just tertumpu kepada Dobi semata2, tapi ada jugak servis macam yang dalam filem Cuci tue.) Restoran (lihat balik idea pertama, kalo dah ada Fidlot. Why not build satu place yang hidangkan speciality nya daging, berkonsepkan western dan timur)

Tapi, manusia hanya merancang. Hanya Dia yang menentukan segalanya. Pada Mac 2008, kumpulan aku berpecah dan ikut haluan masing2. Sedih.

Haluan aku kini tetap macam dulu. Baru lulus loan Agro Bank on my family project. Perikanan Dalam Kanvas. Tak tau nak turn out macam mana nanti. And adala jugak try Cacing (banyak guna dalam kosmetik nowaday). Cacing make you beautiful meh. Hehe. Dan dalam masa yang sama aku dah punya pekerjaan tetap dalam Jabatan Sumber Manusia di salah satu syarikat di Utara.

Kumpulan aku tak terkubur macam tu jer, ini masa rehat kami. Rata2 ahli waktu tu dalam lingkungan 21-28. Dan aku ahli yang paling muda. Setiap ahli datang dari IPTA dan IPTS yang berbeza tapi tercantum semasa attend satu program Management Training pada November 2007. Semua masih muda belia. God will, we’ll meet again partner. Keep in touch.

p/s : Aku Emy. Ini dunia keduaku. Dunia Senyap Ku. I’m an Entreprenuer..??

Kalaulah Hidup Semudah A.B.C

Hidup ini ibarat ranting2 dahan. Terlalu banyak cabang dan liku2nya. Akan rapuh bila dimamah usia. Akan rosak kualitinya bila digigit anai2. Hehe.

Kata anak2 kecil, hidup ini bagaikan satu taman permainan. Setiap hari menjanjikan satu pengembaraan yang baru. Kata anak2 remaja, nikmati kehidupan ke tahap yang maksima. Itu yang ada jadi mat rempit tue. Kata anak2 dewasa, (pelik pulak bunyinya) hidup ini satu tanggungjawab yang besar. Waktu inilah kadar2 rambut di kepala akan mula gugur satu per satu. Kesian.

Hidup terlakar daripada satu perkataan. Ya dan Tidak. Satu perkataan di atas setiap keputusan yang kita lakukan. Setiap keputusan akan menjanjikan hasil yang kita inginkan. Hasil ini akan diperoleh dan menentukan adakah keputusan yang diambil itu tepat atau sebaliknya. Ramai orang yang berjaya hari ini kerana bijak membuat keputusan yang tepat. Dan xkurang juga yang berjaya kerana membuat keputusan yang salah. Kerna dengan keputusan yang salah itu telah menjurus mereka kepada kancah kegagalan. Dari situ mereka belajar dari pengalaman agar pada kemudian harinya akan lebih berhati2 dalam membuat keputusan.

Aku lihat. Dewasa ini ramai orang kita atau lebih spesifiknya Orang Melayu lebih kepada yang gagal daripada yang berjaya. Kepada yang berjaya aku bangga. Tapi aku sedih bila lihat anak2 satu bangsa dengan ku selesa bersenang2 sedangkan bangsa2 yang lain sudah lebih maju kehadapan. Sedangkan orang kita? Mereka lebih selesa menghabiskan masa di shopping2 complex daripada di institusi ilmiah. Mereka lebih ramai di pusat tahanan juvenil daripada di badan2 ilmu. Jika bangsa yang lain sudah berada di puncak, orang kita lebih selesa untuk goyang kaki tanpa perlu kisah untuk memajukan diri. Ya. Mereka selesa.

Isu murtad, seks bebas, fanatic dengan budaya gothic, punk etc. Pada mereka itu cool. Mereka bangga apabila arif dengan fahaman yang mereka anuti. Aku kenal beberapa kawan yang suka mengamalkan seks bebas dan terlibat dengan punk. Kata mereka itu untuk kepuasan hidup di waktu muda. Mereka puas. Aku juga kerap didatangi oleh orang2 seperti ini. Kerna bagi aku, berkawan tak perlu ada batasan. Aku dah serik hidup berseorang satu ketika dulu. Dan kini aku xkisah bercampur dengan mana2 jenis orang pun. Tapi aku sedih apabila rakanku mengesyaki aku juga turut terlibat dengan budaya seks bebas. Hello. I’m not okay. Aku masih lagi kenal dosa dan pahala. Aku masih lagi hamba Tuhan dan aku takut dengan laranganNya.

Baru2 nie aku ada menonton satu filem Hollywood lakonan Jim Carrey. One of my favourite actor after Johny Dep, Will Smith, Nicholas Cage and of coz Dwayne “The Rock” Johnson. Tajuk movie nie ‘Yes Man’. Menarik apabila seorang yang sentiasa berkata tidak di dalam hidupnya tiba2 berubah apabila menyebut satu perkataan bila ada opportunity yang melintas di depannya. And the word is, ehem2 of coz “Yes!!”. (daa, nengok tajuk lewr) Alangkah bestnyer kalo aku ada keberanian macam tus.

So, one day. Aku cuba nak dalami dan hayati watak dalam movie ni. Apa ja ajakan atau peluang yang datang depan aku, aku akan say “Yes”. Haha.. dan result nyer…

First attempt : Aku nie bukannya jenis suka pergi ke majlis keramaian. Sebelum nie pun ada ja alasan yang aku akan kasik kalo ada family or kengkawan ajak pergi kenduri atau function kat mana2. Nak dijadikan cerita ujung minggu nie aku ada 3 kenduri yang di invite. Bukit Merah sebelah family abah, satu lagi kat kampong aku nie, umah mak mentua pak cik aku dan last skali kat Paya Rawa, keluarga Pak Tam. Semua aku pegi!! Eheh. Walopun letey tapi fun sangat. Ada jugak la riak2 terkejut cousin2 aku bila lihat kelibat aku kat sana. Well, surprise..!!

Second attempt : Aku tak minat bola, rasa macam bodoh jer main bola nie. Nak main bola jauh sekali la. Tapi tak bermakna aku xbersukan. Tapi bola is not the option for me. Jika ada rakan yang ajak pergi stadium untuk watch football secara live. Reaksi aku hanyalah sekadar senyuman kosong. So, one fine day. Guest what? I’m not just tengok bola but actually had plan with my collegue mate to setup an Indoor park, that had include Futsal, Paint Ball & and Gym. Sapa kata sukan xboley buat duit?

Third Attemp : hurm, yang ni susah sikit. Meet people. Aku rasa kalau part nie aku kena ambik masa lebey sket untuk improve my PA. well, nobody perfect rite..??

Hidup ini ibarat roda. Kejap kita di atas dan tanpa kita duga, kita akan jatuh terperosok di bawah. Dan hidup ini bukan ibarat bermain game show Roda Impian. Boleh menang wang besar. Juga jauh sekali hidup ditentukan oleh Deal Or No Deal. Dalam kita meniti hari-hari yang mendatang, kadang2 kita akan tersadung dipertengahan jalan. Tercarik sekeping hati insan yang kita sayang dan kadang kala tanpa kita sedari setiap apa jua yang kita lakukan kini akan memberi impak di hari esok.

p/s : im Amih, hari ini adalah sejarah buat esok. So, jadikan hari ini satu hari yang bermakna.

Wednesday, January 21, 2009

Meet At Last

Tahun 2004 adalah tahun aku bersosial. Jika seperti tahun2 sebelum ini aku tak ubah macam katak di bawah tempurung. Sampai lah satu ketika, aku terfikir hidup ini bukannya dalam persembunyian. Hidup ini ada ramai macam orang, kita tidak boleh hidup jika tidak pandai bergaul. Angka 2004 juga melakarkan satu perubahan di dalam diri aku. Jika sebelum ini aku seorang “unknown”, aku berazam selepas ini aku akan “ being know “ (eheh, pelik pulak munyinya..)

Aku start kumpul kawan semenjak tue. Tak kira la kawan yang macam mana, semua aku bedal. Hitam, cerah, cokelat suma ada. Chatting, pena dan macam2 lagi cara yang bley aku meet someone new. Erm, enough with the past.

Masuk tanggal 2009. Jika sebelum ini aku hanya menghubungi mereka melalui surat, henfon dan email. Kini, aku akan mula hunt them one by one. Insyaallah. Jika diizinkan Tuhan. Tempoh 5 tahun bukannya singkat. Boleh dikatakan setiap negeri dalam Malaysia nie ada jer “kawan invisible” aku. Ada antara mereka sudah aku anggap kawan baikku. Baru2 nie Alyssa, salah seorang temanku yang merangkap Akak kepada Alif Aziz mintak aku datang KL meet her. Tapi aku xdapat pegi coz ada urusan lain. Dan, teman yang aku nak jumpa sangat2 is kawan aku yang kini menuntut di UUM. (yeah, its you. *wave wave)

Setakat ni baru seorang “kawan invisible” yang aku sempat jumpa. Ari Isnin lepas dekat Pusat Bowling di Centre Square. Mula2 cuak jugak bila dia bawak teman. Badan besar jugak mamat niey. Risau jugak kalo kena pukul nanti. Hehe. Boan kalo tak silap aku nama kawan dia tu. Tapi aku tetap maintain cool. Eheh. Apa susah kalo kawan dia buat hal, aku cabut lari jer lar. Tapi bila aku salam tangan mamat king kong nie, nasib baik aku sempat control usus2 gelak aku yang dah mula nak hilang rasa kawalan ni. (Mamat nie nyah la) alahai, lemah lembutnya… tapi yang sengalnya, secara automatic aku bahasakan diri aku “ I “ “ You “ plak ngan dia, adeyh… Jangan kawan aku anggap aku nie macam Boan cukup la. Aku tengok dia pun dah tersengih2 bila lihat cara aku layan Boan. Eh2, I tulen you..

Perjumpaan singkat ini berakhir dengan baik. Walaupun bola2 bowling yang aku main hari tu kebanyakkannya masuk longkang. Gara2 salam dengan Boan la nie. Tapi xpe. Aku teruskan jugak control macho aku. Malam tu kawan aku ajak join piknik ngan member dia ujung minggu nie. But, erm maybe next time la kot. Sowee yer. Eheee..

p/s : I’m ami. Gurau jer eh Boan. I know you cool.. eleyh, picit perut kang.. hehe

Aku Bangga Aku Anak Malaysia

Hidup ini bagaikan pelangi. Setiap spectrum warna mencerminkan satu2 warna manusia bagi kaca mata aku. Jika cerah elok la dia, dan jika gelap kurang bernasib baik lar seseorang itu. Ironiknya aku suka warna gelap, mungkin kerna tona kulit aku yang tak berapa nak cerah. Ah, itu cerita lain. Awal Januari yang lepas Company aku ada buat event tahunan di Indonesia, spesifik tempat di Medan. Seronok bila dapat tengok negara orang, best bila dapat peluang ke Oversea. Walaupun hanya ke Indonesia.

Ada dua benda yang aku belajar di sana. Dan dua benda ini benar2 membuatkan aku bersyukur sebab aku dilahirkan di Malaysia. Pertama, kadar kemiskinan yang amat ketara dan Kedua aku punya kerja, tak macam disana. Boleh dilihat ramai pengemis dan peminta sedekah yang berkeliaran memohon simpati hanya semata untuk sesuap nasi. Cukuplah untuk melegakan perut yang kosong.

Hati aku tersentuh bila datang anak kecil meminta aku beli barang jualannya.

“Mas, beli barang gue mas. Tolong gue, gue orang miskin mas..”

Memang hati aku nie cepat tersentuh bila datang orang macam tue. Tapi yang harunya. Bila habis seorang, datang pula seorang menjaja barang jualannya. Dan seorang, seorang, seorang. Aku pun pelik. Ada persatuan jual barang ke kat sini. Daripada tersentuh terus naik cuak. Hehe.

Di satu kaki lima, aku dan rakan aku yang lain singgah di satu gerai jual cenderahati. Bukan selalu boleh datang sini. Alang2 dah datang. Mestila ada ole2 bawak balik Malaysia. Tapi yang kelakarnye bukan barang cenderahati saudara Indon itu yang kami beli, tapi kasut dia. Yeah, kasut yang dia pakai tue..?? Haha. Bukan apa, ini gara2 idea nakal rakan aku. dia pandang kasut yang saudara tu pakai kasut yang “rare”, original pulak tue. (dia bagitau kami mungkin saudara tu tau kat mana lubuk yang boleh dapat benda murah) Pada mulanya, seperti dijangka saudara tu tak nak jual. Dia bagitau tak pernah lagi ada orang nak beli kasut dia. Dari riak muka dia, aku boleh baca. Mesti dia terjumpa “pelancong sengal” hari nie.

“Jika kamu ingin kasut gue, 90 ribu..!! (rupiah daaa)” tapi bila dah ayat punya ayat saudara tue letak 30 ribu rupiah (RM 10) untuk kasut dia tue. Haha. Ikan dah kena kail. Aku pun tak ambik port sebenarnya, tapi menurut kawan aku. kalo kat Malaysia harga dia RM100 ke atas. Tapi kat sini dia dapat RM 10 jer. Hurm. Bijak2. Anak sapa nie. Heh. Akhir sekali, kami sedikit terkejut bila saudara Indon tadi siap salam (cium tangan lagi tau), peluk dan tak berhenti cakap terima kasih kat kami. (Hurm, alangkah bestnyer kalo jurujual tu perempuan) Dia beritau, dia orang susah, xsangka kasut dia ada nilai kat mata kami. (Itu bagi dia la, kami sengih jer)

Jika kita pantau pendapatan sebulan rakyat Malaysia, paling minima yang boleh kita dapat sebulan adala dalam RM 1000. tapi di sana, nak dapat RM 100 pun cukup susah. Kalo sebulan dorang dapat dalam RM200 pun dah cukup lumayan. Sekali lagi aku rasa bersyukur aku berada di bumi Malaysia. Lepas nie jika aku terfikir atau terlintas untuk merungut dengan gaji yang aku dapat tiap2 bulan, makanan yang aku makan tidak sedap. Mungkin lepas nie bila aku teringatkan anak kecil itu, aku sudah ada sebab untuk tidak berfikir macam tu lagi.

Selain permandangan “kemiskinan” yang menjamu mata aku dia sana. Aku sedikit tercuit dengan kondisi trafik di situ. Langsung tidak bersistem. Jika tahun lepas statistic kemalangan pada tahun 2008 di Malaysia adalah 507 (something like that), tapi di sini jika aku yang memandu, mungkin dalam sehari aku akan langgar orang dalam enam belas orang kot setiap hari. Dan statistic kemalangan di Indonesia akan meningkat 3 atau 4 kali ganda dari di Malaysia. Serius aku cakap, tahun 2006 yang lepas pun aku ada langgar dalam 2 orang. Eheh.

Pelangi muncul selepas hujan
Sentiasa ada di kawasan gunung
Aku rindu untuk lihat pelangi

Hari ketiga.

Hari terakhir. Sedikit kekecohan berlaku bila ada barang2 kawan aku hilang di kargo. Kalo nak difikirkan pun, salah kawan aku jugak. Kenapa tak dikunci bagasi tue.

Negaraku. Tanah tumpahnya darahku.


p/s : I’m emih. Aku rindu kamu

Tuesday, January 13, 2009

Saba’tun Isnani Tisa’tun

Bismillahirrohmanirrahim…

Sebagai seorang individu yang beragama Islam. Aku rasa tertampar dan geram sangat bila lihat saudara kita kat Palestin nu tiap2 hari kena hujan bom2 dan peluru2 dari Israel jahanam tu. Sungguh tidak berhati perut ..!! bila buka paper, xpun on tv mesti ada story yang sangat2 menyayat ati. Huh… Walaupun sana sini dah kecoh mintak kita boikot produk yang datang dari Negara Lahabau nie, aku pun turut terpanggil nak buat kecoh jugak. Eheh…

Okeh, setiap produk yang ada kat kedai tue mesti ada Bar Code kan..?? (Belek balik ubat gigi yang korang guna gosok gigi tadi kalo nak tau rupa Bar Code macam mana, e2 pun nak kena tunjuk, ceh.. ko nie datang dari Planet Marikh ke ha..)

Sebelum beli apa-apa pun.. (yeah you..i talking to you?) boleh la tengok barcode number dulu... agak2 kalau start dengan 729... pikirlah2 nak beli ke tak.. products dari Israel, Yahudi, Zionist, bangsa rejim yang bom Masjidil Aqsa masa saudara2 Islam sedang solat..!! saudara2 kita.

Aku tahu produk Israel di muka bumi Malaysia nie banyak sangat, macam mana nak boikot..?? contoh produk makanan, air Milo ais yang selalu kita dok order kat kedai2 makan tue pun datang dari Israel also known as Yahudi ni. Tapi itu semua tak menjadi satu beban pun sebenonyer..

Solution yang paling baik, semua orang switch kepada produk2 HPA… semua ada. senang cerita. End of the story. Tutup buku. Tarik selimut. (eyh?)

Okey la, aku pun dah mengantuk nie… penat buat muka geram dari tadi. (muka orang kena sembelit pun ada) I nak kroish2 dulu. Erm, demam nie. Jangan kena Chikungunya sudah. fuh, mintak simpang.

Zzzz…


Sodaqallahulazim…

Monday, January 12, 2009

Senyap Itu Indah

Desiran angin menyanyi manja di cuping telinga kala ini. Suasana senyap hingga memungkinkan degupan jantung aku turut kedengaran. Menghirup dan menghembus oksigen di dalam jantung dan seterusnya memastikan setiap sendi2 aku ini akan terus bergerak. Terus hidup sedetik lagi. Dua minggu dah berlalu sejak menutup tirai 2008. Tak tahu dimana silapnya, sejak akhir2 nie setiap saat berlalu merakamkan kebisuan aku sentiasa. Seperti tiada guna hendak bersuara, dan kalo bersuara tiada siapa di sana untuk mendengar.

Jika dulu aku teruja bila diminta berucap tapi sekarang aku kekok nak berbicara. Seperti tadi, ketika aku diminta memberi Briefing kepada student praktikal dan staff baru yang mula report duty. Aku langsung tak ada idea nak bercakap, dan akhirnya dengan bermodalkan lesung pipit kecil di pipi kananku. Aku hanya senyum jer bila aku minta mereka yang bercakap. Sedikit info tentang Pentadbiran ada aku selitkan, briefing yang sepatutnya diperuntukkan kepada setiap Seksyen 30 minit. Aku hanya ambil 15 minit jer. (What’s the hell wrong with me)

Senyap itu sungguh menyenangkan, tetapi jika terlalu asyik dengan dunia sendiri. Bercakap pun hanya dengan kata hati. Ketawa hanya terzahir dengan senyum ringkas. Itu tandanya YOU NEED HELP…

Bila pandang rakan satu departmet aku, hati aku selaloo rasa riang

Encik Zainal dengan loghat Tengganunya..
Encik Lah sentiasa dengan info safety dan diapit oleh orang bawahannya yang mana aku rasa kalo ada award pelakon terbaik di tempat kerja, aku dah ada calon2nya..hehe
Kak Ina sentiasa up to date dengan gossip
Syaja dengan aksi comeynya, walaupun dah berumur 28 tahun tapi sedikit pun tak terlintas aku nak panggil dia kakak.
Kak Ida walopun agak clumsy tapi dia sentiasa jaga aku.
Kak June plak dengan aksi gila2nya, nama aku sikit punya hensem, boley dia panggil aku Memey, nama manja dia kata.
Dan Encik Yusnee merangkap bos aku sentiasa dengan aura psikologinya, aku pun tak tahu macam mana dia buat, tapi dia sentiasa boley x-ray apa yang aku tengah fikir. Very scary…

Riang bila dikelilingi orang yang sentiasa ceria hari2, sentiasa outspoken. Tapi kadang kala aku rasa seolah2 seperti outcast untuk outlast dengan individu macam nie. Mungkin factor umur. Tapi perasaan tue singgah sementara cuma. Lepas tue terus gone with the wind.

Syyhhh

Senyap

p/s : aku amy… A man with very little word…

Sunday, January 11, 2009

Seperti Biasa

Hari ini panas terik, terik hingga mampu membuatkan aku memakai lebihan pakaian ketika keluar rumah tadi. Dan terik hingga mampu membantu menggelapkan kulit aku yang sudah sedia gelap. Awan aku lihat kelihatan agak nipis macam gula2 kapas terkena air basah. Terlalu nipis sehingga udara yang aku hirup terasa sangat kering. Tiada warna biru awan yang terlukis di kanvas langit. Langsung tiada burung yang boleh ku lihat terbang, tidak seperti biasa. Ya, tidak macam biasa.

Aku berjalan mendaki tangga eskelator yang aku anggap mereka sudah perasaan akan kelibat aku tiap2 minggu akan memijak mesra dada eskelator itu. Aku malas naik lif. Kata orang berjalan luas permandangan, ya, aku setuju. Kalo naik lif, pemandangan aku hanya akan terbatas melihat dinding kotak dan bersesak dengan manusia lain. Aku tak selesa. Aku kurang selesa.

Dengan menyandang beg kecil kulit warna cokelat yang sentiasa setia menemaniku, aku terus berenang di lautan manusia di hadapanku. Dan seperti biasa juga manusia2 disekeliling langsung tidak pedulikan aku di situ. sesekali aku turut menjeling bila berselisih dengan kumpulan2 remaja yang begitu update dengan fesyen. Seketika aku menatap pakaianku. Hurm, sangat tidak berfesyen. Walaupun aku tika itu dikelilingi dengan ramai manusia, tetapi seperti biasa aku sering rasa berseorang. Redup mata ku renung sunyi dihadapan. Seperti kanak2 kecil yang sesat di pasaraya ketika ibunya sedang leka membeli barang rumah. Sering memandang sekeliling dengan harapan ada seseorang yang perasan akan kewujudan diri dan sedikit menegur aku waktu itu. Dan seperti biasa aku terus dibiarkan hanyut begitu.

Dengan sedikit langkah kuhayunkan yang sudah kian longlai.

Malam itu, aku habiskan masa malamku di dalam bilik ini. Berbaring mengira detik2 gembira yang telah lama aku tinggalkan ketika aku masih kecik dulu. Mengira berapa ramai kawan2 aku yang kini sudah berumah tangga, sudah gembira dengan pasangan hidup masing2. Ada juga yang sudah berstatus ibu.
Haha, aku dah jadi Pak Cik..?? Mengimbas kembali rakan2 yang dahulu bermain guli di tanah lapang dihalaman rumah aku yang kini ada yang bergelar Pegawai, Arkitek, Jurutera, Guru, Jurulatih PLKN, Usahawan dan tak kurang juga menjadi Pengurus sepertiku. Masing2 sudah punya komitmen, dah tak ada lagi masa2 senggang yang boleh kita spend macam dulu. Jika hendak berjumpa sekalipun, hanya time Raya. Setahun sekali. Jadi kalo ada lagi yang bertanya kenapa aku selalu keluar sorang2, I think this can answer.

Dan seperti biasa, seperti biasa.

sehari lagi berlalu. mengenangkan kembali, ketika aku masih kecik. ketika aku merasakan hidup aku sudah sempurna. ketika aku fikir aku sudah cukup bersedia menghadapi semuanya. aku tak sabar-sabar menjadi dewasa, tak sabar-sabar menjadi manusia harapan.

tanpa aku sedar yang bila aku benar-benar sudah besar, ia sebenarnya sangat menyakitkan. dan bilamana masa itu sudah benar-benar tiba, sejujurnya aku rasa lemas, sebab aku rasakan aku sangat tidak bersedia. seperti terlalu banyak yang aku ketinggalan. seperti terlalu banyak yang perlu aku hadap dan laksanakan dengan baik.

namun, dengan perkara yang terlalu banyak itu, apa yang aku boleh buat sekarang hanyalah tunggu. sambil merasakan setiap cubitan, menadah setiap titik tangis, mengira setiap langkah, menjalani setiap saat. dan dengan daif aku mengakuinya.

oh Tuhan.

p/s : I’m Air-me... also known as zamzani… aku dah dewasa..??

Saturday, January 10, 2009

Hari Sabtu

Entah kenapa sejak kebelakangan nie aku jarang update aku punya blog dan malas nak mengadap papan kekunci laptop jenama Acer kesayangan aku tue.
Bila jenguk balik dah berhabuk siap dengan sawang2 lagi page nie. Eheh.. (lebih2 plak)

Hari ni hari Sabtu, tak seperti hari2 Sabtu yang lepas yang mana pada kebiasaannya aku akan tercongok depan kaunter tiket wayang, memilih untuk menonton apa ja citer baru yang tengoh on screen. (aku nie kaki wayang actually). Takpe awek2 cumil kaunter tiket, kita jumpa next week..!! hehe..
Pagi2 lagi lepas subuh aku dah mula sarung jeans baggy aku bersiap2 nak gerak pegi ofis walaupun arini cuti..!! Nie suma kes nak settle Budget tahunan la punya pasal neyh.. duh.. ari isnin dah nak kena submit. Ujung minggu ne dah nak kena present kat Board Director.. uh, pressure2.. tak pernahnya dibuat dek orang bagi masa 2 hari untuk siapkan budget untuk 2 tahun… tapi nasib baik aku dah prepare awal, xmacam bos aku sampai bersila atas lantai selongkar cari fail.. huahuahua…

Gelak eyh.. ooppss.. sowee bos.. eheh. Aku tau ari isnin kang aku plak yang akan digelak oleh dia bila aku kena in charge bike untuk disposal ngan bike untuk CSR.. dua big asigment bos kasik kat aku.. hambik kau.. huh.. padan muka aku.. susah wei kalo nak bagi arahan n monitor orang yang lebey tua dari kita mintak dowang wat keja beb dengan dateline yang cukup singkat.. hukhukhuk… yang aku tau, aku bukan jer akan bersila atas lantai tapi confirm dengan muktamadnyer akan tewus tergolek atas lantai.. ngeeee…

Malam. Waktu ini aku singgah kat kedai makan Hijau Kuning. Iye kot nama dia coz dekorasi kedai tue kaler hijau dengan kuning jer. Tak ramai orang. Pelik. Maybe maseh awal (9 malam). Dekorasi kedai ini okey, siyap dengan tempat karaoke. Gempak. Tapi yang spoilnyer makanan dia xberapa best.. Sejuk. Servis lambat. Kalo tengok dalam kedai takde pun customer. Kadang2 tue lain order lain yang sampai. Eheh.. kalo bab nak kritik.. ehem2.. Terhibur jugak lar aku malam nie bila ada sorang customer nyanyi lagu Sekiranya Ku Tahu. Ala2 William Hung pun ada.. She Bang She Bang.. eheee (again with the critic) ntah macam mana teringat first song karaoke aku “sumbang”kan dulu. Hero nyanyian Enrique Iqlesias. Hue2…

p/s : aku emi, aku dah makin gebu.. ceh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...