sahabat Senyap

Thursday, April 30, 2009

Apabila Sabar Itu Sudah Senipis Kulit Bawang

Aku jarang naik marah dan aku cukup susah nak marah orang. Kalau marah pun kejap jer akan sejuk balik, mungkin sebab itu aku tak suka marah sebab aku tahu marah itu xkan lama. So, aku banyak suka simpan jer dalam hati. Tapi entah macam mana hari tu aku menerima satu panggilan dari seorang staff datang maki dan persoalkan cara aku buat kerja. Hello, ko tahu ker job scope aku nie apa? Dan seminit lepas tue, aku ntah macam mana menengking hamba Allah itu balik. Kalo nak bercakap tu beradab la sikit. Puas. Ah, puasnya hati aku waktu tue. Tergamam terus ko yer? Hohoho. Ingat orang Senyap ni kayu? Boleh ko hentam mempig blind macam tu.

5 minit selepas tue rasa menyesal tiba2 datang. Aku malas nak contact balik dia tue. Biar la. Seminggu selepas, aku panggil dia. Pelik. Dia diam jer. Waktu aku drive kereta, dia di sebelah aku tak banyak cakap. Lebih kepada senyum. Mungkin dia segan. Entah. Aku tak pasti. So, kalau nak mintak pertolongan dari aku, minta cara elok. Bukan nak maki2, aku cuma nak tolong kau. Buat kerja untuk engkau tapi kalau maki yang aku terima. Jangan salahkan aku kalau aku sengaja lambatkan proses dokumen engkau yer. Ramai lagi yang menunggu aku. Orang berbudi kena la berbahasa.

Tadi. Budak tue ada tegur aku. Tapi kali nie tone suara dia lembut jer. Ish, cakap pun teratur. Hurm, sebagai manusia. Maafkan aku yer. Mungkin lambakan kerja yang buat aku stress, dah engkau tiba2 datang cara itu. Dengan cara itu la aku balas balik. Reaksi spontan sebenarnya.

p/s : Im Amih. Senyum itu penawar api marah. Banyakkan senyum.

Sunday, April 26, 2009

Harap Bahagia Itu Milik Kamu Sentiasa

Suci hubungan diikat talinya dengan ikatan perkahwinan. Cincin tersarung indah di jari manis kedua mempelai. Saat indah waktu itu nyata akan sentiasa diingat hingga ke hujung usia. Aku gembira apabila melihat rata2 kawanku yang dahulunya sentiasa bersama kini sudah bernikah, mengecapi kegembiraan syurga cinta. Melihat mereka bahagia, aku turut sama mengukir senyuman gembira.

Montel

Sahabat karib dan teman baikku dari dulu, kini dan InsyaAllah untuk hari2 yang akan datang. Lagak seperti remaja sekolah rendah. Hehe. Sentiasa comel dan ceria dengan sesiapa saja dia bergaul. Harap bahagia itu sentiasa milik kamu teman. Gebu dan Montel tidak boleh dipisahkan kan? Mengikut perancangan 06.06.2009 Montel akan ke jinjang pelamin bersama pilihan hatinya. Aku gembira kamu gembira. Kamu sahabat yang baik.

Alyssa

Ini Nurien Alyssa. Juga teman baikku. Turut bernikah dalam bulan June ini. Dia nie saudara kepada Alif Aziz sebenarnya. Pelantun suara lagu ‘Sayang-Sayang’ itu. Juga punya suara yang bagus, aku tahu kerna dia sering nyanyikan lagu untuk aku. Merdu. Tapi dia lebih selesa bergelar MD di syarikat kayu balaknya di bumi Sabah sekarang. Walaupun ada ketika kelakuannya agak keterlaluan. Tapi sebagai manusia, tiada siapa yang sempurna. Kamu juga teman yang baik.

Ehem Bulan, turn kita bila pulak? Kata aritu setuju nak kawin lari kat Siam. Hohoho. Joke jer meh, jangan ada sesiapa yang terasa plop. Peace from Senyap.

p/s : Im Emy. Masih tercari cari tiada berjumpa.

Saturday, April 25, 2009

Cerita Dulu-Dulu

Ini cerita 13 tahun lepas. Ini tempat kelahiran aku. Cameron Highland. Bersama teman sepermainanku Shuq. Dulu-dulu ini tempat kami bermain. Bekejaran di balik kabus. Seronok.

Dulu-dulu. Ini kawasan perumahan kami. Kami selesa walaupun dikelilingi oleh bukit2 hijau. Tapi kini, bukit2 hijau itu ada yang ditarah untuk tujuan perumahan dan penebangan kayu balak secara haram. Bumi Cameron dah xsejuk lagi.

Dulu-dulu. Ini sekolah aku. Sekolah Kebangsaan Tanah Rata. Cikgu-cikgu semua lawa-lawa. Aku suka ! Shuq pun sama. Tapi aku dan Shuq berbeza kelas. Tapi xpe sebab dulu-dulu kami jiran. Jadi xkesah. Siang malam selalu jumpa. Kadang2 aku tido umah Shuq je.

Dulu-dulu. Hujung minggu kami selalu lepak kat sini. Best tengok kilang teh. Ada masa kami panjat bukit teh tapi bila turun bukit badan kami lebam2. Sebab apa? Sebab kena sengat ngan tebuan bukit. Sakit. Tapi kami ketawa. Sebab lucu.

Itu dulu-dulu. Kini-kini, ini wajah aku dan Shuq. Oopps, wajah aku dikerat untuk tujuan keselamatan. Biasa la orang Senyap. Tak gemar populariti. Tapi cun kan aku dalam blazer? Sungguh kuporat duniaku kini. Shuq pun sekarang not bad. Dia dah bergelar Pegawai Kerajaan. Gaji dah ribu-ribu lemon. Oit, jangan lupa ur bro na. Peace !

p/s : Im Emy. Dapat kekal bersama dengan rakan childhood dulu-dulu adalah sesuatu yang miracle. Don’t you think?

Saturday, April 18, 2009

Wajah Pena

Jemari runcing menari galak di papan kekunci. Menekan punat2 abjad, mengeja dan mencernakan di papan skrin apa yang terbuku di minda. Setiap patah kata punya padu makna yang tersendiri buat si penaip. Bergantung kepada arah gaya penulisan yang ingin dinukilkan.

Kepada si ulat buku yang disifatkan gemar membaca ini. Memang setiap baris perkataan yang terlakar akan sentiasa dinanti2 terutamanya jika si penulis itu adalah penulis yang diminati. Rata2 semua antara kita boleh menulis, ada yang berpujangga, ada lebih suka mengkritik, ramai juga menggunakan medium tulisan ini sebagai medan berkongsi ilmu dan tidak kurang juga ada menulis tentang diri, kata2 dan luahan hati. Walau apa pun warna pena si penulis, dapat aku katakan disini yang aku cukup dan sungguh… sungguh kagum dengan ketulusan dan keberanian mereka dalam menjelmakan pemikiran mereka melalui tulisan dan seterusnya menjadi tatapan buat orang lain.

Sejak kebelakangan ini, aku kerap melayari internet meneroka ke laman2 blog para penulis di Malaysia. Rata2 ku lihat dan dapat aku rumuskan yang mana ada dua jenis corak penulisan blog yang ditunjukkan. Abaikan blog artis, jabatan2 kerajaan dan politik. Aku hanya ingin menyentuh tentang penulis blog yang macam aku dan kamu; ‘orang kebanyakkan’.

Dua jenis. Satu. Ada yang gemar memberi komen dan pandangan melalui kaca mata sendiri tentang isu2 semasa yang berlaku disekeliling. Mereka ibarat pengkritik senyap yang mana melalui pemerhatian, mereka akan luahkan apa yang sepatutnya dilakukan dan dibetulkan melalui warna nukilan mereka. Bagi aku, mereka ini sangat peka dengan persekitaran. Mereka tiada kuasa untuk mengubahnya jika sekiranya berlaku kekhilafan, akan tetapi melalui ‘suara tulus’ mereka di papan skrin. Ia boleh membogelkan selimut khilaf itu. Suara mereka tidak banyak tapi jika ramai yang mengikuti apa yang dikatakan, paling tidak pun mereka mampu mendorong si pembaca melihat dari sudut si penulis itu. Bravo !

Dua. Golongan kedua ini walaubagaimanapun aku kira mereka tidak mahu memeningkan kepala memikirkan tentang masalah dunia yang tidak akan sudah2. Jika mereka bereaksi balas sekalipun, itu hanya mereka yang tahu dan tidak perlu dicanang2kan kepada semua. Mereka lebih selesa bercerita tentang mereka. Rutin harian dan keluhan hati yang dilalui saban hari. Rata2 pengikut mereka adalah terdiri daripada sahabat handai dan ‘peminat’ dari berbeza jantina. (mungkin ada antara penulis blog itu memaparkan gambar sendiri di page blog mereka dan pembaca berlainan jantina itu tertarik dengan kejambuan dan kecomelan si penulis. Itu sahaja.)

Jemari runcing itu kian lenguh menari. Aku tidak pasti aku berada di dalam golongan yang mana seperti yang ku sebut tadi. Hehe. Anda rasa? Thanks coz kekal setia membaca hingga ke noktah terakhir. Peace from Senyap.

p/s : Im Emi. Sepi itu Indah.

Horror Movie

Siapa antara kalian suka pada filem seram? Bulan April 2009 menjanjikan banyak karya seumpama ini untuk kamu. Dan ini bukan April Fool. Penulis baru2 ini baru menonton dua buah filem seram di pawagam, satu hasil karya tempatan dan satu lagi filem dari Thailand. One word. Awesome !

Sungguh, hasil sentuhan dari anak seni muda tempatan Piere Andre betul2 menyaksikan satu kelainan dan penulis pasti rata2 yang menonton punya tanggapan yang positif pada anak muda ini. Tidak mustahil jika penulis katakan, filem ini akan melakar sejarah yang sama seperti ‘Jangan Pandang Belakang’ yang mana skrip filem itu juga adalah karya dari Piere Andre sendiri.

Piere Andre. Seunik nama empunya pencipta, filem ‘Jangan Tegur” nyata digarap dengan begitu halus dan teliti sekali. Plot2 cerita bersulamkan unsur suspens di setiap babak nyata tidak menghampakan penonton. Pada awal babak sudah buatkan penonton gelisah dan sesekali menjerit. Solekan khas yang dikenakan juga tampak hidup. Ini jelas membuktikan, Malaysia juga mampu mengeluarkan karya yang bertaraf antarabangsa. Tahniah penulis kalungkan. Two thumb up !

Jika sebentar tadi penulis mengulas tentang karya tempatan sekarang penulis ingin membawa para pembaca kepada Negara jiran kita pula iaitu Thailand. ‘Coming Soon’ tajuk filem ini. Kredit buat pengarah kerana apabila menonton filem ini seperti para penonton berada di situasi yang benar. Kesan gelisah itu akan lebih dirasai jika anda menonton sendiri di pawagam jika dibandingkan menonton di hadapan television di rumah. Impaknya akan sedikit berkurangan. 110 % markah yang layak diberi dari segi penilaian penulis.

Lambakan filem seram antara sekarang dan dahulu telah banyak menampakkan kematangan dari corak skripnya. Jika dahulu para pengkarya disekat daya imaginasi mereka dengan undang2 had limitasi dari Finas, tapi kini tidak lagi. Penonton sekarang lebih bijak berfikir. Lebih matang dalam memilih karya untuk dijadikan pilihan. Long live Malay film. Peace !
p/s : Im Emy. Ulasan filem seterusnya pada bulan hadapan.

Kurus Itu Impianku

Masuk tirai tahun baru. Seperti tahun2 yang lepas, salah satu azam untuk tahun ini adalah mula diet. Tapi, entah kenapa. Kurus itu seperti memusuhiku.

Pagi (8.00 am ~ 10.00 am)

Mula hari yang baru tak akan bertenaga bila tidak bersarapan terlebih dahulu. Betul tak? Kita perlukan tenaga untuk mengecas tenaga untuk kekal aktif sepanjang hari. Jadi seperti kebanyakan manusia lain, aku juga akan memulakan hariku dengan sedikit sarapan. Cukuplah setakat tiga bungkus nasi lemak dan teh panas. Tidak keterlaluan kan? Macam itu lah aku sering berkata pada diriku.

Tirai tengahari (10.00 am ~ 12.00 pm)

Jika berada di pejabat, aku ada ramai kakak angkat yang cukup rapat dengan aku. Dan bila bercakap pasal perempuan, fikiranku sering terjurus kepada makanan. Sudah menjadi satu rutin, mereka2 ini akan memberi aku sedikit kuih etc sebagai kudapan. Dan aku tanpa segan silu jika inginkan sesuatu untuk dikunyah, aku akan datang sahaja pada mereka dan mengambil apa sahaja makanan di meja mereka. Dan kakak2 aku ini seperti sudah biasa dengan tabiatku. Tapi aku rasa lepas ni nak gantung signage “DILARANG MEMBERI MAKANAN” la di meja aku.

Tengahari (1.00 pm ~ 2.00 pm)

Aku jarang makan tengahari, alasannya mudah. Aku tak nak nanti akan mudah rasa mengantuk dan kan aku ‘on diet’. Tapi walaupun aku xkeluar makan, makanan itu seolah2 seperti magnet yang akan terus dekat dengan aku. Waktu ini, aku selalu dapat makan free. Kata ibu, tak baik tolak rezeki. Tak baik membazir. Salah satu job scope kecil aku di bahagian Pentadbiran adalah untuk manage cafeteria dan kantin, segala pengurusan dan kebajikan yang melibatkan mereka akan aku cuba jaga. Dan mungkin kerna itu, aku sering dapat bungkusan makanan percuma. Tapi aku tak pernah mintak pun eyh. Dan jika aku bosan menunggu masa rehat tamat, aku sering lepak di kaunter receptionist dan dari situ paling kurang pun coklat cadburry mesti dapat punya coz gurl reception tue cukup suka dengan coklat. Tak baik tolak rezeki kan Ibu?

Petang (3.30 pm ~ 4.00 pm)

Time minum petang ! Rehat kejap di cafeteria dengan kawan sepejabat. Sambil menikmati jamuan petang. Tak berat pun, cuma kuih satu piring dan bihun/mee/koeteow/laksa satu pinggan jer. Aku rasa aku masih jaga tahap pemakanan aku. Hurm, aku rasa2 la.

Senja (6.30 pm ~ 7.00 pm)

Waktu ini selepas pulang dari kerja, aku lebih selesa singgah sebentar di kedai makan dan bungkus makanan untuk makan malam. Menu wajib ‘Nasi Goreng Ayam’, sekarang aku cuma perlu tunjuk muka je, pelayan kedai2 makan area situ dah tahu apa yang aku akan order. Erm, ‘macam biasa yer dik?’. Dan jika singgah ke pasar malam, paling kurang pun aku akan spend RM10, sememangnya aku ada kelemahan apabila berdepan dengan makanan.

Malam (8.00 pm ~ 9.00 pm)

Tengok perut. Okey lagi ni. Takpe, esok akan mula diet. Hurm, macam tu la dialog aku tiap2 malam.
HELP ME !!!

p/s : Im Ami. Gebu itu seksi. Montel yang cakap.

Friday, April 17, 2009

Selamat Malam Sayang


Malam tiba lagi. Sejenak ku pandang ke langit. Ku lihat dada langit kosong, hanya spektrum gelap yang memenuhi ruang mataku. Bintang aku lihat seperti bersembunyi di balik selimut malam. Tiada cahaya, sinaran bulan juga sepertinya tidak muncul2, tidak macam hari semalam.

Fikiranku kosong, seperti langit malam. Tiada satu melodi pun yang bermain di mindaku saat ini. Semuanya seakan2 kelam. Agak tenang. Tanpa perlu dibebani dengan apa2 rutin fikiran. Senyap. Aku selesa begini.

Tanpa terlintas untuk berbuat apa2, aku hanya berbaring memandang syiling bilik yang ku pandang ada sedikit sawang2 labah yang sudah mula menebarkan jejaringnya. Cahaya kalimantang setia bersinar menyelebungi setiap genap bilik. Kotak televison dibilikku dibiar terpasang tanpa ada niat untuk aku menonton.

Lampu dipadam, television dimatikan suisnya. Perlahan penglihatanku turut kelam ditemani cahaya malam. Semakin layu dan kian hanyut. Kelam terus diam.

Mimpi indah sayang.

p/s : Im Amih. Zzzzzzzzzzzz…

Sunday, April 12, 2009

Gambate A.Y.I.K

Gambar di atas ku harap dapat melambangkan diri kamu pada waktu ini. Bukan dari keseksian dan rambut blondenya. No ! Hehe. Tapi dengan aura ‘Super’ nya dan harap kamu ibarat Superwoman di dalam medan Final Exam kamu sekarang. Aja2 Faitin !! Peace and Prayer from Mr Ikan.
p/s : Im Amih a.k.a double zie. Two zie in my name.

Friday, April 10, 2009

Love Bite

Ungkapan diatas pasti mengundang reaksi yang pelbagai bagi sesetengah individu yang membacanya. Ia boleh diceraikan kepada dua kategori. Pertama, bagi yang sedang berkasih tika ini mungkin anda pernah melalui dan melakukannya. Terbayang2 di kotak minda betapa asyiknya detik itu. Kedua bagi yang tidak pernah, ungkapan di atas pasti melahirkan reaksi yang agak negatif yang menjurus kepada perasaan jelek. Walaupun aku sendiri pun tak tahu berapa tahap kejelekan itu.

Kebiasaannya ‘tanda’ ini terhasil apabila seorang lelaki yang layak dipanggil Kasanova berjaya memikat gadis2 naif dan membisikkan kata2 manis sehingga gadis2 naif itu menurut sahaja kehendak mereka sebagai tanda ‘terlalu sayang’ dan ‘dia setia’. Bagi si gadis pula, jika berkasih dengan lelaki ‘baik2’ yang hanya memikirkan masa depan yang kononnya akan gemilang, cemerlang dan terbilang mereka tidak akan mungkin akan bermimpi ingin merasai pengalaman itu sebelum sah diijab kabul. Jadi si gadis dengan memegang tiket ‘ingin mencuba’ akan dengan sukarelanya menurut kata2 lelaki Kasanova seperti yang di atas tadi. Anehnya, mereka berbangga jika memperolehi souvenier itu.

Teori yang dikemukakan ini langsung tidak termasuk dalam mana2 teori Albert Einstein mahupun Mahatma Ghandi. Betul. Cari la kalau tak percaya. Dan jangan sekali2 fikir saya bercerita melalui pengalaman. Tidak! Sesungguhnya diri ini masih suci lagi bersih. Tak caya tanya Bulan? Kan Bulan kan? Ha tengok, ada dia angguk tue. Jadi saya bercakap benar. Cuma sekadar ingin meluahkan rasa tidak puas hati apabila saya dikata begitu. Semuanya gara2 alergi yang mengakibatkan kulit sedikit merah, betul2 di pangkal leher. And to make thing worse, Zura my nemesis mengaku dia yang berikan tanda ini dan mencanang2kan kepada semua. Ketahuilah kamu wahai Planet Zuhal, aku cukup berdendam dengan mu.

Keseronokan yang dicari dengan cara tidak halal keakhirannya tidak kemana, iya mungkin boleh dilihat ‘pengakhirannya’ melalui video2 clip yang dirakam curi oleh si lelaki dan seterusnya menjadi tatapan kepada remaja2 belia Melayu. Jika itu yang berlaku, tiada gunanya kita menuding jari dan menangis beria2. Nasi sudah jadi moi sup. Berlindunglah dan elakkan selagi terdaya. Sentiasa ingat hukuman dari Nya itu nyata dan pasti. Bisikan syaitan itu akan terus menghembuskan godaan tanpa rasa jemu. Hanya berbekalkan perisai iman yang utuh yang mampu menepis semua itu. Ya Allah.

Dengan memakai selendang ala2 Winter Sonata, aku menghayunkan langkah demi mengharapkan tiada lagi individu yang perasan akan kehadiran ‘gigitan cinta’ ini.

Tap Tap Tap...

p/s : Im Amy. Im Innocent. True story. Finger cross.

Pronounce My Name Right...!!!

Nama aku dalam kad pengenalan Malaysia seperti yang tertera adalah Mohammad Zam zami Bin Yahya. Simple jer kan? Tapi sekarang nama itu hanya sekadar perkataan yang memenuhi ruang atas kad pengenalan dan juga sijil kelahiran sahaja. Pelik. Kenapa yer? Aku pun tak pasti kenapa benda nie jadi kat aku. Susah sangat ke nak sebut betul2 nama ni. Kesian kat mak, penat2 dia yang fikirkan nama ni masa aku baru dilahirkan dulu. Sorry mum, its not my fault. Its was them.

Aku mungkin salah seorang manusia di Malaysia ni yang punya terlalu banyak nama panggilan. Sehingga pada satu ketika, aku sendiri sudah lupa untuk mengeja nama sendiri. Serius. True story. Ini mungkin kerana setiap dari rakanku punya nickname sendiri yang diletakkan kepadaku. Entah macam mana, aku pun suka nickname tu. Weird. M.R, Gebu, Mie, Pak Guard, Zie, Zan, Ami, Emy, Superman, Zam, Ikan, Puyu, Along, Zamie, Zani antara nama2 yang aku guna pakai sekarang ni. Staff ofis pula ada yang selalu sangat silap sebut Zamani, Zamimi, Zakri, Zamzam, dan kini nama rasmi aku di dunia formal Muhammad Zamzani. And its not my real name. Tapi itu yang digunapakai sekarang.

Masalah ini secara tidak langsung telah memberi kesan, tidak banyak tapi kesan itu berpanjangan. Nama ku sering di salah eja pada sijil2 ku, surat rasmi dan istilah “zam zam ala ka zam” tu aku dah dengar dari aku kecil sampai lar sekarang. Ah, macam mana nak buat yer. Adakah perlu aku membawa M-16 kemana2 sahaja aku pergi dan apabila ada hamba Allah yang salah sebut namaku, akan aku terus tembak dia sampai mati? Itu sebagai ingatan kepada orang lain agar berhati2 apabila hendak menegur ku nanti. Tapi kena masuk penjara pulak nanti. Cukup la pengalaman aku jumpa Pak Misai lebat dulu. Ui, dah serik.

Walau apa pun nama yang dipadankan kepadaku. Yang pasti aku tetap aku. Bukan Clark Kent, bukan Faizal Tahir. Aku bangga menjadi Zam zami, kerna nama itu mama aku yang beri. Aku ini aku. Peace.

p/s : Im Amih. Aku anak Kak Zai. Heh

Lambaian Si Penternak Anggur

Serampang dua mata, buka booth dan promosi produk baru dalam masa yang sama. My big Man in blue shirt; Zikri and Da Cute Receptionist on Bike.

See how crowded our booth was. Fun experience actually.
4 April 2009 ~ 5 April 2009

Kelihatan orang Kedah amnya dan rakyat Sungai Petani khususnya memenuhi ruang legar kompleks membeli belah Village Mall pada tarikh itu. Rata2 berpakaian kemas dan menjinjing sijil serta resume masing2. Berpusu2 para siswazah menyerbu booth2 yang dibuka di dalam Karnival Kerjaya pada hari itu. Ramai. Jika dulu aku mungkin akan menjadi salah seorang daripada mereka sebagai peminta kerja tapi waktu ini aku bertindak sebagai pemberi kerja. Weird. Tapi best. Boleh lihat riak wajah orang yang penuh dengan riak2 harapan yang tinggi bila mereka menyerahkan borang permohonan dengan harapan borang yang dihantar itu lengkap dan seterusnya diterima untuk panggilan temuduga.

Aku mengambil tempat pada hari terakhir event iaitu hari Ahad untuk memulakan tugas mengawal selia booth sambil ditemani oleh rakan sejabatan. Semuanya kaum HR yang dikehendaki bertugas. Kini, aku dapati setiap department seperti berlumba2 untuk menganjurkan event. Marketing dengan Roadshow nya, Service dengan Service Campaign dan R&D dengan promosi jelajah. Perkembangan yang bagus sebenarnya. Baik untuk meningkatkan imej syarikat di mata “pelanggan”. Bukti kepada masyarakat luar yang syarikat Melayu juga mampu berdiri dengan gah.

Event Pandu Uji GT 128 kelolaan Department R&D bertempat di UUM Sintok, Kedah.

Hari itu Modenas mengiklankan 35 jawatan kosong yang perlu diisi. Majoriti jawatan dari eksekutif hinggalah ke Manager. Tapi yang datang ada yang apply untuk technichian and even operator pun ada. Setelah dikira semua borang permohonan yang diterima, angka yang ditunjukkan agak mengejutkan. Pihak aku di HR menerima hampir 500 permohonan untuk 35 jawatan ini. Waktu itu, aku rasa bersyukur sangat yang tika ini aku ada kerja tidak macam di luar sana, masih ramai lagi pengganggur yang masih tercari2 ruang untuk mereka. Rata2 permohonan yang datang bukan dari kelulusan yang biasa2, majoritinya punya Ijazah dan ke atas. Sekarang pihak Recruitment di dalam proses pengasingan dan memilih calon untuk ditemuduga, kepada yang berjaya. Tahniah! Selamat datang dan moga terus sukses bersama keluarga kami. Peace!

p/s : Im Emy. Jejaka berjaket denim hitam. Kepada siapa yang perasaan, haaiii..!! Eheh, gedik betul.

Warkah Dari Emi Untuk Emillia

Betapa masa itu begitu kejam...

Putaran detik masa dalam diam telah mencatatkan durasi usia selama 3 tahun umur perkenalan kita. Sungguh, waktu sesingkat itu telah banyak membuka mata aku, telah banyak mengubah aku menjadi apa yang aku transformasi kini, telah banyak mengajar aku hidup itu bukan untuk bersendirian. Rasanya tidak terlalu gah jika aku mengatakan semua perubahan itu hasil perkenalan aku dengan kamu. Kamu sering menjadi suara pada adikmu yang begitu miskin dengan kata2 ini. Kamu jambatan aku kepada dunia luar.

Walaupun jarak usia antara kita adalah 11 tahun jangkaunya, tapi angka itu tidak sedikit pun menerbitkan rasa kekok kamu dengan aku. Aku akui aku agak nakal, tapi kamu sering dan tanpa jemu memperingati aku, bukan hanya dulu tapi hingga kini kata2 nasihat itu tidak lengkang darimu. Untuk itu, rangkaian terima kasih tulus aku kalungkan. Hanya itu yang mampu aku tutur.

Bila diputarkan balik memori dulu, cukup indah kan waktu itu? Kamu sentiasa ada dalam group asigmentku. Kamu sering menjadi teman aku untuk makan waktu malam disamping Rai, malah kamu juga ada masak untuk aku. Kamu turut ada sertai dalam aktiviti sosial ku. Pendek kata, dimana aku mesti ada kamu. Cari kamu, ada aku. Jumpa aku, kamu ada.

Kini, kamu berada nun jauh di bumi Sabah. Entah bila aku akan bertemu semula dengan kamu. Adik2 kamu di sini sentiasa ada. Aku dan Rai. Dua makhluk perosak ini sentiasa ada disini jika kamu perlukan kami. Rai kini sudah merantau ke Selatan tanah air, aku masih di Utara. Walaupun jarak antara kita terlalu jauh, jangan jadikan itu alasan untuk kita tidak boleh sentiasa berhubung. Keep In Touch.

Sekian.

Yang Benar,

Adikmu.

p/s : Im Emi. Hahaha. Geli hati la pulak bila baca balik. Penangan adik skemamu. Hambik.. Apapun, jangan putus asa Kak May. Rasa kamu tahu apa maksud dia. Heh.

Nilai Sehelai Wang Kertas Satu Ringgit

Umur 4 Tahun
Mama baru kasi duit saku Satu Ringgit. Ah, gembiranya. Pertama kali dapat pegang duit. Dalam kepala nak beli gula2, patung aksi, kereta mainan, dan segala macam lagi. Rasa teruja sebab ada duit, rasa macam dah jadi kaya. Bangga dengan kawan2 yang lain. Ah, betapa naifnya waktu itu.

Umur 8 Tahun
Mama kasi Satu Ringgit buat belanja ke sekolah. Hujung minggu pegi jual Strawberi di pasar dengan abah. Temankan kawan jual bunga ros di gerai. Sudah pandai menabung, sanggup ikat perut asalkan boleh beli buku komik. Terlalu fanatic dengan komik, pernah merajuk bila abah xbelikan komik sampai lari ke tengah jalan raya. Akibatnya, terpaksa duduk atas kerusi roda sebulan coz tulang kaki retak bila kena langgar. Heh. Ah, betapa bodohnya.

Umur 16 Tahun
Dapat biasiswa dan tinggal di asrama. Semuanya ditanggung. Duit mama kasi, sekolah pun kasi. Boros time hujung minggu. Kumpul duit beli telefon bimbit, first henfon brand SIEMEN, macam batu bata. Last2, duit simpanan xseberapa.

Umur 18 Tahun
Dah mula berjinak dengan business, time study buat business baju. Jadi Designer bebas Bizandry Inc pada ketika itu, design baju sendiri dan jual pada kengkawan dan junior baru. Dapat untung belanja kengkawan. Hujung minggu buat part time guru tuisyen untuk bebudak sekolah rendah. Ah, tak terasa lagi nilai ringgit coz dalam masa sama dapat Loan MARA. Xkena bayar pun sebab CGPA dapat bagus. Tiap2 bulan asyik tukar henset baru. Dalam masa dua tahun dah tukar 8 henset dan pakai 3 line sekaligus; Maxis, Celcom ngan Digi. Tapi kini setia dengan Maxis n Celcom jer. Ah, betapa borosnya.

Umur 22 Tahun
Kini. Lihat kawan2 ada yang dah kahwin. Dah mula kumpul aset. Jelesnyer. Dah mula terasa betapa bernilainya nilai satu ringgit bila dah punya kerja dan tahu betapa susah untuk dapat duit sendiri. Sekarang dah xde lagi biasiswa, dah xde lagi duit loan. Ah, rasa sedikit tersepit. Dulu sangat boros. Kutuk diri kenapa xreti beringat. Heh. Sudah mula berjimat tapi masih tidak dapat kikis tabiat ‘kaki wayang’ dan ‘ulat buku’. Masih dalam proses mencuba buat belanjawan bulanan. Masih mencuba. Akan cuba. Doakan yer.

p/s : Im Ami. Tahun 2009, tahun untuk Kedekut!!

Di Telapak Tanganku Ada Jemari Halusmu

Dengan lafaz bismillah aku mula melangkah keluar dari rumah. Tiada hala tuju, hanya sekadar mengikut kata hati. Langit pada ketika ini seperti mengukir satu senyuman menandakan cuaca yang agak baik. Entah macam mana, aku kini sudah berada di pintu gerbang Alor Star Mall, dari luar kedengaran bunyi bingit. Pengunjung lebih ramai dari kebiasaannya. Seperti ada satu keraian. Kaki dihayunkan dengan kadar sederhana menuju ke arah orang ramai itu. Ah, ada Roadshow One In A Million rupanya.

Seperti dipaku, kaki aku tegak berdiri memerhatikan contestant OIAM beraksi. Tapi hanya menjadi pemerhati tidak seperti sesetengah pengunjung yang menjerit2 seolah2 ingin menarik perhatian finalis itu memandang kepada mereka. Kenapa perlu begitu fanatik yer? Perlu ke menjadi sebegitu hyper hanya untuk manusia yang keluar TV dan berkeupayaan menyanyi di atas pentas. Hurm. Apabila tiba turn Tomok melagukan nyanyiannya, aku pelik. Lagi kuat sorakannya.

‘Semalam siapa ada tengok OIAM?’ Tanya Tomok kepada pengunjung. Dan seperti bunyi ayam yang dicabut bulunya pengunjung2 di depan pentas menjerit ‘Ada..!!’

‘Sebelah sini undi siapa?

‘Tomooookkk’

‘Haha, okey sebelah sini kata dia undi Tomok. Macam mana pulak dengan sebelah sini. Anda undi siapa?’

‘Tomooookk!!!’

Alahai, meremang bulu roma. Geli geleman pun ada. Dan yang buatkan aku sedikit geli hati bila seorang pengunjung perempuan menanyakan soalan yang bagi aku boleh dikategorikan dalam kategori “Gedik Sengal”

‘Kenapa Tomok ni hensem sangat?’

Adeh.

Roadshow itu berakhir dengan persembahan Ayu sebagai penutup tirai. Lihat jam, hurm masih awal. Lepak kejap di tingkat atas. Kaki menuju ke arah Big Cinema. Beli tiket movie ‘Knowing’ lakonan Nicholas Cage. Biasa la kaki wayang. Story mengisahkan kanak2 perempuan yang boleh melihat masa depan. Dia boleh meramal setiap bencana2 yang akan berlaku di masa hadapan, siap lokasi dan jumlah mangsa lagi. Story end bila akhir sekali dunia ini kiamat. Bintang yang aku boleh kasik hurm 4 kot. Hee, coz I love movie lakonan Nicholas Cage. Entah kenapa, semua movie dia best2, pandai dia pilih skrip yer?

Langit sudah kian hitam, menandakan sudah tiba tirai senja untuk berlabuh. Rumah waktu ini xde orang. Family ke KL. Tak ajak pom. Ceh. Xpe2. Singgah kejap ke Fast Food Restaurant. Tapau untuk dinner malam karang. Sunyi bila tiada orang kat rumah. Tapi aku rasa macam biasa2 je. Mesej kengkawan tapi semuanya sibuk. Ah, boringnyer. So decide habiskan masa dengan baca novel thriller sampai mata mengantuk.

Selamat Hari Sabtu.

Kroish Kroish Kroish…

zzzzzz

p/s : Im Emih. Suka dengan Aweera. Ingat Aweera Ingat Jeritan. Aaauuuwww.

Not A Popularity Contest

Antara dibenci atau disukai. Meluat atau Popular. Pilihan tidak semuanya di tangan kita. Sesetengah individu dilahirkan dengan personaliti yang menarik dan mudah menjadi tarikan orang. Cantik dipandang dan lantang berbicara. Selalu mereka ini akan dijadikan subjek untuk didampingi dan tumpuan. Tidak kurang juga yang lahir dengan riak wajah sifat yang kusam personalitinya. Sering tenggelam di dalam lautan manusia. Kehadirannya kadang2 tidak diambil peduli dan ketiadaannya juga tidak begitu dirasai. Kadang2 kelompok kedua ini juga perlukan perhatian, perhatian sebagai bukti mereka juga wujud.

Aku lebih selesa membicarakan tentang golongan senyap ini. Kerna aku juga boleh dikatakan orang yang agak pendiam dan tidak menonjol dahulu. Kan Kak May? Begitu susah adikmu ini hendak bercakap kan ketika kita berjumpa dahulu. Hee. Kepada anda yang satu ‘bumbung’ denganku, ini kisah anda. Jika ada gerangan ‘Popular’ yang secara tidak sengaja membaca entry ini, selamat datang ke dunia ‘Senyap’. Dunia ‘Kami’.

Sedikit perihal tentang kami adalah kami memandang dunia dengan perspektif yang lurus. Lurus di dalam kamus kami adalah sentiasa tekun dan bersungguh dalam apa yang kami lakukan. Iya, kadang2 perilaku kami agak mengjengkelkan dengan cara kami berpakaian misalnya dan perilaku kami yang ‘takut2’. Tahap keyakinan kami adalah zero. Kami pada kebiasaannya lebih gemar berbicara dalam diam. Dan dalam diam itu kami akan membaca psikologi manusia2 di sekeliling.

Dalam mencari rakan, terlebih dahulu kami akan menilai dari segi cara perlakuan mereka. Jika mereka dari golongan ‘Popular’, kami akan lupakan sahaja niat untuk mendekati kumpulan ini kerna kami tahu mereka bukannya akan pandang kami pun. Jika iya, itu hanya dalam tempoh sementara sahaja. Kami sudah masak. Kami hanya akan menjadi tumpuan apabila ada ‘sesuatu’ yang bernilai di mata mereka. Contoh macam jika dekat dengan exam, segala nota dan tips2 peperiksaan akan seboleh2nya akan dikorek oleh mereka2 ini. Lepas exam, lesap! Ah, kami dah lali pun.

Diam bukan beerti lemah, senyap juga bukan beerti kami ini akan terus hilang. Jika diberi peluang dan sedikit ruang untuk kami bersuara, anda pasti akan terbuka mata dengan apa yang kami ada, apa yang kami pendamkan. Kami juga manusia biasa, terimalah kami seadanya kerna tidak sesiapa pun yang dilahirkan sempurna. Salam perkenalan dari orang senyap. Aku Ami. Peace!

p/s : Im Ami. Syyhhhh...

Ibu Engkaulah Ratu Hatiku

Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu

Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon Ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga .. Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? Aku cari pasanganku
Bila sedih? Aku cari Ibu
Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku
Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut hari istimewa..Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu........Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila....Bila.....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila.....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan :-
'Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja. Bolehkah kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah'

p/s : Im Emi. Got this text from my friend. Terusik sikit hati aku pada penghujung artikel ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...