sahabat Senyap

Friday, July 31, 2009

Hey! I’m Back..!! :-)

Agak lama rasanya aku tidak update blog. Berhabuk sudah this page. Rindu Senyap tak? Hehe. Agak kusut sikit dalam dua minggu ini actually. Pergi sana sini. Attend ini itu. Ada juga hendak menulis tapi bila menaip sepatah kembali backspace dan menaip yang lain pula kemudian padam balik. Sudahnya, langsung aku tinggalkan terus lappie aku tue.

Okeh! What happen this week? UPU kena tutup atas kes pig flue. Ada teman study di UUM kini dah balik kampung seminggu. Ini bermakna kes ini xjauh mana dengan tempat aku. Menurut kajian, virus H1N1 ini merupakan virus yang cepat merebak. Jadi pada sesiapa yang rasa badannya kini rasa macam demam, lenguh badan. Cepat2 lah buat pemeriksaan. Memang pada mulanya semua rasa takut untuk check, aku tahu sebab aku pun macam tu. Tapi lebih baik mencegah dari mengubat kan.

Kes aku di Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang berlangsung selama dua hari minggu lepas. Hari yang bagi aku agak panjang dan letih. Tapi rasa lesu yang itu seperti terubat bila aku memenangi kes tersebut. Yeay..!! hehe. Esoknya aku berurusan dengan Pegawai Forensik dari Jabatan Kimia di Sungai Petani. Sehari suntuk jugak la aku spend masa kat situ. Dan kes yang ini masih lagi ‘pending’. Pending pun bukan apa, kes yang ini melibatkan prosedur yang perlu dipatuh. Prosedur yang melibatkan masa. Hurm.

Semalam UNION meeting berlangsung sehingga jam 6 petang. Usai meeting, ada aku dan ahli UNION yang lain adakan short discussion. Secara jujur. Bila kali pertama aku berurusan dengan mereka, ada sedikit cuak. Sebabnya mereka lebih berpengalaman dari aku yang masih lagi hijau. Tentang apa yang kami bualkan rasanya tidak perlulah aku utarakan di sini. Confidental.

Bagi side pelatih dari GEMS, aku cuba reka satu tugasan untuk ‘partner’ aku. Rasa bersyukur jugak sebabnya partner aku ni sangat2 membantu. Baik dari cara kerja dan idea. Aku dah mula selesa bekerja dengan dia. Bagi unit IR, aku ingin rombak balik semua polisi yang berkaitan. Mula reka satu sistem dan guideline yang berpaksikan undang2 tetapi yang mana lebih mudah difaham, diterima dan insyaAllah akan diikut oleh PIC akan datang. Orang kata untuk mulakan sesuatu itu payah tapi jika ada prinsip ‘No Pain No Gain’, semuanya akan jadi positif. Betul tak?

Satu hari tue. Ada aku tanya partner aku samada dia punya blog tak? Jawapan dia ada sedikit menjentik hati aku waktu tu. Jawabnya, jika ada blog kita akan kusut apa yang hendak ditulis. Dan secara automatic kita akan bercerita tentang apa yang kita buat hari ni, kita bergaduh dengan orang itu, hari ini kita makan apa, tadi kita tengok kemalangan. Benda2 macam itu. Jika tidak, kita tak akan ada idea hendak menulis apa. Dan tak rasa lain ke bila hal peribadi kita diceritakan kepada semua. Hurm. What do you think? Tapi bagi aku, suka hati la. Hahaha.

Bak kata Blogger Boy dalam slot 8tv tue. Di sini tempat aku luahkan apa yang terbuku. Disini tempat aku boleh jujur pada diri. Disini ruang untuk aku jadi diri aku tanpa perlu terikat dengan sesiapa. Disini juga aku boleh bertemu dengan kenalan yang kongsi minat yang sama dengan aku. Eheh. Bila kita bercerita at least sekurang2nya hati ini akan sedikit lega. Entah la, tapi bagi aku memang begitu. Yang aku tahu, jemari ini masih belum letih menari. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Be what you want to be. Don’t be what other want you to be. That’s not the way you live your life. (Panjang sikit celoteh entry kali nie. hehe)

Sunday, July 19, 2009

Salam Hijrah

Sejak kebelakangan ini aku sedar, aku sedar yang aku ada banyaak kerja nak buat. Kerja? Iya, kamu tidak berilusi Emi. Walaupun aku sudah punya time management sendiri dalam menguruskan benda yang aku perlu dan akan buat. Tapi aku sedar bahawa apa yang aku buat hanya sedikit. Perlu lebih fokus selepas ini.

Esok dan lusa aku perlu ada di Mahkamah. Kes masih banyak untuk aku faham dan lebih study. Tapi dalam masa cuti yang ini, aku leka. Banyak habiskan masa dengan keluar memburu hiburan. Jadi untuk itu aku perlu janji pada diri, perlu lebih extra fokus. Sebab aku tahu, aku boleh buat. Yakin diri boleh.

Walaupun asakan2 kerja ini kadang2 buat aku tertekan. Tapi aku sebenarnya seronok. Bila satu2 tugasan berjaya diselesaikan. Aku rasa puas. Sungguh, kepuasan itu yang aku cari. Tapi sebagai manusia, semuanya mesti bersungguh2 dengan seimbang. Sederhana, tapi bermakna.

Semalam aku lakukan satu kerja yang agak sia2. Dengan berada di dada jalan, aku meluncur dengan agak laju dan deras. Agak laju hingga aku dapat rasa tiupan angin deras memukul2 dada aku meminta aku segera bangun. Cepat sedar, dan bila aku nyaris2 berlanggar. Seperti ditampar, aku beristigfar panjang. Ya Allah. Bila emosi jadi raja. Bila pulang, aku berbaring. Mengumpul semula nafas yang sedikit kurang tadi. Selang satu jam, aku capai HP, send satu text pada someone. At least jika aku pergi dulu, aku nak itu jadi last word aku. Hurm.

Tapi diri masih lagi bernafas. Ini bermakna perjalanan aku masih lagi panjang dan jauh. I hope. Bersempena Israk Mikraj hari ini. Aku juga ingin berhijrah kepada yang lebih baik. InsyaAllah. Doakan aku. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Harap hari yang mendatang lebih bercahaya.

I Hate To Post This Entry

I tried so hard to get your attention
Eventhought I know I shoul’nt
I tried so hard to be apart of you
Eventhought I know it impossible
I tried so hard to make you feel my present
Eventhougt I know I did’nt deserve it

In that process I did not realize
That I had wasted your time
That I had mess with your emotion
And one thing that I regret the most
I had hurt your feeling

Apart of all that I want to apologize
For the thing that I had done

I’m sorry, for everything…
Sorry, Because I L**e you..


p/s : I’m Emiey. Okey Fullstop ..

Saturday, July 18, 2009

Best Job Ever

Tadi aku ke TESCO. Sekadar singgah membeli Pringles dan lain2 kudapan ringan. Ole2 buat family. Ketika hendak ke kaunter untuk membuat bayaran aku lihat deretan barisan panjang beratur dengan troli penuh berisi disisi. Sementara menunggu giliran aku, aku lebih gemar menjadi pemerhati.

Sekilas aku pandang cashier2 di situ. Walau ramai customer, tapi mereka tetap dengan senyuman walau riak wajah mereka ada sedikit terlukis raut letih. Tugas mereka simple, hanya perlu scan barang2 yang dibeli pada pengimbas bar code dan masukkan barang tadi di dalam plastic. Tapi azab yang perlu dihadapi mereka cuma sepanjang tugas mereka diharuskan berdiri. Jika ramai customer macam sekarang, berdirilah sampai que makin surut. Tapi aku fikir balik, TESCO ni pernah surut ke dengan orang? Dan sebagai cashier, mereka berada di barisan hadapan. Secara tidak langsung imej mereka perlu dijaga. Aku perasan, rata2 cashier di situ bermuka manis dan kemas. Dan jika ada barangan yang diambil customer rosak, mangsa maki hamun juga cashier. Tapi yang customer ni pun, kenapa tadi tak lihat betul2 barang yang diambil. Tak pasal2, cashier yang innocent tu jugak yang kena ‘basuh’.

Setelah dihipotesis dan dieksperimen oleh aku yang naïf ni. Tiba turn aku di kaunter bayaran. Aku lihat badge card cashier tu tertera ‘Zalina’, nama dia mungkin. Reaksi seterusnya, Pringles aku tadi terus hinggap di bahu aku bila kena limbas dengan cashier yang namanya ‘Zalina’ tadi. Aku perasan customer yang beratur di belakang aku rasa sikit cuak. Tidak menjangkakan reaksi tadi barangkali.

‘Sejak dah kerja lain ni dah lupa jalan nak mai sini ke? Aku sepak jugak hang ni kang.’ Tutur cashier yang namanya ‘Zalina’ disambung dengan gelak ketawa.

Hehe. Actually Ina ni kawan rapat aku. Dia ni memang rock sikit. Tapi kelakar. Nak jumpa dia senang jer, pergi TESCO Sg Petani. Yang rupa macam anak mami tu dia la. Berkulit putih cerah. Tempat dimana aku pernah buat part time as cashier (haha) 2 bulan masa cuti semester dulu. Rakan seangkatan aku dulu ramai yang ikut jejak aku. Berhenti. Yang tinggal cuma Ina.

Sepanjang 2 bulan aku bermastautin disitu, aku belajar yang rata2 pekerja di situ banyak yang cuma buat part time. Jangan terkejut jika aku kata cashier yang scan barang kamu itu ada yang punya Degree. Sebabnya jika di TESCO Sg Petani, cashier di situ rata2nya budak2 U yang spend time hanya nak habiskan masa cuti semester. Macam aku dulu.

Dah banyak tempat aku kerja. Mostly part time. Tapi jika perlu buat perbandingan, no doubt it would be TESCO in my best job. Sebabnya xde langsung stress, tiap2 hari dapat jumpa orang, boleh sembang2 time kerja. Kawan yang ‘gila2’ ramai. Ah, miss the old day. Tapi itu la, zaman sekarang ‘green note’ yang jadi ukuran. Heh. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Amiey. Pedih kan bila kita dihina ? Aku dah macam malas dah nak ambil tahu hal orang. Ini last aku sentuh sal emosi kat dalam entry nie. Bukan apa, mulut orang ni susah kita nak kawal. Bila dah perasan bagus ni leceh.

Friday, July 17, 2009

Black & White

Kepul awan putih kelihatan sedikit nipis seperti kertas tisu disimbah air basah. Bergerak perlahan2 diteman angin pagi yang bertiup dingin. Udara agak sejuk dengan embun pagi menitik2 di laman landskap di hadapan rumah. Seperti malam semalam dan kelmarin, tidur malam selalu diteman dengan hujan yang datang singgah. Cuma semalam hujan datang dengan agak lama dan deras, menjadikan udara pagi ini seronok dihirup. Sebabnya ia extra nyaman dan extra bersih.

Sungguh harmoni, semuanya di luar jangkaan aku. Betapa Yang Satu sentiasa memberi dan memberi hanya yang terbaik pada ciptaanNya. Dan rasa yang ini membenarkan hati aku tersimpul senyum senang. Tidak lagi rasa sakit macam semalam.

Berkongsi itu bagus, itu kata ibu. Jadi bila aku keluar membeli nasi lemak di gerai makcik tepi jalan, aku tidak lupa untuk berjenaka dan bertegur sapa. Lihat makcik itu ketawa, aku rasa senang. Juga bila aku singgah pula untuk membeli surat khabar di kedai yang lain, tidak lupa aku hadiahkan satu senyum. Dan sekali lagi seperti tadi, senyum aku akan dibalas kembali dengan senyum yang lain pula. Senyum itu putik kepada gembira. Sentiasa senyum akan jadikan kita cantik! At least itu yang selalu diberitahu Ibu. Bagi aku, senyum itu permulaan kepada erat yang lebih baik.

Tapi sudah adat, xsemua yang suka apa yang kita buat. Tak semua hati boleh dipuaskan. Bila aku cuba mengetuk hari pagi teman yang lain, mengucapkan kata selamat seperti biasa. Ada yang menyambut dengan hilai tawa. Ada yang tidak gemar. Ada juga yang membalas, “Don’t be to concern, I don’t like it”.. dan kata2 lain yang sedikit hurm… Agak terkedu juga pada mulanya. Kata2 dari teman baik sendiri. Ah, mungkin dia sibuk agaknya di pagi hujung minggu ni. Salah aku mungkin. Minta maaf. Niat cuma nak menceriakan kamu. Tapi aku bukan berhatikan batu dan sedikit pun aku tak kisah kamu. Aku tahu kamu agak sibuk kebelakangan ni. Sentiasa kata2 doa hanya yang baik khusus untuk kamu aku panjatkan. Aku juga sibuk, aku juga kadang2 ada masalah. Tapi itulah namanya hidup.

Matahari sudah makin tinggi, kelihatan makin gah juga memancarkan cahaya. Alam sudah mula senyum pada isi bumi. Bersedia mengadap satu lagi hari yang baru. Sama juga aku, tapi waktu pagi ini aku lebih selesa berbaring2 dahulu sebelum merancang aturan program hari minggu kali ini. Selak kejap surat khabar yang dibeli tadi, lihat pada ruangan ‘filem’. Nak tonton wayang apa hari ni ya… hurm, sambil menyisir rambut ke belakang yang jatuh mengurai. Rambut dah panjang. Tapi tidak melebihi bahu, jadi pada aku itu tidaklah panjang sangat. Hanya akan kelihatan messy pada waktu pagi. Belum masa untuk dipotong. Not yet.

Jam di dinding bilik menunjukkan masa 11.14 pagi. Masa yang aku rasa sesuai untuk aku mulakan hari aku. Selamat pagi semua. Selamat pagi Malaysia. Selamat pagi dunia. Peace dari Senyap.

Selamat menyambut hari minggu.

p/s : I’m Amih.Waktu aku post entry nie aku baru keluar dari cinema. Skrip 7707. Pasnie satu lagi movie nak tonton.. haha

Diari Seorang Lelaki

“Malulah kepada Tuhan pada hatimu, sebagaimana anda malu kepada sesama manusia pada lahirmu” – Anonymous

Anak muda itu kelihatannya agak sedikit gelisah, semacam rasa rimas. Bila disapa oleh temannya yang berlainan jantina, rasa itu semakin menjadi2. Sekejap2 dia memandang ketepi, sekejap dia pura2 melihat skrin PC, tapi yang nyata apa yang dia buat serba tidak kena waktu itu. Entah, sejak datangnya pelatih dari GEMS baru2 ini yang seramai 28 orang itu, rasa yang itu bagaikan merusuh. Seakan bertempik dari dalam. Anak muda itu terus tenggelam lemas.

Mungkin sejak dari kecil sifat semulajadi anak muda itu sudah memang begitu. Kerap berdiam dan kaya dengan sifat pemalu. Kerap kali juga dia ditegur atas sifatnya yang satu itu. Tapi sudah begitu azalinya, tidak ku pinta lahir ke dunia, tidak ku duga begini acuannya. Sekurang2nya itu yang sering bermain di kepala. Tapi hairan, walaupun dengan ‘kelemahan’ yang itu. Dia masih berupaya menarik perhatian yang lain. Menjadi mangsa usik sakat selalunya.

Pada waktu ini, ramai pelatih2 dan student praktikal yang menjalankan latihan di tempat anak muda itu bekerja. Reaksi anak muda itu biasa sahaja, sebagai seorang Adam memang normal jika sekali2 dia menjeling mana2 pelatih yang datang. Hanya setakat itu. Tapi bila perlu ditugaskan untuk menjaga salah seorang daripada mereka. Ah, macam ada batu berat ja atas kepala. Tunggu masa untuk menghempap. Atas nama tugas, gagahi juga walaupun yang dijaga itu hurm seorang keturunan ‘Tengku’, punya kelulusan Master dan agak menarik cara penampilannya. Jika dari sudut job scope yang diberi, si Hawa ini perlu sentiasa ada disisi anak muda itu. Reaksi pertama. ‘You got to be kidding me.’

Hari pertama, alhamdullillah. Semua berjalan dengan lancar. Sesi perkenalan ada juga diselang seli dengan gelak tawa walaupun ada sedikit kekok. Good sign. Tugasan yang diberi mendapat kerjasama yang baik dari Tengku. Future good partner to cooperate. Cant wait what had install for tomorrow. Walaupun pada mulanya agak lemas menahan asakan soalan2 dari Tengku mengenai ilmu2 HR umumnya dan spesifik IR. Tapi agak fun.

Satu benda yang anak muda itu belajar. Malu itu perlu, tapi biarlah malu itu bertempat. Malu membuta tuli hanya mencerminkan kelemahan dan kegoyahan keyakinan yang lain. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emy. Erm, two of my close friend dapat offer kerja lain. Ah, sengetnya. Please don’t go.

Thursday, July 16, 2009

Ini Bukan Organ Bionik

Dalam badan kita ada jantung, ginjal, buah pinggang, paru2, limpa, pundi kencing dan usus. Anda boleh rujuk buku teks Biologi SPM jika mahu senarai lengkap bahagian2 lain yang ada pada badan manusia. Tidak pun boleh google, terpulang kepada anda. Aku bukan hendak beri tuisyen subjek Biologi, minta maaf. Aku tak pernah pun ambil subjek tu dulu. Cumanya kat sini aku nak bercerita tentang satu bahagian lain yang ada dalam manusia. Hati. Heh, mukadimah yang agak sengal.

Hati sering dikaitkan dengan emosi. Terma hati juga sering dijadikan sumber inspirasi bagi pakar2 bahasa merujuk kepada emosi tadi. Jadi muncullah istilah2 seperti ‘suka hati’, ‘jatuh hati’, ‘makan hati’, ‘sakit hati’ dan segala macam lagi. Anda juga boleh rujuk buku teks jika mahu senarai lengkap. Hurm, kenapa aku suka buat mukadimah yang senget2 eyh dalam entry ni? Okeh serius2..!! Straight to the point.

Entah la kenapa, aku rasa hati aku dalam dua bulan ni cukup kerap ditenyeh, ditekan, diasak, dilenyek sampai satu tahap aku macam nak menjerit. Menjerit biar semua orang boleh dengar. Biar semua tahu yang aku juga punya hati macam orang lain. Aku juga manusia biasa macam kamu dan engkau. Kali ni tiada sebarang buku teks yang boleh dirujuk untuk tahu apa yang aku rasa sekarang. Langsung tiada.

Kepada orang yang berkenaan, aku tahu kamu akan baca entry ini. Satu jer yang aku pinta. Please STOP. Hurm, mungkin lepas ini aku akan refer pada buku teks yang itu. Buku teks yang aku percaya boleh bantu ubat sakit hati aku, rasa rintih aku. Dengan lafaz bismillah, aku baca tulisan2 jawi di dalam kitab itu. Kitab kita yang satu. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Tuesday, July 14, 2009

Award From Sasha & Yean

Bagi individu yang rabun IT macam aku ni bila dapat award cute macam kat atas benar2 buat aku senyum sendiri. Sebabnya aku xreti nak create2 award macam tu. Heh. Thanks buat Yean n Sasha, hurm dorang bagi award yang sama. Jadi aku combainkan skali la. Boleh macam tue? Hehe.

Nyatakan 5 Fakta Menarik Pemberi Award Ini?

# Sasha Lee
i) Teman blog, xkenal sangat (minta maaf). Tapi memang mula berkawan mulanya dari tak kenallah yang lama2 akan kenal sangat2. Kan? Hehe. Terus blogging ya kamu.
ii) Suka apa yang aku suka. Bagi aku dia boleh share anything with anyone.
iii) Right person if you want to have chat
iv) Minat MU (yeke? Hehe)
v) xboleh terbang

# Yean
i) juga teman blog, friendly. (I think)
ii) suka makan
iii) tido cukup 8 jam sehari
iv) bernafas melalui hidungnya
v) juga tidak boleh terbang

Setiap Blogger Harus Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih Penerima Blog Seterusnya.

+ Aku seorang yang unpredictable ; boleh jadi orang yang diam sepi dan boleh jadi orang yang sangat talkative, depend on my mood. But most of the time, i’m a silent person with a silent attitude.
+ Suka senyum, senyum itu bagi aku bagus dan suka buat orang keliling aku turut senyum. Agak kelakar orangnya. Haha
+ Boleh terbang tanpa gunakan mantel dan seluar dalam di luar.
+ Waktu senggang suka chatting dengan Obama, bincang pasal dunia.
+ Jiran dengan Jennifer Love Hewit.
+ Mempunyai seekor kucing yang boleh menyanyi rap
+ Penggusti professional WWE
+ Tidak boleh menjadi orang Super Saiya.
+ Boleh menahan nafas di dalam air selama 15 saat
+ Fakta ; aku menaip entry ini dalam keadaan mamai nak tidur sebenarnya. hehe

Anda Perlu Memilih 8 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka

+ Adila – Sebab dia la wujud blog ‘Silent Melody’ ni.
+ Emillia Andres – My sis yang ibunya orang Filiphina
+ Mynamyra – Regular commentator aku, hehe. Thanks kamu. Keep on rolling.
+ Att Ashburn – seorang cikgu, bagus dia ni seorang pendidik. Tabik2.
+ Adeeb – Dari teman blog kini teman emel aku sekarang
+ Makcik Ejan – Suka personality dia. Agak ceria.
+ Che Lia – Adik ‘my skandal’.. haha.. (mesti dia tengah muntah hijau sekarang)
+ Cik kikilala – sangat cute la nickname dia. Hehe

p/s : I’m Emi. Aku rasa aku ingin hilang sekarang.

Friday, July 10, 2009

Rindu Pada Dania

Ah, rindunya aku pada Dania. Sangat2 rindu. Dan bila aku kerumahnya tadi terus aku peluk dan kucup lembut dahi dia. Lihat dia tersenyum hati aku turut berbunga girang. Hurm, makin comel la Dania. Sukanya aku. Dah berapa lama eh. Ha, dah genap 3 bulan dah umur Dania sekarang. Ini baby akak pupu aku. Akak kerja waktu ni. Dania dihantar ke rumah Tok Abah dia (Pak Long).

Waktu ini Pak Long xde dekat rumah, yang ada cuma Mak Long, Junaida (June) sama dengan baby Dania. Rasa macam aku ketua rumah plak time ni. Iyelah, sorang2 je laki dan yang lain semuanya Hawa. Aku perasaan waktu aku masuk rumah Pak Long tadi, ramai jiran2 disitu lihat aku semacam. Mungkin tak pernah lihat kelibat aku disitu kot. Sempat jugak kena belasah dengan June kat depan pintu tadi. Haha. Belasah manja ja. Dia merungut kenapa aku lama xdatang rumah n tengok wayang sorang2 tak ajak dia sama sedangkan jarak dari CS ke taman ni dekat jer. Mak Long sekadar tersenyum. Hurm, apa khabar Mak Long.

Bila lama tak jumpa, mulalah semua cerita keluar. Ada cerita manis, ada yang pahit keluar dari mulut June. June ni memang suka bercakap. Sangat talkative. Aku cuma mampu termangu n mengangguk senyum. Sekejap2 aku main dengan Dania. Geram la. Dah makin comel, rambut pun dah lebat. Agak terkejut jugak bila dari celoteh June, ada kes lari dari rumah yang jadi kat salah sorang relative aku. Sebab apa tu, tak payah la aku cerita kat sini, agak personal. Sudahnya 2 jam aku spend dekat situ, berborak sembang dengan Mak Long dan June. Oopps, baby Dania pun sama. Dari tadi xberkelip mata Dania lihat muka aku. Why? Tak pernah tengok Uncle Emy eyh. Hehe.

Sebelum balik, aku ajak June pergi pasar malam. Jalan seiring dengan June di kawasan perumahan dia betul2 tarik perhatian sesetengah orang. June ini pulak agak manja, dari tadi xlepas2 pimpin tangan aku. Ai, ambik kesempatan ke budak nie. Hurm, biar la. Asal you happy sudah. Lagi pulak dah lama aku xjenguk cousin aku yang sorang nie. Dia sebaya dengan adik bongsu aku actually. Ambil SPM tahun ni. Lepas beli buah tangan untuk Mak Long aku terus minta diri. Hari dah kelam, hujan pun ada sedikit rintik. Jumpa lagi ya Dania. Sayang kamu.

Selamat Hari Sabtu.

p/s : Im Emy. Keluarga adalah inti peradaban. Walau kawan datang dan pergi, family always stick together.

Will You Marry Me

Bila orang bujang bersembang dengan orang yang sudah berumahtangga. Sememangnya orang bujang itu akan tampak macam orang bodoh. Nak mencelah tiada fakta, nak menyelit tiada pengalaman. Sudahnya hanya mampu mengangguk tanda faham dan sekadar tersengih sumbing. Terus terpencil di situ.

Memang situasi macam ni selalu jadi pada aku. Bekerja dengan rata2nya sudah berumahtangga adakalanya buatkan aku rasa sikit kekok. Sebabnya mentaliti mereka agak lain, mereka lebih matang. Jarang sekali nak bercerita perkara2 yang orang muda macam aku ini selalu bercerita. Topik yang selalu dilontarkan lebih kepada balik ni nak masak apa, semalam anak tak boleh tidur, anak demam, hari ni malam jumaat dan kejap lagi nak beli susu anak. Bagi orang bujang macam aku, dengarlah selagi mampu. Itu juga gambaran hari muka kamu.

Ada rakan sekerja bangkitkan isu kahwin ini semuanya susah. Tapi kalau buat ‘projek haram’ semuanya senang. Aku tanya kenapa. Dan jawapan dia betul2 buatkan aku tersengih panjang. Jawap dia kalau kahwin ini susah nak dapat anak, tapi kalau secara ‘haram’, cuba sekali dah ’melekat’. Aku fikir balik, yeke? Bergantung pada rezeki masing2 aku rasa. Tapi aku lebih selesa dengar apa celoteh dia. Sambungnya sudah hampir setahun baru wife dia hamil, ada juga dia terfikir samada dia ini mandul ke. Dan bila nak deliver, wife dia terpaksa lakukan pembedahan sebabnya tidak boleh melahirkan secara normal. Dia argue, kalau mengandung luar nikah, beranak dalam bilik air pun boleh. Aku fikir, setiap sesuatu ada hikmah disebaliknya.

Ada juga yang menyakat, semalam hujan lebat. Rugi la kau zam. Haha. Tak kurang juga bos aku. Pantang aku rapat sikit dengan sesiapa, terus hangat sampai ke bilik meeting. Tapi aku selalunya xkisah, at least segala yang itu eratkan lagi kami rakan sekerja. Aku suka macam nie. Minggu lepas ada sorang staff ajak aku tengok rumah. Dia suggest aku beli sementara umur masih muda, harga tanah pun xmahal sangat. Tapi ish, biar betul dia ni. Muda lagi la. Nak beli rumah nak buat apa lagi. Untuk jaga hati dia, aku iyakan saja. Ikut lihat sekeliling kawasan perumahan yang dimaksudkan. Tapi kalau nak beli, hurm minta maaf lah. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Nama panjang mohammad zamzami. Tapi people call me zamzani. Apa2 pun boleh.

Thursday, July 09, 2009

Bangkitkan Rasa Yakin

Aku kerap membisu dalam rutin hariku, lebih selesa tertawa dan tersenyum. Senyum itu satu sedekah, senyum itu juga umpama manisan riak wajah. Jadi untuk kekal cantik rajin2 la senyum. Hehe.

Bila dikenang semula azali aku yang dulu dengan sekarang. Benar, memang banyak yang sudah berubah. Yang penting, sifat yakin pada diri itu perlu disemai sejak awal. Benih yakin itu lama kelamaan selepas dipupuk dan dibaja pasti akan membuahkan hasil. Entry ini aku tuju pada individu2 yang sangat nipis tahap confident dalam diri. Tiada confident hari ini bukan bermakna pada esoknya confident itu tetap tidak akan datang. Ia sentiasa ada, cuma perlu dikejutkan dari tidurnya.

Bukan susah mahu ada keyakinan diri. Kita tidak yakin sebab apa? Takut apa pandangan orang. Risau dengan apa yang lain akan fikir. To overcome that fear is to go straight to fear itself. Jika takut berhadapan dengan orang, maka selalulah bermesra dengan yang lain. Kembali kepada rangkap atas tadi, sentiasa senyum. Pasti hari itu akan senyum kembali kepada kita.

Dalam satu program Management Training yang aku hadiri, ingin aku kongsi pengalaman. Aku seperti yang aku tahu memang jenis yang tidak banyak bercakap dan agak pemalu. Tapi ketika sesi ‘bebas’, aku sukarela naik ke atas pentas dan apa yang aku buat? Aku beri ucapan. Memang dalam hati ini Ya Allah, gugupnya. Tapi bila kita sudah mula intim dengan pentas, berasmara dengan rasa takut, tarik nafas panjang, pasti nafsu gugup itu sedikit2 akan padam.

Dalam speech itu sedikit aku bercerita tentang diri aku, sekejap dengan nada tinggi dan sekejap2 dengan nada perlahan. Aku suka bermain dengan emosi audiens waktu tu. Ada yang ketawa dengan jenakaku, dan pada part speech aku yang sedikit berbunyi “Saya pada dulunya tak ramai sangat kawan. Kawan saya cuma buku dan papan lukisan. Bila saya marah, saya lukis. Bila saya suka, saya bercerita melalui lukisan. Tapi hari ini saya gembira, jika semalam kawan saya hanya yang itu. Tapi hari ini saya sudah ada kawan baru yang seramai lebih seratus orang dalam dewan ini… Bla Bla Bla”

Apa yang berlaku. Pada bait2 rangkap itu rata2 yang ada didepanku kaku. Masing2 mata mereka menumpukan perhatian pada setiap baris ayat yang aku tutur. Sebabnya aku tutur dengan agak perlahan dan sedikit sayu. Sengaja buat macam itu sebenarnya. Hurm, psikologi. Dan di akhir sesi, hampir keseluruhan audiens yang ada datang pada aku. Semua hendak berkawan dengan aku. Seronok? Mesti la. Even dalam ucapan tadi ada yang bukan betul pun fakta2nya. Ada plak nak kawan ngan buku ja. Ceh. Ingat aku hidup dalam zaman batu ke. Nawaitu aku hari itu cuma hendak tambah kenalan tapi jika aku ini orangnya pendiam, cara mana lagi yang boleh tarik perhatian semua yang ada. Atas pentas la.

Pertama, cubalah, kemudian yakinlah. Yakin pada diri sendiri adalah rahsia utama kejayaan. Tetapi keyakinan tanpa disertai dengan usaha, bagaikan burung tanpa sayap. Sesiapa juga mampu lakukan, hanya berazimatkan berani serta gersang riak takut dan pasti kamu akan ghairah untuk lakukannya lagi. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amy. Hari ini aku ponteng keja. (cuti AL) Hehehe. Lotey la siot alahai mak aih.

Wednesday, July 08, 2009

Cepat Sembuh Ayahanda

Bismillahirohmanirrahim…

“Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ringankanlah beban sakit hamba Mu ini Ya Allah seperti layangnya kapas putih dihembus angin. Kau percepatkanlah proses sembuhannya seperti mana cepatnya cahaya matahari menjamah bumi di pagi hari, dan Kau permudahkanlah jua laluan hari mukanya seperti air jernih sungai yang mengalir. Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha berKuasa di dalam setiap sesuatu itu…”

Ameen…

Alhamdulillah. Terima kasih kepada sesiapa yang membaca entry ini, terima kasih juga kerna anda secara automatiknya turut membisikkan kata2 doa buat Ayahanda. Minta maaf, kali ini tiada gambar ‘Superman’. Sebagai ganti aku sisipkan gambar seorang staf syarikat aku yang kini terlantar sakit di wad Kenanga Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Yang mana di tempat kerja aku, beliau lebih mesra disapa ‘Ayahanda’. Orangnya bagi aku sangat baik, baik dari segi tutur kata dan sifat yang ditunjukkan. Sesuai dengan pangkat ‘Haji’ yang diperoleh beliau.

Benar, malang itu memang tiada bau. Kita tidak dapat hidu atau rasa bila dia sudah mula mendekati kita. Andai ini berlaku ke atas diri kita, kita tidak perlu merungut malah sentiasa panjatkan rasa syukur. Kerna bagi aku rasa ‘sakit’ itu membuatkan kita lebih ingat pada Dia. Rasa sempit itu jadikan kita lebih dekat dan rapat dengan Nya. Seperti yang termaktub di dalam Rukun Iman, Percaya kepada Qada dan Qadar. Mungkin pada petang itu Qada dan Qadar sudah tertulis buat Ayahanda.

Pada jam 6.28 petang selepas waktu bekerja, aku difahamkan Ayahanda pulang ke rumah seperti biasa dan bila tiba di persimpangan Harvard ada sebuah kereta bergerak agak laju ingin memotong kereta dihadapan dengan mengambil laluan motosikal. Kebetulan motosikal yang ditunggang Ayahanda berada di situ dan kereta tadi melanggar deras motosikal Ayahanda dari arah belakang. Kesan hentaman itu Ayahanda patah tulang bahu, 3 tulang rusuknya juga patah, telinga dan mulut berdarah (aku tak pasti samada ada kecederaan dalaman atau tidak), tangan dan siku Ayahanda juga turut mengalami luka yang agak dalam. Astaqfirullahalazim.. Ayahanda…

Yang lebih menyedihkan dan lebih sakit bukan setakat itu. Bila Ayahanda dikejarkan ke Hospital, servisnya Ya Allah… Sangat sangat sangat mendukacitakan. Bayangkan dengan kecederaan yang Ayahanda alami tadi, dengan rasa sakit Ayahanda yang sedari tadi cuba tahan tapi Ayahanda menerima rawatan pada keesokan paginya. Boleh bayangkan. Kejadian berlaku jam 6.30 petang tapi pada jam 10.00 malam Ayahanda masih di tempat menunggu, duduk di kerusi menunggu dan menunggu bila rawatan akan diberikan. Bayangkan juga, sejak dari petang tadi, darah yang keluar dari mulut dan telinga Ayahanda tadi kering sendiri. Sadis. Pedih yang mana kami turut sedih bila mendengar Ayahanda merintih mengadu sakit. Mengalir air mata Ayahanda. Bergenang lagi air mata kami melihat Ayahanda. Semua servis Hospital Kerajaan macam ni ke ha ??!! Memang timbul juga rasa kesal, kan lebih elok jika tadi kami bawa sahaja Ayahanda ke Hospital Swasta.

Aku juga pernah dikejarkan ke Hospital atas kemalangan jalan raya dulu, tapi cuma kecederaan di dahi dan retak tulang kaki kiri. Dengan kecederaan yang sedikit itu pun aku sudah tidak tahan, inikan pula Ayahanda dengan kecederaan yang lebih dari itu. Hurm… Moga cepat sembuh Ayahanda. Ameen Ya Allah.


Ayahanda Dan Syahrol Yuzy


Dari kecil, aku seperti mempunyai satu kelemahan yang agak ketara, aku cukup lemah bila lihat orang yang dalam kesakitan dan menatap orang yang menangis. Entah, aku akan mudah rasa tak tentu arah. Macam aku akan rasa apa yang diorang rasa. Mungkin atas sebab itu aku cukup benci dengan Hospital. Cukup fobia dengan darah. Cukup trauma dengan bunyi rintih. Tiada apa yang lebih sakit dari melihat orang yang dekat dengan kita disakiti. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amiey. Selalu jadi tempat luahan kawan2 dulu. Ada yang datang bercerita sambil menangis. Menangislah, biar kamu rasa lebih lega. I’ll always be a good listener as long as you need me. InsyaAllah.

Tag Dari Adila



1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog

*

Starting time :1.37 p.m
Name : Qaish Nur Mikhael (Nama Pena aku as Novelis, okey tak? hehe)
Sisters : 0
Brothers : 2
Shoe size : 7
Height : 164 cm

*

Where do you live : Alor Star, Kedah Darul Peace !
Have you ever been on a plane : Yes..
Swam in the ocean : Jarang2 coz xreti berenang sebenarnya.
Fallen asleep at school : Yes.. Budak asrama biasa la. Malam banyak aktivti.
Broken someone’s heart : Nope !! But i'm the one that always been broken. Huk.
Fell off your chair : Hurm, rasanya pernah dulu.

*

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Maybe..
Saved e-mails : Yes...Tapi ikut mood rajin ke tak.
What is your room like : Hujung minggu je kemas, kadang2 my mum xpun my cousin Junaida tolong kemaskan. Sayang korang !
What’s right beside you: Cap
What is the last thing you ate : Nasik campur cafeteria.

*

Sore throat : kadang2
Broken nose : tak pernah
Do you believe in love at first sight : Yes
Like picnics : Depend dengan sapa yang jOin sekali.

*

Who was/were...The last person you danced with : dengan Rai, dia penari kebangsaan Penang.
You last yelled at : tak pernah yelled kat orang. I treat people with respect.
Today did you...Talk to someone you like : Tak, dia sibuk buat report.
kissed anyone : Nope, but my cousin kecil selalu kiss me.
Get sick : Yes, demam sekarang. Tapi sah bukan H1N1.

*

Talk to an ex : last two years ago. then lost contact.
Miss someone : hurm... ada, tapi dia sibuk buat report.
Who do you really hate: George W Bush
Do you like your hand-writing : Yes..
Are your toe nails painted : No... Are you kidding me.
Whose bed other than yours would you rather sleep in : tak kisah tido mana2, kalo letih dalam hutan pun boleh tido nyenyak..(pernah pun, masa PLKN)..hehe
What color shirt are you wearing now : black shirt and blue jacket!

*

Are you a friendly person : Yes.
Do you have any pets : Slim Shady, my cat..
Do you sleep with the TV on : Yes, kadang2.. ada tv dalam bilik.
What are you doing right now : sekarang dalam rest time..kat ofis sebenarnya nie.
Can you handle the truth : Yes. even the truth is painfull. I think i can handle it.
Are you closer to your mother or father : my mum lebih sikit.
Do you eat healthy : telan semua benda, tolak kayu ngan batu ja.

*

Do you still have pictures of you & your ex : takde
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Rai. dia extremely kelakar. Serious.
Are you loud or quiet most of the time : Senyap is my middle name.
Are you confident : Yes..!! Hampir pilih carier sebagai motivator dulu.

*

5 things I was doing 10 years ago
1) tingkatan 1 lagi time tue rasanya..
2) ceria dan agak nakal..
3) dapat first love letter dari one gurl. dont know what to do at that time.
4) Mangsa usik senior coz i was so so so jambu at that time.
5) Ada puak2 lelaki vs perempuan. so naive.

*

5 things I would do if I were a billionaire
1) untuk real world ni nak explore potential business
2) kembangkan business sedia ada
3) beli rumah dan kumpul aset
4) travel satu dunia
5) breakfast di Paris, lunch di Perth, n dinner at Hong Kong.

*

5 of my bad habits
1) Suka menyendiri
2) Tak banyak cakap, lebih kepada senyum
3) Sangat pemalu dengan orang yang baru kenal
4) suka beli benda2 yang xperlu
5) Cepat simpati dengan orang sampai ada yang ambil kesempatan


*

5 places I've lived/living
1) Brinchang, Cameron Highland
2) Alor Star, Kedah
3) Langkawi
4) Pulau Pinang
5) Ant Nest Castle

Agak panjang soalan tag ni, tapi jawab juga la coz 'orang yang sibuk buat report' tue yang tag. Skang pada siapa plak aku nak panjangkan tag nie ya? hurm ini adalah nominasi. Jawab ya. Peace dari Senyap.

+ i - sya
+ miss Joe
+ miss Adeeb
+ miss Zack
+ mr Ikmal


p/s : I'm Ami. Oppss!! Loceng tamat rehat dah berbunyi. Sambung kerja balik. Oh ya, gambar di atas gambar sengal adik aku. Konon2 nak tahan tiang terbalik kata dia. Alahai.

Friday, July 03, 2009

Bos Kata Tidak Apa

Hari ini hujung minggu. Sebetulnya aku pada hari ini akan melompat gembira sebabnya hari Sabtu adalah ‘hari wayang’ aku. Tidur aku boleh dipanjangkan. Dan tepat jam pukul 11 pagi kebiasaannya aku akan keluar dan balik semula ke rumah pada jam 8 malam. Tapi Sabtu yang ini aku macam rasa masa untuk aku manjakan diri sendiri itu kian singkat.

Sekilas aku lihat kembali diari yang aku catitkan jadual rutin kerja aku di syarikat swasta itu. Dahi aku sedikit berkerut. Biar betul ni. Packnya aku minggu depan. Alahai.

6 July – 8 July : Appointment dengan Jabatan Kejuruteraan Automotif JPJ Alor Star. Set and confirm another date dengan Jabatan Kimia.

6 July : Appointment dengan Uni Asia, Alor Star. Regarding on insurance claim.

7 July : Appointment dengan one of Finance staff and assist ke JPJ Alor Star.

8 July : Appointment dengan Staf Service Centre Gurun regarding on 5 bike yang kena sita.

9 July : Meeting Domestic Inquiry. 5 witness dan 2 orang peguam dari MEF.

13 July : 35 practical staff datang lapor diri.

14 July : Meeting dengan vendor Konica Minolta.

15 July : Board Director Meeting. Makesure everything in a good condition.

21 July – 22 July : Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, kes Domestic Inquiry.

28 July : Meeting UNION.

Hurm.. Haish.. Aduyai.. I hate July. Setakat kini, itu yang tercatit. Mana tahu mungkin ada lagi tambahan selepas ni. Semua appointment dan meeting itu perlu aku sediakan kertas kerja, dokumentasi mengikut tarikh dateline di atas. Tapi kan, aku rasa macam seronok. Pelik. Mungkin aku ini suka kerja. Betul, bila kita suka dengan apa yang kita lakukan benda yang berat pun tampak ringan. Rindu ke JPJ. Barangkali atas sebab aku selalu ke sana, aku sudah punya cable. Pegawai2 JPJ di sana rata2nya sudah kenal aku. Pada kawan baru aku Muni dan Waty, lambai sikit? * wave wave. Hehe.

Kata bos, PA itu penting. Jadi aku cuba untuk baiki PA aku dari hari ke hari. Kata bos juga, aku kena pandai tackle hati orang yang selalu kita berurusan. Itu namanya ‘Entertainment’. Jadi aku cuba untuk ramahkan diri aku. Tapi aku cakap pada bos rata2 orang yang berurusan dengan aku dikalangan wanita dan segelintir saja lelaki. Macam mana ni? Bagi orang yang agak shy dan pendiam macam aku. Ini satu torture. Betul !! Tapi bos kata cuba.

Aku guna pendekatan ‘kawan’, mudah untuk rapat dengan client jika kita selesa dengan mereka. Tapi untuk rapat dengan wanita ni. Adeh.. Hari itu ada seorang client minta number aku, atas sebab ‘entertainment’. Aku beri. Hari dulu juga ada client ajak aku keluar. Aku keluar. Hari yang itu ada client mula kerap send me text. Aku layankan saja. Sebab atas tiket ‘entertainment’. Bos yang kata. Tapi aku kata tak salah kalau sekadar untuk tambah kenalan. Nanti Bulan bising. Peace dari Senyap.

Selamat hari Sabtu.

p/s : Im Ami. My skandal dah balik.. huhu.. Tapi dia macam lain la sekarang. Ceh. Xpe2. Untuk Yuza, hope your father will get well ya. InsyaAllah. Khamis lepas abah Yuza masuk ICU.

Tag Dari Adeeb


Hari ini aku telah ditag oleh Cik Adibah Bt Mat Rus atau nama blognya Adeeb. Nama penuh terus saya sebut nama kamu Adeeb. Hehe. Dan aku cukup senang untuk menjawab soalan tag begini dari menghadap job2 yang ada dateline, adreline perlu beri speech depan orang, pressure dalam meeting yang aku perlu hadap hari2 kat tempat keja tu. Ini jawapan Emy ya.


Do you have secrets?
+ Yes. Anybody have secret. Walau terbuka macam mana pun orang itu pasti ada jugak benda yang dia lebih selesa keep it just for him/herself. Kan?


Would you fall in love with a guy/gurl younger than you?
+ Hellew, I’m a dude. Rasanya tak salah. Kalau older than me pun hurm akan dipertimbangkan. Ahahaha.


What is your favourite animal?
+
Cat. Sebab apa? Coz Montel suka kucing. Hehe. I got one too, nama dia Slim Shady. Very manja.


What would you do with a billion dollars?
+ Invest them, explore potentials business and love if my ‘name’ will be a ‘brand’ satu hari nanti.


Will you fall in love with your friend?
+
Hurrmm, maybe. Yes dan pernah.


Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
+
Alahai, kenapa soalan tag ni banyak berkisar pasal ‘love’ eyh? Soalan yang memang aku lemah sikit nak jawab. Hurm, semua ini atas hati, hati jarang sekali menipu hosnya. Erm, pernah berada di both of situation sebenarnya.


List your favourite movie.
+
Ha, yang ini aku suka. Macam tahu2 jer yang aku ini kaki wayang tegar. Hehe. Favourite movie? Movie dari MARVEL. Dan movie lakonan Nicholas Cage, Jonny Depp, n Dwayne Johnson. Skrip filem mereka jarang sekali mengecewakan. Movie yang di direct oleh Steven Spilberg, Micheal Bay, Sam Raimi, Bret Ratner, n Ahmad Izham.


If the person you secretly like is already attached, what would you do?
+ Selagi dia tak kawin, selagi tue aku tak akan putus asa..!!! Hahaha. Macam iyer2 ja. No lah, aku akan sentiasa doakan kebahagiaan dia dari jauh.


Do you have any regrets?
+
Yes


Would you be the person that you are if you were to be reborn?
+
Yes. I love being me. Tapi mungkin aku akan ubah sikit. Sikit jer xbanyak.


What do you want the most at the moment?
+ Tidur


What kind of person do you think the person tagged you is?
+ Seorang yang adore dengan relationship. Eheh. Sapa suh kasik soalan2 macam ni. Huh.


Would you rather be single and rich or married but poor?
+ No comment. Jawapan artis. Dua option tue dua2 menjurus ke ‘tak bahagia’. Kaya tapi single, sunyi. Tapi orang kaya ni rasanya ada yang xkisah. Duit ada. Kahwin tapi miskin. Ekonomi dalam rumahtangga sekarang banyak mainkan peranan dalam eratkan rumah tangga sekarang. Jika dapat pasangan yang memahami xpela. Kalau tak hurm.. u knoe..


What is your favourite colour?
+ Blue


Would you give all in for a relationship?
+ Bergantung. Hanya kepada orang yang betul2 berhak. Pernah did something stupid yang langsung lari dari sifat aku sendiri dulu.


If you fall in love with two persons simultaneously, which one would you choose?
+ Bincang dengan mak, kalau mak on. Pinang dua2 sekali la.


You prefer being single or in a relationship?
+ dah 22 tahun I’m being single. Okey jerk. Hidup lagi nie.


List of people to tag.


+ mynamyra


+ att ashburn


+ cik kikilala


+ sasha lee


+ si lampu neon


+ liyana


+ asked


+ dan pada siapa2 yang baca entry nie.

p/s : Im Amih. Benci pada orang yang selfish. Dunia ini bukan untuk kamu seorang.

Wednesday, July 01, 2009

Si Pencinta Seni

Seperti biasa, manusia mudah takjub dengan benda yang cantik. Taksub dengan kesempurnaan yang dizahir dan permandangan yang dilukis terbit dari ilham serpihan2 dari syurga sang Pencipta. Dan seperti biasa juga, cantik itu sering disamaertikan dengan karya seni. Muzik yang merdu itu seni. Lukisan dilakar itu seni. Puisi yang digarap itu seni. Senibina itupun seni dan filsafat cendiakawan juga ditakrifkan seni.

Yang aku tahu aku bukan orang seni. Tapi aku kagum dengan golongan itu. Aku suka muzik, tapi suara aku sumbang. Aku suka lukis, tapi aku xsehebat pelukis yang lain. Aku suka permandangan yang sejuk jiwa, tapi aku bukan seorang pereka hias. Dan yang hakiki, aku bukan seniman atau penyair. Aku cuma orang biasa yang dambakan benda cantik.

Dan seperti biasa. Tidak ada penyair yang pernah melukis alam demikian bebas seperti seorang pengacara yang melukis kenyataan. Orang awam berkata, “ini bukan syair kerana tidak dapat difahami.” Penyair berkata, “Ini bukan syair kerana dapat difahami.” Rangkap puitis penyair dicantumkan dengan melodi indah seniman xpernah sekalipun mengecewakan mana2 halwa telinga orang biasa yang mendengar. Secara teoritis, seni adalah usaha bagi menciptakan dunia yang lebih manusiawi disamping dunia yang nyata.

Kali ini aku sentuh perihal seni sebab dua benda. Satu. Seperti sedia maklum, dunia menerima berita kehilangan ikon seni iaitu Mikhael atau Micheal Joseph Jackson. Tak perlu lagi aku celoteh panjang2 sebabnya rata2 aku lihat blog2 banyak berkisarkan tentang berita ini. Syukur dia meninggal sebagai Muslim. Walaupun ada bisik2 mengatakan ia sedikit meragukan. Tapi sebagai saudara se-Islam, tidak perlulah kita menjadi hakim untuk mengesahkan atau tidak. Dia sudah meninggal, setidak2nya kita sama2 hadiahkan arwah sepotong Al Fatihah…

Dua. Baru2 ini aku ada termasuk satu blog seorang pelukis. Umur muda lagi tapi talented. Dan atas sebab itu juga aku macam rindu akan ‘bakat’ yang lama aku ketepikan dulu. Sangat2 rindu. Rasa macam nak start melukis balik. Nak jadi macam Liyana. Tuan blog yang aku maksudkan. Jika kamu terbaca entry ini. Salam kenal dari Senyap ya Liyana? Hope that you can share your technic with me. Ini salah satu karya Liyana. Cool kan?


Petang itu waktu kerja aku jumpa Yuza. Nasib kamu la, kenapa kamu jadi kawan rapat aku kat situ. Hehe. She will be my subject on my sketching. My first sketching selepas kali terakhir seingat aku tahun 2004 aku berhenti melukis. Jika ‘okey’, aku upload dalam next entry ya. Tapi yang pasti aku bukan orang seni. Tak pernah ambil subjek Pendidikan Seni dan tak pernah langsung belajar teknik melukis. Cuma orang biasa yang jadikan melakar dan melukis sebagai satu hobi sedari masih kecil tika waktu dulu.


Ini teman aku Yuza ; Mangsa Keadaan

Seni adalah anugerah dari syurga, walaupun ia meminjam sesuatu daripada sinar cahaya dunia. Aku mungkin bukan pelukis, tapi aku tetap menguntum senyum sebab aku seorang penulis. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emy. Masih dalam progress siapkan potret Yuza.. Dalam fasa cuba mahirkan jari dengan teknik grid wajah. Practise make perfect !! Chaiyok2 to me.. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...