sahabat Senyap

Saturday, January 30, 2010

Aku Rasa Aku Akan Kekal Kat Sini

Bumi ini sebenarnya begitu murah hati. Baru sahaja disentuh dengan sebuah cangkul, ia tertawa dengan musim menuainya. Bumi adalah tempat menyebarkan benih dengan sukarela, sebagaimana langit dihiasi bintang2. Ia adalah sebuah tempat penginapan yang sederhana buat manusia dan tempat ziarah yang tenang bagi jiwa. Tuhan meminjamkan bumi kepada kita buat sementara, tapi ternyata ianya adalah sesuatu yang tak ternilai harganya.

Alangkah sempurnanya aturan alam sehingga setiap orang, pada masa dan tempat di mana dia berada, sentiasa seimbang dengan apa sahaja yang lain disekelilingnya. Seperti melalui cahaya malam dan sinar siang. Apa yang disempurnakan oleh alam semulajadi adalah jauh lebih baik dan indah daripada apa yang disempurnakan oleh seni. Unik sangat.

Alam ini tidak pernah mengkhianati mana2 hati yang menyintainya. Dan tidak pernah akan menyakiti serta akan sentiasa menjadi rehat buat sesiapa yang ikhlas menghargai. Jadi berikanlah cintamu pada alam kerana itulah jalan sebenar untuk memahami keindahan. Hurm. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emih. Melankolik, puitis dan berat. Corak penaku. Thanks buat reader2 yang sentiasa menjadi reader bagi blog nie. Senyap says Peace.

Saturday, January 23, 2010

Aku Dan Pena

Hari itu isinya agak bosan dan kosong. Apa yang disentuh dirasa semuanya macam tak kena. Lihat deretan majalah di rak buku, cepat2 aku capai sebatang pen dan senaskah kertas kajang. Satu persatu helaian majalah aku selak mencari2 di ruangan kenalan. Sudahnya lenguh langsung jemari aku ini menulis lambakan surat untuk dituju kepada alamat2 yang diambil di ruangan kenalan tadi.

Itu dulu. Bila diingatkan semula, kelihatan macam naïf sangat. Ada mulut2 yang bercakap itu semua buang masa, buang duit. Tapi bagi aku tiada apa yang nak dirugikan. Malah ia berikan kepuasan. Sebab rata2 rakan pena aku yang dulu, aku jumpa dia. Dan dia masih kekal hingga kini, setia jadi sahabat aku. Dan ada yang lain bertemu semula dalam blog. Dunia tanpa sempadan.

Aku dan pena? Menulis dah macam hobi aku. Walau kadang2 banyak kali jugak aku terfikir yang aku xkan menulis lagi dalam blog ni. Dan semalam sekali lagi aku tekad nak berhenti menulis atas sebab2 yang tertentu. Tapi dah macam refleksi spontan bila ada masa kelapangan, papan skrin PC jadi tempat rehat aku.

Cara menulis adalah pakaian kepada fikiran. Mengarang setiap rangkai perkataan tidak lebih daripada mimpi yang dipandu. Sesungguhnya, terdapat beribu2 perkara dalam fikiran seseorang dan dia tidak akan menyedarinya sehinggalah dia mengambil pen dan mula menulis. Semua orang mampu menulis, tapi bagi ulat buku macam aku ni; apa yang aku suka pada penulis yang baik bukanlah apa yang diucapkannya, tetapi apa yang dibisikkan olehnya. Sebab ia lebih jujur dan ikhlas. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amiey. Dari dia aku bermula, dan dari dia juga aku akan tamatkannya.

Aku Bidan Terjun?

Cemas mulai mengusik perhatian kita bila kita terlampau memikirkan sesuatu itu sangat2. Dari cemas mula la rasa gugup, berdebar. Takut pada benda yang belum lagi bermula. Kata orang, kecemasan itu disebabkan oleh kurang rasa percaya pada diri sendiri. Untuk menyahkannya, hadapilah rasa cemas dengan tenang. Mungkin dalam rasa kalut itu, ada jalan.

Setiap perlakuan mesti ada kali pertama. macam aku mula kenal bagaimana untuk berjalan, pasti banyak kali aku terjatuh. Sama juga seperti kali pertama aku derma darah, cuba untuk mengatasi rasa fobia sampai berlaku masalah dengan aliran pada saluran darah hinggakan tiga nurse datang mengkerumi aku. Cuak. Tapi yang pertama itulah akan sentiasa jadi kayu aras untuk menjadi yang lebih baik kemudian hari. Dan hurm, malam pertama.

Jumaat lepas, ditugaskan untuk mengiringi sesi taklimat dengan dua lagi rakan kerja kepada sekumpulan pelajar dari IPTA pada mulanya bagi aku biasa. Sebab itu kali pertama aku terlibat dengan sesi seumpama ini dan hanya akan menjadi pemerhati. Bila tiba saat2 terakhir, dua rakan aku tadi ada yang ambil cuti dan seorang lagi perlu ke KL atas kes emergency. Dan bagi aku waktu tu. OMG. Cuak. Orang Senyap bagi taklimat yang durasinya 1 jam 1/2 ? Without no guideline and experience. Benci betul jadi bidan terjun ni.

Tapi Alhamdullillah, sesi aku petang itu berjalan dengan lancar. Sangat lancar. At least aku rasa student IPTA itu xde yang terpesong dengan isi penerangan aku. Aku rasa2 la. Haha. Sebabnya, soalan yang diajukan mereka, aku jawab berdasarkan knowledge selama 2 tahun aku disitu. Lucky that aku punya cukup bahan untuk sesi tersebut. Ah, lega. Dan rasa cuak sebelum ni macam dah hilang. Automatik jadi rasa suka. Hehe. Bagi sesiapa yang mahu buat research untuk company di bawah DRB-Hicom selepas ini, mana tahu boleh straight jumpa aku lepas ni. Hee. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Pengalaman mendewasakan fikiran.

Sunday, January 17, 2010

Aku Rehat Kamu

Ada burung berkicau, sedikit pun kicauannya tak sumbang. Sedikit pun suaranya tak mampu ditiru atau diperbaikkan. Ia sudah cukup cantik dan asli. Sekurang2nya itulah yang aku percaya, setiap cipataan itu unik dan punya seni serta bahasanya yang tersendiri.

Daunan hijau kekuningan di puncak pokok bergoyang2 mengikut arah angin yang bertiup sederhana kuat, tinggi dan ada ketika cahaya matahari tembus dibalik liang2 rimbunan daun terus menyimbah lantai bumi. Indah sangat, sungguh harmoni dan semuanya di luar kawalan aku. Betapa kadang2 membuatkan aku berfikir sama ada tanganku ini sebenarnya memelihara atau memusnahkan.

Kepul awan putih di dada langit macam dalam lukisan warna cat air yang terlebih basah, berbaris dan bergerak membentuk lapis2 nipis yang tenang. Seperti tadi, aku membiarkan batang tubuh aku ditampar lembut oleh angin yang dihembus sepoi2 bahasa. Menjamu mata dengan hidangan hijau yang begitu nyaman dan menghiburkan. Senyap dari tekanan, jauh dari hingar rusuh hati. Betapa firdausinya jika nikmat ini dapat distatikkan buat jarak masa yang lebih panjang.

Kelihatan alir air dari atas bukit mengalir deras jatuh ke atas batu2 besar di bawah hilir. Bunyi percikan kedengaran sangat segar sampai aku terdiam agak lama. Cuba untuk mengadun dan menikmati segenap suasana tenang di Kawasan Rekreasi itu. Terasa jarak dan jerih perjalanannya tadi terbayar dengan harga yang amat berbaloi dan bermakna.

Dan bila kamu menyatakan kesudian untuk menerima aku melangkah lebih jauh setapak ke hadapan. Aku berasa cukup senang walaupun pada mulanya fikiran aku berkecamuk sekiranya aku tersalah langkah mengilankan kamu. Sebab aku tahu hati dan hari2 kamu yang semalam. Kamu sentiasa menjadi rehatku dan aku akan cuba sedaya yang boleh menjadi rehatmu. Hurm. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Kekok sikit. Adeh.

Aku Minta Maaf

Berusahalah secepat mungkin untuk berbuat baik, lebih baik berbuat demikian pada hari ini daripada hari esok kerana hidup ini sangat pendek, sedangkan waktu berlari kencang.

Perbuatan mulia, mengumandangkan sebuah khabar gembira yang bergema di setiap penjuru dunia. Perbuatan itu adalah sesuatu yang mendatangkan senyum gembira di air muka orang lain. Mutu terbaik sesuatu kebaikan dan kebajikan adalah kita perlu segera melakukannya, mencuba melampauinya dan jangan menyebut2nya.

Tetapi. Setiap orang sama seperti bulan, masing2 mempunyai bahagian sisi yang gelap yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa. Soalan. Apakah itu kejahatan? Ia adalah segala yang terhasil daripada kelemahan. Manusia tidak semata2 menjadi jahat, tetapi selalunya bertunjangkan kepada kealpaan yang langsung membawa kepada titik gelap dosa.

Di dunia ini, tidak ada seorang pun ingin berbuat dosa secara sukarela, melainkan orang itu menentang kehendak hati mereka sendiri. Dosa adalah apa yang terasa sendiri dalam hatinya ketika berbuat sesuatu. Bagi sesiapa yang berenang di dalam dosa, maka dia tenggelam dalam kesusahan. Menghindari dosa adalah lebih ringan daripada sakitnya penyesalan.

Akhir tinta. Apabila kamu melihat seorang yang baik, berfikirlah untuk menandinginya. Dan jika kamu melihat seorang yang jahat, periksalah hati kamu sendiri. Em.Peace dari Senyap.

Selesai meletakkan noktah pada penghujung artikel. Berhenti sekejap. Merenung dan merisik semula hari2 yang lepas. Berfikir. “Aku nie baik ke?”… ~ Tiada jawapan. Sebab aku bukan sempurna.

p/s : I’m Amy. Pada mana2 hati yang pernah terasa, terguris dengan aku sebelum ni. Two word. I’m Sorry…

Saturday, January 16, 2010

Aku Dah Balik :-)

Lama dia mendiam, mengambil sedikit masa untuk kembali tenang, sihat, segar macam dulu. Tapi dia tahu, dengan apa yang dia tempuh semalam dan kelmarin. Tenang, segar dan sihat itu macam jauh bagi dia peroleh. Sayup jauh. Kadang2 dia cuba untuk bangun, bangkit semula tapi tak lama. Perlahan2 dia rebah semula, kembali ke lantai rehat.


Yang bermula pasti ada akhirnya. Setiap yang lahir pasti akan bertemu mati. Sama juga setiap pertemuan pasti akan disambut dengan perpisahan. Cuma dalam tempoh masa pertemuan itu, terjalin ikatan pekenalan yang lama2 bagi dia makin kejap dan akrab. Ketat dan sendat dengan ingatan dan yang pasti cerita2 semalam sudah jadi kenangan bila sampai masa, perpisahan menjadi pengakhiran kepada pertemuan. Kutuklah pertemuan jika bencikan perpisahan.


Durasi cerita bersama plot manis bersama mereka akan dia semat di sini sebagai tanda mereka pernah hadir dalam diari hidup dia. Dan dia tahu mereka akan sentiasa kunjung di sini. Hee. Ntah pape. Buat kenalan GEMS, All The Best.


Lompat topik.


Macam ada pendarahan otak dia dalam dua minggu ni. Atas kerana factor kekurangan Manpower, dia terpaksa menghadap timbunan kerja yang menggila lambaknya. Antara sebab lain dia jarang ada post baru di sini. Hehe. Urgh. Administration project, Industrial Relation cases, Financial Year Budget, three different monthly report, Domestic Inquiry, CR Projection, Government appointment etc. Semuanya kena hadap lumat dengan dateline yang agak singkat. No wonder sampai pengsan hari tu. Em.


Bagi Adam, taman firdaus adalah rumahnya. Bagi dia pula, rumah itu ibarat taman firdausnya. Rumah seperti tempat untuk hatinya berdiam senang dan atmosferanya sangat meriangkan. Apabila dirinya rasa riang dan puas, seperti seluruh alam akan ikut sama tertawa bersama dia. Mungkin hari ini dia sudah boleh bangun dan berlari kencang macam semalam. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Amiey. Tahniah Juju coz dah dapat keja. Yeay. Tengku a.k.a Ety, I miss you already partner. Huhu.

Sunday, January 03, 2010

Dah Cukup Berehat

Apabila otak terbejat dengan rasa karat dan penat. Setiap kata jadi tersekat dan sendat. Yang akhirnya kekal kosong tanpa apa2 butir ayat yang termuntah dari jemari di papan kekunci. Dan bila rutin hari hanya diteman dengan butir2 kapsul ubat antibiotic yang diambil bila cukup masa. Sungguh. Mental dan fizikal aku di penghujung tirai 2009 hingga melangkah ke 2010 sangat lesu. Fizikal masih terlantar di katil. Mental minda masih lenguh untuk bekerja. Sudahnya hari2 yang semalam hanya dilengkapi dengan tidur, rehat dan tidur.

Kadang2 bila terpunduk begini, orang selalu kata ia bagus. Sebab sakit itu menjadikan kita dekat dengan Sang Pencipta dan sekaligus mencuci hati kotor dan menukarkan menjadi bersih suci. Sabar itu harus genggam kejap jadi azimat.

Pengsan. Ya, buat kali pertama dalam hidup aku pengsan hari itu. Benar, aku juga tak sangka. Pitam di atas jalan raya yang ketika itu keadaan trafficnya agak sibuk. Nyaris2 digeles dengan lori besar. Astaqfirullahalazim. Sehingga waktu ini, dada aku masih berdegup kencang bila mengimbasi saat itu. Peluh sedikit merinik di atas dahi. Itulah akibatnya kalau ambil mudah dengan kesihatan diri. Syukur, tiada apa yang buruk berlaku.

Tahun baru. Hurm, sudah tahun baru ke? Macam baru semalam 2009 masih ada tersenyum gembira dengan aku. Semakin lama semakin deras masa berjalan, Hari yang tidak pernah menunggu sesiapa. Semalam 2009, hari ini 2010, esok lusa sudah 2011. Tapi dimana dan tahap mana aku waktu itu. Tiada siapa yang tahu. Selamat tahun baru 2010..!!

p/s : I'm Amiey. Moga lembaran baru ini terlukis satu kegembiraan baru buat aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...