sahabat Senyap

Saturday, February 28, 2009

Farewell ~ Sayonara

Ibarat belayar di dada lautan, sekejap akan terumbang ambing dan seketika kemudian terasa tenang dalam membelah arus aliran. Hidup ini memang beralasan, punya hikmah di atas setiap kejadian yang berlaku. Setiap yang datang pasti akan pergi. Hanya memori yang bisa menjadi ingatan. Tanda wujudnya satu ikatan yang terjalin di antara kamu dan aku. Dan hanya kesetiaan yang akan menjamin setiap memori itu akan terus kekal subur.

“Hai, saya Azrul. Pekerja baru tapi uniform tak dapat lagi. Hehehe” Ungkap Azrul, saudara baru di tempat kerjaku ketika dia memperkenalkan diri. Aku angguk sambil bersalaman dan spontan memberikannya senyuman.

“Hai, saya Azrul. Pekerja baru tapi uniform tak dapat lagi. Hehehe” Tutur Azrul lagi kepada staff yang lain selepas aku berlalu dari tempatnya berdiri. Aku sekadar memerhatikannya dari jauh.

“Hai, saya Azrul. Pekerja baru tapi uniform tak dapat lagi. Hehehe” Sekali lagi ayat yang sama diucapkan oleh Azrul kepada staff lain yang berselisih dengannya. Ayat yang sama, cara bersalaman yang sama, dan cara ketawa juga sama. Bagai melakonkan satu babak yang dihafal dialognya. Ah, mungkin perasaan aku sahaja.

“Hai, saya Azrul. Pekerja baru tapi uniform tak dapat lagi. Hehehe” Sekali lagi ayat yang sama terpacul keluar dari mulut Azrul ketika dia bersalaman dengan Encik Haris pula. Kening kananku mula terangkat. ‘Betul ke budak ni’

Pagi itu selepas Briefing pagi, aku didatangi Anis. Kawan sejabatan yang sudah aku anggap rakan rapat aku disitu.

“Zam, saya nak minta tolong sikit boleh?” Kata Anis lembut. Sedikit berbisik.

“Tolong? Anything for you my dear.” Balas aku sekadar untuk menggamit keceriaannya.

“Zam boleh tolong tunjuk macam mana nak draf surat perletakan jawatan tak?” Satu ayat ringkas dari Anis. Dan satu ayat yang terus buatkan mood aku pada hari itu mati.

Aku pun sudah tidak ingat bila kali terakhir aku adakan satu perbualan yang serius. Satu perbualan yang betul2 menzahirkan reaksi ingin membantu. Ambil berat dan sedia dengan kata2 perangsang dan nasihat. Saat itu aku capai tangan Anis dan pimpinnya ke cubicle aku. Satu jer soalan yang terlontar dariku waktu itu.

“Why?” Jauh disudut hati aku waktu itu, please don’t go. Mata redupku memandang tepat ke mata Anis, meminta penjelasan. Aku dan Anis berbual panjang pagi itu sehinggalah telefon dimeja aku sudah mula berdering menandakan hari kerja sudah bermula. Dan sebelum pulang, dengan berat hati aku siapkan surat rasmi notis 24 jam untuk Anis. Harap kamu gembira sahabatku.

Penghujung minggu yang lepas, bukan seorang tetapi Jabatan aku meraikan majlis Farewell untuk tiga orang staff di Jabatan ku. And yes, selain Anis my partner Syaja was one of them also.

Sedih.

Malam itu aku hantar satu mesej yang ditujukan kepada Pilu, kawan baikku. Sekadar ingin berbual tapi malangnya dia sibuk. Ah, takpe lah. Nak buat macam mana.

Sekalung tahniah dan serungkai kata maaf diiring dengan sebutir titis harap aku ucapkan kepada rakanku. Keep in touch. Peace.

“Hai, saya Azrul. Pekerja baru tapi uniform tak dapat lagi. Hehehe”

……… *no comment..

p/s : Im Ami, terasa makin hampir majlis Farewell atas nama aku pula lepas ini.

Adam dan Hawa

Adam dan Hawa. Dua nama yang tidak asing dengan kita. Dari keturunan mereka kita berasal dan hingga kini lahir variasi bangsa yang hidup melata di pelusuk dunia. Tanpa kita sedari, yakni dalam menjalani rutin harian sekalipun. Pernah tidak terlintas di fikiran mungkin jiran sebelah rumah, budak penghantar surat khabar, abang jual ikan di pasar atau kawan baik kita itu adalah saudara kita sendiri yang sebelum ini kita tidak berpeluang untuk bersuai kenal. Ah, menulis bukan atas teori tapi dari pengalaman diri. Pernah suatu ketika, kawan yang selama ini berkongsi tawa dan duka itu rupanya saudara sepupu sendiri. Betapa kecilnya dunia ini. Di sini jelas menunjukkan, orang tua kita perlu memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung antara kita dan saudara yang lain. Jika tidak kesudahannya kau hal kau, aku buat hal aku. Sesama saudara pun kita tidak kenal, silap haribulan bercinta dengan saudara sendiri. Duh..

Adam dan Hawa. Sesekali cuba ambil masa berkumpul dengan sanak saudara, saya tahu jika tidak ada Hari perayaan dan kenduri kendara. Adalah amat sukar bagi kita berkumpul kerna masing2 punya kehidupan yang perlu dititkberatkan. Tidak semuanya tinggal berdekatan. Tetapi itu bukanlah satu penghalang. Bercerita dari pengalaman sendiri, penulis pernah memperuntukkan satu hari dengan diiringi bapa saudara menjelajah bahagian utara menjejaki saudara2 yang sebelum ini tidak berkesempatan untuk bertemu. Pada mulanya memang agak janggal, tidak pernah berjumpa tapi jauh di sudut hari mengiyakan ‘itu saudara aku, aku ingin mengenalnya dengan lebih dekat’. Sebenarnya tidak sukar untuk memecahkan perasaan segan itu, hanya dengan menjadi diri sendiri dan buang jauh perasaan takut2. dan hasilnya 5 minit selepas itu kamu akan merasakan seperti sudah mengenali mereka sekian lama walaupun baru sahaja bertemu.

Adam dan Hawa. Dua nama awal mewakili manusia yang wujud di dunia. Aku ada kawan yang bernama Adam dan juga Hawa. Kepada Adam, aku tahu kamu cool tapi kamu juga perlu tahu. Tak semua yang dapat menerima sifat cool kamu itu. Dan untuk Hawa atau aku lebih selesa dengan memanggilnya Kak Manja. Cuba lagi dan lagi dan lagi ya. InsyaAllah, kejayaan itu akan milik kamu pasti.

p/s : Im Emey. Pilu, makhluk tuhan paling ge****g.

Sunday, February 22, 2009

Nasihat Sengal Along

Kanak2 ibarat kain putih yang memerlukan orang dewasa untuk memberi warna kepadanya. Segala tindak tanduk dan butir bicara yang dituturkan oleh si dewasa sebenarnya dijadikan guideline untuk anak2 kecil itu. Si dewasa ibarat role model dan role model itu akan dijadikan contoh terdekat yang mencorakkan perilaku mereka pada hari esok sebelum mereka kenal dan menjumpai identiti mereka sendiri. Telatah si cilik amat comel jika diamati. Aku secara terbukanya sangat sukakan kanak2. Jika terdapat perayaan, rumah nenek di sebelah rumahku akan menjadi tempat berkumpulnya saudara sepupu kecilku.

Satu hari aku dapat satu mesej dari anak Mak Lang. Azli namanya, Azli ini anak tunggal. Mungin atas faktor itu, kelakuan dia sangat2 manja dan segala kemahuannya akan sentiasa dipenuhi oleh si ibu. Walaupun umur baru mencecah 9 tahun tapi sudah dibelinya telefon bimbit dan komputer. Azli ini boleh dikategorikan sebagai kanak2 lelaki yang comel, dan ini menyebabkan dia menjadi tumpuan rakan2 perempuan di kelasnya. Itu menurut dia la. Sebab aku sering dijadikan tempat bagi dia untuk bersembang apabila dia tinggal bersendirian di rumah ketika ibunya keluar kerja. Baru2 ini dia ada bertanya kepada aku melalui SMS.

“Along, macam mana nak tolak bila ada orang kata dia suka kat adik?” Azli bertanya.

Aku sedikit geli hati waktu itu. Adeh, rosak dah adik aku yang sorang nie. Kasanova dah engkau yer. Walaupun aku sendiri tidak pernah terlibat dalam kancah cintan cintun ini. Tapi untuk tidak menghampakan dia, aku dengan sengalnya menjawab.

“Ala, buat apa nak tolak? Dia tak lawa ker? Kita ni sebagai kaum lelaki kena banyakkan simpan perempuan untuk dijadikan koleksi kalau Azli nak tau. Azli kan muda lagi, tak kan nak setia dekat seorang jer kot? Rugi la? Jangan la disebabkan kita ada ramai kawan perempuan kita ini akan dilabel jahat. Salah tau tanggapan macam tu. Perempuan pun macam lelaki jugak, ntah2 lagi banyak koleksi dorang.”

Erm, sejak dari hari itu. Azli sentiasa update aku hari ini dia jumpa awek mana. Esok pulak awek yang itu. Aish, boleh tahan. Kalah abang pupu dia ni. Dan kredit aku tiap2 bulan sudah makin meningkat atas sebab aku jadi pembekal MMS dan SMS untuknya yang dia patut hantar dekat ‘kenalan baru’ dia tu.

Ini pula story Farhan, anak Mak Tih. Umur baru menjangkau 12 tahun. Cara pemikiran dia agak matang tapi agak nakal. Biasa la, belum akil baligh lagi. Satu hari di masuk ke dalam bilik aku ketika aku sedang berehat.

“Along, Along ni bela Syaitan ke Along? Along selalu kawan dengan jin ke? Along ini simpan babi la.” Kata Farhan.

“Ai, agak kurang asam nampak? Ko nak kena belasah ke ha?” Gurau aku sambil mengenggam erat tangannya. Sambil ketawa Farhan menjawab.

“Kenapa Along simpan kuku panjang? Betul la apa yang Farhan cakap tu?”

Sedikit terpukul aku waktu itu. Adeh budak ni. Sekali lagi macam biasa aku akan membalas dengan jawapan yang sengal suam2 kuku.

“Kuku ni bukan apa, cuba bayangkan kita diserang secara tiba2. Ha, kuku ni boleh menjadi senjata kita tau. Along cuma cucuk2 mata penjenayah tu. Ha, kan Along dah turut membantu mengurangkan tahap jenayah dalam negara kita ni? Mulia tak Along?” jawab aku dengan intonasi suara penceramah. Siap dengan gaya lagi untuk meyakinkan dia.

Tadi Farhan, ini adik dia Atirah namanya. Umur baru mencecah 6 tahun. Sangat aktif apabila bercakap dan cukup pandai bergaya. Satu kroni dengan dia Fagina. My favourite cousin. Mereka apabila datang kepada aku, tangan Atirah akan sentiasa melekat dekat rambut aku, tanpa disuruh dia akan mendandan rambut aku yang panjang mengurai ni. Manakala Fagina lebih selesa mengambil buku di dalam rak dan datang menempek di sebelahku.

Waktu itu entah macam mana aku terpengaruh dengan Atirah, my 6 years old cousin. Dia beritahu aku lebih elok jika berambut pendek dan aku iyakan aja. Tetapi tanpa aku sedar dia terus memotong rambut aku dengan gunting kain emaknya. Ceh. Sangat kuang asam. Dan keesokan harinya, aku datang ke ofis dengan imej baru. Rambut pendek!

Cukup la story Azli, Farhan, Atirah dan Fagina. The point is yang ingin ku sampaikan, janganlah kita berkasar dengan kanak2. Be their best friend. Be their buddy to talk too. Kerna setiap patah perkataan daripada kita akan menjadi azimat dan tunjuk ajar buat mereka. Love them. Love your family. Kerna hanya family yang akan sentiasa bersama kita di waktu kita memerlukan seseorang tidak kira situasi mana kita berada tika itu. They will always there for you. Peace.

p/s : Im Amee. Aku dengan ini menyeru, selamatkan Sharlini.

Hillarious Moment

Petang itu aku baru sahaja bangun dari tidur di kamar Hotel ketika menghadiri satu Training di situ. Penat dengan tugas yang diberikan, aku melelapkan mata untuk seketika. Pada jam 5 petang aku bangun dan terasa sedikit lapar, aku kemudiannya turun ke tingkat bawah menuju ke kereta dengan niat untuk mencari sedikit snek untuk dijamah di kamar nanti. Aku lihat terdapat deretan kedai2 serbaneka bersebelahan dengan hotel yang ku diami itu. Atas alasan dekat sahaja, aku hanya memakai seluar pendek paras lutut dan bersinglet hitam tanpa membawa wallet. Cukuplah sekadar sekeping not ungu yang ku sisipkan di dalam poket seluar. Tetapi aku tidak sangka pada petang itu, kelibat aku menjadi perhatian sepasang mata yang begitu tekun mengamatiku.

Setibanya di dalam kedai serbaneka 7 Eleven, aku disapa manis oleh jurujual kedai tersebut. Hurm, manis senyuman salegirl tu. Hehe. Sekilas aku turut membalas sapaannya dengan segaris senyuman dariku. Dengan bakul kecil di tangan kiriku, aku mula mencapai apa sahaja snek yang menarik mataku. Sememangnya aku ada kelemahan apabila perlu berhadapan dengan makanan. Seperti kanak2 kecil yang teruja bila berada di Candy Store. Setelah padat dan sendat bakul yang ku iring itu, aku segera ke kaunter untuk membuat bayaran. Sekali lagi aku memaniskan roma wajahku apabila berdepan dengan cashier kaunter. Kebetulan hari itu aku tidak sihat, suara ku hilang. Hanya senyuman sahaja pengganti bicara aku.

Hampir 5 tapak setelah aku keluar untuk menuju semula ke hotel, aku disapa oleh empunya mata yang memerhatiku dari tadi. Agak kemas dari cara pemakaiannya, mungkin uniform kerja barangkali. Dan buat seketika aku mula rasa tidak sedap hati.

‘Polis’ bisik hatiku.

“Encik, boleh saya lihat IC Encik?” pinta pegawai itu. Aku lihat melalui tag namanya tertulis ‘Ismail’.

Aku cuba bersuara tetapi malangnya suaraku tiada, hanya bisik2 halus yang kedengaran terpacul keluar. Akhir sekali aku hanya memberi isyarat tangan ‘tiada’ dan spontan mengunjukkan jariku ke arah hotel yang ku diami di seberang jalan dan selang dua blok bangunan. Akan tetapi riak Encik Ismail ku lihat kurang berpuas hati dengan jawapanku. ‘Ah, sudah. Bala apa pulak la nie?’

“Encik ini dari mana? Indonesia ke? Jangan nak main2 dengan saya? Kalau tidak mempunyai IC, kamu boleh didakwa mencurigakan. Boleh tunjukkan saya permit kamu?” Bertalu2 soalan daripada Encik Ismail. Aku mula panik.

Sedaya2nya aku cuba bersuara bagi menjelaskan aku tiada permit tetapi dipintas oleh Pegawai itu.

“Kalau begitu, encik sila ikut saya ke balai. Encik akan didakwa atas kesalahan pendatang tanpa izin” Tegas suara Pegawai Polis itu.

‘You got to be kidding me? Pendatang tanpa izin?’ bisik hatiku.

Waktu ini aku sudah mula merasakan titis2 air dingin di dahiku. Takkan la rupa aku ni macam rakyat Indon kot. Adoish. Tau la aku punya dressing petang tu sempoi jer. Tapi, agak2 la. Secara spontan aku ketawa terbahak2 di depan Pegawai itu. Dan nyata tindakan aku itu tidak disenangi oleh Encik Ismail. Aku juga turut perasan ada mata2 yang memerhatikan babak antara aku dan Encik Ismail pada petang itu.

To make this weird incident short, aku minta kebenaran daripada Encik Ismail untuk menghubungi rakanku di Hotel yang sama dan minta mereka membawa wallet aku dan berjumpa aku segera di sini. Luckily I got a coint coz even my fon I had left it in my room. Yang mana menjelaskan lagi situasi ketika itu tidak menyebelahi aku. Nasib baik memori aku ini masih kuat untuk mengingati nombor telefon kawanku itu ketika aku menggunakan telefon awam di kaki lima bangunan.

10 minit kemudian rakanku tiba dan perkara ini selesai tanpa melibatkan penumpahan darah, peluru mahupun bom tangan. Dan untuk seminggu kemudian aku menjadi mangsa sakat rakanku atas insiden yang bagi aku agak lucu itu. So, the moral of the story. Do not forget to bring along your IC kemana2 sahaja kamu pergi. Becoz you never know what will happen to you. Akhir kata, peace.

p/s : Im Amih, not Pak Amih ya. Jadi bilangnya mau betul2.

Rough Week

Sepertinya tenaga aku kini bagaikan diperah selumat2nya sehingga tiada lagi titis2 tenaga yang masih tersisa. Sama juga keringat mindaku sekarang sudah agak berkarat untuk berfungsi dengan kadar yang waras. Agak blur, sedikit rasa ditekan dan dipenyek2 dengan asakan kerja yang umpama tiada penghujungnya. Memang memenatkan tapi aku rasa puas! Dengan sekujur badan yang terkujur bagi menghirup udara rehat, aku tersenyum sendiri. 2 bulan masa yang aku ambil untuk sempurnakan dua Big projek yang diamanahkan. Dan kini aku sudah mampu tersenyum lega. Fuh…

Aku rasa semua orang tahu dan turut terasa tempias atas keadaan Ekonomi dunia yang terumbang ambing tika kini. Banyak syarikat2 berskala besar mengambil langkah Cost Reduction bagi mengawal aliran tunai yang digunakan. Salah satu langkah yang ku anggap drastic adalah dengan memberhentikan pekerjanya, sebagaimana yang kita dapat lihat berlaku di syarikat2 industri pembuatan di Pulau Pinang. Negeri yang sudah aku anggap rumah keduaku. Agak sedih apabila dikenangkan nasib pekerja yang bergelar penganggur kesan dari tsunami ekonomi ini. Aku ambil contoh syarikat aku sendiri, rata2 department kini masing2 sibuk memerahkan idea bagaimana dapat mengurangkan kos dalam membuat kerja harian. Bagi side aku di HR, kini sudah tidak mengambil pekerja luar dan sekiranya terdapat kekosongan hanya akan mengambil orang dalam syarikat. Banyak menggunakan kitaran pekerja semula. Penutupan satu bangunan yang pada asalnya milik Department Marketing tapi kini dijadikan stor dilihat sebagai satu langkah bijak yang mana dapat menjimatkan lebih banyak kos Tenaga Elektrik yang digunakan setiap bulan. Mengamalkan budaya 5S dan setiap individu perlu menyediakan draf belanja setiap bulan bagi mengkaji semula bahagian2 mana yang boleh di Cut Cost dll. Department R&D kini dalam proses memodifikasikan lagi model baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Pihak Marketing pula sudah siap sedia dengan rangka penjelajahan ke satu Malaysia dengan event2 yang dirancang. Hope it will end well. InsyaAllah.

Buat seketika aku menarik nafas lega tapi kini nafas ku akan kembali tersekat2 apabila sekali lagi aku diamanahkan untuk bertanggungjawab untuk event dalaman syarikat yang Big. And I mean Big for 22 years old teenager to handle it alone. Sudah 2 minggu tugasan ini aku selidiki dan hampir 40% sudah siap dengan dokumentasinya sebelum aku akan kerap berurusan dengan badan berwajib pula selepas ini. Agak tertekan tapi dengan berpegangkan kepada prinsip aku “Be Positie”. Tugasan ini tampak senang dan aku sudah tidak sabar untuk mewar2kan kepada semua kakitangan syarikat untuk acara LELONG ini. Haha. Who’s interested to buy a used motorcycle but still in good condition complete with Registration Card and Road Tax at price of RM500?? Hehe. Model2 motosikal yang terbabit antaranya Kriss, Kristar, Dinamik, X-Cite, Elit Sport dan Karisma. Setakat ni sambutan yang aku terima agak hangat walaupun aku belum start open Tender lagi. It was a fun asigment actually and I enjoying every minute of it. Well, at least ada juga sumbangan aku kepada syarikat dalam memberi pendapatan sampingan.

Agak lucu jika difikirkan, jika setahun yang lepas aku masih di bangku kuliah, merungut dengan asigment yang diberikan oleh lecturer dengan datelinenya yang perlu diikut. Sakit kepala bila dapat partner asigment yang hanya menumpang tanpa memberi kerjasama langsung tapi kini setahun selepas itu aku tetap diberi asigment tapi oleh my boss with a same dateline but this time is for REAL. Agak menerujakan untuk aku yang sentiasa suka dengan cabaran baru. Heh. Dan jika dulu aku membuat paperwork untuk mendapatkan markah yang baik untuk pointer ku, tapi kini paperwork yang ku buat adalah untuk bank2 bagi projek sampinganku. So, ilmu yang dipelajari sebaiknya dipraktikkan. Thanks cikgu. I owe u a lot. Sehingga kini dan akan datang aku sangat respect kepada sesiapa yang memilih profession untuk menjadi guru. Bagi aku Guru adalah lebih influence nya daripada ikon ‘Superman’ yang sentiasa menjadi hiasan dibilikku saban hari itu. Peace!

I guess that everyone has their own Superhero
You know that they will be there 4 u ..
whenever, wherever u need them .. they just do !!
They seem like a God send in our lives..
May God Bless them ^^, ..& May Angels Watch over them
~ My S.. makes my heart fly away & race with joy !!

p/s : Im Ami, the guy with ‘S’ in his chest.

Bicara Minda Episode One

Salam ketemu. Ini kemunculan kali pertama Dr Melody (D’ eS) untuk ruangan yang diberikan oleh Emy kepada D’ eS. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau. (*wave wave) Ruangan ini katanya agak terhad dan saya selaku Penceloteh bebas hanya diberi peluang untuk memberi kata2 yang ringkas dan padat sahaja. Mulanya hendak gunakan nick Dr M, akan tetapi gusar akan disalah erti. Biarlah kekal dengan D’ eS sahaja. Bagi kalian yang tidak berkenan dengan nama itu, mungkin kedengaran agak sengal bagi halwa telinga anda, adalah dibuka ruangan untuk kalian untuk memberi nama baru bagi saya. D’ eS sentiasa terbuka tidak macam Emy tue.

Saya ingin membukakan tirai bicara dengan satu pepatah Melayu yang berbunyi gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya. Bunyi agak klise tetapi tetap punya mesej yang ingin disampaikan. Sekali mencuba tidak akan selalunya menjanjikan kesempurnaan. Akan tetapi sempurna adakah satu tahap yang hendak kita capai? Ya? Jawapannya tidak. Jangan keliru dengan kenyataan yang dibuat oleh saya. Masing2 punya pendapat yang berlainan. Sempurna atau dengan kata lain 100%. Hanya 100% sahajakah matlamat kita. Itu yang saya maksudkan.

Untuk menjadi seseorang yang sentiasa setapak ke hadapan, kita perlu ubah cara pemikiran kita. Untuk capai 100%, kita hendaklah tetapkan matlamat kita lebih dari 100%. Misalnya jika kita tetapkan bahwa tahap percubaan dan usaha yang dicurahkan adalah 150% misalnya. Maka hasil yang kita akan perolehi paling kurang 110%. Setidak2nya kita sudah capai lebih daripada 100%. Bukankah itu hasil yang memberangsangkan. Berbeza pula jika kita hanya tetapkan pemikiran ke tahap 100%, hasil yang mungkin akan diperolehi paling tidak pun hanyalah 90%. Angka ini sebenarnya adalah perangsang minda kepada diri individu, ibarat satu lonjakan usaha dan pelantun keazaman yang mana menggerakkan si pelaku untuk memerahkan tindak tanduk bagi memberi hasil yang lebih sempurna. Lebih baik. Atau dengan bahasa yang lebih mudah ‘motivasi’ diri.

Manusia tanpa motivasi adalah tidak ubah seperti manusia tanpa matlamat. Atau manusia dengan matlamat tetapi tiada sebarang usaha yang jitu yang mana menjurus kepada matlamat yang ingin dicapainya itu sekiranya tiada secebis motivasi yang ditanam di dalam diri. Setiap tindak tanduk kita secara fizikal dan ilmiahnya perlu ada perancangan, disusuli dengan tindakan dan hasil serta akhir sekali post mortem kembali bagi memperbaikinya.

Sampai sini sahaja untuk kali ini sedikit tazkirah poyo oleh D’ eS. Peace.

p/s : Im Emey, Im not Ikan. Im a Bird, I love to fly above the sky. Not like Ikan coz I tak tahu berenang.

I Love KFC

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammad Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Zionis dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen memboikot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Zionis tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

p/s : Im Emih. Ehem2, komen piLu? Heh

Saturday, February 14, 2009

Ilusi Kabur

Kamu tidak berilusi.

Terngiang2 bisikan halus ketika aku sedang leka berbaring merehatkan minda di ruang tamu pada petang itu. Bagaikan mengetuk2 gegendang telingaku tika ini. Iya, kamu tidak berilusi Emy. Kamu sekarang berada di alam yang nyata. Dan begitu pasti kamu tidak berada di alam bunian. Tapi rasanya jasadku sahaja yang berada di sini, tidak minda ku. Ia bagaikan dikawal oleh satu kuasa lain yang tidak dapat digambarkan melalui kata2.

“Pergi ke hujung jalan itu. Dia sedang menunggu kamu di sana.”

Seperti menerima satu arahan, badanku bergerak dengan mindaku yang separa sedar. Bagaikan satu mimpi, seolah2 aku ditarik oleh satu tangan halus yang mendorong aku untuk terus berjalan. Pandanganku kabur. Tapi aku tidak berilusi. Ini benar2 berlaku. Aku dapat merasakan melalui deria rasa yang ku miliki. Tapi apa?

“Dia sedang tunggu kamu Emy. Kamu ada ambil satu barang kepunyaannya. Sekarang dia inginkannya semula. Dia masih menunggu kamu.”

Aku mengangguk akur. Tanpa bantahan aku ekori suara itu. Aku lihat ditanganku satu objek aneh yang barangkali “barang” yang suara itu maksudkan.

Tiba2, aku rasa disentap oleh satu tangan kasar. Aku dapat dengar suara itu bertanya. Agak kuat suaranya. Tapi tidak jelas. Badanku terasa tersekat2 apabila digagahi oleh tangan itu. Seketika kemudian, deria pendengaranku mengesan banyak suara2 cemas di kelilingku. Aku kabur. Apa yang berlaku?

Buat seketika telingaku menangkap seseorang membisikkan kalimah syahadah. Sayup2 kedengaran. Aku cuba mengikut membisikkan sama kalimah suci itu. Agak perlahan. Kali kedua aku melafazkannya, bagaikan satu imbasan pantas yang melintas pandanganku. Buat seketika aku lihat satu tubuh asing yang aku percaya tuan bisikan halus itu. Dan seketika kemudian, mataku melihat saudara2 ku mengelilingiku dengan riak muka yang cemas. Dapat ku lihat pak cik ku memegang erat tangan ku. Ada yang menangis. Ada juga yang menjerit. Tak kurang juga yang tergamam. Tapi kenapa?

Aku bingung. Seperti baru terjaga dari tidur yang panjang. Tapi aku pelik kenapa separuh badanku basah, bagaikan ada orang yang menyimbah air ke atasku. Aku cuba untuk marah tapi niat itu mati bila aku lihat ramai orang dihadapanku. Apa yang hendak dipandang? Aku tido bogel ke? Aku lihat diriku, hurm, lengkap berpakaian. Aku pelik. Tapi tidak sempat aku bertanya. Telinga ku menangkap butir percakapan adikku waktu itu.

“Mak, abang kena apa mak? Kenapa dia menjerit2 tadi?” Soal adikku kepada mama di sebelahnya.

“Abang kena rasuk” Pendek jawapan ibuku, tapi aku dapat perasan ada getiran ketika ibu bersuara waktu itu.

Aku sedikit tersentak. Rasuk? Tapi bila? Bukan ke aku sedang tidur tadi? Ah, mereka bergurau mungkin. Tapi kenapa semua saudaraku bagai mengiakan kejadian itu. Kenapa aku tidak sedar? Kalau betul aku histeria, ini sudah masuk kali ketiga. Itu pun aku tahu melalui ibuku. Sungguh, aku tidak sedar langsung waktu itu. Bagaikan satu mimpi ketika tidur.

Aku cuba untuk menjelaskan kepada mereka yang aku sedang tidur tadi. Sedikit lupa tapi aku masih ingat sekelumit isi mimpiku. Aku hendak pulangkan semula barang yang aku pinjam kepada kawanku. Secara spontan aku menunjukkan arah tempat kawan ku yang masih menunggu aku. Aku terkejut. Arah yang aku tunjukkan adalah kawasan semak di belakang rumah atuk.

Kamu tidak berilusi.

Telahan yang sering bermain di fikiranku.

Waktu kecil aku rapat dengan atuk. Tapi kini atuk sudah jadi arwah. Tika itu aku tinggal di kampung di rumah nenek dan atuk ketika keluargaku menetap di Cameron. Arwah atuk seorang bomoh. Agak lucu kerna pada realitinya aku langsung tidak percayakan bomoh. Tapi setahun selepas atuk meninggal, aku sering kali dirasuk. Itupun aku dapat tahu dari nenekku. Dan kerap juga aku bertembung dengan makhluk ‘itu’ terutamanya ketika matahari sudah mula terbenam. (Maghrib) Tapi itu dulu, kini mataku bagaikan sudah dibutakan dari melihat benda itu. Yang terbaru ketika aku sedang tidur dengan lampu bilik terbuka baru2 ini. Abah beritahu dia ada nampak kelibat atuk di dalam bilik aku sambil memerhatikan aku tidur.

Berilusikah aku.

Al-Fatihah buat arwah atuk.
p/s : Im Emy, seram sejuk pulak. Like someone are watching me. Boo! Heh.

Dedikasi buat MonteL


Mac 2006 menyaksikan pertemuan
Sehingga kini kita masih kekal teman
Ketahuilah kamu wahai kawan
Kamu antara individu y sentiasa terpahat diingatan

Masa terus berdetik saban hari
I got your message n you said my blog is like a diary
Penutup tirai 2008 diakhiri
Menyaksikan kamu berlalu pergi

Pembuka 2009 menyaksikan hari pertunangan
Aku di sini bertepuk tangan
Kerna kamu sudah mencapai kebahagiaan
Tapi aku risau persahabatan kita y kian renggang

Penghujung Februari kian bertamu
1 Mac aku ingat hari kelahiranmu
Tiada hadiah yang dapat ku jamu
Melainkan doa berpanjangan ke atas dirimu

Hari persandinganmu tahun ini
Aku teruja untuk melihat tawamu di pelamin nanti
Ketahuilah teman aku di sini
Bila dapat anak nanti namakannya as Emy

3 tahun usia persahabatan kita
Menyaksikan banyak tawa dari duka
Yang selalu kita kongsi bersama
Tapi kini seperti sudah sampai ke penghujungnya

Kawan datang dan pergi
Saling bersilih ganti
Tapi satu untuk pengetahuan mu nanti
Aku sentiasa berada di sisi

Apa yang pasti hari kian berlalu
Akan terus merakamkan kenangan mu
Gurindam ini dari Mr Gebu
Untuk seorang teman yang aku bangga menggelar “Sahabatku”

p/s : Im Emy, bila agaknya nak introduce dengan Amy.

Tuesday, February 10, 2009

Dikatanya Aku Hanya Kawan Kepada Hawa

Tempat Kejadian : Rekreasi Titi Hayun & Tangga Kenari

Kelihatan sepasang burung putih berkicauan di atas dahan. Aku tidak pasti apa jenisnya. Barangkali merpati. Ah, sedang mengawan mungkin. Si jantan dilihat berusaha menarik perhatian pasangannya dengan kicauan yang dibunyikan. Agak comel jika diamati. Tampak damai senario yang dilakonkan ketika ini dengan berlatar belakangkan sinar mentari yang gah memancarkan cahayanya di balik daun2 rimbun pokok serta turut ditemani angin yang bertiup sepoi2 bahasa. Ibarat turut meraikan pasangan burung tadi. Angin kedengaran menyanyi merdu diiringi mentari yang menari riang.

Manusia dilahirkan dengan satu magik. Naluri setiap jantina yang secara semulajadinya akan tertarik kepada jantina yang berbeza. Secara normal iya, memang begitu lumrahnya. Tapi ada juga yang dilahirkan cacat keinginan keperluan nafsunya, yang selesa dengan satu jenis dengannya. Ah, itu cerita lain. Rasanya tidak perlu diulas dengan lebih terperinci lagi mengenai ini. Kalian semua lebih arif dan lebih tahu dari aku. So, full stop. (macam banyak pulak perkataan “nya”. Uh, buat tak nampak dah la)

Kata temanku, janganlah kita hidup di dalam mimpi2 buruk masa lalu. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya tidak akan kembali, kerana ianya memang sudah tiada.. kembali ke masa lalu, beerti kita akan merasakan keresahan, Jadi pandanglah ke hadapan. Hurm, satu pesanan yang manis dari temanku Che. Sepertinya mimpi2 buruk aku yang dahulunya selalu mengilai ketawa dengan hilaian yang sinis kini sudah mula lenyap satu persatu. Bagaikan dilahirkan semula, diberi peluang kedua untuk merasai manisnya nikmat kehidupan jika dikelilingi ramai orang. Iya, aku dahulunya sentiasa berseorang. Mungkin atas faktor kerap tukar sekolah yang menjadikan aku begitu. Sekarang, aku senang. Aku gembira, dan aku bersyukur.

Bekerja di dalam department HR memang sesuatu pengalaman yang menyeronokkan. Aku kini sudah jadi tumpuan kepada orang2 kampung yang ingin mencari kerja buat anak2 mereka yang baru habis belajar. Hehe. Agak kekok pada mulanya, iye la, aku bukannya handle side Recruitment dan Training. Tapi akhirnya aku cuma enjoy with it. Macam kata Fara Fauzana “Layaaan”. Tapi rata2nya yang datang berjumpa dengan aku di Office majoritinya perempuan. Tak kisah pada mulanya tapi sejak Kak Fida sakat aku dan bergosip satu pejabat yang aku ini hanya berkawan dengan perempuan sahaja. Terus mood aku nak tolong orang mati. Heh

Agak lucu jika rutin kerja seharian perlu bekerjasama dengan kaum Hawa. Sehinggakan sudah tiada lagi batasan2 yang menyekat atau menapis perbualan pergaulan antara kami. Tapi agak2 la kan. Kadang2 tu banyak insiden yang buatkan kening aku kerap terangkat tanda bingung. Contoh, girl receptionist Zura nama dia hadiahkan aku lolilop bentuk puting. Huh? Kak Ida rakan satu Section dengan ku, sentiasa topic perbualan dia berkisar pasal masak dan penjagaan kulit muka. Aish? Tadi pun dia siap ajar aku teknik buat facial n nak belikan aku produk muka lagi. Uik? Kak Nurul tiap2 minggu mintak aku beli kain tudung dengan dia. Eh? Aku pakai tudung ke? Hurm, dont let me start with Kak Watie. Banyak sangat gelagat dia buat perut aku tak tahan nak gelak. Misalnya, ketika dia datang minta bantuan aku angkat barang tempoh hari. Ini dialog dia. “…Zam. (dengan suara manja)..cuba zam bayangkan zam angkat kotak nie ibarat zam dukung Kak Wati. (Siap buat aksi possing tepi kotak dengan mata berkedip2)” ..Adoish?

Tapi, don’t get me wrong. Itu bukan bermakna aku sudah berpaling arah kepada kelakian ku. Oit! No way. Ini namanya sifat keterbukaan you see. Its two different thing k. Hee. Aku tetap macam biasa. Normal. Macho. Haha.

Hurm…

Burung putih tadi kini sudah hilang dari pandangan. Tiada lagi kicauan bingit. Hanya desiran angin yang masih lagi melagukan nyanyiannya. Damai. Aku suka suasana seperti ini. Samalah juga jika aku ingin mencari ketenangan, tempat kebiasaanku adalah di dalam hutan rekreasi. Hurm, bila dekat dengan dunia flora dan ditemani air terjun yang mengalir deras. Aku tenang. Jiwaku terasa dibelai lembut. Kadang2, aku turut membawa satu buku sketch bersamaku untuk melakar. Aku minat melukis sebenarnya. Heh. Sekadar untuk membasuh jiwaku dari tekanan di tempat kerja.

Selamat hari Sabtu.

p/s : Im Emih, Aku juga kawan Adam.

Friday, February 06, 2009

Are We There Yet?

Buat seketika ku rasakan masa berlalu terlalu lambat. Terlalu lambat sehinggakan setiap degupan jantungku jelas kedengaran berdegup kencang. Dan setiap saat berdetik melihatkan kegelisahan serta kegusaranku sentiasa. Riak wajah terukir kelat saat ini. Tak ubah seperti sekujur badan yang dihirup kering sel2 darah merahnya. Pucat. Sesungguhnya aku betul2 tidak menggemari situasi ini. Sangat2 benci.

Mobil transisi Auto Proton Waja 1.6 dengan tona warna merah gelap menyelusuri tenang jalan raya dari Cinta Sayang Club menuju ke Gurun. Kelihatan keadaan trafik jalan raya kurang sesak ketika ini. Di sebelahku kelihatan seorang lelaki berbangsa Jepun di dalam lingkungan umur 50 an. Beliau berpangkat Advisor R&D ditempat ku bekerja. Actually, ex Advisor R&D sekarang.

::………….::

8.00 pagi

Seawal pagi lagi aku dikehendaki melakukan kerja luar oleh my Bos. Aku tak kisah pun sebenarnya kalo kena buat kerja luar dari ofis. Ada yang bukan dalam job scope aku pun aku bedal sama jer. Tapi kali nie tugas aku agak unik sikit. Aku dikehendaki tarik kereta. Bila aku dapat tugas ni, kening aku sedikit terangkat. Apa motif syarikat hantar seorang mamat jambu macam aku ni pegi tarik kereta? Berkesan ker gertakan yang datang dari aku? Dan untuk kali kedua kening aku terangkat sekali lagi bila aku dapat tahu tuan punya kereta yang akan aku tarik adalah seorang Jepun. Yup! Watashiey san. Sudah terbayang dalam kotak fikiranku sebentar lagi akan berlaku masalah komunikasi. Ah, sakit.

“Hello Fauzi. Pagi nie ada sikit emergency la. Aku nak hang ikut aku pergi tarik keta”

Fauzi a.k.a Leader Landscaping dihubungi aku. Aku suka dia. Bukan suka macam movie Brokeback Mountain tue tapi aku cukup berkenan bekerja dengan Fauzi. Lebih kurang jam 8.40 pagi kami tiba di depan pintu rumah sewa Mr Ohira. Dengan bersarungkan singlet dan seluar pendek, Mr Ohira bukak pintu sambil buat muka tercengang.

“Yesterday I go, today must go again??” tanya Mr Ohira.

“Ya, must go again. You and him. One car” Fauzi maksudkan aku dengan Mr Ohira akan naik satu kereta dan Fauzi akan escort dari belakang.

Sedikit geli hati aku dengar dialog perbualan mereka. Seorang tak faham bahasa Melayu, seorang lagi Bahasa Inggeris cukup2 makan. Hehe. Sekarang baru aku faham kenapa bos mintak aku yang datang. Mungkin dia nak gunakan approach diplomasi dari kekerasan.

Sementara aku menunggu Mr Ohira bersiap. Aku berkesempatan berbual dengan jiran kawasan taman elit itu. Aku sedikit terkejut bila dari perbualan kami orang2 Jepun yang tinggal di dalam taman tue boleh dikatakan kaki perempuan. Boleh dilihat setiap minggu ada jer perempuan2 Indonesia yang kena usung dalam rumah sewa depa. Dan yang buatkan aku hilang respect bila ada driver maklumkan padaku mereka ada terjumpa kotak kondom dalam kereta orang2 Jepun nie. Huh, panas2. Ai, bila duit lebih diagungkan dari maruah diri. Duniawi semuanya.

::………………….::

Lagu “Atas Nama Cinta” mengisi halwa telingaku melalui saluran Hot FM di kotak radio kereta. Mr Ohira sedari tadi cuba untuk berbual dengan aku tapi malangnya aku xfaham Japanese. Sedihnya. Bila aku berbahasa Inggeris, dia pulak tak faham. Sedikit kekok dan janggal aku rasakan. Akhir sekali kami hanya berbahasa isyarat. Sound funny tapi seksa bagi aku. Ungkapan “Bila la nak sampai nie?” sudah acapkali terngiang2 dalam hatiku sejak tadi. Are We There Yet?? Macam jauh pulak perjalanan aku rasakan kali ini.

“Very bad na that people”

Kata Mr Ohira merujuk kepada pemandu yang bercakap dengan telefon bimbit ketika memandu. Aku agak kaku untuk memberi comment. Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Rasanya macam mengutuk saudara senegara sendiri pulak bila aku mengiyakan. Hurm. Sekali lagi aku gelisah.

Dalam jam 9.30 pagi, akhirnya seksaan aku tamat apabila kereta yang dipandu sudah memasuki pintu gerbang syarikat. Dengan pantasnya kakiku menekan pedal minyak untuk segera tiba di depan pintu Pejabat Utama. At last.

Kata orang dengan mengetahui bahasa lain selain bahasa ibonda akan banyak mendatangkan kebaikan kepada kita. Sekarang aku amat dan sangat bersetuju dengan pendapat itu 150%.



p/s : I’m Emi, need to join Japanese classes. One day, I want to step my feet in that country. Insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...