sahabat Senyap

Monday, March 30, 2009

Memori Comel

Anak kecil itu pulang ke rumah dengan pakaian yang kotor dan kusut masai tetapi terukir jelas senyuman girang yang dizahirkan melalui riak wajahnya. Anak kecil itu baru balik dari bermain dengan rakan2 ciliknya yang lain. Hari2 yang dilaluinya dirasakan cukup indah. Penuh dengan gelak ketawa. Tidak perlu dibebani dengan segala macam tanggungjawab yang selalunya akan dialami oleh si dewasa. Jiwanya bersih, fikirannya kosong. Hanya dipenuhi dengan warna2 ceria dan penuh menghiburkan. Tidak sabar untuk menunggu hari esok. Kembali bermain permainan baru dengan rakannya. Setiap hari adalah satu keterujaan. Tidur malamnya dihiasi dengan sekuntum senyuman.

Kita selalu bercerita tentang betapa gembiranya kita apabila mendapat gred yang bagus dalam pelajaran, hari ini kita dapat kawan baru, ah tadi ada terpandang awek cantik/lelaki hensem, si dia ajak kita berkasih, bulan ini dapat naik gaji. Hari demi hari kita lupa, setiap memori indah waktu kecil itu lama kelamaan makin kabur dan terus luput ditelan masa. Yang tinggal hanyalah keping2 foto lama yang diambil oleh mama dan papa. Foto yang sudah agak kuning warnanya menjadi saksi kepada memori comel dulu.

Tidak semua rakan sepermainan dulu akan kekal. Mereka ini lama-kelamaan akan terus hilang ditelan memori baru. Jika bertemu semula sekalipun, tidak ubah seperti berjumpa orang asing. Sedikit kekok dengan senyuman yang nampak sangat dibuat2. Sudah tidak mesra seperti dulu. Tidak macam hari2 manis itu. Tapi tidak semuanya begitu.

Anak kecil itu sudah menginjak ke usia remaja. Punya komitmen dan tanggungjawab yang perlu dipikul sehari2. Sekuntum senyumannya dulu lama kelamaan sudah menjadi tawar. Tiada lagi senyuman manis macam dulu. Betapa usia mematangkan cara pemikiran dan jiwanya. Pernah air mata anak kecil itu tumpah menitis beberapa kali di tikar sejadah, memohon pada Yang Esa agar dipermudahkan perjalanannya di hari esok. Anak kecil itu sudah besar.

p/s : Im Emiey. I got new baby cousin, Nur Alya Asyikin. So comel.

Saturday, March 28, 2009

I Need A Break

Seluar ketat. Baju berseterika kemas. Berpewatakan agak gila kuasa dan sedikit samseng. Ooh. Tidak lupa juga bermisai. Aku bukan bercakap tentang Dato K. Tidak! Apa yang aku maksudkan adalah pegawai polis yang agak kekwat yang telah aku temui. Walaupun pada luarannya aku nampak tenang dan selamba pada appointment tika itu, tetapi hanya Tuhan yang tahu betapa bergeloranya jiwa aku menjerit2 bagai cuba mencari ruang untuk bernafas. Ingin sahaja aku berlari dari situ, lari jauuuh sangat. Biar lah situasi itu tidak dapat mengejar aku.

Hujan renyai, silap aku juga kerna memilih untuk menunggang motosikal pada petang itu. Konon2 nak nampak cool dengan motosikal besar. Bersama dokumen penting yang aku simpan di dalam kotak belakang motosikal. Aku tunggang dengan agak laju sehingga tidak sedar dokumen penting itu telah terbang. Heh. Sangat kurang asam. Dan aku telah mengambil masa setengah jam yang seterusnya menjejaki dokumen itu sepanjang jalan yang aku lalui tadi. Macam suka ja hujan ini melihat aku, makin ramai pulak dia turun. Akhir sekali, aku ambil keputusan patah balik ke company untuk menukar kenderaan, kunci kereta Proton Waja tona merah ku capai. Dan buat kesekian kalinya aku memandu menuju di lokasi tempat yang sama. Sekali lagi. Kini aku tiba di IPD Sungai Petani, aku sudah lewat dari masa yang ditetapkan gara2 insiden yang tidak diingini tadi. Kini, aku pula yang perlu menunggu hampir 2 jam kerna Pegawai Polis tadi sudah keluar mengendali kes pecah rumah. Hari sudah makin gelap.

Selasa ~ Malam. Aku menjadi wakil company untuk satu jamuan yang dianjurkan bagi meraikan Sultan di Stadium. Mata sudah layu. Atas sebab aku diminta untuk menghadiri pada saat akhir, Majlis yang sepatutnya mewajibkan berpakaian Batik. Aku hanya berkemeja lengan panjang. Ha, sapa suruh inform lambat! Huh. Tepat pukul lapan malam, kereta Suzuki APV sudah mengaum2 di depan pintu rumah aku. Tunggu la wep. Tak siap lagi ni. Majlis berlangsung dengan agak santai tetapi meriah. Artis jemputan pada malam itu Helmi The Gimmick dan Francisca Peter betul2 menghidupkan suasana. Aku tak kisah pun pasal itu. Yang penting makanan2 dia semua best2! Heee.

Rabu ~ Keesokan hari. Sebelah pagi adalah waktu tamat event seliaan aku dan disusuli dengan Meeting disebelah petang, susulan dari event ku. Sungguh agak tidak berpuas hati. Event ini bulat2 pihak pengurusan amanahkan kepada aku untuk handle it alone. Come on la, banyak keja lagi pending nie.. Ish. Tapi, aku sahutkan juga tugasan ini. Dengan hati yang bengkak.

Khamis ~ Auditor nak datang. Check rekod ada berlaku kehilangan asset dalam system. Motosikal hilang. Ah, sekilas aku pandang dokumen event yang bertimbun yang aku susun kemas dalam kotak. Seperti melambai2 manja meminta aku datang kepada mereka. Ah, sabar dulu ya dokumen2. Heh. Kena pegi balai dulu nie buat report. Setibanya di Balai bala lain pula yang datang. Aku dikatakan punca kehilangan dan dituduh bersalah oleh Pegawai Polis yang bertugas. What? Ah, tidur dalam lokap ke aku malam nie. Lanjutan daripada kes itu, aku sekali lagi diminta datang untuk membuat keterangan di Ibu Pejabat.

Jumaat ~ Deruman enjin kereta Proton Wira yang dipandu aku memecahkan keheningan pada pagi itu. Kali ini aku tak nak lewat. Tepat jam 9 pagi aku sudah berada di Tingkat 3 Ibu Pejabat Polis. Que Sera Sera. What ever will be, will be. Alhamdullilah, benar kata orang. Bersikap jujur dan pembawaan diri dengan tenang telah menyelamatkan aku. Kini, pegawai2 polis yang bertugas sudah menganggap aku kawan mereka. Weird? Kenapa yer? Entah. Lihat jam. Ah, ada 2 appoinment lagi nak kena attend. Malam itu aku sampai rumah pada jam 9 malam. Again.

Sabtu ~ Hari ini hari cuti. Dengan menyarungkan seluar baggy jeans Evisu, sneaker putih Adidas, t-shirt fit hitam GT 128 (sempat promote, heh) dan sehelai jaket hitam, aku datang kerja macam biasa. Borang permohonan dari event aku itu setelah dikira hampir 300 yang perlu diproses. Dan pada jam 3 petang. It done! Hurm, hanya siap proses jer. I need my nap time larh. So tired. Stress. Anta mesej kejap kat kengkawan. Sorang pom bolayan.
‘Bini’ aku pun sama. Ceh. Singgah sebentar di Hasani Book Store sebelum balik. Mulanya nak beli Novel “Adam” karya Ramlee Awang Murshid tapi xsangka novel terbaru beliau “Mikhail” turut terjual di situ. Borong dua2. Malas nak fikir nak pilih yang mana satu. I need my break. Isnin kang nak ambil cuti larh. Cuti tahunan pom banyak lagi. Buat seketika aku xnak fikir pasal kerja. Biarlah mereka hilang biarpun untuk sebentar cuma. Peace and out.

Selamat Hari Sabtu.

p/s : Im Ami. But people call me Encik Zam. Heh. Layan jewr.

Sunday, March 22, 2009

Aku, Komik Dan Superman

First time aku tengok poster nie, meremang jer bulu roma aku. Huhu. Tak sangka komik kesukaan aku akan difilemkan!! Haha. Dan bila aku tonton filem nie minggu lepas, yang pasti aku keluar dari panggung dengan senyuman yang tak lekang2 di bibir. Time tue, apa orang nak cakap biar la, gila senyum sorang2 ker. Meroyan ker. Bini curang ker. Aish, aku ada bini ker? Heh. Owh, bini aku si Bulan tue. Lupa pulak. Tapi ada aku kesah? Eheeee.

Lihat jer lar rak buku aku. Semua koleksi komik Dragon Ball neyh aku kumpul sejak dari kecik. Sampai sekarang pun maseh dalam kondisi yang baik tau. Hurm, sebelah kiri tue potret pertama aku lukis. Gambar Zahnita kalo tak silap. Simpan lagi beb, buat kenangan. Karikatur2 lain semua kawan2 aku dah rembat. Tapi yang ini aku xkasik ambik.

Owh, yang ini cd Original yang aku beli. Yang lain tue kalo tak cetak rompak mesti download kat mana2 pastu burn cd sendiri. Hehe. Tengok nie Faizal, aku siyap buat promosi percuma buat kau. Cun tak peminat ko nie?

Tapi bukan itu jer koleksi buku dalam bilik aku, contoh macam nie. Novel grafik dan semua novel Ramlee Awang Mursyid. Ada yang Mak Tih aku pinjam. Asalkan pulang balik cukup. Kalo tak jangan MIMPI lar nak sentuh buku2 aku lagi. Hua3

Oleh disebabkan Faizal Tahir juga berkongsi minat yang sama dengan aku. ‘Suka Superman’. Nie wallpaper desktop lap top aku. Agak kabur sikit imej dia. Kamera enset cap ayam jer. Jadi untuk album2 Faizal yang seterusnya, aku akan make sure akan kerahkan duit aku and dapatkan yang Original. Cantek.

p/s : Im Emil Kent. Love to fly but always tersungkur bercium habuk tanah bila cuba untuk terbang. Ceh. Emy dah merepek.

Friday, March 20, 2009

Hallelujah

Senyap. Tiada lagi suara2 yang berbisik. Deringan telefon juga sudah tidak kedengaran. Sepi. Aku kerling spontan jam di PC ku, 8.30 pm. Hurm, patut la. Rata2 rakan sekerjaku sudah pulang, kembali ke rutin harian menguruskan anak2 pula bagi yang sudah bekeluarga. Kertas2 putih berserakan di atas meja, tray dokumen “IN” kelihatan lebih banyak isinya dari tray “OUT”. Satu keluhan kecil terlontar sedikit dari nafasku, seketika kemudian aku memaniskan roma wajah. Cuba memujuk agar tidak tenggelam terus dalam aliran stress.

Kata Zura, aku skema. Kata Asry, aku serius. Kata Fauzi, aku tegas. Haha. Itu wajah aku di tempat kerja. Agak tegang dan matang. Tapi ketahuilah rakan2ku, you’ll be shock if you see me outside. Wajah itu hanya sekadar lakonan, cuma ingin menutup rasa gugup aku tika berdepan dengan orang. The truth is I’m just like other 22 years old teenager. Pernah aku terserempak dengan mereka2 ini di luar, tapi kali ini kata mereka, aku macam budak tingkatan 3. Gemar bermain2 dan berpewatakan sikit gila2. Kata aku pula, life kena ada komitmen. Waktu belajar, kerja. Lakukan dengan penuh rasa amanah. Baru berada di landasan dengan kadar yang agak lancar. Dan pada masa senggang, enjoy it to the fullest!

Minggu pertama di posisi jawatan yang baru dan dalam masa yang sama event seliaan aku sudah dilancar betul2 memenatkan jasad. Tidak putus2 deringan telefon di mejaku berbunyi, tapi bagus juga. Itu tandanya event aku berlangsung dengan baik dan diterima positif oleh staff2 yang lain. Sedikit rasa berbunga hati aku. Terasa segala penat lelah dalam menyediakan kertas kerja selama 2 bulan berbuahkan hasil. So Bos! Agak2 bulan ni lebih lar sikit elaun tu yer? Hehe

Dalam meniti hari2 muka, jika terasa sampai satu masa itu semangat kita jatuh dan tidak memiliki kekuatan untuk bangkit semula, do you think that you have hope? Jika kita cuba untuk bangkit dan mencuba sehingga seratus kali dan turut gagal seratus kali dalam percubaan itu dan kita putus asa, adakah anda rasa semangat itu akan bangkit dengan sendirinya? Tidak! Jika gagal, kita cuba lagi dan lagi dan lagi. Kita perlu tahu bahawa ia bukanlah pengakhiran. It matter how you want to finish and you finish strong, you will find that strength to get back up. Bagi aku, kekuatan aku terletak pada orang2 disekeliling. Kawan2ku. Dan kekuatan aku akan dengan sendirinya tercabut apabila aku terpaksa berpisah dengan mereka. Untuk
Bulan, those text that you send to me, benar2 buatkan half of my strength tersentap.
Friend chill out after work, nice journey friend. Eh Montel, ingat tak tempat mana nie? Hehe

Senyap. Melodi sepi yang begitu aku dambakan. Silent Melody. Peace.
p/s : Im Amih. Thanks for the gift that you gave me Zura. Manis. I Like. Love it so much.
p/s/s : Im Amih. I am LOYAL to friendship. Tapi jika itu kemahuan kamu Bulan, aku tidak akan merayu. Coz you know why? Coz I’ll always make sure my friend are happy. Eventhough I’m NOT!!!

Sunday, March 15, 2009

Bila Izrail Datang Memanggil

Hari itu. Detik itu. Waktu pagi yang hening itu. Aku buka mata, sedar dari tidur yang panjang. Aku capai telefon bimbitku dan kelihatan satu mesej diterima. Tekan punat ‘Read’ dan tertera ayat ini. “Mak saya baru meninggal dunia pagi ni”. Ringkas dan padat isi kandungan teks. Aku terkedu, memikirkan siapa penghantarnya. Dan untuk saat seterusnya aku kelu bila dapat tahu Oh My God, its from my ex. Aku segera bangun untuk membersihkan diri bagi mengerjakan solat subuh. Usai solat, satu bacaan yaasin ku baca dan ku sedekahkan kepada ibunya.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Bingkisan ungkapan yang sering diucapkan apabila berita kematian datang mengundang. Titis air mata yang mencurah dan perasaan hiba yang menghuni sebagai peneman naluri diri. Ia datang sering membawa kejutan, tanpa diminta atau disangka. Langsung berita ini tidak disukai oleh sesiapa.

Bila dengar adanya berita kematian, fikiranku lantas dibawa kepada memori dulu terhadap dua individu yang agak dekat denganku. Maksu, Atuk. Aku rindu kamu. Segera aku dibawa ke diari lamaku yang sudah agak usang dan bersawang di mana2 penjurunya.

~..::……………………………………………….…..::..~

Mac 1993

Maksu, dulu kamu sering menjadi teman untuk aku bermain ketika aku masih lagi kecil. Terngiang lagi di telingaku, kamu sering menjerit2 bila aku mengusikmu. Dan aku acapkali ketawa girang pabila kamu menunjukkan mimik muka merajukmu. Aku sayang kamu maksu. Tapi maksu, Dia lebih menyayangimu. Ketika kamu masih lagi belum berpeluang untuk mengenal dunia, di usia kamu 9 tahun. Kamu sudah dijemput pergi. Aku yang masih kecil waktu itu, tidak tahu pada hari orang2 kampung berkumpul membawamu pergi, aku tidak tahu itu adalah hari terakhir aku dapat melihat kamu. Sungguh, aku tak tahu.

Oktober 2003

Atuk, pilu hati cucumu ini atuk. Ketikaku mengangkat jasadmu yang sudah keras ke atas tempat pembaringan, begitu murah air mata cucumu ini mengalir. Banyak kenangan aku bersamamu. Dan ketika aku memandikan kamu, ketika aku mengangkat keranda mu, ketika aku menyempurnakan pusaramu. Sungguh atuk, aku cukup benci setiap saat itu. Tapi aku tetap gembira kerna dapat menyempurnakan tanggungjawab aku kepadamu. aku sempat taburkan bunga ke atas pusaramu sebelum ku melangkah pergi. Melangkah pergi dengan menerima pemergianmu untuk selama2nya.

~..::…………………………………………………..::..~

Alunan ayat2 suci dilagukan di halwa telingaku detik ini. Agak damai dan tenang jiwaku dibelai. Beban perasaan yang ditanggung dirasakan sudah diringankan. Di luar tingkap masih gelap tetapi sudah kelihatan secebis terbit sinar mentari yang seakan2 sudah tahu telah tiba masa untuknya bagi melampiaskan cahaya di denai bumi. Tanda bermulanya satu hari yang baru. Sudah kedengaran kokokan ayam jantan yang galak berkokok. Dingin. Aku sukakan suasana begitu.

Selamat menempuh hari baru. Peace.
p/s : Im Amiey. Al-Fatihah kepada yang sudah pergi.

Tuesday, March 10, 2009

Line Up New Indie Band

Let’s me introduce to you my band that goes with the name of ‘Evolutionary-X’. Yang pasti band ini akan mencipta satu lagi fenomena di dalam industri muzik tempatan. Akan berada di pasaran tidak lama lagi, pastikan anda dapatkan EP kami di gig2 yang berdekatan. Music direction yang kitorang bawak adalah rock + hip hop. This are my band’s line up. Semua acuan JAMBU. Hehe.
Green shirt is Ikmal. Cool dude. Very friendly and he is my cousin actually. He’s play drum and MC. Sebelahnya Najib Khir. Body builder. Dia lah pengasas band ini. Play part as vocalist and guitar.

Hurm, this dude is ehem2. Heh. Play guitar and second vocal. Dan yang pasti dia langsung tidak ada sebarang pertalian darah dengan Dafi.
Tapi malangnya, itu semua hanyalah sekadar mimpi di siang hari. Tidak serius dan terikat dengan komitmen yang lain adalah punca kumpulan ini berpecah. Amat kasihan kerana industri muzik tempatan telah kehilangan sebutir mutiara yang sangat sukar di cari ganti.

Hahaha. Macam iyer2 jer kan? Huhu. Peace.

p/s : Im Amih. Teka mana satu aku? Yup! Yang paling comel itu aku. eheh, sangat poyo. Eh, lupa plak. Kan dah letak nama kat situ… Duh…!!

Sunday, March 08, 2009

Di Suatu Petang Yang Sengal

Alkisah seorang pemuda bersama kenderaan dua rodanya. Setiap kali ada masa terluang, dia tidak pernah akan lupa untuk memberi tumpuan jagaan ke atas mekanikal kesayangannya itu. Pada suatu hari, pemuda itu ingin keluar bersiar2 di sekeliling kawasan penempatannya. Sekadar untuk menghirup udara petang di atas kenderaan dua rodanya. Dengan menyarung jeans lusuh dan sehelai jaket hitam, pemuda itu sudah sedia untuk membelah jalan raya bersama mekanikalnya.

Vroom Vroom Vroom

Pemuda itu kini telah memasuki litar jalan di kampungnya. Dengan melakonkan gaya seorang biker sejati, pemuda tersebut tampak sangat gah bersama mekanikalnya. Ah, tiba2 pemuda tersebut terpandang di hadapan kelihatan seorang pakcik tua dengan motosikal tuanya. Pemuda itu spontan memulas minyak dan dengan garangnya pemuda tersebut memintas pakcik tua tadi. Hatinya tersenyum riang apabila melihat reaksi terkejut si tua. Segaris senyuman nakal terukir di bibir pemuda itu. Selepas kira2 setengah kilometer, si pemuda tadi terpandang pula sekumpulan gadis2 manis di bahu jalan. Serta merta pemuda itu memperlahankan enjin kenderaan dua rodanya. Apabila semakin mampir dengan sekumpulan bunga itu, si pemuda melemparkan senyuman sehabis manis kepada si gadis2. Ah, mereka juga turut tersenyum. Hati pemuda itu bertambah riang. Dia meneruskan perjalanan.

Vroom Vroom Vroom

Tiba2 langit yang cerah tadi bertukar gelap. Hendak hujan barangkali, fikir si pemuda. Dia kini sudah hampir 30 kilometer jaraknya dari rumah. Pemuda itu mengambil keputusan untuk pulang. Masih lagi melakonkan watak biker sejati, si pemuda dengan bongkaknya meluncur laju di dada jalanraya. Titis2 hujan sudah kelihatan. Pemuda tadi ingin terus sampai ke rumah dengan segera kerna dikhuatiri akan kuyup ditimpa hujan. Mekanikal dua rodanya terus melagukan irama.

Vroom Vroom Vroom

Entah kenapa si pemuda merasakan kenderaan dua roda yang ditunggangnya berasa makin berat dan sedikit terhuyung hayang. Buat seketika si pemuda masih lagi meluncur seperti biasa. Hujan sudah semakin ramai. Ah, tayar pancit rupanya. Pemuda itu memberhentikan mekanikalnya di tepi jalan. Hujan kian rakus menerjah bumi. Sedang si pemuda membelek tayar kenderaan dua rodanya, tiba2 pakcik tua tadi dengan perlahan memintas pemuda itu. Terpampang satu senyuman sinis terukir dari si tua bersama gigi depannya yang sudah tiada. Pemuda tadi tunduk. Berpura2 tidak mengingati si tua. Malu. Akhirnya dengan berat hati si pemuda terpaksa menolak kenderaan dua rodanya ditemani dengan rintis2 hujan yang makin menggila.

Tamat.
p/s : Im Emey. Berat siot tolak Jaguh. hahaha

Bumi Brastagi

Hujan emas di Negara orang hujan batu di Negara sendiri, lebih baik di Negara sendiri. Pernah dengar peribahasa ini? Tapi aku tak pasti samada ini hujan emas atau batu. Air Clorox mungkin. Hehe. Sekadar ingin berkongsi memori melalui kanta kameraku di Brastagi, Indonesia. Enjoy.
Hei gurl with no tudung! Ain, tengok apa tu?


Jalan raya yang menggila sibuknya, bagai menjadi penghirup asap tegar pula aku waktu ini.

Great advertising. Open. Look yummy. Nyum2



Wah, ibarat berada di alam Wonderland. Oh Jack, You jump I jump.


Sungguh bro, kamu memang cool.Kalah mat2 rempit di negaraku. Tabik2.

Banyak lagi foto2 menarik, aku seperti sudah menjumpai satu hobi baru. Doing photographer. Tapi cukuplah sekadar lima foto ini untuk tatapan kalian. Salam ketemu lagi ya. Peace.

p/s : Im Air-Mee. Who am i? Definitely not Peter Parker.

Watchmen

Tahun 2009 menyaksikan deretan filem2 hebat baik dari luar negara mahupun tempatan yang beratur mengambil tempat untuk ditayangkan di layar perak. Situasi ini menampakkan satu persaingan yang sangat sihat di dalam industri perfileman dunia. Pada kaca mata penulis, tahun ini ibarat satu perayaan buat penggemar2 filem atau si kaki wayang. Awal bulan ini misalnya, peminat tempatan menjadi saksi kepada kebangkitan filem animasi tempatan (Geng:Upin dan Ipin) yang dihasilkan oleh anak2 muda kita. Jika sebelum ini kita sering disajikan filem2 animasi dari Hollywood, tapi kini kita dapat lihat belang Ali, Abu dan Ahmad pula memecahkan dominasi itu. Siapa kata anak tempatan kita tidak boleh. Kita boleh. Malaysia Boleh.

Baru2 ini penulis berkesempatan untuk menonton sebuah karya baru dari Hollywood yang berkisarkan tentang Adiwira. Tajuk filem ini Watchmen. Selaku pengkritik bebas, penulis memberi 98%. It was a great movie! Pemilihan pelakon yang tepat, sebagaimana watak Wolverine yang dilakonkan oleh Hugh Jackman, The Joker oleh mendiang Headge Ledger (ejaan kurang tepat kerana tak pasti), begitu juga dengan filem ini. Setiap watak yang dimainkan tampak benar2 hidup. Disokong dengan CGI yang hebat, filem ini tampak sempurna. Skor muzik, plot cerita, klimaks yang mengejutkan, and with cool kostum serta prop2nya ia secara tidak langsung menjadikannya sebuah naskah yang bermutu. Sebagai pencinta filem Superhero pula, penulis berikan 150%. Kerna filem ini meliputi semua aspek genre. (18PL) Tapi sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, penulis hanya mampu memberi 15% untuk markah penilaian keseluruhan. Kenapa? Okey, teruskan membaca.

Ada dua perkara yang mengusik naluri kemelayuan penulis ketika menonton filem ini. Satu. Jika anda perasan ada satu dialog dalam filem ini yang berbunyi “Im sorry about what I said off him. ‘He’s like Superman, and he is from America’ but he actually a God, and he is from America. (lebih kurang begitu bunyinya) Agak sinis, bagai ada satu jarum halus yang cuba disuntikkan oleh si pengarahnya. Oopps silap, penulis skripnya. Jika yang menonton itu orang dewasa, ayat itu biasa2 sahaja. Bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akan tetapi ini filem Superhero, yang kebanyakan ditonton dan diminati oleh si cilik. Dan Kedua, banyak babak2 yang agak keterlaluan. Adakah perlu filem yang bercorakkan hiburan untuk si kecil ini perlukan babak berasmara? Pelakon wanitanya kerap kali dilihat separuh bogel, dan dengan aksi ghairah yang dilakonkan sedikit sebanyak membuatkan penulis rasa malu sendiri. Ini kerana di sebelah penulis ketika itu diapit oleh seorang kanak2. Dapat dilihat riak ibunya yang kurang selesa dengan apa yang ditonton. Sesekali tangan si ibu cuba untuk menutup mata si anak. Atmosfera di dalam panggung pada waktu itu agak tegang, sekejap terdengar rungutan. Ada yang memaki, tak kurang juga ada yang meninggalkan tempat duduk sambil mengiring tangan si kecil keluar.

Tapi apa lagi yang hendak kita jangkakan dari filem Hollywood? Sudah begitu acuan mereka. Setiap individu punya pilihan samada hendak menonton atau tidak, jika tidak suka tak usah menonton. Duduk rumah pasang saja DVD Cicakman, paling tidak pun tunggu hujung minggu dan tonton rancangan Keluangman. Peace.

p/s : Im Ah Mie. Watching Dragon Ball Evolution, my to do list at the end of this week. Hehe

Saturday, March 07, 2009

Cerita Cintaku

Semua orang punya kisah cinta yang tersendiri. Cinta ini terlalu agung yang membuatkan aku menderita sehingga aku tidak dapat melupakannya buat selama-lamanya. Setiap kali aku bangun dari tidurku, aku rasa sungguh bernafas. Setiap detik dan nafas aku. aku lalui dengan penuh rasa rindu. Entahlah, tak tahu kenapa. Cinta aku padanya terlalu dalam sehingga tiada satupun melodi cinta yang setanding dengannya. Dan yang akan aku temui nanti adalah cerita, cerita cintaku.

Cinta yang mahal itu tak perlu dilafazkan, cinta yang agung itu perlukan pengorbanan. Tak ramai orang yang sanggup bekorban untuk orang yang dia cintai. Ada orang yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan puteri/puteranya gembira. Segala penat lelah akan terubat apabila melihat senyuman manis yang terukir dari si dia. Cinta itu sangat unik. Cinta boleh membahagiakan dan tidak kurang juga ia turut boleh membinasakan. Aku masih lagi menunggu, menunggu permaisuriku. Ibarat serangkap puisi ini.

Ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong
aku terus bosan dan tertekan
seperti waktu yang seperti sahaja meninggalkan
aku jauh ke dasar kerak bumi yang belum pernah diterokai
warna kurindu
jiwaku biru
menunggu cintaku seperti si buta yang melihat syurga
umpama lampu yang berlilin hitam
lalu menunggu aku terus
kini malam tiba lagi meninggalkan cahaya matahari
dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
seperti mahu sahaja aku mengejar
gunung yang besarnya tidak terdakap
seperti itu jugalah rindu aku pada…
kini harus aku menunggu
atau hilang sahaja aku di lamunan yang luas

Berhentilah menangisi pemergianku, bila hubungan kita hanya sampai hari ini. Dan janganlah salahkan semua, kau tak bisa melawan kehendaknya. Maafkanlah bila aku harus pergi meninggalkanmu selamanya tanpa sempat untuk berbahagia. Dan bila ada satu ruang dalam hidupmu untukku, biarkanlah ku hidup selalu di hatimu. Barangkali selepas ini hanya bergelar kawan mungkin. Peluk aku, rasakan cinta, selamat tinggal kekasihku. Biarkanlah ku hidup selalu dihatimu.


p/s : Im Emy. Sesekali berbicara tentang cinta xsalah bukan? Cinta ada di mana2. Jiwai lah cinta. Rasai lah cinta. Kerna cinta itu sungguh menyenangkan.
p/s/s : Im Ikan. Ptuish3..!! Sejak bila ko jadi mamat emo neyh Emy…!!! Oi, wakeup2.
p/s/s/s : Im Zamzani, Aku rasa dia dah biol la Ikan. Mungkin effect terpaksa jadi orang solo yang berpanjangan rasanya.
p/s : Im Emy. Oit, dengki2. Huh.

Hamparan Selimut Dingin

Kelihatan titisan2 air jernih turun dari celah2 gumpalan kapas putih di atas payung tanah pada petang itu. Gumpalan kapas itu bagaikan melepaskan dendam, ia dengan begitu rakus memerah isi badannya setelah sekian lama tidak berbuat begitu. Hasilnya, terhasil satu irama yang melagukan tiap kali titis air tersebut menjamah bumi. Sangat indah, aku turut terbuai dan melodi itu turut diiringi bersama hembusan dingin setiap saat dia melagukan nyanyiannya. Sangat unik. Sungguh hebat sentuhan ‘komposer’ lagu ini.

Bagaikan dihampar helaian selimut dingin, panca deriaku berbisik. Datangnya sentiasa mengundang senyuman bagi sesiapa sahaja. Hujan. Hujan itu rahmat. Hujan beerti pembawa kehidupan. Tiap titis airnya memberi satu nafas baru kepada hidupan. Ah, begitu hebatnya kuasa hujan. Hujan juga dikatakan memberi lambang kepada istilah romantik. Setuju tak? Jika hujan turun, dan sepasang kekasih berlari2 bekejaran impaknya lebih mendalam dan terkesan sekiranya dibandingkan berlari2 di bawah teriknya mentari. (mungkin mood romantic itu akan mati bila terbau busuk ketiak) Boleh dilihat di dalam kebanyakan filem2 Bollywood. Dan bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, kedatangan hujan akan turut menghangatkan lagi ikatan antara kedua mempelai.

Jika anda tinggal di kawasan pendalaman, atau istilah yang lebih dekat jika anda tinggal di kampung. Selepas hujan selesai membasahi setiap genap bumi, akan kedengaranlah bunyi2 katak mendendangkan lagunya pula. Aku tidak tahu apa sebab dan kenapa katak berbunyi selepas hujan. Minta maaf, pengetahuanku masih terlalu cetek. Mungkin waktu itu katak2 tersebut telah dikejutkan oleh si hujan, dan atas kerana itu semua katak2 tersebut terjaga dari tidur mungkin. Dan bunyi2 itu adalah rungutan daripada mereka. Atau ucapan terima kasih? Boleh juga kalo dikatakan bunyi itu adalah untuk tujuan mengawan kerana impak hujan telah menjadikan mereka agak gersang. Tiba2 lagu ‘Hujan Oh Hujan’ terlintas di fikiran aku. Lagu zaman kanak2 ini seperti dimainkan di mindaku kala ini dan aku percaya setiap dari kamu pernah melagukan lagu comel ini bukan.

Hujan Oh Hujan
Kenapa Engkau Turun
Macam Mana Aku Tak Turun
Katak Panggil Aku
2x

Di sebalik khasiat dan kelebihan hujan tadi, ia juga turut mendatangkan sedikit impak negatif. Demam panas dan selesema misalnya. Dan jika hujan turun di kawasan2 perindustrian, titis pertama itu turut terkandung sedikit asid hasil dari lepasan asap2 kotor saban hari di situ. Boleh mendatangkan ruam2 pada kulit jika terkenanya. Jika inginkan kepastian. Bolehlah berjumpa dengan doctor, jumpa aku hasilnya senget sikit la.

Irama tadi sudah tiada, mungkin durasinya sudah tamat. Tiada lagi bunyi titik2 air yang menghentam atap rumah. Rasa sunyi, senyap. Damai dan tenang rasanya. Aku suka senyap. Dan, apabila hujan sudah turun akan terhasillah lopak2 air lecah di sepanjang jalan keesokkan hari dan suhu tika ini menurun sedikit daripada sebelumnya. Agak sejuk dirasakan. Sejuk? Pilu, saya sejuk ni…

p/s : Im Ami, suka dengan lagu ‘Bila Aku Sudah Tiada’ dendangan Hujan.

Benci Tapi Rindu

Teman,

Kenapa ini perlu terjadi kepada kita. Betapa besar halangan yang menjarakkan keakraban kita wahai teman. Dulu, kita selalu bersama. Ketika aku datang menjengukmu, kamu sering tersenyum mesra kepadaku. Hati aku sentiasa berbunga riang apabila berpeluang berjumpa mu. Kita turut punya kenangan manis yang tercipta antara kita bersama. Terlalu banyak memori indah. Tetapi kenapa ini perlu terjadi. Ah! Betapa kejamnya dunia ke atas keakraban kita. Teman, kita terpaksa berpisah atas desakan keadaan.

Aku rindu kamu.

Atas asakan dan momokan oleh masyarakat dan kenalan rapat yang memburukkan kamu, aku secara tidak langsung telah termakan hasutan2 mereka. Kejamkah aku? Apakah aku ini seorang yang tidak setia. Minta maaf teman, aku tidak bermaksud untuk membelakangkan kamu. Sungguh, aku terpaksa. Hati kecil aku ini sering kali meronta2 untuk bertemu dengan kamu. Tapi, aku sepertinya diperhatikan oleh mata-mata yang anti kepada kamu. Aku terikat. Aku serba salah. Teman, aku harap kamu faham keadaan aku.

Aku masih rindu kamu.

Tadi ada aku perhatikan kamu dari jauh, kuat desakan hati aku untuk bertemu denganmu. Tapi sepertinya fizikal aku kuat menghalang untuk berjumpa dengan mu teman. Dengan perasaan yang berat, hayunan langkah yang hiba aku berlalu pergi tanpa bertegur sapa denganmu. Ketahuilah wahai teman, aku terpaksa berbuat begitu. Jangan salahkan aku. Halangan ini semuanya berpunca dari ibu bapamu. Betul, ini semua kerana mereka. Kelakuan mereka yang jengkel dan menjijikkan itu yang buatkan aku sudah tawar hati denganmu. Dan segala tindak tanduk mereka yang seperti haiwan itu secara tidak langsung menjurus kepada perpisahan antara kita. Walaupun kamu tidak bersalah dalam hal ini, tetapi kamu tetap punya pertalian darah dengan mereka. Dan kerana itu…

Aku terpaksa benci kamu.

Tiada pengganti lain yang mampu menggantikan kamu di hati aku. Engkaulah ratu di hatiku. Tetapi maafkan aku sekali lagi teman. Dengan ketiadaanmu, aku perlu mengisi kekosongan yang terluak di dalam hati aku ini. Aku perlu mendapatkan pengganti dan rasanya aku sudah bertemu dengannya. Dia juga sehebat kamu, dia juga ada iras2 wajah kamu. Bila aku bersamanya aku sering teringatkan kamu. Tetapi dia masih lagi baru. Masih lagi suci. Tidak seperti kamu. Sudah gah. Kekurangan itu aku terpaksa akui, jangan risau teman. Akan aku jadinya segah kamu. Dan jika boleh lebih hebat daripada kamu. Kamu hanya perlu tunggu dan lihat. Teman, dengan bersaksikan bulan dan bintang. Aku, tidak akan lagi bersua atau bertegur sapa denganmu. Parut yang ibubapamu tinggalkan itu sangat dalam. Cukup dalam. Sehingga kini masih jelas berbekas. Teman…

Aku benci kamu, sangat benci.

p/s : Im Ami. Apa ni? Heh, entri ini aku tujukan kepada KFC. Yup, KFC. Ingat apa? Ceh. Dan ‘teman’ baruku RFC (Radic Fried Chicken) Ibubapanya? Israel jahanam. Hueh3

Friday, March 06, 2009

Lelong Lelong Lelong

Emak kepada Minah : "Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.... tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompuan saya.... harap harap paham jerlah~"
Emak kepada Mat : "Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."
Emak kepada Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu.... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."
Mat : "Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 Ribu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"
Gelak?? Terperanjat? I was a witness there. This really happened da.... Sounds funny but if u were there confirm lost kejap.... what happened next was an UGLY scene.... bertikam lidah sampai 3 lelaki bengap datang step hero. Dorang pon kena maki terok2 dgn 'Emak kepada minah' tu. (",)
Sesungguhnya zaman dah berubah, tiada lagi manusia kenal erti ijab kabul, yg dipraktikkan adalah martabat, pangkat dan darjat. Benar walaupun disekolahkan hingga menjadi seseorang yang berjaya, namun mereka lupa akan amanah yang dijanjikan sebelum dikurniakan anak itu. Subhanallah.
p/s : Im Emy, dapat teks ni dari kawan aku. Bila difikirkan balik betul jugak. Benda ni memang berlaku. Tapi, perkahwinan itu sendiri kan sudah termeterai satu ikatan yang sangat suci. Perlu jugak ke menentu belanja. Mansuhkan jer la. Heh, kahwin empat terus aku. Haha

Psikotik Mind Reader

Ibarat satu dejavu situasi yang melanda diri aku hari ini. Mungkin berkat hari jumaat agaknya. Agak lucu. Rasanya baru semalam aku fikir hendak letak jawatan, nak cuba nasib di tempat yang lain pulak. Tapi it turn out to be today aku di naik pangkat oleh my bos. Huh, very shocking. Tiba2 jer. Alasan dia, prestasi kerja yang aku tampilkan bagus dan kini tempat aku sudah direplace dengan orang lain. Minggu depan aku akan buka chapter baru dalam menggalas tanggungjawab yang lebih besar pulak. Kadang2 hidup ini pelik kan. Apa yang kita rancang mesti ada road block kat mana2. Itu la namanya dugaan. Secara tidak langsung ia menambah corak pada bingkisan hidup kita nie.

Aku rasa aku perlu belajar satu ilmu dari bos aku loh. Psikologi. He actually can read my mind. Macam psiko je aku dengan dia. Macam tau2 je aku dah nak blah. Hari itu jugak dia mula rapat dengan aku, dia story dia punya pengalaman. Bla bla bla. Dia bagitau dia dalam proses nak bentuk aku untuk satu “plan” dia yang seterusnya. Ceh. Dan siap bagi green light lagi untuk aku join event Marketing untuk travel satu Malaysia. Ai, lain macam benar orang tua tu. Tapi kat part ni yang buatkan kening aku terangkat sket. Siap arrangekan orang untuk ajak aku enjoy. Well, enjoy in his book means “rumah urut” dan “promoter”. Huh. Rasanya aku dah jadi asset bagi dia kot kat situ. Hahaha. (perasan) Tapi, satu jer yang aku tabik spring dengan dia. Dia adalah seorang bos yang mampu tackle keadaan dalam apa jua situasi.

Actually, semua ini banyak mendewasakan fikiran aku. Aku banyak belajar dari pemerhatian dan aku rumuskan melalui fahaman aku sendiri. Dalam belajar, aku suka meniru dan aku rasa aku boleh jadi macam subjek yang aku lihat dengan meniru apa yang dia buat. For me, kalau dia boleh buat kenapa tidak aku? Dan hasil copy aku itu, kini aku sudah mula dekat dengan ilmu undang2 (pengaruh dari my big bos), komunikasi aku dah mula baik (belajar dari staff Marketing), dan dari seorang yang pendiam kini aku sudah mampu memberi ucapan dengan kadar yang agak baik di depan ratusan orang (hasil tunjuk ajar dari side Training). Tapi aku tahu, itu sebenarnya bukan aku. Aku hanya meniru dan aku tahu fizikal dan minda aku hanya melakonkan apa yang aku lihat sebelum ini. Macam plastic jer rasanya. Sama la jugak, aku suka melukis tapi aku xreti melukis. Ai, macam mana tu? Hanya dengan meniru sahaja aku boleh melukis dengan baik. Sebab itu banyak hasil lukisan aku terdiri dari gambar potret.

Rambut sama hitam tapi hati lain2. Lain orang lain caranya. Aku dengan cara aku. Dan kamu punya cara kamu sendiri dalam mencari ilmu kan. Jika dulu aku pandang dengan sebelah mata pada student yang memain dalam kuliah. Tapi sekarang persepsi aku dah berubah. Dengan keadaan ekonomi yang terumbang ambing kini. Student dengan gred yang tinggi bukan lagi akan menjadi tiket mudah untuknya dalam mendapat pekerjaan. Rezeki masing2 tak sama. Situasi sekarang ada ijazah pun orang dah xpandang.

Apapun, promise is a promise, aku tetap akan angkat kaki. Satu hari nanti I will. Betul ke keputusan aku? Betul kot. Aku tak nak terlalu static di tempat yang sama, aku takut akan jadi terlalu selesa. Bila dah selesa prestasi aku akan turut terkesan. Ntah la. Peace.

p/s : Im Emy, im innocent. Rasa macam nak melakar jer. Mana pensel ni…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...