sahabat Senyap

Saturday, June 27, 2009

Belia Patut Cuba

Hari tue ada aku join Jabatan Perikanan di Jitra, Kedah. Banyak info2 baru tentang dunia perikanan yang aku peroleh. Rata2 yang hadir terdiri dari usahawan2 yang sudah punya tapak dan xkurang juga yang mula2 hendak berjinak. Tapi, yang aku perasan aku la yang paling muda kat situ. Rasa rindu pulak dekat group aku dulu, group yang mana terdiri dari anak2 muda dari pelbagai IPT yang kami kongsi minat yang sama. ‘To Be An Entreprenuer’

Pengisian program yang aku sertai itu benar2 berisi. Berisi sampai aku pun teringin nak cuba, kini alhamdullilah projek suka2 aku sudah menampakkan hasil. Teruja betul aku. Pada mulanya aku hanya nak cuba dan praktik apa yang aku belajar, memang dari dulu lagi aku suka buat eksperimen sendiri dengan apa info yang aku dapat. Jika berhasil okey la. Kalau tak, aku cuba yang lain pulak. Yang penting, jangan serik mencuba. Ini contoh ‘eksperimen’ aku.


Fasa 1 : Kolam Tanah

Fasa 2 : Kembangkan kepada Kanvas sementara Fasa 1 dikekalkan

Fasa 3 : Hasil cambahan benih usia lebih kurang sebulan kini

Hurm, boleh la tue kan? Projek anak muda yang baru usia 22 tahun. Aku pilih projek ni pun sebab aku lihat potensinya nak berkembang itu besar. Sebabnya, stok makanan bagi produk ini aku lihat xcukup. Lebih permintaan dari penawaran. Jika ada yang punya modal yang lebih besar. ‘Produk’ ini boleh ditambah nilai dengan serapkan unsur2 komersilnya yang lain. Outputnya boleh dipelbagaikan. Contoh, bebola ikan keli etc? Hurm, dan jenama ‘produk’ ini boleh diperbesarkan dan divariasikan lagi.

Hehe. Aku rasa kan mungkin sebab ini ada kawan2 aku kata aku lebih matang dari usia. Tapi aku tetap aku la. Same dude yang yang suka tengok wayang hujung minggu, same dude yang suka drive n tunggang bike laju2. Same dude yang gila2 kadang kala dan same dude yang suka diam dan shy itu. Tapi tak bermakna aku xboleh jadi ‘orang lain’.

Sama jugak dengan rakan satu kolej dengan aku dulu, Sheikh dengan projek lintah. Aku puji strategi marketing dia. Dia hanya jadi pembekal kepada pembeli dan akan pungut balik hasil dari pembeli tersebut. Brilliant. Tak payah nak senak2 kepala nak jaga lintah2 tue sendiri. Sham dengan kedai computer. Salute dekat dia coz dia asalnya study IT, sekarang dah punya kedai sendiri. Semuanya umur awal 20 an. Baru2 ni pun, my sis Kak May juga sedang berjinak2 untuk punya butik sendiri di Lahad Datu dan sampai ke Filiphina dia menjelajah cari bahan. Proud on your spirit sis.

Jadi pada anak2 muda belia kat luar tue, aku rasa kamu pun patut cuba. Kita jadi pelapis generasi baru. Kita boleh bangkit bantu ekonomi Melayu. Ini antara cabang kerja lain yang aku buat selain makan gaji di syarikat swasta itu. Dan satu lagi dalam bidang Sales tapi yang nie aku tak aktif sangat coz masalah dengan masa. Interesting gak coz mampu jana angka ‘K’ dalam masa yang sekejap jer. Tapi yang itu lain entry la aku story. Peace dulu dari Senyap.

p/s : Im Emy. Belia Benci Dadah. Antara slogan poyo yang aku dengar dulu masa Mawi laungkan. Belia Benci Dadah..!! Hehe.

Bila Sakit Menyelimut

Minggu ini aku kurang sihat. Aku pun tak tahu aku sakit apa, mungkin demam. Aku cepat rasa letih dan tidur malam aku sejak dari minggu ini sering saja awal. Kadang2 bila aku jalan, aku rasa pening. Rasa macam pusing, tapi aku tak pengsan. Seingat aku, aku tak pernah lagi pengsan. Dan rasa pening ni jugak la yang menyebabkan aku nyaris2 kemalangan dengan lori ketika aku hendak datang ke tempat kerja tadi. Tuhan jer yang tahu betapa lajunya jantung aku berdegup pagi tue.

Tiada apa yang boleh diupdate minggu ini. Cuma perkara seperti semalam dan kelmarin. Kerja kerja kerja. Best bila ada kerja, tapi kurang enak dengan pakej yang datang dengan kerja. Stress dan tertekan. Kadang2 aku murung sendiri. Bila aku murung aku suka bergaul dengan orang yang talkative. Paling tidak aku turut tercuit dengan celoteh mereka.

Minggu ini aku kurang sihat. Sekadar mengulangi ayat di atas untuk menggambarkan aku memang tidak sihat. Tapi aku tidak mengzahirkan rasa tidak sihat itu pada kawan2ku. Aku sentiasa berlagak normal tapi sesekali aku curi2 memicit kepalaku yang pening. Mengurut kerongkongku yang sakit. Duduk bila rasa ingin jatuh.

Aku bukan orang yang suka dengan hospital. Jika dulu aku ada kenalan rapat yang bertugas sebagai nurse di Hospital yang berdekatan denganku, aku boleh juga berkunjung di tempat yang rata2 terdapat manusia beruniform putih itu. Tapi sejak dia dipindahkan ke Perak. Nak eja ‘Hospital’ pun aku dah ingat2 lupa. Sampai sekarang aku sendiri pun tak tahu apa jenis darah aku ni gara2 fobia dengan benda halus, panjang dan runjing di hujung. Bak kata Bulan, fobiaaljarum. Peace dari Senyap.

Minggu ini aku tidak sihat..

p/s : I’m Amy Jackson. Tribute to arwah Mikhael.

Friday, June 26, 2009

Terperuk Dan Sembunyi

~::…………..::~

Terperuk dalam sifat malu ku

Sembunyi dari ingin ditemu

Hatiku hanya detik bertamu

Dalam jiwa terpilu

Inginku seru

Tapi hatiku ragu

Inginkan berlagu

Hari ku mulai sendu

Inginku merayu

Tapi aku malu

Akhirnya

Aku kembali terperuk dan sembunyi

~::………..…::~


Serangkap kata artistik ini aku dapat dari kantung inbox emel di ofis. Baru2 ini ada seorang rakan blogger selalu keep in touch dengan aku melalui emel ini mzamzamy@modenas.com.my Ini direct emel aku di office dan selalu aku aktifkan. Thanks Adeeb, kamu rakan blog pertama yang contact aku kembali. Jika kamu membaca entry ini. Lambai sikit. *wave wave. Eheh

Puisi di atas berkait rapat dengan insan pemalu. Mereka bagi aku sangat rendah dari tahap keyakinan diri. Lebih gemar menyendiri dan iya, terperuk dan bersembunyi. Sering disalah tafsir, golongan ini selalu dicop ‘sombong’ bagi yang baru kenal dengan mereka. Percayalah, istilah sombong itu langsung tidak wujud dalam kamus hidup mereka. Jauh di sudut hati mereka2 ini, mereka ingin bergaul. Tapi atas sebab malu dan kurang yakin pada diri. Mereka lebih gemar berdiam diri.

Itu juga aku ketika dulu. Orang senyap kaya dengan sifat pemalu.Tapi bagi aku jika kena gayanya, mereka berupaya memberi kejutan pada kamu. Sama juga aku, dari diam dan malu, kini sudah mampu berucap di hadapan ramai orang tanpa rasa gugup dan yakin. Thanks atas program ‘ice breaking’ yang aku ambil ketika Modul Character Building and participate dalam Management Training satu tika dulu. Benar, program itu banyak mengubah aku.

Seperti kata junjungan Rasullullah saw. ‘Malu itu sebahagian daripada iman’. Jadi bukan menjadi satu liabliti jika menjadi yang itu. Kita dilahirkan dengan macam2 jalur warna. Mungkin ini warna aku. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emy. Puisi dedikasi buat orang yang pemalu. Hee.

Bila Kita Sayang

Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yang orang tu kata
Tapi bila dia kata kita?
Saya kata takpe semua manusia tak sempurna.... .

Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lama pun x per
Tapi bila dia tunggu kita??? Dia marah2
Saya kata ala, adatlah ada yang menunggu dan ditunggu..

Bila kita sayang orang tu
Kita x tido pun x pe janji layan dia yang tengah bosan,
Tapi bila kita bosan

Ada dia layan kita???
Saya kata x pe dia busy kot..

Bila kita sayang orang tu
Kita gaduh ngan dia, kita diam je
Tapi dia heboh 1 dunia
Saya kate x pe, dia tension tuu...

Bila kita sayang orang tu
Kita call nak cakap dengan dia
Tapi dia gayut dengan org lain..
Bila jadi camtu,
Saya kata x pe, dia ada hal nak cakap dgn kwn dia...

Bila kita sayang org tu
Kita bercerita dengan dia, cerita ngan tunggul lagi baik
Tp bila dia bercerita ngan kita..
Kita dengar, sepatah2 kita ingat
Saya kata x pe sayang katakan..

Bila kita sayang orang tu
Kita n dia lapar
Tapi kita bagi semua roti kita kat dia
I kata, ala jagalah hati dia, sian dia...

Bila kita syg orang tu
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia nak jugak kita layan dia bila dia bosan..
Adil ke? Saya kata, ala bukan selalu pun..

Bila kita sayang org tu
Kita jadi macam orang gila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit, Dia siap boleh kuar ngan kawan2 dia
Saya kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam..

Bila kita sayang org tu
Kita x penah pentingkan diri sendiri
Tapi dia hipokrit tahap cipan gaban
Saya kata x per, dia mmg camtu kena lah terima..

Bila kita sayang orang tu
Nampak lalat kat makanan dia, kita halaukan
Tapi dia lak kalau nampak lalat kat makanan kita, dia biarkan je
Saya kata, takpelah, takkan dia asyik nak buat semua benda untuk kita..

Bila kita sayang orang tu
Kita x sanggup tengok dia derita
Tapi dia x pernah hargai diri kita,
Saya kata, tau x betapa kita sayangkan dia...

Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup tinggalkan dia selama2nya untuk dia bahagia
Tapi adakah dia tahu pengorbanan kita??
Saya kata, x pe, janji dia bahagia

p/s : I’m Emy. Got this text from Adeeb. Rasa cam ada kena mengena jer ngan sapa2 kan? Hehe.

Saturday, June 20, 2009

Malam Yang Panjang

Jarum jam sudah menunjukkan masa 3.00 pagi. Sudah masuk ke hari yang baru. Tapi aku masih tiada tanda2 untuk tidur. Terasa ingin berbual, sekilas aku lihat list contact dalam senarai nama di dalam telefon bimbitku. Aku perasaan, hari silih hari. List ‘teman mesra’ aku itu lama kelamaan sudah makin susut. Hurm, langsung aku campak telefon bimbit di sisi katil.

Sesekali aku berbaring ke sebelah kiri. Bila rasa lenguh, aku ubah posisi. Mengharapkan mata ini cepat tutup berehat. Malam sudah ¾. Tapi aku masih lagi segar. Dulu Montel selalu ada temankan aku. Tapi sekarang Montel sudah sah jadi isteri orang awal bulan Jun yang lepas. Gila nahas nak ganggu isteri orang malam2. Ingat pula pada Bulan, orang paling aku sayang. Tapi esok dia nak kerja, sejak dia mula praktikal. Dia makin kelam. Baru tahu sibuknya kerja ya kamu. Hurm, 2 of my bestie dah xde. Bosannya. Kini aku berbaring ke sebelah kanan pula.

Kata orang, bila baca buku mata cepat rasa letih. Segera aku capai majalah Mastika yang aku beli petang tadi. Lihat jam, 3.43 pagi. Ah, tipu la sapa yang cakap baca buku boleh bawa tidur. Lagi segar adala. Rasa macam nak lari keliling rumah jer waktu ni. Biar rasa letih. Tapi bila aku buka pintu dan toleh di luar tadi. Gelap. Sejuk la. Tak best, tak pasal jatuh sakit.

Aku capai pula pensel 2B yang aku ambil dari bekas pen adik aku. Ambil buku sketch dan mula melakar. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku lukis. Ikut suka hati jari jer nak bergerak. Lihat jam. 4.12 pagi. Alahai. Sudahnya aku on TV dalam bilik dan selongkar DVD2 lama. Nak tengok story apa ya. Macam2 jenis genre ada nie. Ngeh3.

Jam sudah menunjukkan 6.03 pagi. Mata aku sudah mula berat. Mulut sudah lenguh menguap. Nak tidur tapi aku terus ke bilik air. Nak ambil wudu’, langsaikan tanggungjawab dulu solat Subuh. Lihat jam, 6.24 pagi. Eyh, aku tidur dalam bilik air ker tadi. Lamanya. Lihat jam, 7.02 pagi. Lihat katil. Hurm, aku dah hanyut…

Tidur adalah mati yang pendek, mati adalah tidur yang panjang. Kesihatan adalah renungan yang pertama, dan tidur adalah syarat bagi mendapatkannya. Syhhh. Don’t wake the baby. Ehee. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Emy. Love Saturday and Sunday, hari tidur yang lebih panjang.

Mimpi Alam Yang Itu

Orang yang bermimpi tinggal di dunianya masing2. Mimpi yang tidak ditafsirkan, adalah ibarat surat yang tidak dibaca. Aku ada satu mimpi. Mimpi yang agak lain yang ingin dikongsi.

Dulunya aku ada satu minat yang pelik. Minat kepada alam mistik dan paranormal. Mungkin kerna terlalu banyak membaca bahan bacaan yang sebegitu sejak dari kecil hingga terbawa2. Pernah ada impian nak melihat sendiri alam itu, membongkar segala misteri yang kekal sekarang jawapannya masih terkunci.

Bunyi macam kelakar, tapi kadang2 itu aku teringin sangat nak lihat ‘Skunk Ape’, ‘Kappa’, ‘Bigfoot’, ‘UFO’, makhluk halus etc seperti yang dimomokkan di dalam artikel yang aku baca. Nama2 macam ‘Segi Tiga Bermuda’, ‘Cyclop’, sejarah2 mistik lama dulunya selalu melekat dalam kepala. Pernah juga aku buat kajian sendiri, geledah segala pelusuk library, kedai buku dan laman sawang internet. Tapi yang aku dapat ada yang rekaan sains fiksyen dan ada juga yang tiada jawapan.

Skunk Ape

Cyclops

Orang Kupu-Kupu ?

Masa one of asigment dulu pun, ada aku usul pada lecturer nak present topic ‘Paranormal’. Lecturer setuju. Resultnya dapat ‘A’ coz aku sorang jer waktu tu pilih topic yang xpernah student lain pilih. Tapi bila dah lama2 tu, aku fikir balik. Am I crazy ? Sekarang segala research aku yang dulu aku dah campak jauh. Laman web yang aku reka khas untuk ‘paranormal’ itu pun aku dah tutup. Sangat kebudak2kan. Huh.

Tapi tiada apa yang mustahil, dunia ini ada banyak lagi rahsia yang masih tidak terusik dan dibongkar oleh si bijak pandai. Tiada lagi para saintis dan cendiakawan yang boleh kemukakan jawapan. Masih banyak lagi yang kita tidak tahu. Masih lagi daif dan naïf dalam meneroka ilmu dari ciptaanNya. Kita masih kerdil. Manusia, semuda mimpinya dan setua keraguannya. Cara yang terbaik untuk jadikan mimpi itu benar adalah bangun. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Emi. Pernah kena rasuk, lebih dari sekali. Jadinya ‘mereka’ itu ada. Jadi aku betul. Yeai !! Hehe

Friday, June 19, 2009

Adik Bongsu Kami

Hari itu adik tampak muram, sekejap2 datang ‘Brad Pitt’ cuba untuk berjenaka. Cuba untuk buat adik kembali senyum macam semalam. Adik senyum juga. Tapi agak hambar. Kemudian datang pula ‘Tom Cruise’ memulakan pembuka bicara, cuba untuk tahu samada adik punya masalah atau sakit. Adik tiada reaksi. Bagi ‘Leornardo DiCaprio’. Selagi adik mahu teman berbual, ‘Leonardo DiCaprio’ ini setia ada berbual dengan adik melalui emel. Jika itu dapat ceriakan hati adik.

Mungkin atas raut wajah manis adik itu. Sejak adik datang, meja adik sentiasa kerap ada pengunjung. Kadang2 mereka tiada apa urusan, cukup sekadar dapat melihat adik. Hari mereka sudah berbunga. Hilang stress dan rasa mengantuk mereka. Adik sudah ibarat penyeri di situ. Dan mungkin atas kerna itu, adik agak laris. Ada yang cuba nasib untuk ajak adik keluar. Ada yang ingin ada skandal dengan adik. Jangan terkejut. Ada antara mereka sudah punya cucu. Tapi adik pandai jaga diri. Salute.

Bila adanya event luaran Divisyen. Nama adik sentiasa di antara Top List. Mungkin jika adanya adik, booth event nampak lebih ceria. Adik muda lagi. Jika dilihat dari umur, adik baru 19 tahun. Mungkin atas sebab itu, kerna yang lain rata-ratanya sudah bermisai dan berjanggut. Ada yang botak dan berkedut! Tapi kami tahu adik suka bila sertai booth event seperti ini. Ada sekali adik merajuk bila tidak dapat sertai, dapat dilihat ramai yang datang memujuk adik. Adik jangan risau, di sini ramai yang sayang adik.

Tadi adik kata adik mahu tukar kerja dan minta bantuan dengan resume. Kenapa perlu adik pergi ? Tapi xpe, itu semua untuk perkembangan karier adik jugak. Kami sentiasa restui adik dan support adik dari belakang. Jangan lupa abang2 angkat dan skandal2 adik di sini selepas ini ya. Sentiasa ingat, kami sayang adik.

Kenikmatan tanpa kegembiraan adalah hambar, seperti nafsu tanpa kelembutan. Kita dapat menghadapi kegembiraan seorang diri, tetapi kita memerlukan dua orang bagi bergembira. Kami harap dapat menggembirakan adik.

Frasa kami dirujuk kepada Human Resource & Administration Division. Division aku dan adik. Ini entry untuk adik, seperti yang adik minta Orang Senyap dedicate satu entry buat dia. Ada jugak yang macam tue? Ahaha. Yuza, your wish had been granted. Smile. Upah mana?

p/s : I’m Emi. Dulu ada adik angkat 3 orang.

Karya Alam Paling Utama

Aku lihat bintang di langit. Berkelip terang bersinar didada langit hitam. Aku lihat bintang seperti disusun membentuk titik buruj. Jika disambung titik2 itu, ada yang membentuk kotak, segitiga yang bengkok dan ada juga bentuk kapal. Kapal? Hurm. Buat seketika dada langit aku jadikan kertas kanvas membentuk garis buruj. Kertas kanvas yang hitam warnanya. Aku mencari2 titik bintang yang menyerupai ‘Libra’. Bintang aku di dalam horoskop. Sekejap aku agak leka.

Sejenak lintasan kenangan aku dengan dia menerjah. Memori manis itu tiba2 mengetuk malam diamku. Semuanya cantik, semuanya jernih. Semua menunjukkan betapa dia masih melekat kejap di ‘sini’. Hati kecil ini.

Waktu itu selalu teruja itu ada dan hari2 dulu senyuman ini sentiasa tidak lekang. Segaris senyum dengan lesung pipit di pipi terhias bila aku dengan dia. Aku harap detik itu kekal sampai bila2. Macam Hiro Nakamura yang boleh memberhentikan masa. Tapi kini tiada apa yang boleh aku mampu buat. Hari itu aku ucapkan selamat tinggal buat dia. Dalam paksa.

Gelagat dia dan lenggok budinya, senyuman dikuntum sentiasa ceria, dan ketawanya yang unik itu… Susah untuk aku gambar. Dia pernah menjadi teman di masa susah. Dia pernah menjadi teman yang aku percaya. Tapi masa itu sudah berlalu, walaupun dipamit pasti tidak akan menoleh lagi. Rasa senang aku dengan dia dulu, tetap kekal sama.

Aku ucapkan selamat tinggal. Tidak menangis, tapi aku tidak janji. Pada yang pernah kenal aku dulu, pernah jadi rakan aku, pernah ketawa dengan aku pada hari itu. Aku rindu kamu. Benar, situasi kita sekarang masing2 sudah berubah. Punya komitmen masing2. Ada yang berkahwin. Ada yang masih menuntut. Tak kurang juga sudah hanyut dengan alam kerja. Ada yang putus contact. Masing2 sudah hilang. Dan ada juga yang sudah kembali ke Rahmatullah. Benar, betapa masa mengubah kita.

Beratnya perpisahan itu, lebih berat lagi apabila perpisahan itu terjadi tanpa ‘selamat jalan.’ Perpisahan yang lama, mengubah seorang teman. Benar. Tapi seorang sahabat dapat dianggap sebagai karya alam paling utama. Persahabatan adalah cinta tanpa sayap. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amy. Bila nak buat reunion wep ?

Thursday, June 18, 2009

Disitu Aku Berdiri Lebih Teguh

Raut kelat, berkerut, masam, meluat, xpuas hati semua ada melekat tepat kejap dan rapat di muka aku tadi. Rasa bengkak, sengal campur aduyai bila aku keluar dari meeting petang itu. Apa ni? Not fair. Ini sudah diskriminasi. Kenapa mesti aku. Why? Why? Ah, bebal.

Sejak aku diberi mandat menggalas tugas Industrial Relation minggu lepas. Sungguh, macam2 aku kena ubah dari segi penampilan yang sebelum ini tidak jika aku di Pentadbiran. Benci amat la. Aku sudah lama selesa dengan imej yang ‘sempoi’. Dress ikut selesa tapi kini aku kena wear uniform lengkap. Ah. Sebelum ini aku suka imej rambut panjang, serius aku suka. Rambut ikal aku ini sudah paras bahu aku simpan. Tapi kini kena ubah jadi pendek. Uh. Aku ada simpan kuku panjang. Sekarang kena potong. Ah. Rasa macam skema dowh sekarang. Uh Ah Uh Ah betul la. Power Rangers. Tapi Faizal Tahir rambut pendek. Xpela, aku sukakan juga.

Kata mereka itu protokol. Aku yang jaga disiplin staf kena jadi roll model dulu. Tapi bagi aku itu nonsense. Protokol prosedur ni betul2 menyenakkan. Aku tiada masalah dengan ikut prosedur, tapi sebenarnya tidak puas hati rambut kena maintain pendek lepas ni. Selamat tinggal bulu2 atas kepala. Huk. Yuza, look what they done to me ?

Tadi Nur Hazliyani Bt Hashim ada pinjamkan aku buku “Malaysian Industrial Relations & Employment Law” yang setebal kamus dewan. Nur Hazliyani Bt Hashim ni student practical dari UiTM Arau. Manis orangnya. Nama penuh aku sebut. Sekarang memang musim student practical buat training. Cuma kebetulan Yani ditugaskan untuk bantu aku. Kebetulan jugak aku dan dia sebaya umur. Selain tu, aku sekarang tengah mengkhatam buku “Industrial Law Report” dan “Perjanjian Kolektif Ketiga”. Benda yang paling benci, membaca dan menghafal.

Setelah hampir seminggu aku study tugas ini, kadang2 tu aku termenung seorang. Kadang2 tu agak lama. Ini tugas ‘cari salah orang dan beri hukuman’. Jika berat aku ada kuasa untuk set orang itu di terminate. Jika perlu aku boleh tarik dia pergi mahkamah. Tapi bila difikir balik, rasa senang dan lapang ke hati aku nanti. Jika tersalah hukum, aku sebenarnya sudah ganggu rezki orang. Periuk nasi mereka sudah aku letak pasir. Aman ke aku nanti ? Benda ini buatkan aku berfikir panjang.

Sekilas. Lewat petang tadi agak kecoh. Sedikit ribut bila terima berita General Manager Marketing & Sales syarikat aku terlibat dalam kemalangan. Dan berita terkini, dia sudah meninggal sejurus selepas itu. Hurm, rasanya baru pagi tadi aku lihat mendiang bergurau bergelak ketawa dengan kami. Tak sangka itu gurauannya yang terakhir. Sungguh, petang itu suasana dalam Main Office agak senyap.

p/s : Im Emih. Takziah buat keluarga mendiang.

Monday, June 15, 2009

Senyum Itu Yang Aku Cari

Dengar kata, salah satu cara untuk memikat hati ‘sayang’ adalah melalui masakan. Kebetulan hari itu aku agak lapang, sengaja aku ingin buat kejutan buat sayang. Seingat aku, sudah lama aku tidak jejak kaki dalam dapur. Entah, rasa macam tak kuasa. Kali terakhir seingat aku, aku agak aktif ‘bersilat’ dengan kuali dan penyenduk. Ketika bila ya? Hurm, waktu aku study dulu di rumah sewa. Sering aku masak untuk kawan2 jika aku free, itupun sebelum itu ketika cuti semester aku buat part time as tukang masak di satu restoran di Sg Petani. Tapi itu kisah lama.

Seawal pagi aku cuba recall apa yang sayang suka. What is her favourite dish maksud aku. Kemudian, untuk sekian lama aku kembali jejak kaki di dalam pasar untuk beli barang dapur dan pekakas ‘menu’ aku itu. Agak kelakar mulanya. Tapi aku seperti biasa, suka jadi ‘gila’. Sungguh, kalau satu hari kita jadi ‘bukan kita’ betul2 beri satu kepuasan yang lain. Cuba la? Heh. Erm, comel pulak anak makcik jual sayur ni. Bisik nakal aku sesekali. Dan bila makcik itu tanya ‘mak mintak adik beli barang dapur ke?’ aku sekadar mengangguk dan tersenyum. Satu senyum untuk makcik, dua senyum untuk anak makcik. Ah, anak makcik senyum kembali ?! Hohoho. Erm. ‘Makcik, baki duit tu makcik simpan ya?’

Sesampainya di rumah, aku terus ke dapur sediakan bahan. Sedikit janggal sebab dah lama tinggal tapi dengan ingatan yang ‘ingat2 lupa’ aku macam biasa akan mengupas dan menghiris bawang terlebih dahulu. Sediakan ramuan yang mana perlu. Kemudian aku cuci ayam, siang ikan dan potong mengikut saiz yang aku nak. Sementara kuali dan minyak aku sediakan di atas api dapur. Biasa la, nak cepat. Bahan perisa ‘Maggi’ kan ada. Tak payah nak senak2 kepala.

Lebih kurang satu jam setengah, ruang dapur dah mula berbau hidangan aku. Aku senyum sendiri sambil cuba merasa samada cukup garam atau ada bahan2 yang aku rasa kurang. Setelah puas hati, aku lihat jam di dinding. Sayang kata dalam pukul 12 tengahari nak datang. Sekarang sudah jam 11.15 pagi. Ada masa ni nak siapkan diri dulu.

Ah ! Sayang dah datang. Satu senyuman aku hadiahkan buat dia. Sayang angkat kening. Hairan mungkin dengan aku hari itu. Sementara menunggu sayang rehatkan badan, aku sediakan minuman untuknya. Sekali lagi sayang pandang aku semacam.

‘Lapar tak? Abang ada masak tadi. Cuba ya?’ Pelawa aku sambil menyediakan meja makan. Aku perasaan riak muka sayang berubah sedikit tadi. Ah, lantak.

‘Abang masak ni? Sorang2?’ Tanya sayang.

‘A’ah, saja masak untuk mak. Mak duduk la, abang ambil pinggan ya.’ Balas aku.

Sayang aku adalah ibu aku. Tadi pagi dia beritahu mahu ziarah ke rumah jiran. Aku lihat ibu menghirup kuah one of my dish. Dia senyum.

‘Senyum itu yang aku cari.’ Bisik aku.

Selepas habis lunch, ibu ajukan soalan cepumas pada aku.

‘Abang dah ada calon tak? Mak tengok kawan abang ramai yang dah kahwin. Nak mak carikan calon ke?’ Tanya ibu.

Aduyai…

‘Eh mak ! Abang lupa la nak jumpa kawan sekarang ni.’ Balas aku sambil terus masuk ke dalam bilik bersiap. Sebenarnya sengaja untuk larikan diri dari terus ditanya macam itu. Selalu begitu.

Aku perasaan, sebelum aku keluar tadi. Suara Ibu nyaring dari dapur. ‘Apa yang Abang buat kat dapur mak nie?? Macam kena ribut !!’ Alahai….


p/s : Im Ami. Bestnye kamu Yuza, ada orang sanggup hantar sup depan rumah malam2 bila dapat tahu kamu demam. Sweet..!! :-)

Saturday, June 13, 2009

Entry Tanpa Tajuk

Aku menarik nafas segar pada pagi itu. Udara ku hirup, agak panjang dan kemudian aku lepas. Sentiasa bersyukur kepada Allah kerna aku dipanjangkan lagi masa untuk menghirup udara pagi sekali lagi. Sekejap2 aku merenggangkan anggota badan, cuba untuk melegakan rasa lenguh semalaman tidur mengiring. Semalam hari Jumaat, dan bila mana matahari terbit pada pagi ini hari Sabtu mula mengambil tempat. Aku suka hari Sabtu, sebab Sabtu membolehkan aku tidur dengan agak lama dan hari Sabtu mulanya cuti mingguan setelah 5 hari penat bekerja.

Sebelum aku bersedia untuk menjamah air mandi. Aku lebih selesa bersenang lenggang dahulu di dalam bilik. Menonton rancangan tv dan pada kebiasaannya rancangan kartun yang aku pilih sambil mendengar lagu yang sama berulang2 tanpa rasa jemu. Sekarang minat aku lebih kepada mendengar lagu nyanyian Allyssa Bernal dan Ana Free. Nyanyian lunak secara live dengan petikan gitar akustik dari jemari mereka ini betul2 menarik perhatian aku. Video2 klip mereka diulang2 sehingga bateri laptop aku mati sendiri.

Pagi itu aku pandang langit. Langit masih macam semalam, warna biru muda dengan kepulan awan nipis putih menjadi hiasan. Aku perasaan sejak kebelakangan ini cuaca agak terik di sebelah utara, jika berada lama di dalam rumah yang bertutup pasti akan buatkan diri rasa kurang selesa. Bila aku rujuk kepada rakanku, perubahan cuaca ini bukan di bahagian utara sahaja. Malah berpanjangan ke selatan Malaysia.

Dua hari yang lepas, rumah aku sejak dari pagi hingga ke malam tiada bekalan elektrik. Ini kerana TNB sedang memasang kabel baru di area kawasan perumahan aku. Sungguh, pada hari itu peluh aku ini begitu meriah keluar. Dengan cuaca terik di luar membuatkan rumah aku panas berwap. Jika bukan kerana aku masih berpegang kuat pada adat ketimuran dan hormat kepada masyarakat. Nak sahaja aku berkeliaran hanya ‘bulat’ di dalam rumah. Natural aircond bak kata orang. Haha. Tapi tidak, aku ini sopan orangnya. Kan Yuza kan? Heh.

Hari itu seperti biasa aku seperti orang bingung. Dan sekiranya seseorang itu bingung dan tidak tahu kemana akan pergi, mungkin perjalanannya akan berakhir di tempat lain. ‘Bingung’ adalah kata yang kita cipta bagi menghadapi hal yang kita tidak fahami tapi jika kita tidak langsung bingung, kita tidak memberi perhatian. Perhatian? Iya, perhatian yang aku perlukan sekarang. Tapi rasa bingung ini tidak lama, bila seperti biasa aku keluar bersiar mengambil angin luar. Rasa bingung ini diganti dengan putik bahagia. Apabila kita ingin rasa bahagia, buatkanlah diri ini berguna!

Bercakap perihal bahagia. Bahagia bagi aku seperti ‘bunga’ yang tetap mekar apabila yang melihatnya puas dengan memandang dan menciumnya. Kebahagiaan juga macam ‘pelangi’, tidak pernah berada di atas kepala sendiri tetapi selalu berada di atas kepala orang lain. Aku suka bunga dan pelangi. Aku suka indah yang ini.

Selamat hari Sabtu.

p/s : Im Emi. Panas lagi panas di padang masyar. Astaqfirullalhallazim..

Friday, June 12, 2009

My Best Friend Is A Gurl

Dia bukan teman istimewa. Bukan juga dia jelmaan puteri Syurga. Seperti mana yang dapat dilihat insan yang kebanyakannya lalu lalang di kaki lima, berhimpit sendat di dalam bas misalnya bersama fesyen pakaian yang tampak hambar. Itu dia. Tapi entah bagaimana, aku cukup senang bersama dia. Mungkin apa yang dia punya aku turut ada. Rasa suka, duka, senang dan rintih aku dia tahu. Dia setia ada.

Dan aku fikir normal jika kita punya teman baik yang berlainan jantina. Rasanya kebanyakan kamu juga begitu. Sifat keterbukaan mereka lebih, rasa sayang mereka dan ruang mereka juga lebih jika dibandingkan dengan rakan sesama jantina. Iya, sudah fitrahnya begitu.

Tapi ada masa rakan ini juga punya ‘tarikh luput’nya, rasa manis dulu akan lama kelamaan jadi tawar bila sampai waktu teman itu punya ‘insan istimewa’ dan memilih untuk kekal bersama. Sampai situ sahaja. Ada yang setia kekal dan ada yang terus terpisah.

Bersahabat bukan diukur dengan siapa yang kamu kenal paling lama atau siapa yang dikenal dahulu atau siapa yang lebih prihatin. Ia semua dilihat dari siapa yang datang dan tidak sesekali akan pergi.

Tapi sudah adat manusia, kadang2 mereka lupa untuk menghargai seseorang yang ada dengannya. Tapi, bila dia kehilangan orang itu. Dia akan menangis. Menangis beria2. Dan akan merindui orang itu sangat2! Rasa rindu untuk sentuh, lihat, rasa dan sayang dia kembali akan menggigit2 hati tika itu.

Kau dan aku adalah satu
tak kira apa
Segala rintihan aku
engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
biarkan saja
Kerana terbiasa
Mengejar mimpi dan pasti akan aku
Merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat untuk bertemu
Tiada henti walau mana kita berdiri
Didalam dunia ini
Bila sampai akhirnya nanti

p/s : I’m Ami. Suka aku dengan lagu Aizat yang ini. hehehe

Thursday, June 11, 2009

La La La Kerjalah (My Workplace)

Di hadapanku ada timbunan invois dan report dari Vendor untuk tempoh dua tahun yang perlu aku buat rumusan sebelum dijadikan satu report. Di sisi kiri pula ada kertas proposal aset dan paperwork untuk 3 asigment yang perlu aku selesaikan dengan dateline yang agak singkat. Di dalam tray dapat dilihat timbunan dokumen untuk satu lagi job scope baru yang turut diamanahkan kepada aku. Aku pada waktu ini agak blur. Semuanya penting. Tapi aku jadi lost untuk selesaikan yang mana satu. Yang mana perlu aku dahulukan. Untuk seketika aku rasa kosong. Rasa ingin sahaja aku terbang tinggalkan semua kertas2 putih yang berserakan di atas meja aku itu. Biar mereka hilang. Cukup walaupun sekejap.

Tadi aku ada meeting dengan Union (Kesatuan Pekerja), aku merangkap setiausaha kepada Manager HR. Satu lagi pengalaman baru buat aku. Sebelum ini aku di dalam Jabatan Pentadbiran, tapi kini skop kerja aku dipanjangkan ke Jabatan Sumber Manusia dan diberi mandat sepenuhnya mengendalikan seksyen IR. Agak bercelaru pada mulanya, 2 Jabatan 2 Seksyen kini aku perlu galas. Secara tidak langsung menjadikan minggu ini minggu paling sibuk buat aku. Ah, stressnya. Tapi aku seboleh2nya tidak mahu stress itu dekat langsung pada aku. This is process of learning for me. Aku mahu enjoy every minute of it.

Kadang2 itu dalam kita menjalankan tugas harian, benar tekanan itu sentiasa ada. Jika tertekan aku suka senyum sendiri. Paling tidak tekanan itu sedikit reda. Sungguh, kebelakangan ini senyum aku itu bagai hilang. Tapi aku tidak lupa, buat insan yang sentiasa back up dan tidak jemu memberi buah fikiran dalam melancarkan lagi kerja aku itu. Aku ucapkan TERIMA KASIH banyak2. Kamu teman yang sejati. Dan buat Yuza, thanks juga kerna sentiasa ada temankan aku berbual jika otak aku beku dengan kerja. Pada kamu2 itu, sentiasa aku ini ada jika kamu perlu bantuan dari aku nanti.

Projek suka2 aku kini sudah menampakkan hasil. Projek apa? Heh. Dalam masa yang sama aku ada daftar my own company (Enterprise). Produk aku simple jer, sekadar suka2 manfaatkan ruang senggang. Ternak keli dalam kanvas. So far alhamdulillah. Dalam masa yang sama juga aku turut join Hai-O Marketing.

Minta maaf jika entry kali ini agak bosan. Tiada idea sebenarnya. Hehe. Sekadar ingin membawa kamu meninjau workplace yang aku duduki kini. Weird jugak kadang2 tue, I’m only 22 years old actually. Tapi perlu react matured dalam ‘dunia’ nie. Pada siapa yang kenal aku itu, kamu tahu yang aku bukan orang yang itu. ‘Orang gila’ ini. Satu hari tidak menghuru harakan hidup orang lain xsah. Haha. Sekian dulu dari Senyap. Peace.

p/s : I’m Amyzie. Gelisah ku gelisah mengenangkan masa.. lalalalala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...