sahabat Senyap

Saturday, September 26, 2009

Aku Tidak Cantik

Gembira dapat berjumpa, teringat kembali kali pertama kita bersua. Ingat bila kita bersepatu serupa. Tak lama dahulu, jangan kata kau dah lupa. Kau bersama kawan2 mu dan nyata kau paling menyerlah di antara mereka. Rambut hitam warna coklat anak mata. Membuat aku kurang fasih bila bicara. Apa kata kita ambil sedikit masa, untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya. Dan jika kau rasa apa yang ku rasa. Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya.

Secubit rangkap lagu Chantek nyanyian Altimet aku petik dari kantung MP3 di laptopku. Lagu yang berkisar tentang seorang lelaki yang memuja seorang wanita atas cantiknya dia. Kecantikan pada aku adalah hadiah alam yang sangat besar. Yang baik adalah cantik. Apa yang boleh diperkatakan dengan wanita cantik?

Seorang wanita cantik perlu berfikir soal kecantikannya, seperti seorang kapitalis memikirkan penanaman modalnya, ataupun ahli politik yang memikirkan jumlah suara bagi dirinya. Mempercantikkan diri adalah naluri semesta. Kecantikan adalah kekuasaan, senyum adalah pedangnya. Kriteria kecantikan yang sejati adalah apabila makin diteliti makin bertambah cantiknya.

Seorang wanita kalau biasa cantik, perlu mempertahankan kecantikannya, tetapi apabila ketuaan sudah datang, jangan bisa takut akan hal itu kerana kecantikan terletak pada hati yang luhur. Wajah cantik tanpa peribadi yang baik dapat diibaratkan mata daripada gelas yang bersinar2 tetapi tidak melihat apa2 pun. Kecantikan itu adalah tirani yang berumur pendek.

Kadang2 sukar menjadi wanita cantik. Lelaki tidak selalu mencintai dia, tetapi sering cuma menginginkan kecantikannya. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seorang lelaki mencintainya, beerti lelaki itu benar2 cinta padanya. Sinonim jika diperkatakan hanya di dalam novel romantis, si cantik dijamin pasti berbahagia.

Cantik, secantik suria menyinar. Seindah bunga yang di taman, mekar. Cantik. Dirimu buatku tertarik, menghilangkan segala prasangka di jiwa. Ohh, cantik. Sungguh aku cinta kamu.

Akhir kata, fikirkan semua keindahan yang masih tersisa di sekitar anda dan berbahagialah. Cantik atau tidak, masing2 kita punya kecantikan lain yang disisipkan oleh Nya. Aku tidak cantik. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emiey. Kawan baik aku adalah seorang yang cantik. Cantik sampai aku sukanya dalam diam. Alahai.

Medan Perjudian

Seekor ikan lebih mudah membebaskan diri daripada jala, daripada seorang penjudi dari sarang perjudian. Judi adalah seperti anak kepada kerakusan, kakak kepada ketidakadilan dan bapa kepada malapetaka. Judi adalah penyakit yang biadab, dan judi adalah suatu peradaban yang dangkal.

Kad judi adalah buku milik syaitan dan syaitan berada di dalam dadu. Cara melempar dadu yang paling baik adalah melemparkannya ke bakul sampah. Senang kata, judi lebih membawa kemudaratan dari kebaikan dan ia dilaknat Tuhan bagi sesiapa yang terjebak di pelusuk hitam yang itu.

Tapi sedar atau tidak, hidup ini sendiri bagaikan satu medan caturan perjudian yang halus. Keputusan harian yang kita ambil saban rutin boleh diibaratkan satu perjudian samada akan nanti peroleh kemenangan atau terus miskin ditekan keputusan yang salah. Jalan yang paling baik. Solat istikaroh, memohon petunjuk pada Allah dan bertawakal bahawa Dia memberi hanya yang terbaik pada hamba Nya.

Aku selalu berpesan pada diri, apabila keputusan yang perlu dilaksanakan diambil, nyahkanlah semua kekhuatiran akan akibat2 keputusan itu. Jangan biar rasa ragu mencengkam kerna ragu2 adalah seperti pengkhianat, ia menghilangkan keuntungan yang dapat kita peroleh.

Jadi pada rakan2ku yang mana ada sedikit cuak bila aku mengetahui hampir keseluruhan mereka menjadi ‘silent reader’ blog ini. Dan langsung menjadikan raya aku agak tersipu2. Haha. Dulu korang just lihat aku melukis, but menulis juga hobi aku yang lain. Support la wei. Heh. Gara2 mengiklankan addres blog di Friendster. Erm, pada kamu, kamu dan kamu. Add me at my YM ya, double_zie@yahoo.com.my or email me at
silentmelody303@gmail.com . Senyap Expose..!!

p/s : I’m Amih. Dah macam rupa Jacob Twilight plak bila rambut aku yang paras bahu nie sudah aku pendekkan. Semangat lepas raya. Haha.

Friday, September 25, 2009

Angin Peralihan


Aku perlu pujuk diri terima keadaan sekarang sudah tidak macam dulu...

Wednesday, September 23, 2009

Memaafkan Itu Tidak Salah

Hari itu merupakan hari terakhir persekolahan. Masing2 mereka menzahirkan riak yang bercampur, ada yang gembira kerana sudah merdeka dari alam persekolahan. Ada yang teruja kerana sudah lepas kertas SPM. Merdeka. Merdeka. Masing2 tersenyum ketawa. Ada juga kawan yang nakal membakar mercun selepas sudahnya menjawab last paper. Sudahnya hari terakhir yang sepatutnya gembira bertukar kelat bila didenda guru disiplin dan pengetua. Ah, gilanya waktu itu.

Petang itu, masing2 mereka mengangkat beg pakaian besar bagi yang tinggal di asrama. Bila sampai waktu itu baru terasa sebak hendak tinggalkan semua. Masing2 bersalaman sambil berpelukan. Mana tahu hari itu hari terakhir mereka dapat bersua. Benar, perkara paling pahit dalam pertemuan adalah perpisahan. Yang pasti selepas ini masa2 di Sek Men Teknik Jalan Stadium tetap akan kekal sebagai kenangan termanis.

Hari ini, bila berkesempatan bertemu kembali di Aidilfitri. Masing2 banyak yang sudah berubah. Ramai yang sudah berumahtangga, ada yang sudah bergelar ibu. Masing2 sudah punya kerjaya dan bergaya dengan kereta. Lumrah, bila kembali bersua banyak perkara yang ingin dibualkan. Apa perkembangan terkini? Macam mana kehidupan sekarang? Bila hendak kahwin? Heh. Antara soalan2 biasa yang diajukan.

Teman, rakan dan taulan. Di ruang yang sempit ini. aku mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada ketika mata salah melihat, telinga khilaf mendengar, mulut terkasar bicara, hati salah menganggap. Untuk rakan2 aku dulu di Cameron Highland, Langkawi, Penang dan utara sini. Peace dari Senyap.

Salam ukhwah.


p/s : I’m Emih. Its hurt like hell if we loose someone close with us.

Saturday, September 12, 2009

Mimpi Kadang2 Menggusarkan

Mimpi yang tidak ditafsirkan adalah ibarat surat yang tidak dibaca. Kata orang, mimpi itu sekadar mainan tidur. Manisan malam sementara menanti hari siang di tubir mata. Mimpi kadang2nya indah, bila terjaga masih senyum itu terukir kemas. Mimpi juga adakalanya buruk, bila terjaga hati akan berdegup kencang. Dan ada masa, mimpi itu hanya mimpi yang kabur. Bila terjaga, terus luput memori yang itu.

Aku ada satu mimpi. Bukan mimpi basah. Dalam mimpi itu, aku lihat dia tersenyum. Aku ingat lagi, waktu itu dia memakai persalinan serba putih. Ah, dia cantik sangat waktu itu. Sekali lagi, dia senyum pada aku. Reaksi aku pada masa itu hanya kaku. Langsung terus kelu.

Tak tahu kenapa, aku seperti sangat kenal orang itu. Sepertinya, aku seakan sudah lama mengenalinya. Berkongsi perihal suka duka. Tapi, di mana ya waktu itu. Lama aku berfikir. Dan aku perasan, dari cara lirikan mata dan pandangan dia pada aku, aku tahu dia juga kenal akan aku. Sudah lama. Tapi, yang pasti baru pertama kali kami bersua.

Aku cuba hulurkan tangan tapi tak tergapai dek daya. Aku rasa aku kenal dia. Iya, dia adalah orang itu. Pasti. Tak salah lagi. Aku seperti mahu menjerit, memanggil nama dia. Biar dia tahu aku ada di sini. Biar dia tahu aku adalah aku. Tapi, suaraku bagai bisu. Tiada bunyi. Langsung, dia memandang sayu aku… Sekejap, dia menoleh. Seperti mahu beredar dari situ. Tolong. Tolong jangan kamu pergi.

Aku lihat dia melangkah setapak dan setapak ke hadapan. Makin jauh lama kelamaan. Aku cuba untuk mengejarnya sehingga aku sendiri termengah2, aku cuba menjerit memanggil dengan segunung harap, dia dapat menyahut panggilanku… Tapi.. Kenapa. Kenapa kamu diam sahaja.

Aku jatuh sambil melutut. Dengan pandangan sayu, aku pandang dia dari jauh. Sehingga dia terus hilang dari pandangan. Kamu.. Tolong jangan pergi.. Tolong jangan membisu begini. Tolong..

Puufff..!!!

Aku terjaga. Sambil tangan meraba2 jam loceng bagi mematikan deringan. Tup.. Senyap sebentar.. Aku meraup lembut seluruh wajahku.. Astaqfirullahallazim…

Mimpi. Satu perkataan yang menggambarkan visual tidur. Cara yang terbaik untuk menjadikan mimpi itu benar, adalah bangun. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Hanya orang itu sahaja yang faham kiasan mimpi rekaan di atas. Hee.

Dilema Orang Bodoh

Semua orang bodoh, hanya pada hal-hal yang berbeza. Kita pasti pernah atau akan menjadi orang bodoh sekali dalam hidup kita. Tak usahlah aku bercerita tentang kebodohan orang lain. Aku sendiri juga pernah berkelakuan bodoh. Bagaimana menafsirkan bodoh.

Menunggu bulan jatuh ke riba. Bodoh. Suka pada bukan miliknya juga bodoh. Tanpa jemu cuba untuk menghubungi, risau jika sehari tiada khabar darinya. Tapi dia hanya buat endah tak endah. Itu juga kelakuan bodoh. Inginkan diri berkelakuan sentiasa ceria, tapi dia sendiri makin kusam. Satu lagi tindak bodoh.

Letih. Cukuplah aku menjadi orang itu. Tidak ada gunanya mengharapkan sesuatu yang kabur. Aku bukan orang bodoh untuk diperbodohkan. Itu bukan karektor aku yang benar. Cukuplah.

Apa ertinya cahaya bagi mata, hawa bagi paru2, cinta bagi hati, itulah erti kebebasan bagi jiwa manusia. Ya, aku juga pingin bebas dari rasa kurang pandai ini. Aku butuhkan tenang. Tapi bodohkah bila aku katakan. Hanya dia tempat jiwa aku rasa bebas, dan hanya di situ juga aku akan peroleh erti tenang. Hurm. Dilema.

p/s : I’m Amiey. Kalaulah boleh diputarkan masa.

Rindu Pada Tidur Yang Dulu

Bismillahirromanirahim,

Tidur sesudah bekerja keras, berlabuh sesudah mengharungi lautan yang bergelora, bersenang-senang sesudah perang, dan mati selepas hidup, adalah hal2 yang sangat menyenangkan.

Agak jarang aku singgah kebelakangan ni. Macam sinonim pulak dengan nama pena aku ‘Senyap’. Hehe. Terus diam menyepi. Tapi bukan maknanya aku sudah berhenti menulis, yang benarnya boleh dikatakan tiap2 hari aku menulis. Cumanya, penulisan aku sejak akhir2 nie lebih banyak ke arah formal.

Baru sahaja berjaya sudahkan satu ‘tesis’ berkenaan polisi dan prosedur bagi satu unit jabatan. Merekabentuk jenis2 borang dan draf pelbagai jenis format surat rasmi mengikut pengkelasan kes. Juga sudah separuh set up ‘data base’ untuk tujuan pengrekodan yang merangkumi cabang2 unit, laporan bulanan, mesyuarat bulanan, pecahan2 kes dan data bagi 800++ orang pekerja. Ada juga tindakan kes yang sudah aku ambil tindakan dan akan datang ada Domestic Inquiry yang perlu aku selia. Tapi aku masih tak puas hati lagi dengan struktur baru yang aku bangunkan ni khusus bagi Industrial Law. Masih banyak yang nak kena belajar.

Minggu sudah aku ke IPD Sungai Petani, berdiskusi dengan seorang Pegawai di unit siasatan jenayah. Katanya, kes ini mungkin akan berlanjutan sehingga aku perlu hadir ke Mahkamah dan dalam masa terdekat aku perlu ke Shah Alam. Ada siasatan dalaman yang perlu aku handle berkenaan dengan kes ni. Hari berikutnya, aku berdiskusi pula dengan seorang Pegawai di Jabatan Kejuruteraan Automotif di JPJ Mergong. Kes yang lain pula. Dari diskusi banyak benda baru yang aku belajar. Rasa macam seronok sangat. Dan sekali lagi bagi kes ini, bulan hadapan aku perlu ke Putrajaya. Tapi, ah peduli apa kan? Boleh juga pergi jenguk tempat orang.

Minggu ini, untuk CR aktiviti di bawah jagaan aku. CR ini stand for Cost Reduction actually. Ada appointment dengan vendor bagi tandatangani new agreement. Satu capaian peribadi buatku. Cost Reduction yang berjaya aku jimat untuk company ada la dalam 35 K (jangka masa 6 bulan) selepas agreement tue dah sign. Boleh la, at least I did my part. Juga ada 2 lagi event yang akan menyusul. UNION Meeting, SUPERMAN (Supervisor + Foreman) Meeting juga di dalam minggu ini sebelum cuti raya bermula.

Jarang rasanya aku berbual berkenaan kerja di sini, tapi untuk entry ini cukuplah. Aku sebenarnya malas nak menulis pasal kerja sebabnya tak pasal2 nanti aura tension tue terbawa2 plak. That’s why kebanyakan tulisan aku lebih ke arah santai. Sebab aku mahu tenang, aku nak relaks. Bila menulis secara tak langsung rasa gundah aku hilang. Heh. Ha, geram jugak bila thumb drive aku yang aku guna khas untuk artikel2 aku rosak. Adeyh. Banyak artikel aku tulis dalam tue. Baru guna seminggu ja dah rosak. Sengal amat lah. Hoh.

Syurga membuat orang bahagia, kerana ia dapat beristirehat dengan sempurna. Namun kebahagiaan di muka bumi hanya dapat dicapai dengan satu langkah. Bekerja. Peace dari Senyap.

Sodaqollahulazim…

p/s : Im Amih. You can call me workaholic if you want. I don’t care. Hehe.

Penafsir Senyap

Tidak perlu rasanya aku bersifat pesimis jika aku katakan yang aku sukakan ketenangan melalui seni alam. Sudah menjadi kebiasaan, tempat2 kegemaranku singgah selalunya di kawasan pantai, di dalam flora yang hijau mekar. Benar, kadang2 itu ketidaksempurnaan alam adalah sumber seni agung yang bisa merawat gundah hati. Karya artistika agung yang tidak boleh ditiru atau diklonkan.

Sering juga aku hinggap ke laman2 blog yang seninya diterjemahkan menerusi tulisan. Bagi aku, mereka ini jiwanya sangat halus. Seni adalah produksi daripada apa yang disingkapkan oleh perasaan dalam alam melalui kerudung jiwa. Banyak orang yang merasakan seni. Sebahagiaan mengerti akan seni, tetapi sedikit yang merasakan dan memahaminya sekaligus.

Sebelum datang sesuatu karya. Kebiasaannya ilham itu datang menerusi khayal fikiran. Daya khayal kreatif hanya dapat kita pandang sebagai anugerah ajaib daripada Tuhan, yang tidak difahami oleh manusia. Khayalan adalah bahan yang mana segala sesuatu itu terwujud. Bagi menggerakkan daya khayal sehebat-hebatnya, anda perlu mencari kemungkinan sebanyak-banyaknya.

Aku tidak cuba untuk menjadi satu dari mereka. Cukuplah kalau sekadar aku menjadi penatap, pembaca dan penafsir senyap yang hanya kekal diam di sini. Mungkin, siapa tahu. Ada pula yang menjadi penatap, pembaca dan penafsir senyap untuk aku selepas ini. Hehe. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Emiey. Angan2 Mat Jenin is a big NO NO.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...