sahabat Senyap

Saturday, October 31, 2009

Word vs Silent

Sedang aku leka dengan kertas2 kerja di atas meja untuk ditelaah, perhatianku sedikit terganggu dengan hilai tawa rakan di meja sebelah. Dan aku sedar yang aku dikelilingi oleh ramai individu2 yang petah bercakap dan senang berjenaka. Semua itu buatkan aku akui yang mana jika aku diletakkan di kelompok ini, akulah yang paling tercorot jika ‘bercakap’ dijadikan kayu ukur. Tapi, aku senang menjadi aku.

Hurm, kata2 itu boleh diibaratkan cerminan kepada jiwa dan bahasa umpama pakaian kepada fikiran. Setiap patah perkataan yang dilontarkan adalah penilaian awal terhadap personaliti seseorang. Apabila sepatah perkataan dibiarkan terlepas, ia tidak boleh lagi ditangkap kembali. Kerana satu perkataan seseorang itu selalunya dianggap bijak, dan kerana satu perkataan juga dia mungkin dianggap bodoh. Kita sesungguhnya harus berhati2 dengan apa yang kita suarakan.

Setiap hari, setiap manusia seharusnya mendengar sedikit lagu, membaca puisi indah, merenung gambar yang cantik, dan jika mungkin, bercakap beberapa patah perkataan yang munasabah. Perkataan itu hanyalah perkataan, dan tanpa hati ia tidak mempunyai apa2 makna. Kita mendengar terlalu banyak perkataan2 indah, tetapi terlalu sedikit tindakan yang boleh dihubungkan dengannya. Perkataan tanpa tindakan adalah seperti pembunuhan ke atas idealisme itu sendiri.

Kata2 adalah benda hakiki dan hidup daripada setitis tinta yang jatuh diatas fikiran laksana embun. Tetapi janganlah sekali kali mengucapkan kata2 yang menyebabkan kita perlu meminta maaf. Sebabnya tikaman kata2 itu akan menusuk lebih jauh daripada tikaman senjata. Tiada apa yang lebih liar dari bahasa perkataan yang pedas dan menjengkelkan. Heh.

Lebih baik begini, lebih baik tidak berkata2 daripada berkata tetapi tiada tujuan. Ya, aku senang menjadi aku. Cukuplah jika setiap kata2 dan bahasa aku hanya dilemparkan di sini. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Kata2 yang manis dan sopan bagi seseorang lelaki, sama dengan kecantikan bagi seseorang wanita. Kedua2nya mempersonakan.

Friday, October 30, 2009

Kamu Memang Pencinta Hebat

Pagi itu aku bangun agak awal. Tidak tahu apa yang hendak dibuat, aku membaca kembali kebanyakan entry yang aku tulis sebelum ini. Sedikit tersenyum aku bila berkira2 di dalam kepala apa yang sudah aku tulis ni? Patutlah ada dikalangan sahabatku minta aku tulis benda lain. Katanya tulisan aku agak skema, sastera bagai, poyo, puitis sangat dan BOSAN. Haha. Aku ketawa je waktu tu.

Pada mulanya aku fikir nak kekalkan trademark begini, biar semua tulisannya berbaur begini dan nak ada sedikit berbeza dengan blog yang lain. Aku tak mintak banyak, sedikit beza pun dah cukup. Biar identiti aku kekal ‘unknown’, tapi aku rasa sudah letak foto aku dalam satu entry. Nak tahu, rajin2 la geledah entry sebelum ni.

Ha, berbalik pada kata2 teman aku tadi. Biarlah aku bahasakan dia ‘Getik’. Haha. Aku tahu dia akan baca entry ini dan aku tahu dia xberapa setuju dengan nama yang aku kasi. Well, kamu sendiri yang minta kan? Katanya, maki2 la orang sama, biar ada kutuk2 sikit. WTH, WTF, terma2 macam tu gunala sama. Biar jadi lain langsung dari sebelum2 ni. Wah, drastic betul? Sekali lagi aku cuma mampu ketawa dengan usul dia. Bahagianya aku dapat teman yang macam ni. Alahai.

Hurm.. Kalau dah sayang dengan seseorang tue macam2 yang sanggup kita buat kan? Tapi perkara ni betul2 buatkan aku tabik pada seorang cousin aku nie. Dia sebaya dengan aku, orangnya agak kelakar dan apa yang dia buat betul2 kelakar bagi aku. Cinta itu buta kata orang. Setiap tindak tanduk yang dibuat jika dapat mengukir senyuman dari si dia, segala penat lelah sebelum ini secara tidak langsung terubat. Benar kan.

Apa yang aku lihat cousin aku memang seorang yang loyal, setiap malam tanpa merungut dia akan menghantar dan mengambil kekasih dia pulang dari tempat kerja ke rumah sewa sampaikan tido sendiri pun xterurus. And he good in cooking, aku pun kalah. Kalau ada masa dia sendiri akan masakkan untuk si buah hati. Tapi yang aku tak boleh terima kenapa dia sampai sanggup bawa pulang baju2 kotor kekasih dia nie bawa pulang untuk tolong basuhkan. Sehingga coli dan seluar dalam pun dia rela cucikan. Alasan dia, buah hati dia sibuk dengan kerja. Ah. Tolong la. Bila dah kantoi ngan mak sedara jumpa coli dalam washing machine teruk dia pulak kena basuh. Ai.. nasib baik aku tak bercinta lagi.

Dan aku tahu, jika cousin aku baca entry nie. Aku pulak yang akan bakal dibasuhkan. Haha. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amy. Cinta buatkan seseorang berlakuan lain dari kebiasaan.

Cinta Tanpa Sayap

Seorang sahabat, sangat banyak. Dua orang, banyak. Tiga orang, hampir mustahil. Macam rangkap Nujum Pak Belalang pulak kan? Mereka ini bagi aku adalah orang yang dapat berkata benar dengan kita dan bukan yang hanya bijak menjadi hipokrit. Mereka mendekati kita sewaktu seisi dunia menjauhi kita. Dan ya! Seorang sahabat dapat dianggap sebagai karya alam paling utama.

Persahabatan ini adalah perkara paling payah untuk dijelaskan. Ia bukan sesuatu yang dapat dipelajari di sekolah. Tetapi jika anda tidak belajar mengenal ertinya, bermakna anda tidak pernah belajar apa2. Berbaik2lah dengan semua orang, tetapi akrablah hanya dengan sebilangan. Dan biarkan yang sebilangan itu diuji sebelum anda memberikan keyakinan kepada mereka. Persahabatan sejati ibarat pohon yang membesar secara perlahan, dan mesti melalui dan menahan beban kedukaan, sebelum diberikan apa jua gelaran penghormatan.

Pernah alami tak situasi ini? Dalam berkawan sesama teman, terbit rasa sayang yang lebih dekat kepada perasaan cinta. Tetapi hairan kan? Kenapa cinta tidak berakhir dengan persahabatan. Uniknya emosi insan yang bergelar manusia. Ah.

p/s : Im Amiey. Maybe kena fikir balik cara interprestasi nukilan.

Senyum Selalu

Senyum adalah laksana matahari pagi. Ia menjadi penghibur bagi yang putus asa, sinar bagi yang berdukacita dan penawar hati bagi orang yang kesusahan. Senyum tidak dapat dibeli, diminta ataupun dicuri kerana senyum bukan milik sesiapapun sebelum diberi kepada orang lain. Ia mengkayakan jiwa orang yang menerima tanpa memiskinkan orang yang memberi.

Berikan senyuman anda kepada setiap orang yang anda jumpa, maka anda tersenyum dan menerima senyum-senyuman. Sungguh, tidak ada sesuatu yang lebih menyenangkan daripada menimbulkan senyum pada orang lain, terutama pada wajah yang kita cintai. Benar kan? Senyum itu boleh dikatakan satu ibadat, sebab dengan senyum kita menggembirakan hati orang lain.

Temuilah orang dengan senyuman. Bawalah selalu senyuman dan tinggalkanlah segala perasaan gelisah di rumah sahaja. Dengan senyum, ia membawa kebahagiaan di dalam rumah, berjasa baik dalam dunia perusahaan dan menjadi lambang pada persahabatan. Senyum menolong memperbaiki rupa seseorang dan membuat dia lebih senang tanpa berbelanja. Jadi, senyumlah selalu! Hehe.

p/s : I’m Amiey. Hari ini dah mula senyum sedikit. Hehe.

Friday, October 23, 2009

Media Massa

Bila sampai hujung minggu, aku senang memanjakan diri dengan berbaring menonton rancangan televisyen dan sesekali akan membelek berita di dada akhbar. I mean. Itu yang selalu dilakukan orang bila tiba waktu pagi di waktu cuti kan? Agak tipikal bunyinya. Hehe. Entah macam mana, terasa lak nak menulis something formal. Okey, teruskan membaca.

Apa yang disajikan oleh media massa bukanlah seni yang popular, tetapi hiburan yang tujuannya untuk dinikmati seperti makanan, kemudian dilupakan sebelum diganti dengan makanan yang lain.

Surat khabar boleh diibaratkan cermin pada dunia. Akhbar telah membentuk apa yang mungkin boleh disebut sebagai kecondongan kepada musibah. Jika mereka mendapati ada satu pertandingan, mereka akan membesar2kan pertandingan itu. Jika mereka menemui satu tragedi, mereka akan menjadikannya sebagai tajuk utama. Dan bila ditatap sajian berita yang dicetak didada akhbar hari ini, bukanlah dunia ini menjadi semakin buruk, tetapi liputan berita yang menjadi bertambah baik.

Penerbitan akhbar merupakan sama ada rahmat yang paling besar atau musibah yang paling hebat pada zaman moden ini. Sungguh! Kadang2 aku tidak tahu yang mana satu. Jika aku diberi pilihan untuk memilih sama ada kita perlukan sebuah kerajaan tanpa akhbar atau sebuah akhbar tanpa kerajaan, aku tidak akan bertangguh sesaat pun untuk memilih yang kedua. Kemerdekaan kita bergantung pada kebebasan akhbar. If you know what I mean…

Telah banyak yang ditulis tentang kuasa akhbar, kuasa yang mungkin akan berakhir dalam masa sehari. Sebagai perbandingan, jarang didengar tentang kuasa buku, yang mungkin akan berpanjangan selama beberapa generasi. Buku? Ah, impian aku untuk tulis satu buku sendiri satu hari nanti. Tapi… Setiap kali aku melihat surat khabar, aku akan teringat pada pokok. Semua pokok memberikan kita keindahan, teduhan dan perlindungan, sedangkan surat khabar hanya memberikan kita sampah sarap.

Surat khabar lama.. Surat khabar lama. Eheh.

Televisyen? Televisyen bagi aku adalah sejenis alat yang dicipta untuk membolehkan kita berasa terhibur oleh orang2 yang kita tidak miliki di rumah sendiri. Yela, mana nak dapat Faizal Tahir datang singgah rumah hari2 kan? Misalan je la. Jika hendak dibuat perbandingan, televisyen itu adalah lebih menarik daripada manusia sendiri. Setuju tak? Kalau tidak percaya, cubalah letakkan manusia di penjuru rumah anda. Mana satu kita nak tengok? Hehe. Lain la kalau manusia itu seseksi Megan Fox. Haha. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amiey. Harap tulisan di atas tidak menyinggung mana2 pihak. Peace! Haha.

Saturday, October 17, 2009

Ambil Yang Jernih

Kemaafan itu sesuatu yang lucu bukan? Haha. Ia pantas meredakan hati dan menyejukkan kemarahan. Orang yang bodoh tidak akan memaafkan dan tidak akan melupakan, orang yang lurus akan memaafkan dan melupakan, manakala orang yang bijak memaafkan tetapi tidak akan melupakan. Antara ketiganya, aku rasa yang lurus itu aku. Hurm.

Aku pernah membaca bahawa kita harus memaafkan musuh, tetapi aku tidak pernah membaca bahawa kita harus memaafkan kawan. Mungkin, dalam berkawan tidak wujud istilah ‘maaf’. Tetapi, dalam tidak sedar ada juga masa itu sedikit terguris hati si teman. Dalam diam ada juga teman itu terasa dengan tindak yang tanpa sedari kita lakukan. Melakukan kesilapan itu adalah fitrah manusia.

Tanpa maaf, hidup ini ibaratnya seperti diperintah oleh lingkaran syaitan daripada dendam dan pembalasan. Sesama teman bisa bercakaran, sesama keluarga bisa berantakan dan sesama makhluk melancarkan peperangan. Tetapi bila hari tiba dipenghujungnya, adakah itu semua berbaloi. Adakah ia beri pulangan yang dipinginkan. Ah. Tepuk dada tanya hati. Yang benar dan sejernihnya, kenikmatan memberi maaf itu adalah lebih besar daripada kenikmatan membalas dendam.

‘Buang yang keruh, ambil yang jernih’

Kepada kamu, iya kamu. I’m sorry about… Hurm.. Ya..!! Everything.

p/s : I’m Emi. Mengerti dan memaklumi segala2nya, membuat orang menjadi pemaaf dan penyantun.

Sempurnakah Aku

Semua orang menginginkan kehidupan yang ‘sempurna’. Ada yang ingin kelihatan cantik dan ‘sempurna’ dalam menjalani kehidupan setiap hari. Ada yang ingin memiliki kebijaksanaan yang ‘sempurna’. Ada yang ingin memiliki perniagaan yang ‘sempurna’. Ada juga yang ingin menghasilkan karya2 yang ‘sempurna’. Ada yang sentiasa mencari pasangan yang ‘sempurna’. Ada yang sentiasa menginginkan anak2 menjadi manusia yang ‘sempurna’. Ada yang sentiasa ingin menyempurnakan rekod peribadi. Ada yang sentiasa ingin merubah bentuk fizikal supaya jadi lebih ‘sempurna’. Ada yang sentiasa inginkan pemerintahan kerajaan menjadi ‘sempurna’. Beli ikan kat pasar pun nak cari ikan yang ‘sempurna’… ye tak?!

Dalam mencari kesempurnaan dalam kehidupan kita seharian. Pernah tak kita temui kesempurnaan? Wujudkah dunia yang benar2 sempurna? Seronokkah hidup ini jika segala2nya sempurna? Jika segala2nya sempurna, apakah yang perlu kita cari lagi? Apakah dia kehidupan sempurna? Wujudkah manusia yang benar2 sempurna?

Superman pun ada kelemahannya yang tersendiri. Miss World yang menang anugerah wanita paling cantik dan ‘sempurna’ pun ada kelemahannya. Kadang2 yang tidak sempurna dan hodoh juga turut memberikan keseronokan. Hakikatnya, tidak pernah wujud manusia yang sempurna (Wallahualam). Tapi, Tuhan jadikan kelemahan itu ada sebabnya.

Tuhan jadikan manusia pelbagai bentuk dan rupa, pelbagai bangsa dan agama, pelbagai sifat dan warna. Tapi tiada yang ‘sempurna’, sebabnya… Yang bijaksana akan mengajar ilmunya kepada yang masih muda akalnya. Yang mampu dan kaya diharapkan dapat membantu yang susah dan derita. Yang kuat membantu yang lemah. Yang berkelebihan akan membantu yang serba kekurangan. Yang jahat pun memerlukan nasihat. Yang baik pun perlukan yang sesat untuk mempelajari makna hakikat. Kita sesama kita akan saling memerlukan. Ketidaksempurnaan itulah yang menyatukan manusia. Tidak mungkin akan wujud kehidupan yang sempurna di dunia.

Kerana ‘sempurna’ itu hanyalah milik Tuhan.

p/s : I’m Amih. Seperti biasa, buah tangan Sireh tetap menjadi tatapan aku saban bulan. Hehe.

Aku Pingin Tenang

Buih berada di atas, endapan berada di bawah, sedangkan yang berada di tengah2 adalah sarinya yang nikmat. Seperti selalu, orang tidak dapat melihat bayangan dirinya di dalam air yang mengalir, tetapi dapat melihatnya di dalam air yang tenang. Setenang air, aku rasa lapang kini. Aku rasa senang. Kata orang, ketenangan adalah pemelihara hikmah yang terbaik. Jiwa yang tenang, sanggup menguasai keadaan.

Dalam keadaan yang sukar, kita perlu tetap tenang. Perasaan tenang seseorang datangnya dari dalam dirinya sendiri. Berfikir tenanglah, maka anda dapat bertahan sehingga seratus tahun. Tenang dapat meneutralkan rasa takut, gundah dan segala sifat negatif yang lain. Tapi.. Ah. Pada siapa aku hendak menipu.

Aku sebenarnya sudah kian letih mahu menjaga hati orang. Orang yang xpernah kisah akan aku. Tapi hey! Semua itu dah lepas, terima kasih sebab mencelikkan mata aku yang selama ini dibutakan oleh kamu. Untuk itu, aku benar2 rasa tenang. Ya, aku tenang kini. Tenang yang sejernih2nya sebersih2nya. Tidak lagi lemas dalam lambakan lumpur jelapang. Terima kasih kamu… Terima kasih untuk semuanya.

Dan apabila Tuhan mendidik manusia, ia mengirim ke sekolah kesukaran dan kedaruratan. Kesukaran menarik orang yang berwatak, kerana dengan menghadapinya perkembangan dirinya turut terwujud. Akhir tinta, bersukacitalah seumur hidup, jangan biar rasa sukar menghalang tenang yang bisa diperoleh. Kerana yang sampai ke firdaus hanyalah mereka yang pandai menghayati kehidupannya dengan sukacita. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Tidak seorang pun dapat merasakan dengan sebenar2nya suka dan duka orang lain.

Selamat Hari Sabtu

Hari adalah bagaikan sepatu yang perlu dipakai untuk berjalan. Tidak pernah ada hari yang panjang dan jika ada, hari yang panjang itu pasti ada akhirnya. Hari yang saban kita lalui adalah pemberian Tuhan yang melimpah, di mana kita dapat mengubahnya menjadi kekayaan yang besar.

Akhirilah peristiwa hari ini dan kemudian lupakanlah seluruhnya. Berbahagialah atas apa yang kita dapat hari ini dan berusahalah serta memohon pada Tuhan bagi kebaikan hari esok. Walau apa yang kita kerjakan itu menguntungkan atau merugikan dapat dilihat dan diterangkan oleh esoknya.

Amat tidak baik memandang hari hadapan dengan mata ketakutan. Hadapilah hari hadapan yang suram dengan hati jantan dan tanpa rasa takut. Bisik pada hati. “Aku tidak takut akan hari esok, kerana aku sudah melewati hari kelmarin dan aku cintakan hari ini.” Persiapan yang baik untuk hari esok adalah sekarang. Perlu diingat, pagi yang berkabut tidak bermakna tandanya akan hujan.

Dan apabila purnama sudah bersilih dengan mentari pagi yang mula mengambil tempat menyinarkan cahayanya di segenap inci bumi. Aku tahu, hari esokku sudah bermula hari ini. Dengan lafaz Bismillahirromanirrohim. Aku senyum senang pada hari baruku. Heh. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emiey. Agak ketat dan kelat minggu ini. 1st setiap hari ada sahaja rakan sekerja yang terlibat dengan kemalangan jalanraya sehingga ada yang koma. 2nd berlaku kes histeria sehingga ada yang meninggal kerna santau dan 3rd my best friend got sick. Kesian dia. Wish you get well soon ya buddy.

Aku Punya Satu Harapan

Banyak yang boleh hilang daripadaku, termasuk kesabaran tetapi perkara yang tidak pernah hilang adalah harapan. Harapan adalah laksana pelampung bagi jiwa, yang akan mencegah supaya tidak tenggelam dalam keputusasaan, dan ketakutan adalah laksana pemberat yang akan mencegah supaya jiwa kita tidak diapungkan oleh kesombong2an.

Sesiapa yang memiliki kesihatan, mempunyai harapan, sesiapa yang mempunyai harapan, mempunyai segala2nya. Harapan juga ibarat rahmat daripada Tuhan bagi manusia, sekiranya bukan kerana harapan, tiadalah wanita sedia melahirkan anak, dan tiadalah petani yang sedia menaburkan benih. Harapan adalah roda utama yang membuat manusia tetap bergerak, ia akan terus menerus tumbuh dalam dada manusia. Umumnya, harapan adalah pembimbing yang salah, walaupun demikian ia adalah teman yang sangat baik. Pada mereka yang sedar, harapan itu hanyalah percikan impian.

Para pengkaji bintang menemui bintang2 baru pada waktu malam. Sering kali pada waktu malam dalam kegelapan yang menutupi manusia, terbitlah cahaya pengharapan baru. Benar kan? Hehe. Berharaplah untuk yang sebaik2nya dan bersiaplah untuk yang seburuk2nya.

Harapan dan ketakutan tidak dapat dipisahkan. Dan apabila harapan sudah tidak ada maka ketakutan pun sudah tidak ada. Terbangnya fikiran manusia, biasanya bukanlah daripada kesenangan kepada kesenangan tetapi daripada harapan kepada harapan. Tidak ada keadaan yang tanpa harapan, hanya manusia yang berputus asalah yang tidak mempunyai harapan.

Namun, hanya berharap tanpa sebarang usaha juga adalah seperti membuat satu pekerjaan yang sia2. Manusia selalunya berharap terlalu banyak, tetapi berbuat terlalu sedikit. Harapan yang ditunda, menurunkan semangat sedikt demi sedikit. Orang yang hidup hanya dengan harapan, akhirnya mati dalam putus harapan. Orang yang kehilangan harapan, tidak akan dapat mengatakannya. Mereka sebenarnya telah kehilangan segala2nya. Dan benar, seluruh kekecewaan manusia, bersumberkan kepada harapan.

Aku juga punya harapan. Harapan aku, AKU MAHU TERBANG!! Haha. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amih. Ya, itulah dia esei pendek tentang “Harapan” dari Senyap. hehe. Agak2 kalo waktu SPM dulu, berapa pemeriksa akan kasik markah yer?? (Soalan ini juga ditujukan khusus buat Cikgu Hamimi, Cikgu Suhana dan Cikgu Att Ashburn. Teman aku. *Wave wave)

Saturday, October 10, 2009

Selamat Hari Lahir

Bila tibanya Oktober, kebiasaannya jadual rutinku akan jadi sedikit lain. Lain yang aku suka dan lain yang teman sekelilingku turut kongsi gembira. Waktu ini peti inbox baik emel mahupun henfon aku akan berpusu2 isi datang singgah. Semuanya kata2 ucapan manis dari teman handai.

Oktober bulan jatuhnya hari lahir buat adik dan aku. Adik pada 11 dan aku hari berikutnya. Dan teman baikku juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan aku pada 12 Oktober. Haha. Waktu ini selalunya tepung, telur akan melayang pada aku dulu. Ah, rindunya waktu itu.

Waktu ini juga, kawan2 akan rasa pelik kenapa kita tiba2 kol. Tak pernahnya nak contact tup2 hari nie muncul. Hehe. Itu la, pakai 2 line lagi. Celcom pakai Maxis pun rembat, jenuh nak abiskan pangggilan percuma. Huhu.

Bila belek album lama, tiba2 jumpa foto kat atas. Foto aku waktu baby. Hurm, aku tak pasti waktu ini usianya berapa. Mungkin 3 ke 4 bulan. Masih meniarap. Waktu ini aku masih di Cameron Highland sebelum datang pindah di utara sini. Tak sangka saizku yang sebesar telapak tangan dulu kini dah gedabak begini. Hehe. Cepat betul masa berlalu ya. Sehingga kadang2 aku jadi kelu apa yang sudah aku capai dalam tempoh itu. Em.

Salam senyum dari Senyap.


p/s : I’m Amiey. Thanks for the gift that you gave me.

Friday, October 09, 2009

Let's By Gone Be By Gone

Tidak ada yang lebih mulia daripada ilmu. Raja2 menghukum manusia, tetapi orang yang berilmu menghukum raja2. Ilmu itu hanya dapat dicapai dengan laku, dimulai dengan tekad yang bulat dan diusahakan terus menerus dengan membatasi hawa nafsu.

My beloved sis pernah berkata, banyakkan bersabar bila engkau ditimpa dugaan. Terima segala ketentuanNya kerana Allah lebih mengetahui akan sesuatu yang tidak kita ketahui. Dan bila mana Allah menghilangkan sesuatu yang menurut pandanganmu ia adalah baik, maka janganlah engkau bersedih, kerana Allah telah tetapkan sesuatu yang lebih baik untukmu. Hurm, miss you badly sis.

Rakanku semalam ada menyebut, jika hendak mengambil sesuatu keputusan yang besar dalam hidup pastikan diri cukup berilmu, jangan jadikan nafsu sebagai penentu. Akibat nanti sangat pedih, sangat sakit hendak ditanggung. Buat niat hendak aibkan, hanya iktibar. Teman ini berkahwin dalam umur yang masih muda, tapi bila sudah melahirkan anak yang pertama. Rumahtangganya tunggang langgang, hak penjagaan anak direbut oleh keluarga mertua. Dia kini bagai digantung tidak bertali. Ya Allah. Hurm, sabar ya teman. Amy doakan yang terbaik untuk kamu.

Segala keranjang dapat penuh kerana isi, hanya keranjang ilmu yang kian diisi kian diminta tambah isi. Dan bukan sahaja akal, tetapi jiwa pun perlu diperhatikan oleh ilmu pengetahuan. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amy. Owh, itu gambar adik aku Arif waktu kitorang buat ‘gila’ kat Alor Star Mall. hahaha

Saturday, October 03, 2009

Al-Fatihah

Maut, tanpa memilih bulu, ia mengetuk pintu gubuk2 si miskin dan istana raja2. Di dunia ini tidak ada sesuatupun yang pasti, kecuali mati. Cara terbaik berfikir tentang mati ialah dengan menganggapnya sebahagian daripada pakej kehidupan. Kematian itu adalah gapura hidup.

Hurm, lama aku termenung. Dengan surah Yasin yang masih ku pegang, air sembahyang masih bersih pada diri. Aku lihat sekujur tubuh kaku di depanku dengan pandangan kosong. Kelihatan mak dan makcik sibuk di dapur. Abah pula di luar rumah mengalukan tetamu yang datang. Mak Usu disisi sedari tadi aku lihat mengesat air mata yang sejak tadi xhenti2 mengalir. Sabar ya Mak Usu. Pujuk aku sambil menggenggam tangannya erat. Mungkin Allah lebih sayangkan dia. Mungkin hari ini sudah tiba masa untuknya. Mungkin… Ah.

Apabila jenazah usai dikapankan, aku dan yang lain mengangkat keranda, melangkah perlahan2 hingga ke pusara di belakang Masjid. Hari itu, aku tak banyak bercakap. Lebih selesa menjadi pemerhati. Sejujurnya, aku masih terpempam dengan berita kematian ni. Tidak seperti tahun lepas ketika Atuk meninggal. Sungguh, bila waktu itu aku menggangkat atuk yang keras ke tempat pembaringan, bila aku memandikan atuk, bila aku menyempurnakan pusara atuk. Begitu murah air mata aku sebak. Hari ini, giliran Tok Chik pula. Hum.

Lama aku menatap papan skrin PC bila menaip entry ini. Sekejap aku termenung kosong. Waktu ini aku cukup senang jika ada teman yang boleh diajak berbual. Sekurang2nya, redha sedikit rasa gelisah. Padam sedikit rasa gundah. Tapi ah biarlah. Aku malas nak bebankan mereka.

Sakaratulmaut yang paling hebat terjadi dalam hati mereka yang masih hidup, dan bukan pada orang yang akan meninggal. Tapi jika dilihat pada sudut yang lain, tidak usah takut akan mati, kerana mati itu tidak lain hanya berganti tempat tinggal. Sebenarnya tidak ada kematian, Ia hanya pertukaran alam. Peace dari Senyap.

Bismillahirromanirrohim,

Al-Fatihah…


p/s : I’m Amiey. Cukuplah kematian itu sebagai penasihat.

Am I A Good Listener

Anggaran dalam lingkungan 50-an, susuk tubuhnya memang tampak sudah tua. Layak dikelaskan di dalam golongan pra warga emas. Tapi masih kuat untuk buat kerja2 yang melibatkan kudrat. Tapi yang aku perasan, riak yang dizahirkannya tampak sedikit takut, kaku, tidak selesa, jelas terpamer bila setiap kali dia bercakap, dia tunduk2. Mungkin segan dengan aku agaknya. Jangan risau ya pakcik. Saya tak pernah lagi makan orang.

Awal bicara, aku memecahkan tembok ‘segan’ pakcik itu dengan berbual kosong. Oopps!! Lupa. Waktu ini aku mengendalikan sessi kaunseling dengan salah seorang staff kontrak. Aku bertindak selaku kaunselor atau motivator untuk staf ini. Macam kelakar kan? Anak hingusan yang baru nak kenal dunia macam aku nie hendak beri nasihat kepada orang yang lebih kurang sebaya dengan abahku sendiri. Cuak beb. Tapi atas nama tugas, redah je.

Dalam sessi itu, aku bahasakan diri aku ‘saya’, ‘pihak pengurusan’ dan sesekali nama panggilanku di ofis ‘zam’. Dimulakan dengan penerangan tentang salahlaku tatatertib yang dilakukan di bawah Seksyen 15 (2) Akta Kerja. Aku tak nak kes ini berlanjutan ke Seksyen 13 (2) yang mana tindakan akhir adalah penamatan kerja.

Selang 5 minit, aku lihat pakcik itu sudah boleh bersembang tanpa segan dengan aku. Pakcik sebelum bekerja kat sini, dah banyak tempat pakcik kerja. Tapi bila ekonomi kita jatuh dulu, pakcik kena pecat. Pakcik ni bukan orang yang senang. Kerja kat sini pun sudah dekat sepuluh tahun, tapi masih pekerja kontrak. Gaji pun masa kerja dulu RM400 sebulan. Banyak tue nak tampung keluarga pakcik memang xcukup, anak2 pakcik pun mengaji tak pandai. Ada sorang anak pakcik pun kerja kat sini jadi operator kilang.

Waktu ini aku dah rasa lain. Adeh.

Baru2 nie pakcik bukan sengaja tak mai kerja. Pakcik sakit dalam tulang, pernah sekali pakcik tak boleh bangun. Waktu tue memang pakcik takut sangat, tak pernah2 jadi macam nie, tiba2 nak gerakkan kaki pun xboleh. Bila mai kerja minggu ni, kawan2 lain tak tau pakcik nie sakit. Depa kata pakcik nie malas, tipu kata sakit. Macam2 depa kutuk pakcik. Memang, kalau nak diikutkan pakcik malu nak mai kerja, tapi pakcik fikir balik, kalau xmai kerja duit xdak nak tampung makan minum anak bini pakcik kat rumah.

Tutur pakcik itu dengan suara yang terketar2. Serius sebak beb. Butir2 isi kaunseling selanjutnya tue rasanya biarlah aku sahaja yang simpan. Agak sulit dan melibatkan maruah orang.

Apabila kita mengetahui, kemiskinan yang menyebabkan diri kita begitu matang dan menumbuhkan pengetahuan yang berkaitan keadilan dan pengertian pada hidup, maka hendaknya berasa puas akan nasib kita. Tetapi orang masa sekarang pelik kan? Apabila orang terharu melihat kemiskinan, maka mereka terlebih dahulu memegang sapu tangan daripada dompet. Hehe. Antaranya la. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Orang perlu tetap menjadi murid selama hidupnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...