sahabat Senyap

Sunday, November 22, 2009

Si Ulat Buku Bercerita

Buku adalah kekasih setia yang tidak cemburu apabila dimadukan. Buku juga seperti kawan yang paling pendiam dan paling setia, ia juga kaunselor yang paling mudah didekati dan paling bijak, serta guru yang paling sabar.

Apabila diserang kecelaruan fikiran, tiada yang lebih membantu aku selain daripada membaca buku. Ia dengan cepat akan melenyapkan kecelaruan itu. Dengan membaca, ia terus kepada fikiran. Samalah juga dengan bersenam, beri kesan kepada tubuh badan.

Ada buku yang cuma perlu dibaca sebahagian, ada yang cukup dibaca dengan berehat, ada yang seluruhnya perlu dibaca dengan prihatin, ada yang mewakilkan orang lain untuk membacanya serta ada pula yang perlu dibaca singkatannya sahaja. Seperti buku, setiap kita juga punya cerita yang ternukil dalam diari saban hari. Punya plot2 kisah serta epilog yang sendiri. Benar kan? Dan bila aku dan kamu bertemu, sama juga seperti dua plot cerita digabung menjadi satu kisah yang satu.

Kau menjadi rehatku dan aku rehatmu. Tidak tahu kau bagaimana tapi bagi aku, kau sudah seperti watak utama yang terhias di dalam plot cerita aku. Harap aku untuk babak yang berikutnya, kau tidak hilang lagi macam kini. Seperti dalam kebanyakan buku cerita dan novel di rak buku itu. Akhiran kita turut tertera HEA. ~ Happily Ever After. Hurm… Macam cerita Cinderella ngan Snow White plak kan? Hehe. Pikachu betul. Peace dari Senyap.

p/s I’m Emy. Haha. Kadang2 bila aku hendak noktahkan entry, aku ketawa sendiri. Menulis ikut sedap rasa. Who care?

Tulisan Comel Dan Indah

Senyap.

Diam ini sangat ketara, tak kira betapa aku sangat faham dan tahu tentang perasaannya. Begitu juga dengan dia. Sudah terbiasa bersama sehinggakan keduanya sangat sensitif terhadap setiap perubahan rentak kata dan perlakuan masing-masing. Sambil tertanya-tanya, agaknya segala perubahan ini maksud akhirnya adakah perpisahan?

Kerana kita masih muda dan menginginkan tersangat banyak. Mahu lakukan sangat banyak; mahu lihat sangat banyak. Dengan mimpi yang melangit kita membesar bersama-sama. Namun dua manusia tetap dua manusia, takkan menjadi satu dengan sendirinya. Memikirkan ini selalu membuat aku menangis; kerana setiap kali aku gusar aku teringatkan engkau dan tertanya-tanya adakah engkau faham apa yang aku rasakan. Kemudian tanpa sebarang soalan kau selalu datang dan menyuruhku jangan bersedih, padahal aku fikir aku sudah cukup berlakon tenang di hadapan engkau; dengan segala kemampuan aku cuba menutup kegusaran dengan gelak tawa dan sembang picisan.

Tapi kau membacaku dengan baik. Kadang-kadang aku takut dengan diammu, sebab dengan diam lah kau membacaku. Membacaku dengan setiap ketakutanku, kesedihanku dan kekeliruanku. Sambil cuba menerka waktu-waktu ajaib bila mana aku akan seringkali gagal menolakmu, walau betapa payah aku cuba. sebab kau tau, aku sebenarnya mahukannya.

Jika kau menipu aku pasti akan membencimu. Dan itu juga bermaksud membenci diriku sendiri. Tapi hari demi hari maksudmu makin jelas- aku antara matlamat hidupmu. Tapi kau sendiri tahu aku manusia skeptikal yang tak akan percaya seluruhnya dengan sesuatu tanpa bukti. Maka cinta ini, adalah suatu dugaan yang besar untuk aku dan aku yakin ia juga dugaan besar untuk engkau. Sebab walau macam mana pun aku berusaha menghilangkan kemusykilan dari dirimu, aku tetap masih musykil dengan diri sendiri.

Kerana kita masih muda, dan siapa tahu apa akan jadi esok hari?

Senyap.

p/s : I’m Amiey. Akira, sangat senang jika dapat bersahabat dengan kamu. Heh. Peace.

Friday, November 20, 2009

Terima Kasih Kalian

Pagi itu agak dingin dengan hujan turun sedikit renyai. ‘Selamat pagi’. Sapa aku pada hari baru. Pagi senyum kembali pada aku. Haha. Aku tahu, aku masih mamai waktu ini. Selimut ditarik sedikit ke paras dada, menghimpun rasa suam ke segenap tubuh. Masih liat untuk bangun. Masih enak bermalas2 di dada katil.

Minggu ini aku kerap senyum. Walaupun sakit tapi aku tetap bersyukur, syukur kerana tiada anggota yang patah2 akibat kemalangan Sabtu lalu. Cuma kesan bengkak dan lebam serta luka2 yang sudah makin surut. Bila waktu sakit ini, baru aku sedar ramai yang ambil berat akan aku, ramai yang sayang aku. Untuk kamu semua. Terima kasih.

Terima kasih sebab hantar aku ke klinik. Terima kasih kerana sudi sapukan ubat untuk aku. Terima kasih kerna tak jemu2 bertanyakan keadaan aku. ‘Dah makan ubat ke belum?’ ‘Dah sampai rumah ke balik nie?’ ‘Nak hantarkan balik rumah?’ ‘Nak makan apa, kami belanja?’ ‘Dah baik ker luka tue?’ ‘Kalau nak kemana2, bagitau! Akak temankan?’ … Ah, semua2 itu buatkan aku hurm.. Bersyukur sangat kerana aku dikelilingi oleh orang2 seperti kamu. Heh. Hati tersenyum lagi.

Musim hujan kan sekarang, sejak dari tadi macam takde tanda2 untuk berhenti. Biarlah, aku suka macam nie. Tenang, tak panas sangat. Suam. Pagi sudah sampai masa untuk pergi bila jam berdetik menunjukkan masa 11.56 a.m, datang pula tengahari singgah sebelum datang petang. Tapi sementara menunggu malam hendak bersilih mengambil tempat, lebih elok aku penuhi hari ini dengan sesuatu yang baru. Peace dari Senyap.

Selamat hari Sabtu.

p/s : I’m Ami. Tak sabar nak tunggu citer Bulan Baru nak tayang. Hehe. Erm, New Moon larh.

Saturday, November 14, 2009

Penulis Terpaksa Berehat Buat Sementara

Terkial2 aku petang itu. Sayup2 pandangan aku sedikit kabur. Masih cuba untuk mencernakan apa yang sudah berlaku, semuanya terlalu pantas. Darah pekat merah deras mengalir dari liang2 luka. Basah persalinan aku dengan darah merah. Ah, pedihnya. Sakit.. Aku.. Accident..!!

Dengan langkah yang lemah, aku cuba bangun tapi tak lama. Jatuh semula. Lihat jalan. Kosong. Ah… Imbas semula tadi, sebuah lori yang dipandu laju membelok ke laluan kiri apabila cuba memintas kenderaan di hadapan. Tanpa memberi sebarang signal pemandunya terus menghimpit dan menghentam aku di laluan itu. Kesan hentaman, tangan dan kaki kanan penuh dengan kesan luka darah ditambah pula impak disagat tar jalan. Sakitnya.. Sial betul bila aku lihat lori itu terus pecut lari. Tipikal Malaysian amat.

Satu benda yang aku belajar, kemalangan jalan raya boleh terjadi oleh tiga perkara utama. Satu, walau berhemah sekalipun pengguna jalan raya itu, kemalangan tetap boleh terjadi atas kelalaian pengguna jalan raya yang lain. Dua, walau berhemah sekalipun pengguna jalan raya itu, kemalangan boleh terjadi atas faktor permukaan jalan atau cuaca. Dan tiga, walau berhemah sekalipun pengguna jalan raya itu, kemalangan boleh terjadi atas kegagalan mekanikal kenderaan dan kegagalan mengawal nafsu di atas jalan.

Tangan masih berdenyut2, luka masih menjerit2 menahan pedih. Agak sukar aku memegang pen ketika hendak menulis tadi. Tak tahu minggu ini rutin harian di tempat kerja harus bagaimana. Pasrah jer la. Pujuk diri. Ah, sakit sikit jer nie. Tak lama sembuh la. Sabar ya Emi. Erm.

p/s : Im Amiey. Masih sakit lagi.

Saturday, November 07, 2009

Hati Kosong

Sebutir embun di hujung rumput dapat membalikkan cahaya matahari dan warna biru langit dengan jelas. Unik kan? Bila difikirkan balik, dunia ini sentiasa segar sebagaimana hari pertama kewujudannya. Ia penuh dengan rahsia bagi mereka yang mempunyai mata untuk melihat. Alam… Erm.. Adalah karya seni ciptaan Allah.

Seperti air.. Lembut dan gagah. Cukup lembut untuk mengalir mengikut lekuk2 di bumi dan cukup gagah untuk bangkit dan mengubah bentuk bumi. Kadang2 ya, perkara sekecil ini dipandang remeh oleh sesetengah orang. Hehe. Aku tahu. Sebab aku juga manusia. Tetapi, cuba berikan sedikit cintamu pada alam kerana itulah jalan sebenar memahami keindahan.

Hurm.. Sebenarnya jiwa aku kosooong sangat sekarang ni. Jiwa rasa tak tenang. Macam sunyi, ada jugak sedikit bosan. Semua yang aku sentuh, aku buat. Serba tak kena. Aku pun tak tahu kenapa. Waktu menulis entry ini pun, sekejap2 aku termangu. Hati betul2 kosong! Melihat hari2 yang dulu buatkan aku kesal kerana terlalu sering tidak menyatakan cinta setiap kali aku merasainya. Haha. Emi dah merepek.

Kita mencari damai kerana damai adalah cuaca kepada kebebasan. Di atas segala kebebasan itu. Ya Allah, Kau berikanlah padaku kebebasan bagi mengetahui, berfikir dan bagi menyatakan pendapat secara bebas, sesuai dengan hati nuraniku. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Salah ke kalau TERsuka dengan orang yang lebih tua? Hahaha. Emi tepuk dahi. Merepek repek dah nie.

Inspirasi Ke Tulisan Aku

Setiap hari adalah secebis kehidupan. Setiap terbit matahari adalah secebis kelahiran, setiap pagi yang segar adalah secebis keremajaan, setiap kali berehat dan tidur adalah secebis kematian. Aku tidur dan bermimpi hidup ini merupakan satu keindahan, aku bangun dan aku menemui yang hidup itu sebenarnya satu kewajipan.

Kurangkan mengeluh, lebihkan bersyukur. Kurangkan bercerita, lebihkan berkata. Kurangkan membenci, lebihkan berkasih sayang. Dan segala kebaikan akan menjadi milik kita. Kesederhanaan, kesihatan, suka cita, para sahabat dan tugas yang dipilih sendiri adalah biaya2 hidup yang paling murah perbelanjaannya. Hidup ini sebenarnya hanya berlangsung singkat, namun waktu yang singkat itu terasa lama apabila kita mahu memanfaatkannya secara baik. Jangan membiarkan hidup ini terlalu serius kerana tidak seorang pun yang dibiarkanNya hidup terus.

Tuhan tidak menanyakan kepada manusia adakah dia mahu menerima hidup, kerana hal itu bukan pilihannya. Manusia perlu menerimanya sedangkan pilihan manusia hanyalah mengenal bagaimana caranya hidup. Hidup ini tiada bezanya dengan pidato, isinya lebih penting daripada panjangnya. Kehidupan perlu diukur dengan fikiran dan perbuatan, bukannya dengan waktu.

Garam itu masin apabila dimakan begitu sahaja, akan tetapi apabila dicampur dengan lauk pauk, akan sedap rasanya. Sama juga hidup, ia tidak menarik apabilanya semuanya dapat diperoleh dengan mudah. Heh. Dengan tiga perkataan aku boleh merumuskan segala-galanya. Aku telah belajar daripada hidup, IA MESTI DITERUSKAN!! Haha. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Seperti muzik, life perlu digubah oleh telinga, perasaan dan gerak rasa, bukan oleh peraturan.

Kesat Air Mata Tu

Siapakah, selain daripada Tuhan, yang boleh hidup bergembira selama-lamanya? Kadang2... Ya... Ada masa itu kedukaan seperti pelawat yang selalunya datang tanpa undangan atau dipelawa. Dan diakui hampir semua dukacita kita bersumber daripada hubungan kita dengan orang lain.

Aku tahu, kamu masih bersedih waktu ini. Menangislah. Lepaskan semua kesedihan itu biar semuanya lepas. Tapi jangan dicantas terus senyuman dan gelak tawa kamu yang dulu. Terima ini sebagai satu dugaan yang datang dari Allah dan Qada Qadar ini haruslah ditelan biarpun pedih untuk dikunyah. Tabah! Kuatkan iman. Tebang rasa terkilan.

Aku terkedu bila mendengar suara esakan kamu dengan butir kata yang putus2. Aku kelu. Aku tahu dia orang yang kamu sayang dan dekat dengan kamu. Dan bila mana dia sudah kembali ke Rahmatullah, ketahuilah Tuhan itu juga sayang pada dia. Sudah. Jangan menangis lagi. Banyakkan bersabar. Kesat jernih air yang mengalir tu. Pujuk diri agar lebih kuat, lebih tabah.

Aku juga tahu, bila lihat kamu pucat dengan mata yang sedikit bengkak. Aku tahu yang kamu betul2 rasa kehilangan. Aku tahu, sebab aku juga pernah berada di tempat kamu dulu. Ya, aku faham perasaan itu. Dan aku mengerti yang kehilangan ini beri impak yang sedikit kuat dan dalam buat kamu. Ya, aku tahu... Kamu... Hurm.. Tolong... Jangan sedih lagi...

Pernah aku sebutkan sebelum ini, saat paling sedih dalam hidup seseorang hanya datang sekali sahaja. Dan, mungkin saat ini tertulis buat kamu.

Bismillahirromanirohim,

Al-Fatihah.

p/s : I’m Emiey. Takziah buat teman aku Yuza a.k.a Getik. (Entry sebelum ini) atas pemergian ayahandanya. Siapa sangka kan?

Wednesday, November 04, 2009

Nukilan Oleh Bukan Aku

Tulisan kali ini agak lain, lain sebab ia dinukilkan oleh bukan aku. Sengaja aku sematkan di sini sebabnya atas permintaan si penulis ini sendiri. Siap diberi fotonya dan minta di uploadkan sekali maybe dia nak semua tahu siapa pengarangnya. Aku sendiri pun tak tahu apa motif dia. Sebenarnya si polan adalah teman paling akrab aku di tempat kerja dan pengunjung tetap blog picisan ni. Okey, tulisan kamu aku abadikan di sini ya empa. Walaupun aku xberapa setuju dengan isi sinopsisnya. Alahai. (Anda boleh skroll cepat2 jika xde nafsu nak baca.)
MR.SILENT… Sudah tentu ramai yang kenal dengan nama nie kan? Ape pown, aku sebagai kawannyer yang hanya di gelar 'GETIK'. xtau la nape name 2 di pilih khas untuk aku. Maybe sebab aku nie 'MANJE' kowt. Hehehe. Perasaan la plak. Tapi sekali sekala xpe kan, orang cakap menghargai ape yang Tuhan dah bagi kat kite nie. Hehe Mesti ade yang tertanya2kan nape GETIK yang di pilih? Sebenarnyer ade kisah di sebalik 2, biar lah hanya aku n Mr.Silent sahaja yang tahu. Nama berkenaan di beri sendiri oleh MR.Silent kite nie yang paling COMEL.

Aku mengenali 'dia' bermula dari aku menjejakkan kaki di sini la. Pada 1st aku kene pandangan fire dari dia, aku dah taw dia nie compom ley ngam ngan aku. Tapi ape yang aku sangkakan agak meleset jugak la. Realitinyer dia nie agak sorang yang terlalu pendiyam. Agaknyer Mr.Silent nie xeti nak komunikasi kot bila berdepan dengan orang. Hanya di blog sahaja dia gelak, ketawa, luahkan perasaan n sume hanya lam blog. Segalanye d lakukan n dia hanya idup d bawah tempurungnyerrr sahaja erm,.. Agak membosankan idup dia?

Bermula dengan panggilan 'kami' 'empa',begitu la permulaan persahabatan antara Getik n Mr.Silent. Hari2 ade sahaja yang akan di ceritakan. Maklumla, satu opis kan, So lebih banyak la benda untuk kami jadikan bahan gosip. Lebih kurang setahun kenal, memang banyak dah kenangan bersama. Gosip sane, gosip sini. Nak kata xde keje, masing2 bz jugak la ngan tugas masing2, tapi xkan la nak skema sangat ngan keje nie kan,. So orang cakap sambil menyelam minum air, tapi jangan minum banyak sangat,.. Kang sakit pewut lak..

Ok, berbalik pada cite kite tadi, nape Mr.Silent jadi sebegitu rupe, ntah la maybe sebab Mr.Silent nie kan xeti nak cakap face 2 face, malu katenyer.. Eley, malu konon, lam blog bukan main lagi lawan kutuk..

Mr.Silent sorang yang boleh di katekan paling rajin jugak la lam opis. Tengok entry dia pon dah boleh taw jenis macam mana dia nie kan. Bos sume sayang kat die taw. Yela, pape keje yang berat2 sume lambak kat atas kepale dia, die ade jugak murungut, tp aku cakap jangan la marah2, 2 sume sebab bos sayangkan empa la,.. Die nak empa pandai n tahu segalanye,. Akhirnye die yakin yang kate2ku yang sebenarnye hanya dusta n untuk sejuk kan ati die sahaja adalah benar. Dah banyak sangat kowt aku citer sal die nie, kang de plak orang nangis xberlagu. Ok la, salam akhir dari aku, MRS.GETIK.

ADIYOSSSSSS,...

p/s : I’m Amiey. The moral of the story.. Rhedo ajer la dengan siapa dan apa acuan kawan anda. Hehehe. Tunggu reply dari Senyap eyh kamu.

Monday, November 02, 2009

Kamu Semua Di Mana…

Aku dan yang lain2 tiba di tanah tinggi beriklim sejuk itu pada lewat petang. Masing2 tampak letih tapi letih itu bagai terubat bila kami menjejakkan kaki di sana. Teruja.

Malam. Ada yang sudah tidur. Borak sebentar dengan teman melalui telefon. Aku kemudian ke jendela apartment. Lihat kereta2 lalu lalang di bawah. Ada juga rakan2 aku berjalan2 mengambil angin di luar pada malam itu. Aku lebih selesa bersendiri.

Macam sudah pulang ke rumah kembali. Monologku sendiri. Rasa rindu seakan membuak dan rindu itu makin kuat hingga terbayang di ruang mata aku slide show aku yang masih kecil berjalan2 di tempat itu. Jauh. Jauh fikiran aku pergi.

Terbayang aku dan Chik di kedai bunga ros. Dengan pelat yang kuat, kami cuba berbahasa Inggeris dengan pelancong yang datang. My name is Ami. I am 7 years old. Begitu butir bicara aku waktu itu. Sangat naïf. Menghafal balik apa yang diajar oleh Cikgu Salina di kelas. Aku kagum dengan Chik, dia fasih berbahasa Mandarin. Tapi sekarang di mana kamu Chik…

Tadi bila aku lalu di Tanah Rata. Aku sempat menjeling ke sekolah lamaku. Dah banyak sudah perubahan. Terbayang waktu itu aku dan kawan2 terlepas bas ketika hendak pulang. Duit sudah tiada. Beli komik. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang dari Tanah Rata ke Brinchang. Pecah masuk ke ladang golf. Kena kejar dengan anjing. Bahagianya waktu tue dengan kawan2. Tapi, sekarang kalian semua di mana…

Sebak. Rasa macam sudah tak nak pulang ke Kedah. Di sini aku dibesarkan. Ini rumah aku.

p/s : Im Ami. Entry lama yang aku tak post. Ketika rombongan ke Cameron Highland dengan teman. Pulang semula ke tempat lahir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...