sahabat Senyap

Saturday, December 26, 2009

Cicit Adam Dan Hawa

Kesucian fikiran dan kesucian perilaku adalah kehormatan utama bagi seorang Hawa. Suci itu macam suatu mestika bagi kaum wanita, manakala kesetiaan pula adalah hiasan rakyat Adam. Adam dan Hawa.. Dua nama yang begitu nyaman sebutannya. Lambang ikatan kasih pertama wujud di dunia. Nenek Moyang kita.

Kasih ibarat kekayaan hidup, yang menjadi makin banyak apabila ia dibahagi2kan kepada orang lain. Sayang itu sifatnya ramah tamah. Ia sangat tenang dan menyenangkan. Sedangkan kasih sayang pula boleh diibaratkan sebagai ibu dan bapa, ia lebih berharga daripada segala harta yang ada di dunia. Mengasihi adalah kebahagiaan kita dalam percikan kebahagiaan orang lain. Dan bagi sesiapa yang tidak mempunyai rasa kasih dan sayang itu, tidaklah pula ia dikasihi orang.

Kasih. Suci. Sayang. Dan Setia. Ia bersifat universal. Rasa kasih pada keluarga, Sayang pada rakan. Setia pada kekasih. Cinta pada Tuhannya. Bagi pasangan yang berkeluarga, sifat ini memainkan peranan penting dalam teguh atau goyahnya sesuatu bahtera itu. Isteri boleh jadi kekasih bagi lelaki muda, teman bagi lelaki setengah baya, dan perawat bagi lelaki tua. Seseorang isteri mempunyai dua bayi yang sama manjanya, iaitu bayi yang kecil dan bayi yang berjanggut. Heh. Seorang suami pula perlu menjadi bijaksana, serupa dengan nakhoda kapal semasa angin ribut, dia menurunkan layar, menunggu, berharap, sedangkan angin ribut bukan penghalang baginya supaya tetap terus mencintai laut.

Biasanya orang percaya cinta pertama itu adalah cinta terakhir, namun cinta terakhir itulah adalah cinta pertama bagi memasuki alam perkahwinan. Bagi penulis, lelaki tidak pernah lupa cintanya yang pertama, manakala wanita pula tidak lupa cintanya yang terakhir. Sama juga seperti tiap2 lelaki selalu menginginkan cinta pertama seorang wanita, sedangkan seorang wanita mengharapkan cinta terakhir seorang lelaki.

Apapun buat penulis. Cinta yang paling baik adalah cinta pada ibu dan cinta Tuhan adalah cinta yang paling agung. Ibu itu adalah segala2nya. Dialah penghibur kita dalam kesedihan, tumpuan harapan kita dalam penderitaan, dan daya kekuatan kita dalam kelemahan. Dialah sumber cinta kasih, belas kasihan, kecenderungan hati, dan keampunan. Sesiapa kehilangan ibunya, hilanglah sebuah jiwa murni yang memberkati dan menjagainya siang malam. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amiey. Artikel senget yang aku tulis dalam 10 minit. Em, Macam mana la boleh terlupa nak mandi nie. Dah jam 3.00 pm. Mandi time..!! Haha.

Friday, December 25, 2009

Persinggahan Kekal

Kadang2 bila masa aku bersendiri. Sering juga aku tertanya2 apa yang akan berlaku nanti semasa malam pertama aku di dalam kubur. Apa yang sudah aku sediakan untuk menghadapi mati. Adakah tempat aku esok akan ditempatkan di Syurga atau dicampak hina ke Neraka. Subhanallah. Sungguh, semua fikiran itu buatkan aku takut. Takut sangat.

Bila terbayangkan saat aku dimandi dan dikafankan nanti. Hari orang2 mengangkat mengusung jenazahku dan semua ahli keluarga menangis melihat aku.. Dan bila mana sampai saat aku dimasukkan ke liang lahad.. Pasti gelap sangat waktu tu. Gelap dan hanya aku berseorangan. Menangis meminta bantuan, tapi malangnya tiada sahutan. Tiada siapa yang dapat membantu. Ya Allah. Pasti perit saat tu.

Waktu itu pasti aku akan sesal akan segala tindak tanduk buruk yang pernah aku lakukan dulu. Menyesal kerna tidak cukup lima waktu solat yang aku kerjakan. Menyesal atas sikap buruk terhadap rakan, saudara, terutamanya Ma dan Abah. Menyesal juga kerna mengendahkan suruhan Allah, sambil lewa dengan ilmu2 Islam. Menyesal atas segalanya. Tapi waktu itu sudah tiada lagi ruang untuk aku melepaskan diri. Mahu atau tidak.. Aku akan hadapi semua hukuman bagi setiap perkara kecil yang aku lakukan, Menangis teresak2 aku.

Aku berseorangan di dalam kubur hanya berbekalkan amalan. Tiada wang. Tiada harta. Kosong… Hanya Amalan jadi bekalan. Dan bila liang lahad itu mula ditimbus. Aku rasa ingin menjerit memberitahu semua orang supaya tidak pergi. Temankan aku di situ.. Tapi malangnya tiada siapa yang dapat dengar. Mereka tinggalkan pusara aku dan aku hanya mampu mendengar derapan langkah mereka yang makin lama kian perlahan. Sayup2 suara esakan tangis mereka setiap kali mereka melangkah pergi. Makin lama makin senyap..

Walaupun aku berusaha untuk menidakkan fikiran ini, aku perlu tahu walau setiap saat, setiap minit, setiap jam. Bila sampai masa itu aku cuba untuk melakukan satu lagi dosa. Aku perlu ingat bahawa di dunia ini tidak apa sesuatu pun yang pasti, kecuali mati. Cukuplah kematian itu sebagai penasihat yang Agung. Erm. Ukhwah Fillah. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emih. Nak Kawen dulu… InsyaAllah. Jika diizinkan Tuhan.

Thursday, December 24, 2009

Antibiotik

Terkedu sekejap. Darah merah pekat menitik perlahan tumpah dari liang hidung ke telapak tangan. Pantas tangan kanan mengesatnya lembut. Bibir nampak lesu dan sedikit merekah. Muka pucat. Ah.. Pening. Kepala berdenyut minta dipicit.

“Erm.. Hari yang panjang mungkin harini.” Bisik aku sendiri.

Setiap orang dalam dunia ni aku lihat mereka dapat memikul beban walaupun betapa beratnya ia, sehingga menjelang malam… Dan setiap orang tetap masih dapat hidup dengan tenang, sabar, senang, sehingga matahari terbenam.. Itu sudah bagai lumrah, terbiasa sebab hidup memang begitu ragamnya. Kan? Sama juga aku. Tapi mungkin minggu ini jadual aktiviti agak ketat sampai kesihatan sendiri langsung xterturus. Tak terjaga.

Namun aku tetap bersyukur sebab aku punya antibodi yang kuat buat rasa sakit aku, mendengar suara ma tadi pun sudah cukup buatkan aku lupa yang aku ini sakit. Melihat telatah rakan sudah boleh menceriakan aku. Jadi aku punya alasan yang kuat untuk jauhi rasa tertekan dan tidak terus merungut.

Melihat langit dilangit di balik daun tingkap kelihatan jelas matahari semakin bersemangat memancarkan cahayanya, meskipun malam tadi sangat sejuk dan gelap. Kadang2 aku rasakan seperti ia takkan berakhir. Tapi matahari terbit juga esoknya, dan esok itu telah pun menjadi sekarang.

Harapnya hari ini lebih manis dan extra bermakna dari semalam.

p/s : I'm Amiey. Makan Ubat Time.

Sunday, December 20, 2009

Ada Menunggu Hilang

Perpisahan dalam percintaan yang belum puas, menambah erat kasih sayang. Itulah sebabnya matahari meninggalkan bumi bila tiba waktu malam. Supaya kita nanti teruja gembira bila cahayanya mula terpancar pada subuh hari. Tetapi, perpisahan yang lama dalam persahabatan, akan mengubah seorang teman. Sedikit2 pasti sifat mesra, akrab, rapat yang dulu akan ansur suam. Dingin.

Ibarat seorang nelayan yang selalu ke laut dengan membawa umpan yang sangat disukai oleh ikan yang tertentu, adalah teladan baik bagi mereka yang ingin berjaya dalam pergaulan antara manusia. Pergaulan itu aku boleh katakan, ia mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, bagi kebersihan jiwa selalu dipesan oleh Nenek Moyang kita agar sentiasa bergaul dengan orang2 yang baik budi, orang yang dapat kita kutip manfaat daripadanya.

Bila awal perkenalan, pasti bibit2 kekok dan janggal itu ada. Dan bagi orang diam macam aku, sebelum zahirkan sifat mesra dengan yang lain biasanya aku lebih banyak memerhati sebelum bertegur sapa. Dan ya. Aku mudah mesra dengan yang lain. Sungguh, bilamana kehadiran seseorang insan yang bernama sahabat di sisi akan menjadikan hidup lebih bermakna, bersamanya kita boleh berkongsi segala rasa dan rahsia.. Sahabat bukan sahaja cerminan yang menrefleksikan siapa diri kita, tetapi punya pengaruh yang besar dalam perjalanan hidup kita.

Dan bilamana sampai masa untuk berpisah. Tiada lain yang boleh diluahkan, cuma riak kelat dan suram dapat dipamerkan. Sekarang.. Sekarang aku cuma mampu mengira hari2 yang terakhir sebelum sampai masa kamu mengucapkan ‘Selamat Tinggal’. Yang ada kini hanya menunggu detik untuk hilang. Hurm.. Kalaulah masa itu boleh distatikkan… ~ dedicated for GEMS Members. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Amie. Dua nama, dua karektor. Orang yang sama, siapa sangka.

Stargate Of Happiness

Susah dan senang adalah dua perhiasan dunia yang bersilih ganti menghiasai hidup manusia. Kesenangan dan kesusahan itu masing2 ada ajalnya, ajal yang tidak dapat ditentukan benar kejadiannya. Rezeki itu ada di mana2. Sentiasa yakin Allah sentiasa membantu hambaNya yang berusaha.

Agama itu buat bekalan kehidupan di akhirat, harta pula buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta akan susah hati, berkerut dahi, gelisah sana, runsing sini. Manakala di akhirat kelak, orang yang tidak beragama lebih lagi sengsaranya. Jadi tepuk dada tanya Iman kita. Erm, dua hari yang menginsafkan penghujung minggu lalu. Empat puluh lapan jam yang penuh dengan pengisian. Tergerak hati hendak dititipkan di sini.

Pada mulanya aku xambil pusing sangat benda ni. Yela, I’m still single dan masih muda buat apa nak ambil Kursus Perkahwinan ni, ye tak? Buang tebiat agaknya. Tetapi setelah ilmu yang dicurahkan oleh barisan ustaz2 di situ tentang hal Akidah, Ibadah, Komunikasi, Akhlak Islamiah, Hubungan Dalam Keluarga, Masalah Tekanan, Talak Fasakh, Kaunseling antaranya dan sedikit perihal seks serta pengurusan kesihatan. Em.. Tak perlulah aku nak huraikan satu persatu, nak tahu lebih lanjut masuk Kursus sendiri. Sekarang baru terbuka minda aku yang Perkahwinan itu bukan satu benda yang boleh ambil mudah. Tapi bahteranya itu sangat manis.

Penyatuan halal melalui Akad adalah perkara yang memerlukan perhatian jitu kedua mempelai. Perkahwinan ibarat lautan besar, dan belum ada pedoman ataupun kompas yang dapat dipakai bagi mana2 nakhoda untuk mengharunginya. Hehe. Ok2. Cukup sudah. Aku dah rasa semacam dah ni. Rasa pelik pulak aku cerita hal ni sekarang. Haish. Full Stop. Peace dari Senyap.

p/s : I'm Emih. Dewan Kuliah Luqman Hakim tarikh 19 dan 20 Disember 09 seliaan Hasani. Ada sesiapa di sini yang masuk dewan yang sama?

Kulit Baru

Sesuatu yang baru adalah lain yang manis. Sesuatu yang indah bagaikan sukacita bagi jangka yang agak lama. Wajah yang gembira seperti udara yang sihat bagi sesiapa sahaja. Dalam spectrum warna pelangi. Hanya gelap, semua warna dapat diterima. Hehe. Ntah apa yang aku tulis ni.

Notice kan? Ya. Haha. Sempena Maal Hijrah hari semalam, apa salahnya wajah, warna dan rupa blog ni menjadi sesuatu yang baru dan harapnya lebih indah. Masih under construction. Semuanya kerja kawan baik aku
Ayik. Orang Setiu, Terengganu. Belajar di UUM Sintok sekarang. Thank you baby. Hee.. Aku sayang sangat kat dia sebenarnya. Tapi sayang dalam kurungan teman baik la. Hehe. Dia yang cakap macam tu.

Hurm.. Tak banyak sangat nak update minggu ni, takde topic yang nak diolah. Lagipun ada kursus yang kena attend. Kursus apa? Erm, aku pun rasa macam xpercaya sebenarnya kenapa aku ambil kursus ni. Tapi serius, memang best. Heh. Jangan jadikan alasan korang masih single dan masih muda tak boleh ambil Kursus Perkahwinan ni tau tak. Haha. Kalau niat hendak tambah ilmu rasanya tak salah. Sekurang2nya aku macam lebih memahami golongan Hawa. Kan Juju kan? Hee.

Entry kali ni hanya ngomelan santai aku, xde puitis, xde tulisan yang berat2. Cuma celoteh aku yang waktu nie kepala dah macam berat sebab tak cukup tidur. Urgh. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Tenggelam ke timbul Cik Tengku Aqilah? Haha. Mati aku pasni.

Saturday, December 12, 2009

Aku Bukan Manusia Sempurna

Tidak sulit bagi air hendak basah dan tidak sulit untuk api hendak panas, tetapi betapa sulitnya apabila manusia menjadi manusia. Aku tahu, sebab aku juga dilahirkan manusia, dan tidak ada manusia lain yang asing buat aku.

Kehidupan manusia bukanlah berputar pada satu paksi tetapi bergantung kepada dua titik, yang pertama fakta dan yang kedua idea. Semua tindakan manusia mengandungi satu atau lebih daripada tujuh sebab yang berikut; peluang, persekitaran, paksaan, tabiat, alasan, marah dan ghairah. Banyak keajaiban ciptaan Allah, tetapi tiada lain yang lebih ajaib daripada kejadian manusia. Masing2 rasanya sudah sedia maklum akan itu. Erm.

Hakikat bahawa manusia tahu membezakan yang betul daripada yang salah membuktikan mereka memiliki tahap intelektual yang lebih tinggi daripada haiwan lain; tetapi hakikatnya mereka boleh melakukan yang salah membuktikan mereka mempunyai tahap moral yang lebih rendah!.. Binatang tidak memiliki segala kelebihan yang kita miliki, tetapi mereka juga memiliki apa yang kita tidak ada. Mereka tidak tahu apa2 tentang harapan kita, tetapi mereka juga merasai kebimbangan seperti kita; mereka juga akan mati seperti kita, tetapi mereka tidak berfikir mengenainya.

Dalam keadaan yang terbaik, manusia adalah haiwan yang sempurna; tetapi tanpa undang2 dan keadilan, mereka boleh bertukar menjadi haiwan yang paling tak berguna. Agak kasar kedengaran intonasi ayat, tetapi itu yang sering berlaku kini. Segala2nya berkeadaan baik sewaktu ia meninggalkan tangan Yang Maha Pencipta; tetapi segala2nya rosak apabila tiba di tangan kita manusia. Manusia pada semulajadinya adalah sama, yang membezakan mereka adalah kelakuan, tabiat dan kebiasaan.

Untuk seketika, berhentilah. Berhenti daripada berbincang tentang apakah ciri2 untuk menjadi manusia yang baik – sebaliknya, jadilah seorang daripada mereka. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Air Mee. Urgh! Lama dah tak tulis berat2 nie. Em. Teringat kat sorang Profesional Wrestler tu. The Animal; Dave Batista. Hehe.

Bahasa Yang Tak Perlu Diterjemah

Rasa sedikit santai malam ni. Mungkin esok dan lusa sudah mula cuti minggu. Rasa senang untuk menonton rancangan TV, tapi tiada rancangan yang menarik. Hurm. Sudahnya aku capai majalah yang aku beli petang tadi untuk dibaca sambil mendengar lagu di corong radio. Dan ya! Muzik tak pernah gagal untuk menambat hati aku.

Bila difikirkan, muzik itu dapat disamakan dengan bahasa dunia yang tidak perlu diterjemah, dalam muzik jiwa berbicara dengan jiwa. Muzik juga dapat diertikan sebagai satu bahasa milik umat manusia, mampu menebus batas2 politik dan ekonomi, sehingga dapat menjadi alat menyatukan semua bangsa. Hebat kan.

Setiap orang pasti ada seleranya sendiri dalam mengisi halwa telinga dengan muzik pilihan. Bagi aku, aku minat semua! Haha. Tamak sudah. Dengan muzik seseorang berasa lebih memiliki kesempurnaan di dunia daripada segala kepalsuan, kepahitan, keperitan, pedih percintaan; semuanya bersatu dan bergelombang dengan lembut. Indah. Tenang ya.

Sudah kelam pekat warna langit di luar. Alunan lagu masih lagi diputar oleh stesen radio. Mungkin sudah disetkan terlebih dahulu sebelum DJnya menamatkan tugas. Sebelum tidur, sering aku pegang kata2 ini; jangan tidur malam sebelum mengajukan tiga pertanyaan yang bersangkutan dengan tingkah lakumu sepanjang hari, iaitu dalam apa dosaku, apa yang kulaksanakan, dan apa yang belum kusempurnakan.

Sekadar mengingatkan diri dan muhasabah hati. Heh. Selamat Malam.

p/s : I’m Amiey. Love Saturday and Sunday. Masa tidur yang lebih panjang.

Monday, December 07, 2009

Coretan Picisan

Pagi Isnin yang agak menyenangkan. Tak seperti minggu yang lepas. Awal pagi masih boleh bermalas2an di dada katil tanpa gangguan deringan jam loceng. Tanpa perlu kisah untuk berkejar ke pejabat. Sangat tenang dan selesa. Nikmatnya bila ambil cuti tahunan. Heh.

Musim cuti sekolah kan sekarang. Rumah akan jadi tumpuan saudara jauh datang ziarah. Kecil besar, semua lengkap. Nakal, manja, kuat menangis, semua ada. Tapi tak kisah lah. Aku pun pernah jadi kanak2 dulu. Jadi itu semua normal.

Agak jarang aku singgah sini sekarang. Tak macam dulu. Agak sibuk dengan asakan kerja. Bahagian Pentadbiran perlu kendalikan beberapa tugasan, beberapa Majlis yang turut diamanahkan untuk diselia. Untuk bahagian Industrial Relation pula ada beberapa kes yang perlu buat siasatan, sesi2 kaunseling, sediakan bahan2 untuk Training yang akan aku seliakan sendiri, laporan itu laporan ini. Dan bila dah tiba penghujung tahun macam ni, mulalah sibuk buat Budget untuk tahun hadapan pulak. Jadi aku ada alasan kuat untuk sepi buat sementara. Erm.

Bila jengah blog baru2 ni, aku notice something. Banyak feedback2 positif yang kamu tinggalkan buat tulisan aku sebelum nie. Terkejut jugak pada mulanya. Untuk kalian yang jadi pembaca blog ni aku ucapkan terima kasih ketat2, sangat2. Tak sangka tulisan aku yang hanya suka2 ni ada juga orang nak baca. Ada jugak yang sudi ambil kisah. Dan buat Insan Tinggi, thanks juga sebab sudi jaja link ni. Buat Cik Dila, my dearest bestie.. Orang yang bertanggungjawab kenalkan blog pada aku.

Sabtu lepas ada berkesempatan singgah di Popular, xsangka pandai betul orang buat business sekarang kan? Inisiatif menterjemahkan siri Novel Twilight Saga ke bahasa Melayu betul2 buatkan aku tak teragak2 untuk borong kesemua siri Novel tue untuk dijadikan salah satu koleksi dalam rak buku aku. Tapi aku tak pasti aku boleh habis baca kesemuanya atau tak, xpun takut nanti cuma jadi hiasan dalam isian rak. Haha.

Jarang aku hendak tulis rumusan harian aku kat sini. Sebab itu lebih disifatkan peribadi, dan diari peribadi xsepatutnya diwar2 kan? Entah la. Apapun, terima kasih pada sesiapa yang tinggalkan feedback. Keep on following yach! Hehe. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amiey.
mzamzamy@modenas.com.my , double_zie@yahoo.com.my , silentmelody303@gmail.com .

Salam Walimatulurus

Apabila ada perkahwinan tanpa cinta, pasti wujud cinta tanpa perkahwinan. Bila bahagia cinta dapat diwujudkan dalam ikatan nikah, akan terciptalah syurga di dunia. Kesulitan yang mungkin timbul dalam sesuatu perkahwinan pun adalah kita jatuh cinta dengan peribadi si dia, tetapi perlu hidup dengan karekternya. Ah, siapalah aku hendak bercerita tentang hal ni, sedangkan diri sendiri pun masih terkapai2 mencari. :-P

Aku lihat. Perkahwinan itu seperti perampasan kebebasan timbal balik dengan izin kedua2 belah pihak. Ia juga hurm.. Macam undian loteri! Sang lelaki mempertaruhkan kemerdekaannya, dan si wanita mempertaruhkan tuahnya. Bagi aku yang disifatkan masih hijau ni, aku perasan akan satu fakta. Dua orang diperlukan untuk menjayakan sesuatu perkahwinan. Tetapi, hanya seorang diperlukan bagi menggagalkannya. Aku tahu. Sebab teman aku juga punya nasib macam tu, anak pertama baru dilahirkan terus digantung tak bertali dan kini sudah bercerai. Hurm. Dunia kan. Kesian.

Bagi aku kebahagiaan itu perlu diperjuangkan, bukan dengan mengeluh, meminta belas kasihan orang lain ataupun dengan pasrah pada nasib. Setiap orang adalah pencipta kepada kebahagiaannya sendiri. Kebahagiaan tidak mungkin terjadi tanpa didukung oleh ketabahan.

Selingan. Langit cerah dengan sedikit awan nipis jadi penghias. Teruja. Empat buah kereta bergerak konvoi menghala ke Seberang Perai. Menuju ke rumah saudara dekat yang bergelar Raja Sehari hari ini. Dua tiga kali tersalah jalan, akhirnya selamat sampai sebelum pengantin datang.

Comel. Bukan pengantin. Hehe. Saudara sepupu di sana. Aksi nakal macam minta nombor dan waktu Pengantin sampai, bukan foto pengantin yang diambil tapi foto saudari2 yang comel di situ yang penuh memory kamera. Normal bila dah masing2 kami berkumpul. Haha. Kesimpulannya, majlis berlangsung dengan lancar walaupun ada sikit cacat cela di situ sini. Normallah tu kan. Sebabnya, sempurna itu hanya milik Allah. Heh.. To my cousin, moga kekal bahagia untuk hari2 yang mendatang. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amie. Nak kawen jugak. Huhu. Baby..

Friday, December 04, 2009

Apa Khabar Jiwa Awak

Sapa kita pada orang selalu dimulakan dengan ungkapan suci Salam, bertanyakan khabar, apa khabar awak hari ini? Itu normal. Tetapi jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak hari ini? Minta maaf, bukan jarang. Mungkin xpernah langsung. Sebabnya bagi sesiapa yang bertanya begitu, akan nampak sedikit janggal. Mungkin pelik dari segi loghat dan lenggok bunyinya. Tampak kelakar. Hehe.

Sedar atau tidak. Mahu atau enggan, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit2 badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh mengubati sakit kita itu. Ya, mungkin sakit gigi, demam, sakit urat atau sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar, lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk melega dan menyembuhkan supaya tidak terus melarat.

Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun ingin mencari penawar akan sakit kita yang itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas langsung membakar diri sendiri. Selalu. Aku tahu, sebab aku juga sering macam tu. Hurm.

Kesihatan jiwa akan senang terjejas dengan alasan2 mudah seperti terlalu banyak kerja yang langsung membawa kepada stress, sifat dengki sesama yang lain, gemar merisik masalah orang, berfikir yang negatif, larut dalam angan2 kosong, mudah sensitif, sangat malas dan banyak bercakap hinggakan tidak sedar mengguris hati yang mendengar. Semua2 itu menjurus kepada sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati.

Hati bagaikan ‘Suara Tuhan’ yang diletakkan di dalam kalbu setiap insan. Hanya hati yang tidak ternoda dengan alasan2 di atas yang dapat mengenal makna ketenteraman yang sempurna.

Soalan : Apa khabar jiwa awak hari ini?
Emi : Jiwa aku selsema dan sedikit pening. Haha. Senget. Peace dari Senyap!
p/s : I'm Emi. ‘Sayang tu memang la sayang, tapi lebih baik jangan. Kan orang punya.’ Hehe. Comel dialog nukilan skrip Rafidah 3R yang ini.

Tuesday, December 01, 2009

Atuk Ingat Lagi Kan

Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar. Laaillahaillallah huallahuakhbar….

Sedikit sayu alunan takbir yang dilaungkan pada pagi itu. Takbir yang tidak pernah gagal untuk meruntunkan perasaan sesiapa sahaja yang mendengar. Atuk.. Atuk dengar tak? Pagi ini salam Aidil Adha sudah mula kita sambut. Seronok kan Atuk? Mesti Atuk ingat kan dulu waktu pagi2 macam ni, Atuk jerih siapkan dan tak lupa bawa cucu Atuk ni pergi masjid sama2. Atuk ingat kan? Hehe.

Atuk tahu. Tadi cucu Atuk lihat dalam lima ekor lembu yang kena sembelih untuk dijadikan korban. Ramai Atuk, ramai yang datang bantu. Meriah sangat. Moganya korban dan pengertian korban kita tahun ini samada yang menyembelih binatang atau yang menjerihkan tenaga itu, agar diterima Allah setelah segala ujian Zahir dan Batin yang kita lalui. Sama2 kita Aminkan ya Atuk.

Waktu cucu Atuk ni kecil dulu, Atuk selalu ceritakan kisah2 Rasullullah dan para Nabi bila tiba waktu malam. Rindunya kami dengan waktu itu Atuk. Atuk ingat lagi kan? Semoga iktibar korban Habil dan Qabil, peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang zahir dan yang batin sentiasa menjadi motivasi bagi kita umat Nabi Muhammad SAW supaya sentiasa berusaha sehabis baik untuk menjadi insan kamil dan hamba Allah yang soleh dan solehah.

Hurm, tapi Atuk sudah tak boleh bercerita lagi macam dulu. Sudah tak boleh temankan kami ke masjid lagi. Atuk.. Ah, dah makin tak terurus kami lihat tempat persinggahan Atuk. Rumput sana sini. Minta maaf Atuk, sebab dah lama tak jenguk Atuk. Lihat ni, ada buah tangan dari kami. Cucu2 Atuk. Semuanya sudah besar2 Atuk. Kami semua sayangkan Atuk. Sayang sangat2. Tapi Dia lebih lagi sayangkan Atuk.

Hurm. Al-Fatihah… Atuk.

p/s : I’m Amy. Jadilah seperti lilin, berani mengorbankan dirinya untuk menerangi orang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...