sahabat Senyap

Monday, September 27, 2010

Aku Nak Bunuh Diri

Aku sempat menadah titisan air hujan pada hari itu. Kecil2 butirannya jatuh terus melebur di atas telapak tangan, buat seketika aku dapat merasakan pejal tujahannya tapi sejurus aku menoleh ke tapak tangan. Hanya percikan air yang dapat aku lihat. Kemudian aku mendongak ke atas melihat berlian2 itu menari dalam udara. Aku lekas2 mencari tempat berteduh sambil memeluk tubuh. Cuba berlindung dari dihujani berlian2.

Ah. Musim hujan kini. Tanda rahmat dari Tuhan.

Oh ya. Kebelakangan ini aku betah bercerita perihal tentang perkembangan, pengisian rutin hari. Tentang aku. Tapi kali ni aku sentuh sedikit berkenaan apa yang berlaku pada salah seorang rakan.

Lazimnya, jika kita tertekan kerana sesuatu masalah, aku fikir yang membebankan kita bukanlah masalah itu tetapi andaian kita terhadapnya. Jika kita boleh memahami masalah, jawapan akan muncul dari dalamnya, kerana jawapan tidak pernah terpisah daripada masalah. Namun cara dia menanganinya, aku sangat2 tidak bersetuju.

‘zam, aku tak boleh tidur bila ingatkan masalah ni. aku ingat balik rumah nanti aku nak telan pil tidur’

‘zam, tadi dah separuh ubat batuk aku telan.’

‘zam, aku kecewa sangat. aku malu. rasa macam nak bunuh diri’

Bila aku lihat raut wajahnya, memang terlukis jelas rasa rendah diri, moral down, kusam, kusut. Apa yang aku dan yang lain boleh buat hanya menenangkan, dengar apa yang terbuku. Biar dia luahkan semua. Sekurang2nya bila rakan2 yang lain sentiasa dekat, masalah yang dibebani dia akan surut sedikit. Banyakkan sabar Bro. Ingat Tuhan. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Tidak ada hujan yang sentiasa berakhir banjir. Tidak ada angin yang sentiasa menjadi ribut. Dan, tidak ada masalah yang terlalu sukar sehingga kita tidak boleh melangkah melepasinya. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Emi. And I’m also Zam. Facebook type muhammad zam zami. Hehe.

Friday, September 24, 2010

My Part Time Job

Sedang aku meneliti dan memperhalusi kertas cadangan dan hasil ‘brainstorming’ bersama rakan, aku mencari2 satu istilah yang boleh aku rangkumkan mengenai apa yang kami sedang lakukan dan aku temui. Jawapannya adalah pendapatan residual atau pendapatan pasif. Atau dalam bahasa mudahnya, kerja sekali tetapi pendapatannya sampai bila2. Itu konsep yang cuba aku dan rakan aplikasikan dalam perniagaan yang cuba kami mula. Dan sudah pun mula aktif.

Modus operandinya mudah, hanya perlu ada komputer riba dan jaringan internet. Cukup sebagai ‘pejabat’ dan masa kerja juga fleksibel, terpulang pada kami nak mula kerja jam berapa. Itu baiknya jika jalankan Business Online. Sesuai dengan status aku dan rakan yang masing2 punya komitmen lain sebagai pekerja tetap di Syarikat masing2. Maknanya, semua orang boleh buat. Sedikit yang boleh aku kongsi, sehari bayaran yang boleh kitorang jana minima RM 488++. Jika sebulan? Ok, ambil kalkulator, darab 30 hari. Nak tahu formula apa. Jangan segan kalau nak tanya.

Berbalik kepada pendapatan residual tadi, salah satu lagi cabang yang sedang dalam perangkaan kami adalah ‘pelaburan hartanah’. Contoh mudah, beli rumah atau kereta dan dapatkan penyewa pada bayaran lebih daripada bayaran bulanan kepada bank. Dengan menyewakan rumah, kedai, pejabat atau kereta tadi, hanya kerja sekali tetapi pendapatan akan masuk selagi ada penyewa. Sama juga konsepnya, jika pandai menulis, cuba untuk hasilkan sebuah buku. Penulis akan menerima royalti atas jualan setiap buku sampai bila2 selagi ada permintaan. Itu Residual Income. Jelas kan?

Percayalah, perniagaan adalah satu kaedah menjana pendapatan yang baik. 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Di sini aku petik salah satu pesanan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. “Orang lain buat duit, kita buat alasan”. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amih. Kena noktahkan cepat2, kalau tak lagi panjang aku karang kalo bercerita topik ni. Hehe.

Bahasa Cinta

Apabila disebut soal cinta kita akan terbayang cinta kepada kekasih, ibu bapa dan suami isteri bagi yang sudah berkahwin. Malah kadang2 cinta itu dianggap sebagai hina dan buruk kerana lazimnya orang yang bercinta hanya sekadar pada lidah tidak pada hati. Lalu apabila disebut cinta, perspektif negatif sudah tertanam dalam fikiran.

Tidak kenal maka tidak cinta, begitulah bunyi pepatah orang Melayu yang sering dikaitkan dengan asas cinta. Maka mungkin seseorang itu boleh mencintai seseorang tanpa dia mengenali orang itu terlebih dahulu. Manusia biasanya jatuh cinta disebabkan dua perkara. Pertama disebabkan zat atau fizikal dan kedua sifat sesuatu yang dicintai.

Ibarat badan manusia, mendengar adalah sifat bagi telinga, melihat adalah sifat bagi mata dan sebagainya. Begitu juga hati, sifatnya adalah selalu dalam mood bercinta. Oleh sebab itu, hati ialah lautan cinta. Tahanlah hati daripada cinta, nescaya cinta pasti akan menembusi hati tanpa tertahan. Jadi, sebelum hati benar2 berpaut dengan cinta dunia, pautkan hati dengan cinta Ilahi terlebih dahulu. Hati yang benar2 cintakan Allah pasti akan merasakan ketenangan yang susah digambarkan dengan kata2.

Orang yang betul2 mencintai Allah tidak mampu “dimasinkan oleh kemasinan air laut”. Walau bisikan syaitan membisik merdu di cuping telinga atau walau dunia datang dalam rupa terhias indah, dia mampu membutakan mata, memekakkan telinga dan buat2 lupa ingatan dek kasih dan cinta kepada Allah. Walaupun kehidupan harian seolah2 dia terperangkap bagi memenuhi keperluan hidup, namun segala yang dilakukannya itu hanya demi menggapai redha Allah. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. I think I met someone. Haha. Don’t know, but I’m happy. Bosan single lama2 ni.

Saturday, September 18, 2010

Bukan Sugar Daddy

“..You jangan risau pasal rumah, segala kos penginapan kami tanggung. Makan minum kami jaga. Hujung bulan juga ada elaun. Itu komputer riba juga kami bagi percuma. Tugas you mudah saja, cuma ikut apa garis panduan yang kami tetapkan. Pasal duit you jangan risau.”

Haha. Lain benar saja bunyi dialog. Tapi itu yang dia ungkapkan bila berbual dengan seseorang di hujung talian sebentar tadi. Sambil tangan kanan menulis nama2 yang sudah pasti, dia mendail nombor kenalannya yang lain pula. Topik perbualan yang sama.

Masih lagi mencari calon untuk diberi tajaan pendidikan selama tiga tahun. Pelik juga kadang2, bila pihak Pengurusan membuka ruang peluang untuk belajar dengan ditaja sepenuhnya. Hanya segelintir yang memohon. Sepatutnya, peluang begini yang harus direbut. Sekarang, tidak pasal2 waktu bercuti pun perlu datang ke ofis untuk mencari calon untuk beberapa kekosongan.

Sekadar untuk berkongsi, DRB Hicom kini baru melancarkan penubuhan sebuah Pusat Pendidikan di Pekan, Pahang. Terbuka kepada semua pekerja di bawah subsidiari DRB Hicom. Insentifnya juga menarik, selain yuran Pendidikan, penginapan, komputer riba yang ditaja sepenuhnya. Pekerja turut diberi elaun setiap bulan selain gaji bulanan dibayar seperti biasa. Cool kan?

Permohonan kini dibuka kepada orang luar yang berminat. Insentif yang sama dan akan ditawarkan peluang pekerjaan di bawah mana2 subsidiari selepas tamat belajar. Hurm. Siapa kat sini nak ditaja? Hehe. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Emi. Tak pernah taja orang. Eh, kejap. Ada kot, Eh, yeke. Tak3.

Thursday, September 16, 2010

Tiada Monolog Hanya Dialog

Budak2 : Assalamualaikum, kami mai nak beraya. Tapi xmau masuk dalam rumah dah.

Emi : W’salam. Xmau masuk? Okey, kalau xmau masuk Abang bagi duit raya seposen, kalau masuk rumah Abang bagi 50 sen.

Semua anak2 kecil tadi mula berpusu masuk menghala ke ruang tamu.

Budak2 : Abang, kami nak pegi beraya dekat rumah lain lagi. Xmau makan apa2.

Emi : Xmau makan? Okey, kalau xmau makan Abang bagi duit raya 50 sen, kalau makan Abang bagi seorang Seringgit. Nak yang mana?

Semua anak2 kecil tadi terus menghala ke meja makan. Yup. Tengah makan. Ada juga yang masukkan kuih dalam saku Baju Melayu. Alahai, comelnya.

p/s : I’m Emi. Foto di atas Iswanndi. My adik bongsu..

Jangan Lupa Untuk Gembira

Aku tersenyum payah. Ketara tidak berdaya. Bukan dibuat2. Tenaga memangnya menyusut. Terkial2 tadi ketika hendak melakukan tugas yang mudah sekalipun, menyarung baju sahaja hampir sepuluh minit. Itu belum disentuh lagi waktu mandi. Menjerit dalam diam menahan pedih bila air mencecah pada kesan luka.

Ini kali ketiga aku ditimpa kemalangan. Semuanya akibat dilanggar orang. Seperti kali ini, dilanggar kereta dari arah belakang. Kesannya, tangan kiri terpaksa memakai anduh, sendi pergelangan tangan dan bahagian siku terhentak kuat. Lengan kanan disagat jalan tar sehingga tampak isi. Kaki dan lutut kiri turut terhentak sehingga bengkak. MasyaAllah, sakit sangat.

Tapi Alhamdullillah. Syukur. Tiada anggota yang patah atau retak. Terima kasih juga pada rakan yang datang melawat, yang selalu tanya khabar. Yang tak jemu pesan ‘Jangan lupa makan ubat ikut masa’, ‘rajinkan diri cuci luka’, ‘jangan banyak bergerak’. Terima kasih.

Salah satu cara untuk menyembuhkan sakit ialah mengharap supaya ia lekas sembuh dan tidak selalu memikirkannya. Oleh sebab itu juga, walaupun dalam keadaan kehencut2 hendak berjalan, itu bukan penghalang untuk aku untuk keluar beraya. Yang penting gembirakan hati. Sebabnya.

Gembira itu adalah penggerak utama kepada kesihatan dan ia merupakan sahabat karib minda sebagaimana karibnya ia dengan tubuh badan. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab moral dan agama, sebab kesihatan merupakan asas kepada segala kebaikan sosial. Kita tidak lagi berguna kalau tidak sihat.

Jadi mulakan dengan senyum ringkas dan jangan lupa untuk gembira. Hehe. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Amie. Semoga awak lekas sihat.

Saturday, September 11, 2010

Teman Yang Mendengar

Mata belum mampu dilelapkan walaupun tubuh agak kepenatan. Entah mengapa. Berbagai2 ingatan dan perasaan yang datang dan pergi bersilih ganti. Terasa iri juga melihat isi rumah yang lain sudah pulas lena dihanyutkan mimpi entah ke mana.

Selalunya apabila berhadapan masalah dan kebuntuan fikiran, dialah menjadi tempatnya mengadu. Tetapi mengingatkan malam sudah larut, hasrat itu dilupakan sahaja. Esok pagi perlu ke ofis, tidur mesti cukup. Barangkali teman merangkap pendengarnya yang baik itu juga sudah terlelap.

Sesekali bila bergelar teman, jadilah teman yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambilah masa untuk memahami hati dan perasaan teman, kerana dia juga seorang manusia. Dia juga rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan juga perlukan teman sebagai kekuatan.

Kita selalu melihat dia ketawa, tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak kesedihan di hatinya. Di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita langsung tidak tahu. Tetapi jika kita berada di kedudukannya, mungkin baru kita tahu.

‘Kekecewaan dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yang lebih bermakna. Kekalahan adalah iftitah kemenangan yang lebih akbar’

Sejak tadi, kalimat itu bersipongang berulang kali di dalam diri. Meniupkan kata2 yang entah dikutipnya daripada siapa setiap kali rasa duka cuba mengurung diri.

Musim bunga yang berpanjangan di dalam hati sudah berakhir, sudah menemui noktahnya. Lalu sekarang, tertanya2 juga dia musim apa pula yang bertapak di hati? Musim panas, musim luruh atau musim hujan?

Kosong.

Entah, dia sendiri tidak ada jawapan.

p/s : I’m Ami. Entri sebelum accident yang tidak Post.

Biar Langit Jadi Siang

Resah makin panjang.
Ketakutan sesekali menyerang.
Keyakinan kadang2 hilang.
Igauan2 indah semalam enak mentertawakan pada hari kelam.
Pandangan terus jatuh kusam.
Jadi suram.
Terus diri ubah diam.

Bila gelap, mata mencari cahaya dimana2.
Tergapai biar cahaya dapat capai.
Tapi sayang sebab malam masih panjang.
Tolong. Tolong.
Bantu biar langit jadi siang.
Biar sinar jadi teman.
Biar gelap langsung hilang.

Puisi adalah lontaran spontan daripada perasaan yang mendalam, ia berumbikan emosi yang dihimpunkan dalam ketenangan. Ia fikiran yang bernafas dan perkataan yang membakar. Peranan puisi bukanlah untuk menjadikan kita berfikir dengan tepat, tetapi untuk merasai dengan sebenar2nya. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amiey. Jarang tulis puisi. Sekali sekala xpela, suka2. Wexx.

Pre-Reunion

Ah. Sayang. Sangat sayang. Sepatutnya mesej di bawah disebarkan minggu sudah (Ahad). Tapi sayang, kebetulan hari yang sama penulis terlibat dengan kemalangan. Benda dah nak jadi.

Ruangan ini khas untuk warga Penang.

Pengumuman. Buat teman2 lama, rakan2 dulu. Pre-Reunion akan dilangsungkan di Lahad Datu, Sabah pada Hari Raya Ketiga. Siapa confirm, atau tiada komitmen lain pada hari tersebut. Boleh terus emel di silentmelody303@gmail.com atau hubungi 019-521 8510.

Here the best part. TIKET KAPAL TERBANG PERGI BALIK AKAN DISPONSOR. Yup. Serius. Tak main2. You read it right. TIKET AKAN DI TAJA. Tapi terhad. Jadi siapa cepat, dapat melancong FOC. Makan minum ditanggung oleh kos sendiri. Penginapan disediakan. Sila bagi nama by next week.

Pra-Reunion sambil meraikan Majlis Perkahwinan Emillia Andres a.k.a Kak May.

Untuk kawan2 yang teruja hendak menyertai yang mana turut sama terkesan atas kemalangan aku, minta maaf banyak2. InsyaAllah, mungkin lain kali aku aturkan lagi Reunion kita yang pertama. Salam ukhwah. Doakan aku lekas sembuh. Peace dari Senyap!

p/s : I’m Amiey. Salam Syawal orang Sabahan.

Pengisian Ramadhan

Berita jam lapan malam sedang ke udara. Biarpun penyampainya mewah senyuman, namun segala isu utamanya kurang menarik minat. Lalu suara penyampai berita dibisukan kemudian dimatikan. Sejenak aku ambil masa sebentar melegakan perut selepas berbuka dengan abah tadi. Sambil melepaskan lelah seharian padat dengan aktiviti.

Tanpa sedar, kita sudah tiba di penghujung Ramadhan. Madrasah kepada sebelas bulan berikutnya. Sekejap sangat terasa. Kebiasaannya, dalam bulan Al Mubarak begini. Pihak pengurusan akan sibuk merencana aktiviti pengisian untuk pekerja. Biar suasana Ramadhan itu lebih dirasai.

Alhamdullilah, baru usai Majlis Berbuka Puasa yang diselia Divisyen aku untuk 800 orang pekerja. Syukur semuanya berjalan dengan lancar, walaupun kebanyakan persediaan ada dibuat pada saat akhir tapi Majlis itu boleh dikira berjaya. Makanan semuanya cukup, solat berjemaah juga ramai yang turut serta. Aku yang lengkap dengan sut Baju Melayu warna biru dengan rakan Divisyen yang lain tidak menghadapi sebarang masalah menjadi Petugas malam itu.

Jumaat lepas, sekali lagi diberi tugas untuk koordinat Jamuan Berbuka. Tapi kali ini khusus untuk Divisyen, jamuan diadakan secara Buffet di Emerald Putri Hotel, Sungai Petani. Masa inilah kami boleh berkumpul bersama pun. Kalau waktu pejabat, masing2 sibuk dengan kerja masing2. Masa ini masa kami enjoy, release tension.

Kalau hendak diikutkan, banyak lagi aktiviti. Tapi cukuplah jika sekadar ingin berkongsi. Bulan Ramadhan, bulan jadual paling padat. Jadi aku ada alasan yang kuat bila blog ni tiada sebarang Post sepanjang Ogos. Haha. ‘Alasan’. Peace.

p/s : I’m Emi. Tinta pertama selepas sebulan tanpa sebarang Entri.

Sunday, September 05, 2010

Siaran Tergendala

Penulis terpaksa berehat panjang di atas kecederaan teruk akibat kemalangan jalan raya.

p/s : I'm Amiey. Raya dalam kesakitan tahun nie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...