sahabat Senyap

Friday, October 15, 2010

Hari Ini Milik Aku

Selamat datang pagi. Lihatlah pada siang ini. Kerana itulah kehidupan, hidupnya seluruh isi alam. Pada masa singkat itulah aku menemui beberapa hakikat keberadaanmu. Itulah saat meraih nikmat, saat meraih cahaya kemenangan. Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi, sedang esok hanyalah fantasi. Tetapi hari yang sedang aku lalui sekarang ini akan menjadi kelmarin, sebuah mimpi yang indah dan esok adalah wujudnya harapan.

Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan aku pergi dan tidak akan kembali lagi.

Wahai masa hadapan, kamu masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku juga tidak akan memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu yang aku dambakan. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.

Apabila berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu, aku tidak butuh memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga hari esok yang belum tentu datang. Hari ini detik aku. Hari ini milik aku. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Sedikit melankolik, sedikit ker? Haha.

Selamat Hari Lahir Mr Silent

Tempoh mati seseorang telah Tuhan tetapkan semasa di dalam rahim ibu. Maknanya, semakin hari, kian dekat kita menuju ketepatan itu. Jadi, semakin hari semakin pendek hidup kita. Ya, hari ini setapak lagi kita menghampiri kepada tarikh kematian. Ertinya, setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, ucapan sewajarnya bukanlah ‘selamat panjang umur’ tetapi ‘selamat pendek umur’. Ah, seram.

Kehidupan fana di dunia boleh diibarat seperti mengusahakan tanaman untuk tuaian bagi kelangsungan hidup yang baqa di akhirat. Kerana kematian di dunia hakikatnya untuk hidup kekal abadi di akhirat nanti. Di mana kita ditempatkan? Itu tepuk dada, tanya amalan.

Umur itu relatif sifatnya. Umur adalah putaran ukuran pada putaran bulan dan matahari yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat. Panjang atau pendek umur itu bukan satu ukuran, yang penting kualiti bukannya kuantiti. Juga bukan pada ukuran zahir tetapi lebih kepada nilai maknawi.

‘Selamat hari lahir, semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kamu, cepat dipertemukan jodoh dan selamat panjang umur’

Antara ucapan ringkas yang diterima dalam kantung Inbox sempena hari ulang tahun kelahiran pada 12 Oktober lalu. Terima kasih juga kepada rakan blogger yang sampaikan ucapan menerusi laman Facebook.

‘Selamat panjang umur’. Jika dilihat dari perspektif lain ia boleh juga disamakan sebagai selamat menambah ilmu, selamat mengeratkan silaturrahim, selamat beramal, selamat menambahkan sedekah, selamat mencambahkan rasa takut pada Allah. Dan ya, selamat menjadi lebih tua. Eh tak2, selamat menjadi lebih matang. Hehe. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Hadiah yang paling manis tahun ini bila dot dot dot. Hehe, rahsia.

Umur Hanya Pinjaman

Panjang pendek umur manusia tidak sama. Kita datang ke dunia ibarat menaiki bas dengan destinasi yang berbeza. Tidak semestinya yang naik dahulu akan turun dahulu. Begitulah juga sebaliknya. Tidak semestinya yang naik kemudian akan turun kemudian. Ada masanya yang naik dahulu akan turun kemudian dan ada yang naik kemudian akan turun terlebih dahulu.

Masih dapat hidup adalah nikmat yang luar biasa. Sayangnya, jarang2 manusia mensyukurinya. Mereka menganggap hidup adalah nikmat yang biasa2. justeru, ramai yang tidak berterima kasih kerana masih dihidupkan.

Dapat bangun daripada tidur dan hidup lagi pada hari berikutnya wajib bagi kita untuk panjatkan rasa syukur. Ini kerana tidur itu hakikatnya separuh daripada kematian. Berapa ramai manusia yang tidur pada malamnya, terus tidak bangun2 lagi kerana ajalnya telah sampai.

Namun, cara mensyukuri nikmat hidup tidak cukup sekadar membaca doa sahaja. Tetapi apa yang lebih penting adalah menggunakan nikmat hidup selaras dengan tujuan Allah menghidupkan kita. Jadi gunakanlah hidup untuk menunaikan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.

Sekadar untuk memperingati diri. Umur makin lama makin pendek. Buat kenalan yang boleh aku anggap saudara dekat. Semoga kamu berada di kalangan orang2 yang beriman. Kamu orang yang baik. Terkilan juga aku bila kamu masih hidup, aku tidak sempat untuk menziarah ketika kamu di Hospital. Dan hari ini, kamu sudah meninggal dunia. Hurm. Al fatihah buat arwah.

p/s : I’m Emi. T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...