sahabat Senyap

Saturday, November 27, 2010

Lebih Matang

Tiada apa yang hendak dicoretkan. Sekadar ucapan selamat hari lahir kepada half of three siblings; Muhamad Arif. (Angah)

Dari
mohammad zamzami
mohammad iswanndi

p/s : I’m Ami. Air dicincang.. well, u know the rest.

Friday, November 19, 2010

My Silent Reader

Masa di penjuru kanan paparan skrin laptop menunjukkan masa 11.12 pagi. Cuaca agak mendung di luar dengan tompok2 hitam di langit macam lukisan cat air yang sedikit basah. Tak perlu rujuk kepada pengkaji cuaca, jelas sekejap lagi hujan akan turun. Ya, sekali lagi.

Pagi itu jari mula menari lagi di dada papan kekunci. Menambah bilangan entri.

Aku tahu selepas ini entri yang aku tulis ini akan dibaca oleh yang lain. Termasuk ‘silent reader’ di kalangan famili, rakan ofis, rakan sekolah dan saudara sepupu. Kalau isi entri itu agak sulit melibatkan luahan perasaan contohnya, aku tahu isu ini akan jadi bahan perbualan mereka dengan aku esoknya. Atau akan timbul lah cakap2 di belakang.

Ada satu hari itu, rakan ofis sakan menyakat. Serius, rasa kalau badan ni boleh dikecilkan macam cerita Doraemon, nak saja aku masuk dalam drawer atau laci cabinet dalam ofis tu. Bila musim perayaan pulak, sepupu akan menjerit ‘kami geng Otaku!!’ merujuk kepada url blog ‘aku-otaku’. Adeh. Tolonglah.

Jadi, buat ‘Silent Reader’ blog ini. Takpe nak melawat pun, dialu2kan. Datang lah selalu, beritahu sama kat kawan2 yang lain, kat Mak Usu, Mak Lang, Mak Tam kalau boleh maklumkan sama. Biar besar lagi rangkaian Otaku kita. Baru gempak kan. Aku pun secara tidak langsung rasa la feymes sekejap. Lain kali kalau singgah, tinggal sama comment tu. Sesungguhnya, comment membina dari anda akan membakar lagi semangat untuk terus terus terus lagi menulis. Cuma, jangan pergi iklankan dalam mana2 magazine sudah url blog ni.

Dengan ucapan kata akhir, aku sayang kamu dan selamat hari Sabtu. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Amiey. Entri saja saja suka suka. Hehe.

Sabar Itu Sebenarnya Indah

Aku ada membaca beberapa biografi tokoh terkenal dan menatap kisah mereka buatkan aku terpegun. Terpegun dengan besarnya kesabaran dan agungnya ketabahan mereka dalam menghadapi berbagai macam dugaan yang datang terus menerus. Macam hujan lebat yang turun semalam. Namun, daya tahanan mereka tetap utuh seperti kukuhnya gunung.

Kebenaran menancap kuat ke dalam diri mereka dan mereka sedar bahawa waktu di dunia ini sangatlah singkat. Dan wajah mereka kembali bersinar memancarkan cahaya seiring dengan datangnya mentari kemenangan, keceriaan dan masa pertolongan. Bahkan ada di antara mereka yang tidak hanya cukup bersabar sahaja, malah menghadang semua bencana itu dan berteriak lantang di hadapan musibah2 itu sambil menyatakan tentangan.

Jadi aku ingin memesan, menanam dalam hati agar boleh menjadi seperti mereka. Sebahagian daripada golongan orang yang bersabar. Sebab sabar ini sebenarnya indah.

Bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan Allah, orang yang tahu akan sebaik2 tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang selepas kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emis. Biografi Orang Senyap. Sweet kan? Hehe

Thursday, November 18, 2010

Duhai Pemilik Senyum

Wahai diri yang ku damba.

Andai dirimu dilanda kesusahan, bisikkanlah harapan yang menjanjikan kepadanya, maka dengan janji itu dirimu akan senang. Perisaikanlah dirimu dengan harapan, agar tidak putus asa hingga kecemasanmu lenyap seiring dengan berlalunya waktu.

Tutupilah kesedihan dari teman2mu, kerana di antara teman2mu itu ada yang dengki dan senang dengan penderitaan orang lain. Buangkanlah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu itu jauh2, kerana perkara ini akan membuatkan hati kamu, jiwa kamu, senyuman kamu mati sebelum waktunya.

Jadi, duhai pemilik senyum ini,

Dongakkan kepala, perhatikan bagaimana awan hitam itu tersingkap terang, malam yang demikian pekat akan menjadi terang benderang. Angin kencang menjadi tenang dan bagaimana badai menjadi reda. Teriknya sinar matahari akan diteduhkan dengan bayangan, rasa kehausan yang mencekik akan disegarkan oleh air yang dingin dan rasa lapar yang mencengkam akan dikenyangkan oleh sepotong roti yang hangat. Keletihan kerana berjaga malam akan berhujung pada tidur yang nyenyak, pedihnya kesakitan akan hilang dengan lazatnya sihat.

Kerana itu, kamu hanya perlu sedikit kesabaran dan jangan berhenti berdoa. Yakinlah bahawa kesulitan hidup yang kamu rasai akan lenyap, kehidupan kamu akan menjadi bahagia dan masa depan menjadi gemilang. InsyaAllah.

Oleh itu hiburkanlah hati, tenangkanlah fikiran. Warnai hidup ini dengan bunga2 senyuman, dinginkanlah hati dengan salju ketabahan, wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran dan indahkanlah lagi dengan sentuhan keimanan. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Hump. Syh2, jangan muncung2 lagi. Hehe.

Seadanya Aku

Sebagai manusia, aku harus menyedari kenyataan, keadaan dan kekurangan. Keluar daripada dunia imaginasi dan idea2 yang tidak dapat direalisasikan. Aku juga boleh marah, boleh bersikap keras, boleh lemah, boleh jatuh cinta, boleh kecewa dan boleh salah.

Sebagai manusia, ya! Tiada siapa yang sempurna. Tidak ada seorang pun yang selamanya tidak pernah silap, dan tiada seorang pun yang selamanya baik belaka.

Aku juga pernah melakukan kesilapan. Melukakan hati seseorang yang begitu dekat. Ada rasa sakit, dengki, dan ada masa itu rasa sedih. Kata orang, dengan berbuat salah sekurang2nya kita akan belajar sesuatu daripadanya. Itu pengalaman. Mohon biar aku tebus kesalahan lepas, walaupun sudah terlambat.

Masa untuk muhasabah diri.

p/s : I’m Amiey. tiada sahutan.

Dear Diary

10 November 2010

Usai memunggah dan memuatkan enam kotak pakaian terpakai di dalam perut Van. Aku dan tiga yang lain bertolak ke Merbok, menuju ke Rumah Penyayang Wadi Sakinah. Sebuah pusat yang menempatkan anak2 yatim, warga emas dan keluarga miskin. Lokasi tujuan kami. Perjalanan itu tidak lama, jarak dari Gurun ke Merbok hanya mengambil masa sekitar 20 minit. Cuma lokasi letaknya Pusat itu berada jauh di pelusuk kampung, jalannya juga tidak berturap dan berlopak di sana sini.

Kedatangan aku disambut dengan lopongan seorang anak kecil di pintu pagar Wadi Sakinah. Melihat sahaja Van yang dinaiki kami mula memasuki perkarangan, anak kecil tadi berlari anak ke Pejabat Urusetia memaklumkan ‘ada orang mai’ ‘ada orang mai’ berulang kali. Terusik sekejap. Aku perasan, ada yang berubah bila melihat persekitaran di situ berbanding kunjungan yang lepas.

Setelah menyampaikan kata suci salam dan saling berjabat tangan, bertanya khabar, menyerahkan sumbangan. Aku sempat meluangkan masa beramah dengan anak2 kecil di situ. Mereka friendly, sangat peramah. Mereka anggap setiap pelawat yang datang itu famili. Buatkan aku rasa begitu dekat, rasa diterima dan bersyukur.

Kunjungan aku tidak lama. Selepas meminta diri aku menuju pula ke Alor Star, melawat pekerja yang menjadi mangsa banjir ekoran daripada hujan yang berlarutan sejak awal November. Sama juga, selepas mengambil gambar, mengangar kos kerugian isi rumah, aku sempat sampaikan sedikit sumbangan bagi pihak Pengurusan.

Malam itu, sebelum tidur. Aku meneliti diri. Syukur, aku dikurniakan tubuh yang sihat dan cukup sifat. Aku memandang ma dan abah. Syukur, aku masih ada tempat untuk bergantung. Aku lihat pula keadaan isi rumah. Syukur, aku masih lagi punya tempat untuk berteduh. Alhamdulillah. Lekas2 aku panjatkan rasa syukur pada Yang Memberi. Benar, setiap apa yang kita punya cuma pinjaman untuk sementara. Dia boleh ambil balik bila2 masa yang Dia kehendaki.

Masa noktah. 1.23 pagi.

p/s : I’m Ami. Rumah tak kena banjir.

Sweet November

Congratulations!

As a way to reward your hard work and dedication to the company, we are pleased to announce that, with effect from 01st November 2010, you will be promoted as following dot dot dot…

Sweet!! Aku meneliti beberapa kali kandungan isi surat. Agak lama. Senyum. Ya, memang nama aku yang tertera. Nama aku. Ah, senyum lagi. Alhamdulillah. Rasanya baru dua bulan lepas aku terima kenaikan gaji tahunan. bulan November pula dinaikkan pangkat dengan tangga gaji yang baru.

Aku sempat lihat catatan di dalam buku nota. Yup, tabiat suka menulis ni memang dah cukup sebati. Jika tidak menulis di blog, aku akan menulis di dalam buku, dada laptop dan di meja pejabat. Cuba kebelakangan ini tulisan aku lebih kepada formal. Lebih kearah menulis Memorandum Pentadbiran, Polisi dan Prosedur Syarikat, Faedah Semasa Syarikat, Employee Handook, design format itu, reka prosedur ini, karang bulletin dan banyak banyak lagi.

Akhir Oktober lepas, kerja sudah sedikit ringan. Banyak program2 yang sebelum ini tertangguh sudahpun mula berjalan apabila diberi dua orang pembantu untuk membantu. Senyum. Lapang sedikit dada. Catatan buku nota; Corporate Responsibility – Nine cases, SWF – Two cases, Industrial Relation – Twelve cases, C&B – solve last year pending cases, I&V – Brief Brief and Brief.

Okey. Masa untuk sibuk. Masa dah tak selapang dulu.

p/s : I’m Emi. Harap dapat tinggi lagi sedikit.

Tin Kosong

Bila fikiran seseorang itu kosong dan langsung tiada apa yang hendak dilakukan. Orang itu boleh disamakan seperti sebuah kereta yang dipandu laju tanpa pemandu, akan terhuyung hayang ke kiri dan ke kanan.

Bila mana kita berada dalam keadaan itu, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan rasa cemas. Kerana, dalam keadaan kosong itulah fikiran akan mula menerawang kemana2 seperti mengingat semula kegelapan masa lalu, menyesali kesialan hari ini, hingga kadang2 berasa cemas dengan apa yang mungkin berlaku di masa depan.

Kesimpulannya, membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosakkan tubuh sendiri. Kerana itu bangkitlah, lakukan sesuatu yang bermanfaat. Sibukkan diri dengan mengerjakan solat, mengemaskan bilik, menulis, apa sahaja. Lakukan sesuatu untuk mengusir kekosongan itu.

Bunuh setiap waktu kosong dengan ‘pisau’ kesibukan. Dengan cara itu, anda telah mencapai 50% daripada kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan, mereka dengan ceria mendendangkan lagu2 seperti burung2 di alam bebas. Tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan! Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Your Do Re Mi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...