sahabat Senyap

Friday, December 31, 2010

Lagi Kisah Muhammad Afiq Irfan

Bagi yang tidak kenal siapa Muhammad Afiq Irfan, biar aku kenalkan serba sedikit dengan empunya nama. Adik Afiq berusia empat tahun, anak ketiga daripada empat adik beradik. Anak kepada salah seorang pekerja di tempat aku bekerja. Adik Afiq boleh dikategorikan sebagai anak istimewa, di waktu usia semuda itu. Adik Afiq telah disahkan mengidap penyakit leukemia pada akhir November 2010 yang lepas.

Biar aku ceritakan serba sedikit perihal keluarga adik Afiq, ibunya seorang suri rumah, baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan awal Disember yang lepas. Afiq kini sudah punya seorang adik, dan dua orang kakak. Masing2 berusia lapan tahun dan sebelas tahun. Ayahnya pula seperti yang disebutkan sebelum ini, rakan satu tempat dengan aku. Ayahnya seorang operator dengan gaji bulanan yang agak sederhana.

Okey, berbalik kepada penyakit yang dihidapi oleh adik Afiq tadi. Kos pembedahan dianggarkan sebanyak RM 200,000 di Hospital Swasta, kos di Hospital Kerajaan diangarkan berjumlah RM 60,000. Hasil pemeriksaan kesihatan pihak doktor, tulang sum sum adik Afiq perlu dibuang bagi mengelakkan kemudaratan kemudian hari. Dan pembedahan harus dilakukan selewat2nya pada Februari 2011 ini.

Di sini masalah yang timbul. Siapa yang boleh menjadi penderma tulang sum2? Mengikut senarai menunggu, adik Afiq adalah orang yang entah keberapa ribu. Masalah masa. Kos yang agak tinggi. RM 60,000. Di mana ayah Afiq perlu tuju untuk dapatkan jumlah sebanyak itu dalam tempoh dua bulan? Juga masalah masa. Dua masalah. Penderma organ dan kos.

Memandangkan tiada penderma, kakak kepada adik Afiq yang berusia sebelas tahun itu perlu mendermakan tulang sum2nya kepada si adik. Okey, satu masalah sudah selesai. Tapi terlintas juga di fikiran aku, apa akan jadi pada si kakak bila dia mendermakan tulang sum2 nya lepas ini. Tahun depan sudah dua belas tahun. Akan menduduki peperiksaan UPSR. Peluang fifty2. Tapi sudah terpaksa.

Masalah kedua. Kos RM 60,000? Di sini aku mainkan peranan. Susulan daripada entri sebelum ini, ada beberapa Hamba Allah yang tunjukkan jalan. Terima kasih bagi yang membantu. Berikut rangka plan aku untuk adik Afiq setakat ini, dengan bantuan beberapa rakan.

- Kutipan derma kilat untuk dua hari sudah mencecah angka ribu. Alhamdulillah.
- Membenarkan cuti selama dua bulan (gaji penuh) kepada ayah adik Afiq untuk urusan membawa adik Adiq ulang alik ke Hospital untuk pemeriksaan kesihatan sebelum tarikh pembedahan. Status : Menunggu kelulusan.
- Usulkan permohonan kepada Kelab Sukan, alhamdulillah pihak Kelab sudi menyumbang sebanyak RM 3,000
- Usulkan permohonan kepada HQ menerusi Tabung Kebajikan Pekerja DRB Hicom. Menunggu hasil maklum balas.
- Rujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk permohonan Tabung Perubatan. Masih dalam proses negotiate.

Untuk yang membantu. Aku ucapkan terima kasih sangat2. Kepada yang menyumbang, insyaAllah ini tabung kita untuk saham akhirat. Buat pembaca, mohon sama2 kita panjatkan doa. Mudah2an semuanya berjalan lancar.

Akan update perkembangan terkini selepas ini. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Amiey. Tak sedar banyak yang aku tulis. Hehe.

Wednesday, December 29, 2010

Saham Akhirat

Hari ini aku belajar sesuatu. Ilmu dan rasa yang sangat berharga dan setinggi2 syukur. Aku tahu. Aku hanya sekadar pemerhati dan pendengar. Bagi mereka yang menanggung, yang menerima, yang merasai. Bak kata pepatah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku tahu perit dugaan yang mereka terima, dan Dia lebih lagi tahu.

Dalam hati, hanya mampu mengeluh. ‘masyaAllah, kesiannya adik tu’. Itu yang mampu aku ucapkan. Adik Muhammad Afiq Irfan, baru berusia empat tahun. Usia seputik itu, sudah mula rasa erti perit untuk menyambung nafas dalam hidup. Adik Afiq disahkan mengidap penyakit leukemia dan memerlukan pemindahan tulang sum sum. Kos perubatan dianggarkan berjumlah RM 60,000.

Itu salah satu tugasan yang aku terima semalam. Lihat peruntukkan dana Corporate Responsibilities. Tak cukup. Belek baki peruntukkan Staff Welfare, juga xcukup. Bila sampai penghujung tahun kewangan, kebiasaannya memang macam ini. Berkerut sedikit dahi. Lama jugak aku termenung depan PC. Tarikh pembedahan akan dijalankan dalam bulan Februari 2011. Dah tak lama.

Derma kilat. Itu yang aku buat tadi. Bila aku iklankan kepada semua pekerja, ada yang beri respons positif. Ada juga rakan yang hendak bawa kes ini pada badan NGO. Terima kasih. Sama2 bantu aku. Kelab juga berminat untuk menyumbang. Tapi, masih tidak cukup.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pembaca, aku tahu blog ni xramai yang tahu. Tak ramai yang kenal. Cuma minta bantuan anda, jika tahu mana badan yang boleh membantu. Cuma beri sedikit info ke emel ini
double_zie@yahoo.com.my. Ini talian aku di ofis, 04-466 8299. Sama2 kita bantu. Menabung untuk saham akhirat.

tinta dari meja penulis,
Senyap.

p/s : I’m Emi. Sayang baru balik dari Melaka. Rindu. :)

Sunday, December 26, 2010

Susur Galur Tok Tom

3.01 pagi

Lena terganggu sekejap bila terdengar bingitan bunyi pesanan teks dari telefon bimbit. Jari teraba2 mencari butang ‘Read’. Hurm. Kabur. Mata digengehkan sedikit.

“Abg, syg baru sampai Melaka. Baru lepas check in”

Alhamdulilllah.

Padam. Terus terlelap.

Sabtu dan Ahad. Suasana isi rumah agak gempita bila menerima kunjungan saudara sepupu dari Kuala Lumpur yang datang bermalam. Ada juga dari Sungai Petani dan Tanjung Dawai. Ziarah Tok di kampung sempena cuti sekolah. Meriah, macam Hari Raya, masing2 datang berkumpul.

Memandangkan hujung minggu ini jadual agak lapang. Erm. Kerja tu ada, sentiasa ada. Tapi melihat keadaan aku yang masih kurang sihat, aku lupakan dulu hal kerja. Biar cuti minggu ini, lebih selesa manjakan diri. Luangkan masa dengan sepupu2.

Dan ya, masa yang aku luangkan itu penuh dengan aktiviti2 yang kami aturkan. Menonton wayang Gulliver’s Travel di Big Cinema Alor Star Mall, shopping, bowling, mengurut, makan di Restoren Sea Food, Restoren Ala Thai, mandi manda di salah satu Pusat Peranginan di utara. Makan lagi. Kali ini menikmati makan malam berlatar belakangkan sunset di tepi Pantai dan banyak2 lagi aktiviti.

Agak kelakar bila lagak aku macam ‘baby sitter’ memandangkan aku yang lebih abang dari semua. Dan yang paling kurus aliran tunai dompet dalam dua hari ini. Ah, sekali sekala. Lagi pulak Isnin nanti masuk gaji baru.

Bila malam. Masing2 kami berkumpul. Bercerita itu dan ini. Dan muncul idea mewujudkan Group ‘Susur Galur Tok Tom’ di Facebook. Hehe. Tujuannya, agar boleh dijadikan titi hubung antara kami adik beradik, saudara sepupu, orang baru yang hadir melalui ikatan tunang dan saudara jauh yang sebelum ini tidak tahu mereka itu wujud. Humph.

p/s : I’m Emiey. Kami Kroni Otaku.

Thursday, December 23, 2010

Lesung Pipit

Senyum. :)

Menginjak ke Disember sudah kan? Tinggal beberapa hari lagi kalendar tahun 2011 pula akan digantung di dinding bilik. Ambil masa sekejap menaip aksara di sini memandangkan hari ini aku ambil cuti separuh hari, sakit. Erm, aku tahu yang makin lama makin kurang jejak aku di sini. Tempat yang aku jadikan ‘teman’ untuk tempoh dua tahun lalu.

Banyak pengisian Disember yang banyak buatkan aku senyum. Awal bulan, rombongan meminang ke Pantai Timur. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Jangan salah faham. Bukan aku yang bertunang, hanya menemani sepupu. Beri sokongan pada dia. Bagi semangat.

Minggu sudah, sempat adakan mini reunion dengan ex SMT Jalan Stadium dalam majlis perkahwinan Moja. Rakan satu kelas masa di teknik. Bercinta dari sekolah menengah, akhirnya bersatu jugak. Sweet kan? Hurm. Kawan yang lain masing2 banyak yang dah berubah. Yang manisnya, Sabtu ini giliran Shafiq pula. Juga ex-classmate SMT Jalan Stadium. Buat mereka, aku cuma mampu mendoakan bahagia sampai bila2.

Senyum lagi :)

Dan apa yang paling manis dalam diari Disember 2010. Hati aku ini sudah sah jadi milik orang. Status ‘single’ dah bertukar kepada ‘engage’. InsyaAllah, aku akan lakukan yang terbaik untuk dia. Hanya untuk dia. Cuba untuk ambil kesalahan yang lepas menjadi satu iktibar. Satu guideline untuk deliver hanya yang terbaik. Yup. Aku sayang dia. Sangat2. hehe.

Oh Tuhan.

Terima kasih sebab buat hambaMu ini senyum senang sekali lagi. :)


p/s : I’m Amie. Ice breaker.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...