sahabat Senyap

Monday, October 20, 2008

My Guardians

Entah mengapa aku beranggapan ke mana sahaja aku pergi mesti ada guardian yang akan menjaga aku. Mungkin atas berkat doa ibuku yang kehendakkan anak2nya sentiasa selamat di tempat orang agaknya. The truth is, I don’t know.. Aku bersyukur kerna aku sentiasa dikelilingi orang yang ambil berat padaku.. Terima Kasih sahaja ungkapan yang bisa aku ungkapkan pada kalian.

Pabila aku mengharungi hari2 yang mendatang, melalui dari satu episod ke episod yang seterusnya. Aku banyak belajar dari kesilapan. Sungguh, apabila kita telah membuat silap, kekhilafan itu yang akan menjadi panduan untuk kita dalam membuat keputusan yang lebih matang. Jika aku tertekan dengan bebanan kerja dan tugasan yang banyak, aku pegang akan kata2 seorang “guardian” ku ini.

“Jangan anggap kerja yang datang dan diamanahkan kepada kita itu sebagai satu beban. Dan jangan sesekali merungut jika dalam satu hari kita dihujani dengan pelbagai tugasan. Tapi, cakap pada diri dan cabar diri kita dalam hari ini berapa banyak kerja yang mampu kita siapkan? Berapa lama masa yang akan kita ambil dalam menyudahkan sesuatu tugasan? Nescaya jika kita tanam persepsi itu, kita tidak akan pernah merungut, jarang sekali kita akan berasa tertekan dan yang seronoknya kita akan capai satu kepuasan yang mutlak pabila berhasil menyiapkan satu2 tugasan.”

Kata2 itu walaupun ringkas tapi aku mula praktikkan apa yang diberitahu. Untuk mencapai sesuatu hasil aku perlukan perancangan yang jitu. Justeru, ia telah mejurus aku kepada satu lagi ilmu baru dalam pekerjaan. Istilah2 seperti follow up, shadow, time management, schedule telah aku aplikasikan dalam rutin harian aku. Ah, betapa kamu telah banyak menolong aku kawan. Sekarang bukan sahaja perjalanan tugasanku sudah menjadi lancar bahkan aku bisa bersenang2 sekarang. Sedang aku leka dengan keadaan aku, “guardian” aku ini sekali lagi memberi kata2 perangsang buat diriku.

“Di tempat kerja kita akan melalui tiga fasa utama. Fasa pertama 100%, fasa yang kedua 60% dan fasa terakhir 40%. Peratusan ini mewakili kerja yang kita lakukan. Di fasa pertama kita perlu jadi serba boleh, semua kerja dari sebesar2 kerja ke seremeh2 perkara kita perlu ambil tahu. Tak hairan lah pada peringkat ini kita mudah jadi stress. Bila dah masuk ke fasa kedua, perjalanan kita dah makin lancar kerna kerja yang kita lakukan di fasa pertama kita sudah boleh agihkan kepada orang yang sepatutnya. Kita hanya akan buat skop kerja yang diamanahkan kepada kita sahaja. Dan apabila kita sudah memasuki fasa yang terakhir, tugasan kita sudah menjadi mudah dan sebati dengan dengan diri kita. Waktu itu kita hanya memberi arahan dan orang bawahan akan membuat kerja kita di Fasa Pertama tadi. Kita pada kala ini tugasnya hanya monitor serta membuat pantauan sahaja dan orang bawahan tak boleh kelentong sebabnya kerja yang dia buat itu, kita telah lebih dulu makan garam sebelumnya.”

Rasanya aku kini sudah memasuki ke Fasa Kedua. Tahap motivasiku dalam melihat rancah dan suka duka pekerjaan seakan2 dipermudahkan daripada sebelumnya. Terima Kasih teman kerna menjagaku… Terima Kasih ibu kerna mendoakan anakmu… dan Terima Kasih Yang Maha Satu kerna memberi peluang padaku…


p/s : Tengok kanan dan pandang kiri, lihat depan dan sesekali toleh ke belakang. Tepuk dada dan tanya minda, siapa “guardian” anda..?? Mungkin siapa tahu, tanpa kita sedari ada sepasang mata yang tanpa jemu memerhatikan kita dari jauh…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...