Saturday, January 30, 2010

Aku Rasa Aku Akan Kekal Kat Sini

5 melody by friend
Bumi ini sebenarnya begitu murah hati. Baru sahaja disentuh dengan sebuah cangkul, ia tertawa dengan musim menuainya. Bumi adalah tempat menyebarkan benih dengan sukarela, sebagaimana langit dihiasi bintang2. Ia adalah sebuah tempat penginapan yang sederhana buat manusia dan tempat ziarah yang tenang bagi jiwa. Tuhan meminjamkan bumi kepada kita buat sementara, tapi ternyata ianya adalah sesuatu yang tak ternilai harganya.

Alangkah sempurnanya aturan alam sehingga setiap orang, pada masa dan tempat di mana dia berada, sentiasa seimbang dengan apa sahaja yang lain disekelilingnya. Seperti melalui cahaya malam dan sinar siang. Apa yang disempurnakan oleh alam semulajadi adalah jauh lebih baik dan indah daripada apa yang disempurnakan oleh seni. Unik sangat.

Alam ini tidak pernah mengkhianati mana2 hati yang menyintainya. Dan tidak pernah akan menyakiti serta akan sentiasa menjadi rehat buat sesiapa yang ikhlas menghargai. Jadi berikanlah cintamu pada alam kerana itulah jalan sebenar untuk memahami keindahan. Hurm. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emih. Melankolik, puitis dan berat. Corak penaku. Thanks buat reader2 yang sentiasa menjadi reader bagi blog nie. Senyap says Peace.

Saturday, January 23, 2010

Aku Dan Pena

6 melody by friend
Hari itu isinya agak bosan dan kosong. Apa yang disentuh dirasa semuanya macam tak kena. Lihat deretan majalah di rak buku, cepat2 aku capai sebatang pen dan senaskah kertas kajang. Satu persatu helaian majalah aku selak mencari2 di ruangan kenalan. Sudahnya lenguh langsung jemari aku ini menulis lambakan surat untuk dituju kepada alamat2 yang diambil di ruangan kenalan tadi.

Itu dulu. Bila diingatkan semula, kelihatan macam naïf sangat. Ada mulut2 yang bercakap itu semua buang masa, buang duit. Tapi bagi aku tiada apa yang nak dirugikan. Malah ia berikan kepuasan. Sebab rata2 rakan pena aku yang dulu, aku jumpa dia. Dan dia masih kekal hingga kini, setia jadi sahabat aku. Dan ada yang lain bertemu semula dalam blog. Dunia tanpa sempadan.

Aku dan pena? Menulis dah macam hobi aku. Walau kadang2 banyak kali jugak aku terfikir yang aku xkan menulis lagi dalam blog ni. Dan semalam sekali lagi aku tekad nak berhenti menulis atas sebab2 yang tertentu. Tapi dah macam refleksi spontan bila ada masa kelapangan, papan skrin PC jadi tempat rehat aku.

Cara menulis adalah pakaian kepada fikiran. Mengarang setiap rangkai perkataan tidak lebih daripada mimpi yang dipandu. Sesungguhnya, terdapat beribu2 perkara dalam fikiran seseorang dan dia tidak akan menyedarinya sehinggalah dia mengambil pen dan mula menulis. Semua orang mampu menulis, tapi bagi ulat buku macam aku ni; apa yang aku suka pada penulis yang baik bukanlah apa yang diucapkannya, tetapi apa yang dibisikkan olehnya. Sebab ia lebih jujur dan ikhlas. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amiey. Dari dia aku bermula, dan dari dia juga aku akan tamatkannya.

Aku Bidan Terjun?

2 melody by friend
Cemas mulai mengusik perhatian kita bila kita terlampau memikirkan sesuatu itu sangat2. Dari cemas mula la rasa gugup, berdebar. Takut pada benda yang belum lagi bermula. Kata orang, kecemasan itu disebabkan oleh kurang rasa percaya pada diri sendiri. Untuk menyahkannya, hadapilah rasa cemas dengan tenang. Mungkin dalam rasa kalut itu, ada jalan.

Setiap perlakuan mesti ada kali pertama. macam aku mula kenal bagaimana untuk berjalan, pasti banyak kali aku terjatuh. Sama juga seperti kali pertama aku derma darah, cuba untuk mengatasi rasa fobia sampai berlaku masalah dengan aliran pada saluran darah hinggakan tiga nurse datang mengkerumi aku. Cuak. Tapi yang pertama itulah akan sentiasa jadi kayu aras untuk menjadi yang lebih baik kemudian hari. Dan hurm, malam pertama.

Jumaat lepas, ditugaskan untuk mengiringi sesi taklimat dengan dua lagi rakan kerja kepada sekumpulan pelajar dari IPTA pada mulanya bagi aku biasa. Sebab itu kali pertama aku terlibat dengan sesi seumpama ini dan hanya akan menjadi pemerhati. Bila tiba saat2 terakhir, dua rakan aku tadi ada yang ambil cuti dan seorang lagi perlu ke KL atas kes emergency. Dan bagi aku waktu tu. OMG. Cuak. Orang Senyap bagi taklimat yang durasinya 1 jam 1/2 ? Without no guideline and experience. Benci betul jadi bidan terjun ni.

Tapi Alhamdullillah, sesi aku petang itu berjalan dengan lancar. Sangat lancar. At least aku rasa student IPTA itu xde yang terpesong dengan isi penerangan aku. Aku rasa2 la. Haha. Sebabnya, soalan yang diajukan mereka, aku jawab berdasarkan knowledge selama 2 tahun aku disitu. Lucky that aku punya cukup bahan untuk sesi tersebut. Ah, lega. Dan rasa cuak sebelum ni macam dah hilang. Automatik jadi rasa suka. Hehe. Bagi sesiapa yang mahu buat research untuk company di bawah DRB-Hicom selepas ini, mana tahu boleh straight jumpa aku lepas ni. Hee. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Pengalaman mendewasakan fikiran.

Sunday, January 17, 2010

Aku Rehat Kamu

6 melody by friend
Ada burung berkicau, sedikit pun kicauannya tak sumbang. Sedikit pun suaranya tak mampu ditiru atau diperbaikkan. Ia sudah cukup cantik dan asli. Sekurang2nya itulah yang aku percaya, setiap cipataan itu unik dan punya seni serta bahasanya yang tersendiri.

Daunan hijau kekuningan di puncak pokok bergoyang2 mengikut arah angin yang bertiup sederhana kuat, tinggi dan ada ketika cahaya matahari tembus dibalik liang2 rimbunan daun terus menyimbah lantai bumi. Indah sangat, sungguh harmoni dan semuanya di luar kawalan aku. Betapa kadang2 membuatkan aku berfikir sama ada tanganku ini sebenarnya memelihara atau memusnahkan.

Kepul awan putih di dada langit macam dalam lukisan warna cat air yang terlebih basah, berbaris dan bergerak membentuk lapis2 nipis yang tenang. Seperti tadi, aku membiarkan batang tubuh aku ditampar lembut oleh angin yang dihembus sepoi2 bahasa. Menjamu mata dengan hidangan hijau yang begitu nyaman dan menghiburkan. Senyap dari tekanan, jauh dari hingar rusuh hati. Betapa firdausinya jika nikmat ini dapat distatikkan buat jarak masa yang lebih panjang.

Kelihatan alir air dari atas bukit mengalir deras jatuh ke atas batu2 besar di bawah hilir. Bunyi percikan kedengaran sangat segar sampai aku terdiam agak lama. Cuba untuk mengadun dan menikmati segenap suasana tenang di Kawasan Rekreasi itu. Terasa jarak dan jerih perjalanannya tadi terbayar dengan harga yang amat berbaloi dan bermakna.

Dan bila kamu menyatakan kesudian untuk menerima aku melangkah lebih jauh setapak ke hadapan. Aku berasa cukup senang walaupun pada mulanya fikiran aku berkecamuk sekiranya aku tersalah langkah mengilankan kamu. Sebab aku tahu hati dan hari2 kamu yang semalam. Kamu sentiasa menjadi rehatku dan aku akan cuba sedaya yang boleh menjadi rehatmu. Hurm. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Kekok sikit. Adeh.
 

Silent Melody Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template