sahabat Senyap

Friday, December 31, 2010

Lagi Kisah Muhammad Afiq Irfan

Bagi yang tidak kenal siapa Muhammad Afiq Irfan, biar aku kenalkan serba sedikit dengan empunya nama. Adik Afiq berusia empat tahun, anak ketiga daripada empat adik beradik. Anak kepada salah seorang pekerja di tempat aku bekerja. Adik Afiq boleh dikategorikan sebagai anak istimewa, di waktu usia semuda itu. Adik Afiq telah disahkan mengidap penyakit leukemia pada akhir November 2010 yang lepas.

Biar aku ceritakan serba sedikit perihal keluarga adik Afiq, ibunya seorang suri rumah, baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan awal Disember yang lepas. Afiq kini sudah punya seorang adik, dan dua orang kakak. Masing2 berusia lapan tahun dan sebelas tahun. Ayahnya pula seperti yang disebutkan sebelum ini, rakan satu tempat dengan aku. Ayahnya seorang operator dengan gaji bulanan yang agak sederhana.

Okey, berbalik kepada penyakit yang dihidapi oleh adik Afiq tadi. Kos pembedahan dianggarkan sebanyak RM 200,000 di Hospital Swasta, kos di Hospital Kerajaan diangarkan berjumlah RM 60,000. Hasil pemeriksaan kesihatan pihak doktor, tulang sum sum adik Afiq perlu dibuang bagi mengelakkan kemudaratan kemudian hari. Dan pembedahan harus dilakukan selewat2nya pada Februari 2011 ini.

Di sini masalah yang timbul. Siapa yang boleh menjadi penderma tulang sum2? Mengikut senarai menunggu, adik Afiq adalah orang yang entah keberapa ribu. Masalah masa. Kos yang agak tinggi. RM 60,000. Di mana ayah Afiq perlu tuju untuk dapatkan jumlah sebanyak itu dalam tempoh dua bulan? Juga masalah masa. Dua masalah. Penderma organ dan kos.

Memandangkan tiada penderma, kakak kepada adik Afiq yang berusia sebelas tahun itu perlu mendermakan tulang sum2nya kepada si adik. Okey, satu masalah sudah selesai. Tapi terlintas juga di fikiran aku, apa akan jadi pada si kakak bila dia mendermakan tulang sum2 nya lepas ini. Tahun depan sudah dua belas tahun. Akan menduduki peperiksaan UPSR. Peluang fifty2. Tapi sudah terpaksa.

Masalah kedua. Kos RM 60,000? Di sini aku mainkan peranan. Susulan daripada entri sebelum ini, ada beberapa Hamba Allah yang tunjukkan jalan. Terima kasih bagi yang membantu. Berikut rangka plan aku untuk adik Afiq setakat ini, dengan bantuan beberapa rakan.

- Kutipan derma kilat untuk dua hari sudah mencecah angka ribu. Alhamdulillah.
- Membenarkan cuti selama dua bulan (gaji penuh) kepada ayah adik Afiq untuk urusan membawa adik Adiq ulang alik ke Hospital untuk pemeriksaan kesihatan sebelum tarikh pembedahan. Status : Menunggu kelulusan.
- Usulkan permohonan kepada Kelab Sukan, alhamdulillah pihak Kelab sudi menyumbang sebanyak RM 3,000
- Usulkan permohonan kepada HQ menerusi Tabung Kebajikan Pekerja DRB Hicom. Menunggu hasil maklum balas.
- Rujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk permohonan Tabung Perubatan. Masih dalam proses negotiate.

Untuk yang membantu. Aku ucapkan terima kasih sangat2. Kepada yang menyumbang, insyaAllah ini tabung kita untuk saham akhirat. Buat pembaca, mohon sama2 kita panjatkan doa. Mudah2an semuanya berjalan lancar.

Akan update perkembangan terkini selepas ini. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Amiey. Tak sedar banyak yang aku tulis. Hehe.

1 comment:

M.AFIQ IRFAN said...

Kesiannya budak tu .Sama nama macam aku .Nama aku pun Muhammad Afiq Irfan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...