sahabat Senyap

Saturday, August 15, 2009

Monolog Jiwa

Kamus hati terisi padat dengan pelbagai hidangan perasaan yang mana ada yang kelat, manis, masam dan pahit. Rumusan perasaan membentuk fikiran. Aku petik sepotong kata2 Socrates, “Hanya orang yang halus perasaannya, keindahan dan rahsia alam ini dibukakan Tuhan baginya”. Bagaimana jiwa perasaan? Hurm, aku lebih senang menterjemahkannya dalam bentuk monolog.

Berjumpa, berkenalan, bercinta dan berpisah, itulah cerita sedih di hati manusia. Kegelapan mencemerlangkan bintang2, kesedihan mencermerlangkan manusia. Pada aku, saat paling sedih dalam hidup seseorang hanya bertandang sekali sahaja. Dan aku percaya, semua kita pernah punya detik kelam yang itu.

Sekejap kita ada pula rasa ‘benci’. Kebencian itu sama halnya dengan cinta, berkobar kerana hal2 kecil. Sudah menjadi adat manusia, mereka membenci orang yang pernah mereka sakiti. Kebencian adalah bunuh diri yang dihulur2. Kebencian adalah gilanya hati. Kebencian mencemari fikiran. Sungguh, membenci itu amat meletihkan. Dan benar, dua orang tidak akan saling membenci apabila kedua2nya mencintai Allah. Sebabnya, cahaya cinta membunuh semua kuman iri hati dan kebencian.

Bila langit mendung, lepas turunnya hujan pasti sinar suria datang menjengah. Daripada semua sifat yang baik, keriangan hati adalah sifat yang paling menguntungkan. Apabila kita riang dan puas, seluruh alam ikut tertawa bersama kita. Ada benarnya juga, keriangan dan kegembiraan hati itu adalah ubat daripada Tuhan. Sangat mudah beriang gembira apabila hidup berlangsung dengan lancar dan menyenangkan, laksana lagu yang merayu menawan hati.

Seperti kata2 ini, lebih baik sebuah pondok buluh yang penuh keriangan daripada sebuah istana yang penuh kemurungan. Andai kata ada neraka di dunia, maka neraka itu terdapat dalam hati orang yang murung. Murung, bukanlah perasaan jasmani yang kurang nyaman, melainkan penyakit fikiran.

Kata berlawanan bagi pencinta harmoni disebut ‘pesimis’. Pesimis adalah pembuangan kekuatan dan hukuman bagi orang yang tidak tahu bagaimana cara hendak hidup. Orang yang pesimis adalah orang yang berfikir setiap orang seburuk dia, oleh itu dia membenci semua orang. Tiada yang lebih sedih, lenyap riang, murung dan benci apabila anak2 muda sekarang menjadi pesimis. Senyum pada hidup. Pasti ia akan senyum kembali pada kita. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Suka aku dengan lagu Bencinta. Huhu. Go Faizal Go!

18 comments:

[z@ck] said...

pernah membenci kerana cinta..
=(

Orang Senyap said...

zack ::

saya pun sama jugak zack..

sakitnya sangat pedih.. hehe

aideeb said...

wah mmg monolog..xpaham lgsg aku ngan post nih...anyway..lagu bencinta mmg best..itu sentuju...

Orang Senyap said...

aideeb ::

eyh? xkan xfaham langsung? huhu
jerih otak saya karang tau monolog
nie.. adeyh..

erm2.. lagu faizal memang suma besh..

memang siot la dulu napa dia kena banded kan.. aduyai..

Att Ashburn said...

suka entry ni..buat saya fikir psl hidup sy jugak..
yup benda paling sedih itu dtg sekali je dlm hidup..
kita tak mahu pun die dtg 2 kali..

Che Adlia said...

cuba utk ignore benci yg ada dlm hati..cewah..
hehe

ZAF said...

SAME LA KITE NI.ORG SENYAP GAK TAPI BUAT2 BISING. SAYE XPAHAM SGT MONOLOG NI.XPELA, SAYE BACE JE...SALAM PERKENALAN

i'M nO oNe said...

tu nme nyer idup..huhu..=p

Orang Senyap said...

att ashburn ::

hidup nie banyak asam garam,

banyak cerita yang boleh diolah
dari kehidupan seharian..

cuma bercerita dari pemerhatian..
life is the way it is..

yang manis itu datangnya sedikit,
tapi yang pasti yang manis pada
hari yang kekal nanti datangnya
banyak.. kan? hehe

Orang Senyap said...

che adlia ::

rasa benci tue lebih baiknya dikikis terus
dari hati.. kan lia? hehe..

fill ur heart with love n care..
hik.. :-)

Orang Senyap said...

zaf ::

erm, thanks dropping ur comment zaf.
appreciate it..

senyap jugak ke? wah, dah jumpa dah
kroni kat sini.. hehe..

act entry nie saya ditulis macam nie,
nak lari sikit dari gaya tulis yang
santai.. n nak lebih serius..

tapi xpe, pasni dah xde dah entry
macam nie. eheh..

Orang Senyap said...

i'm no one ::

erm, yup..

thats what we call life..

so, just live with it.. hehe

s-o-f-e-e- said...

wah .. mendalam nye maksud .. sampai tak pham dibuat nye ... huhuhu .. takpek2 .. time kasih wat sy pkir psal hidup sy sndri..

lizz said...

nice entri kamu. lumrah manusia. andai Tuhan berikan sesuatu yg baik pada mereka, mereka gembira tetapi ada yang terlupa tunjuk syukur.

tapi, bila bala yang diturunkan Tuhan padanya atas dosa kelmarin, abis Tuhan dicerca. Kononnya, Tuhan itu kejam padanya.

itu hidup.huhuu

Orang Senyap said...

sofee ::

dah 3 orang dah comment xfaham
ngan entry nie.. huhu..

xpe2, pasni xtulis dah entry belit2
like this.

thanks dropping ur comment ya sofee..

Orang Senyap said...

lizz ::

setuju dengan kata2 awak lizz..
human nature sudah begitu, why ye?

ada jawapan?

complicated kan sifat manusia,
bukan kata pada orang lain, diri
nie pun kadang2 alpa..

haish, need to change..

I - s Y a said...

slamat berpuasa~

Orang Senyap said...

I - sya ::

Salam ramadhan untuk awak jugak.. ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...