sahabat Senyap

Saturday, June 26, 2010

Nipponggawa Taihen Omoshiroidesu

Ada masa aku sangat cemburu dengan rakan yang begitu fasih berbahasa Jepun. Lancar sahaja sebutan. Bila ditanya, sukar atau tidak untuk dipelajari. Kata mereka, sebenarnya ia sangat mudah. Betul? Ah. Tiada komen. Tapi yang aku maklum, awal bulan Julai, akan ada Kelas Bahasa Jepun di tempat sini.

Ada masa itu, aku geli hati bila mendengar cerita2 rakan yang pernah ke Negara Matahari Terbit sana. Kenangan berada di tempat orang. Sangat manis. Tentang makanan satu hal, adat, cara hidup yang asing. Waktu mandi perlu kongsi bilik air, dan the best part is. Dilarang memakai apa2 salinan. Ya, berbogel. Kau tengok aku, aku tengok kau. Haha. Ketawa besar aku waktu itu. Tapi kata mereka, itu pengalaman.

Ada juga ketika aku terpegun. Melihat keindahan di sana melalui foto2 yang dirakamkan rakan. Cantik. Hati berbisik. Sebab di sana ada empat musim. Musim sejuk, panas, bunga, luruh. Di Malaysia sini. Panas. Hujan. Panas. Hujan. Hujan. Hujan.. Dan ya. Em. Hujan. Tapi, aku suka hujan. Jadi, Malaysia tetap kejab di hati.

Yang aku tahu kini, sedikit masa nanti Negara Matahari Terbit itu akan menerima kunjungan sekali lagi. Ya, sikit sahaja masa lagi. Dan bila sampai masa itu, barangkali segala pengalaman yang diluahkan tadi akan menjadi pengalaman peribadi sendiri.

Insentifnya juga menarik, selain berpeluang berada di tempat orang. Kos pengangkutan, penginapan, segalanya ditaja. Bahkan gaji bulanan di Malaysia tetap berjalan macam biasa, malah pembayaran gaji bulanan di Jepun pula akan dibayar dengan mata wang Yen. Hum. Beberapa hari sahaja lagi. Tik Tok Tik Tok - Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Awek Jepun comel2. Hehe.

10 comments:

ada van de kamp said...

nk pergi jepun? wahhh best2!!
sy belajar bahasa jepun sem lepas.
menarik sgt. hehe.
semoga semua berjalan lancar utk awak. amin~

Orang Senyap said...

ada van de kamp ::

yeke? wah.. boleh la kita sama2
speak japanese nanti ya? hehe

ada van de kamp said...

boleh2. tp sy bljr sket je la. haha.
omoshiroi = interesting.
taihen plk? haa translate cpt. hehe

cheesy said...

arigato gozaimas!!!
sumimasen...

honto desuka???

keh3
bijak kan saya ckap jepun. haip!

Orang Senyap said...

ada van de kamp ::

alamak2.. haha

serius cakap, saya satu apa pun xtau lagi.. hehe

Orang Senyap said...

cheesy ::

thanks chessy.. macam2 bunyi nickname dia yer? ish3

aideeb said...

bahasa jepun yg paling simple dan bermakna ialah aishiteru..jumpa awek jepun yg kiut..sebut aishiteru..huhu..(mana tau dpt bwk balik sorang oyuki)..hihihi

ada van de kamp said...

tp aishiteru advance sgt.
org jepun kn pemalu nnt dia pengsan plk trkejut.
haha. ckp suki pn ok ;p

Orang Senyap said...

aideeb ::

aishiteru? means that 'i love you'

tapi kalo straight terus pegi cakap macam tue kat dia, xde ke besar kebarangkalian saya kena pelempang atau kena cop laki gatal?

hoh hoh.. xnak2

tapi e2la, kalo dpat sorang best gak. haha

Orang Senyap said...

ada van de kamp ::

amboi. ini nak ajar line mana patut saya guna ker? haha

suki tu apa maksudnye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...