sahabat Senyap

Saturday, September 11, 2010

Teman Yang Mendengar

Mata belum mampu dilelapkan walaupun tubuh agak kepenatan. Entah mengapa. Berbagai2 ingatan dan perasaan yang datang dan pergi bersilih ganti. Terasa iri juga melihat isi rumah yang lain sudah pulas lena dihanyutkan mimpi entah ke mana.

Selalunya apabila berhadapan masalah dan kebuntuan fikiran, dialah menjadi tempatnya mengadu. Tetapi mengingatkan malam sudah larut, hasrat itu dilupakan sahaja. Esok pagi perlu ke ofis, tidur mesti cukup. Barangkali teman merangkap pendengarnya yang baik itu juga sudah terlelap.

Sesekali bila bergelar teman, jadilah teman yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambilah masa untuk memahami hati dan perasaan teman, kerana dia juga seorang manusia. Dia juga rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan juga perlukan teman sebagai kekuatan.

Kita selalu melihat dia ketawa, tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak kesedihan di hatinya. Di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita langsung tidak tahu. Tetapi jika kita berada di kedudukannya, mungkin baru kita tahu.

‘Kekecewaan dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yang lebih bermakna. Kekalahan adalah iftitah kemenangan yang lebih akbar’

Sejak tadi, kalimat itu bersipongang berulang kali di dalam diri. Meniupkan kata2 yang entah dikutipnya daripada siapa setiap kali rasa duka cuba mengurung diri.

Musim bunga yang berpanjangan di dalam hati sudah berakhir, sudah menemui noktahnya. Lalu sekarang, tertanya2 juga dia musim apa pula yang bertapak di hati? Musim panas, musim luruh atau musim hujan?

Kosong.

Entah, dia sendiri tidak ada jawapan.

p/s : I’m Ami. Entri sebelum accident yang tidak Post.

2 comments:

[z@ck] said...

psst..sini tengah spring.. =)

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

sini hari2 panas hujan panas hujan..

cuba la turun salji sehari.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...