sahabat Senyap

Friday, October 15, 2010

Selamat Hari Lahir Mr Silent

Tempoh mati seseorang telah Tuhan tetapkan semasa di dalam rahim ibu. Maknanya, semakin hari, kian dekat kita menuju ketepatan itu. Jadi, semakin hari semakin pendek hidup kita. Ya, hari ini setapak lagi kita menghampiri kepada tarikh kematian. Ertinya, setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, ucapan sewajarnya bukanlah ‘selamat panjang umur’ tetapi ‘selamat pendek umur’. Ah, seram.

Kehidupan fana di dunia boleh diibarat seperti mengusahakan tanaman untuk tuaian bagi kelangsungan hidup yang baqa di akhirat. Kerana kematian di dunia hakikatnya untuk hidup kekal abadi di akhirat nanti. Di mana kita ditempatkan? Itu tepuk dada, tanya amalan.

Umur itu relatif sifatnya. Umur adalah putaran ukuran pada putaran bulan dan matahari yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat. Panjang atau pendek umur itu bukan satu ukuran, yang penting kualiti bukannya kuantiti. Juga bukan pada ukuran zahir tetapi lebih kepada nilai maknawi.

‘Selamat hari lahir, semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kamu, cepat dipertemukan jodoh dan selamat panjang umur’

Antara ucapan ringkas yang diterima dalam kantung Inbox sempena hari ulang tahun kelahiran pada 12 Oktober lalu. Terima kasih juga kepada rakan blogger yang sampaikan ucapan menerusi laman Facebook.

‘Selamat panjang umur’. Jika dilihat dari perspektif lain ia boleh juga disamakan sebagai selamat menambah ilmu, selamat mengeratkan silaturrahim, selamat beramal, selamat menambahkan sedekah, selamat mencambahkan rasa takut pada Allah. Dan ya, selamat menjadi lebih tua. Eh tak2, selamat menjadi lebih matang. Hehe. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Hadiah yang paling manis tahun ini bila dot dot dot. Hehe, rahsia.

2 comments:

aku dan hidupku.. said...

selamat ari jadi...

Orang Senyap said...

aku dan hidupku ::

ya.. haha. dah tambah lagi satu angka dalam kiraan umur.. alahai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...