sahabat Senyap

Friday, October 15, 2010

Umur Hanya Pinjaman

Panjang pendek umur manusia tidak sama. Kita datang ke dunia ibarat menaiki bas dengan destinasi yang berbeza. Tidak semestinya yang naik dahulu akan turun dahulu. Begitulah juga sebaliknya. Tidak semestinya yang naik kemudian akan turun kemudian. Ada masanya yang naik dahulu akan turun kemudian dan ada yang naik kemudian akan turun terlebih dahulu.

Masih dapat hidup adalah nikmat yang luar biasa. Sayangnya, jarang2 manusia mensyukurinya. Mereka menganggap hidup adalah nikmat yang biasa2. justeru, ramai yang tidak berterima kasih kerana masih dihidupkan.

Dapat bangun daripada tidur dan hidup lagi pada hari berikutnya wajib bagi kita untuk panjatkan rasa syukur. Ini kerana tidur itu hakikatnya separuh daripada kematian. Berapa ramai manusia yang tidur pada malamnya, terus tidak bangun2 lagi kerana ajalnya telah sampai.

Namun, cara mensyukuri nikmat hidup tidak cukup sekadar membaca doa sahaja. Tetapi apa yang lebih penting adalah menggunakan nikmat hidup selaras dengan tujuan Allah menghidupkan kita. Jadi gunakanlah hidup untuk menunaikan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.

Sekadar untuk memperingati diri. Umur makin lama makin pendek. Buat kenalan yang boleh aku anggap saudara dekat. Semoga kamu berada di kalangan orang2 yang beriman. Kamu orang yang baik. Terkilan juga aku bila kamu masih hidup, aku tidak sempat untuk menziarah ketika kamu di Hospital. Dan hari ini, kamu sudah meninggal dunia. Hurm. Al fatihah buat arwah.

p/s : I’m Emi. T_T

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...