sahabat Senyap

Saturday, April 17, 2010

Cerita Kedai Kopi

Mereka kata mereka dalam dilema. Lihat saja kerutan dan cara mereka menghadapi tekanan sudah menjelaskan semua. Bagi yang tidak tahan mula ambil keputusan untuk tarik diri, sebab kata mereka sekarang dah tak sama macam dulu. Sekarang dah makin berserabut impak dari salah pencaturan dan pimpinan orang atasan. Buat kerja makin tak tenang, mudah dihinggap stress. Dah tak seronok.

Ya. Bukan semua yang boleh terima perubahan. Bagi mereka yang lama, sudah selesa dengan keadaan sedia ada. Perubahan yang sedikit pasti akan ada yang melenting. Bukan hendak mengata, tapi ini realiti bila bekerja dengan sebuah Syarikat yang dihuni oleh majoritinya Melayu. Budaya pointing finger, PHD, mengumpat, xsenang lihat orang senang, lebih mengagungkan pengampu, cukup pesimis jika ada sedikit perubahan. Semua2 ini aku lihat, aku dengar, aku hadap hari2. Dah lali sangat.

Bagi aku. Hum. Salah satu Deskripsi Kerja Seksyen IR adalah mengendali situasi Grievances. Grievances ini lebih kurang pekerja boleh meluahkan rasa tak puas hati, berkongsi masalah kerja atau jadikan aku sebagai orang tengah diantara pekerja dan pihak pengurusan. Tugas aku simple, sekadar menjadi pendengar dan beri buah pandangan berdasarkan Polisi dan Prosedur Syarikat. Kadang2 gunakan Akta Kerja sebagai panduan. Sekiranya ada pekerja yang punya rekod disiplin, aku panggil untuk sesi kaunseling. Semua maklumat P&C.

Kadang2 tu lahir jugak rasa rendah diri. Siapa aku ni untuk beri nasihat. Layak sangat ke aku. Ntah la. Aku sendiri anggap aku masih tak layak. Aku sendiri pun tak betul sangat. Cuma buat atas tuntutan kerja. Terus terang, aku takut. Takut sangat. Sebab ilmu masih tak cukup.

Dan bila aku pula yang punya masalah sekarang. Siapa pula yang patut aku tuju. Semalam, terima kasih buat adik angkat sebab sudi temankan. Thanks. Abang hargai sangat2! Em.. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amie. Hari ahad, cuti minggu. Tapi kena datang Ofis pulak buat 5S. Ish.

Friday, April 16, 2010

Back To Basic

Tercampak di dalam mainan emosi betul2 sangat meletihkan. Bila emosi berkecamuk, pandangan mata mula mencerun dengan rasa benci. Marah dengan apa yang berlaku. Dengan rutin kerja sehari2, rasa tertekan makin berlipat bila perkara yang aku takut berlaku akhirnya terzahir menjadi realiti. Waktu ini kalau sesiapa yang datang tegur, pasti penuh dengan hamburan kesat yang pasti aku akan sesal seminit kemudian. Jadi, jangan tegur aku waktu ini!

Entah lah. Selalu bila aku fikirkan tentang masa depan dan di mana aku berdiri dan segala kemungkinan yang boleh berlaku, aku jadi takut. Being afraid to love and being afraid to get hurt. Menetapkan harapan yang melangit. Sentiasa memikirkan apa kesalahan yang mungkin aku lakukan esok dan keliru akan apa yang masih tidak aku lakukan sekarang bagi memastikan semuanya pulih semula. Pastikan semua kembali baik. Kadang2, bila semuanya jadi berkecamuk, kucar kacir. Aku rasakan hidup ini sangat susah. Yang kehidupan waktu dewasa itu amat menyakitkan. Hah.

Jadi kadang2 Allah ingatkan kita balik, usah sedih2. Sentiasa berprasangka baik, jangan simpan dendam tapi selalu buat baik pada orang tanpa harapkan balasan. InsyaAllah Dia akan tolong kita. Buat kerja kita sungguh2 dan sabar, sabar dan sabar. InsyaAllah Dia akan perkenankan doa kita di waktu kita tak sangka dan ketika kita sangat memerlukannya. Buat baik dibalas baik. Kan? Allah dah pesan itu dan Dia maksudkannya sungguh2. Allah maha pengasih lagi maha penyayang.

Aku cuba untuk redha atas apa yang berlaku. InsyaAllah, masa akan jadi ubat aku lepas ini. Kawan2, Ibu akan jadi antibiotik mengubat sakit aku. Doakan aku. Sebab aku tak sekuat mana. Tutup buku. Masa untuk buka buku baru.
p/s : I'm Emi. Guna gambar. Lalalala ~~~ Exposed. Hehehe. Pejam mata ye.

Sunday, April 11, 2010

Status Baru Kamu

Alhamdullillah, syukur semuanya selamat. Walau kadang2 aku masih tak percaya. Tapi aku tahu ini betul2 berlaku. Dan berita gembira ini, berita gembira kamu. Aku tumpang sama berkongsi suka. Turut sama tersenyum ceria. Tahniah.

Macam dalam senaskah cerita. Ada pecahan2 plot yang menjadi kerangka, watak2 jadi nadi pada isi skrip. Ada watak utama yang terus berkembang, ada watak kecil yang hanya laku sebagai penyeri sinopsis. Dan dalam cerita ini, kamu lebih dulu mendahului aku walaupun kita bermula di garisan yang sama.

Melihat perkembanganmu buatkan aku menilik di mana aku. Menyedari kamu telah jauh melangkah meninggalkan ku buatkan aku mengira derapan tapak aku sekarang sudah sampai ke mana. Tapi aku gembira dengan kamu. Sebab kamu pernah menjadi sebahagian dari hari2 aku yang dulu. Dan aku bangga sahabat karib, rapat akrab aku itu kini sudah mencapai satu lagi status baru. Bergelar ibu.

Sebab aku tahu kamu akan kunjung sini. Jadi jika kamu baca ini. Kamu tahu yang aku gembira untuk kamu. Tahniah Montel.. Heh, peace!

p/s : I’m Amie. Miracle kan.. Satu nyawa baru. Hurm.. Buatkan aku terdiam.. Lama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...