sahabat Senyap

Saturday, April 17, 2010

Cerita Kedai Kopi

Mereka kata mereka dalam dilema. Lihat saja kerutan dan cara mereka menghadapi tekanan sudah menjelaskan semua. Bagi yang tidak tahan mula ambil keputusan untuk tarik diri, sebab kata mereka sekarang dah tak sama macam dulu. Sekarang dah makin berserabut impak dari salah pencaturan dan pimpinan orang atasan. Buat kerja makin tak tenang, mudah dihinggap stress. Dah tak seronok.

Ya. Bukan semua yang boleh terima perubahan. Bagi mereka yang lama, sudah selesa dengan keadaan sedia ada. Perubahan yang sedikit pasti akan ada yang melenting. Bukan hendak mengata, tapi ini realiti bila bekerja dengan sebuah Syarikat yang dihuni oleh majoritinya Melayu. Budaya pointing finger, PHD, mengumpat, xsenang lihat orang senang, lebih mengagungkan pengampu, cukup pesimis jika ada sedikit perubahan. Semua2 ini aku lihat, aku dengar, aku hadap hari2. Dah lali sangat.

Bagi aku. Hum. Salah satu Deskripsi Kerja Seksyen IR adalah mengendali situasi Grievances. Grievances ini lebih kurang pekerja boleh meluahkan rasa tak puas hati, berkongsi masalah kerja atau jadikan aku sebagai orang tengah diantara pekerja dan pihak pengurusan. Tugas aku simple, sekadar menjadi pendengar dan beri buah pandangan berdasarkan Polisi dan Prosedur Syarikat. Kadang2 gunakan Akta Kerja sebagai panduan. Sekiranya ada pekerja yang punya rekod disiplin, aku panggil untuk sesi kaunseling. Semua maklumat P&C.

Kadang2 tu lahir jugak rasa rendah diri. Siapa aku ni untuk beri nasihat. Layak sangat ke aku. Ntah la. Aku sendiri anggap aku masih tak layak. Aku sendiri pun tak betul sangat. Cuma buat atas tuntutan kerja. Terus terang, aku takut. Takut sangat. Sebab ilmu masih tak cukup.

Dan bila aku pula yang punya masalah sekarang. Siapa pula yang patut aku tuju. Semalam, terima kasih buat adik angkat sebab sudi temankan. Thanks. Abang hargai sangat2! Em.. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amie. Hari ahad, cuti minggu. Tapi kena datang Ofis pulak buat 5S. Ish.

7 comments:

yanamib said...

err u boleh jd kaunselor utk dgr masalah org dlm company??interestinggggg~
nk dgr my prob??hehe..
tp serius ni -_-

ada van de kamp said...

thx, ur reply makes me feel so welcome here. :)

btw, superman = kaunselor. so if kaunselor yg bermasalah mcm mana?

Qaish Nur Mikhael said...

yana mib ::

erm, boleh dikatakan macam tue.. hehe..

people can grab me whereever there want kalo nak story dorang punya prob.. kalo saya boleh bantu bagi pihak pengurusan, saya tolong la..

boring kan job macam nie.. haha :-)

eyh? ada masalah yer..

kalo xkisah, boleh la share ngan saya..

Qaish Nur Mikhael said...

ada van de kamp ::

sapa2 yang sudi dropped their comment kat sini r soo2 welcOme here.. :-)

thanks sebab ikut blog saya yer..

hurm, kaunselor terus melekat kat saya.. e2la kan manusia nie memang xkan lari dari ada masalah..

kalo saya ada masalah, selalunya cuma pendam jer. heh. erm, slalo kawan2 terdekat la yang bantu.

aideeb said...

oowh saya suka lagu cerita kedai kopi...

Qaish Nur Mikhael said...

aideeb ::

ish deeb, kau nie..

punya la panjang isi entry, dekat part 'Tajuk' tue jugak yang dia komen..

haha

Anonymous said...

saling mengingati dan menasihati ke arah kebaikan tu, sifat yg ptt de dlm diri seorg muslim..so jgn takut nk voice out ur opinion and tegur org if u rasa bende tu betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...