sahabat Senyap

Sunday, April 11, 2010

Status Baru Kamu

Alhamdullillah, syukur semuanya selamat. Walau kadang2 aku masih tak percaya. Tapi aku tahu ini betul2 berlaku. Dan berita gembira ini, berita gembira kamu. Aku tumpang sama berkongsi suka. Turut sama tersenyum ceria. Tahniah.

Macam dalam senaskah cerita. Ada pecahan2 plot yang menjadi kerangka, watak2 jadi nadi pada isi skrip. Ada watak utama yang terus berkembang, ada watak kecil yang hanya laku sebagai penyeri sinopsis. Dan dalam cerita ini, kamu lebih dulu mendahului aku walaupun kita bermula di garisan yang sama.

Melihat perkembanganmu buatkan aku menilik di mana aku. Menyedari kamu telah jauh melangkah meninggalkan ku buatkan aku mengira derapan tapak aku sekarang sudah sampai ke mana. Tapi aku gembira dengan kamu. Sebab kamu pernah menjadi sebahagian dari hari2 aku yang dulu. Dan aku bangga sahabat karib, rapat akrab aku itu kini sudah mencapai satu lagi status baru. Bergelar ibu.

Sebab aku tahu kamu akan kunjung sini. Jadi jika kamu baca ini. Kamu tahu yang aku gembira untuk kamu. Tahniah Montel.. Heh, peace!

p/s : I’m Amie. Miracle kan.. Satu nyawa baru. Hurm.. Buatkan aku terdiam.. Lama.

6 comments:

ahsfantasy24 said...

comelny baby!!!
tahniah~
=))

reen_sofee said...

comey ngat dia neh!!! ^^
satu nyawa yg pada sesetengah 'manusia' tak dek makne ape ape pon!
satu nyawa yg pada sesetengah 'manusia' boleh dicampak merata rata.
ouh.
satu nyawa yg pada sesetengah 'manusia' tuh umpama anak patung yg tak ade harge!

Adila Ady said...

jadi bila kita nak buat anak ni...?

hehehhe

[z@ck] said...

so cute..
=)

y@n@ M!B said...

ololo tomey..congratz!

Orang Senyap said...

ahsfantasy24 ::

terima kasih.. sangat2..

a'ah. comel kan? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...