sahabat Senyap

Sunday, June 27, 2010

Rindu Lekas Bersemarak

Kedukaan itu sedikit berkurangan, tapi aku pasti ia akan datang kembali. Keluh kesah begini, sering datang dan pergi. Kadangkala terasa juga mahu menyumpah seranah, malah sesekali terdetik juga rasa sesal lantaran terlanjur menjalin tautan hati dan mengimpikan hari bahagia.

Tapi aku harus sedar, itu karat mazmumah yang masih berkarat di jiwa. Sebagai seorang muslim, aku wajib yakin, segala2nya ditentukan Allah. Mulai sekarang aku mesti belajar menerima hakikat pertemuan dan perpisahan. Ada hikmahnya, ada rahsianya. Cuma manusia kadangkala menjadi tidak sabar dan sering bertindak menurut nafsu dan perasaan. Aku menggenggam kata2 itu. Malah tiada sekelumit pun rasa dendam dan sakit hati yang tersisa. Namun, fitrah manusia adakalanya tewas dengan pukulan perasaan.

Ada rasa pilu melonjak2. Ada sendu yang meronta2 mahu keluar. Ada ngilu yang menujah2 kalbu. Namun aku cuba bertahan dan lekas mewajarkan; ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Hati, tabahlah. Fitrah, sabarlah.

Pergi kamu pergi. Pergilah sejauh2nya. Perlu apa lagi singgah, jika persinggahan hanya sekadar menyakiti. Ini keputusan kamu. Kadang2, bila diimbas semula. Ia semuanya atas keputusan kamu. Hum. Cukuplah. Sudahlah.

p/s : I’m Amie. Alahai. Aduhai. Aduyai.

Saturday, June 26, 2010

Nipponggawa Taihen Omoshiroidesu

Ada masa aku sangat cemburu dengan rakan yang begitu fasih berbahasa Jepun. Lancar sahaja sebutan. Bila ditanya, sukar atau tidak untuk dipelajari. Kata mereka, sebenarnya ia sangat mudah. Betul? Ah. Tiada komen. Tapi yang aku maklum, awal bulan Julai, akan ada Kelas Bahasa Jepun di tempat sini.

Ada masa itu, aku geli hati bila mendengar cerita2 rakan yang pernah ke Negara Matahari Terbit sana. Kenangan berada di tempat orang. Sangat manis. Tentang makanan satu hal, adat, cara hidup yang asing. Waktu mandi perlu kongsi bilik air, dan the best part is. Dilarang memakai apa2 salinan. Ya, berbogel. Kau tengok aku, aku tengok kau. Haha. Ketawa besar aku waktu itu. Tapi kata mereka, itu pengalaman.

Ada juga ketika aku terpegun. Melihat keindahan di sana melalui foto2 yang dirakamkan rakan. Cantik. Hati berbisik. Sebab di sana ada empat musim. Musim sejuk, panas, bunga, luruh. Di Malaysia sini. Panas. Hujan. Panas. Hujan. Hujan. Hujan.. Dan ya. Em. Hujan. Tapi, aku suka hujan. Jadi, Malaysia tetap kejab di hati.

Yang aku tahu kini, sedikit masa nanti Negara Matahari Terbit itu akan menerima kunjungan sekali lagi. Ya, sikit sahaja masa lagi. Dan bila sampai masa itu, barangkali segala pengalaman yang diluahkan tadi akan menjadi pengalaman peribadi sendiri.

Insentifnya juga menarik, selain berpeluang berada di tempat orang. Kos pengangkutan, penginapan, segalanya ditaja. Bahkan gaji bulanan di Malaysia tetap berjalan macam biasa, malah pembayaran gaji bulanan di Jepun pula akan dibayar dengan mata wang Yen. Hum. Beberapa hari sahaja lagi. Tik Tok Tik Tok - Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Awek Jepun comel2. Hehe.

Besarnya Makna Doa Yang Kita Lupakan

Tuhanku, ampuni aku. Sayangi aku. Tutuplah aib2ku. Angkatlah darjatku. Berilah aku rezeki. Berilah aku petunjuk. Sihatkan aku. Maafkan aku.

Tanpa sedar. Setiap hari kita memohonnya di dalam solat. Tapi sayang, kita hanya memohon tanpa memahami apa erti maksudnya.. Sekadar terluah di bait bibir, namun tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Ketika duduk di antara dua sujud semasa solat.. Hayatilah. Fahami bisik doa itu. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah.

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diam sejenak. Buka dada dan diri untuk menerima ampunan dari Allah. Seperti kita membuka diri ketika merasakan angin sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian, sampaikanlah permintaan kedua.

Warhamni (Sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita luas2 agar semakin banyak kasih sayang Allah yang tak terhitung besarnya itu tumpah. Biar meruah.

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut2 sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (Angkatlah darjatku)

Wahdinii (Berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (Sihatkan aku)

Wa’fuannii (Maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak. Lalu panjatkan rasa syukur. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini.. Sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak sedar selama ini kita seperti sedang berpura2 memohon sesuatu, tetapi hati? Antara tidak dan mahu. Pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Ya Allah. Sedarkanlah kami yang selalu lupa dan alpa ini. Ampunkanlah dosa kami. Sempurnakanlah doa kami.. Ameen..

Salam ukhwah dari Senyap.

p/s : I’m Amie. Sharing is Caring.

Sembang Kosong

Sekilas aku pandang jam tangan jenama Casio di lengan kiri. Ah, baru 1.23 petang. Waktu ini, aku dan teman yang lain akan berkumpul di meja Kafeteria. Selalunya, waktu tengahari begini, aku hanya ambil buah2an sebagai kudapan dan segelas air. Itu sudah memadai.

Di meja itu, semuanya teman satu Divisyen. Divisyen Sumber Manusia. Masa inilah kami sempat hendak berkumpul pun. Ada Lieza dari Bahagian Training, Rosdi dan Dina dari Admin, aku dari Industrial Relation dan dua pelajar praktikal. Siti dan Syeila. Waktu ini Hayati tiada. Puasa katanya. Hayati di Bahagian Manpower & Recruitment. Um, rakan satu kuliah aku dulu. Tak sangka kami kini rakan sekerja. Em. Dunia ini sederhana kecil.

Sedang kami rancak berbual, bertelagah ketawa. Encik Azhar datang. Bercerita dengan orang yang lebih emas ini bagi kami amat bermakna. Sebab mereka kaya dengan pengalaman. Sedikit hendak dikongsi, berkenaan projek sampingan beliau.

Bermula dengan membeli dua kereta secara ansurans, dia jadikan sebagai kereta sewa. Dari situ, dia kini dapat buka perniagaan menjual pakaian Muslim dan beberapa cabang perniagaan lagi. Dari perniagaan sedia ada, diperluaskan dengan memasarkannya secara online. Hasilnya. Fuh. Cemburu amat kami. Pelanggannya bukan sahaja di Malaysia, malah menjangkau ke luar Negara yang membuat tempahan.

Beliau juga merupakan peminat Matematik dan Fizik. Jika ada masa terluang, dia akan menjawab soalan2 matematik tahun2 lepas. Dari hobi itu, ada Sekolah2 yang mula meminta beliau merangka dan buat soalan peperiksaan pelajar2 menengah rendah. Satu kertas soalan sama dengan empat digit bayaran. Ah, jeles gila kami. Beritahu dia, selepas ini dia akan buka satu pusat Tuisyen pula. InsyaAllah.

Minat, berani dan tekal menanggung risiko. Itu yang dapat aku rumuskan. Yang aku jelas selepas itu, masing2 kami sudah mula merangka sesuatu. Hum.

p/s : I’m Amih. Orang Senyap Empire. Nama dah ada. Hehe. Angan2.

Sunday, June 20, 2010

Sabar Ya Auni Tenang Ya Ummi

Aku mencoret beberapa nota ringkas di halaman buku diari yang aku guna sebagai rujukan ‘to do list’. Sekejap sahaja penuh satu helaian dengan lakaran pena yang dicernakan. Pada perkataan ‘Tabung’, aku gariskan beberapa kali dan kemudian bulatkan. Menandakan itu fokus aku. Itu yang aku titik beratkan buat masa sekarang.

Pagi tadi sempat juga aku adakan sesi perbincangan bersama Setiausaha Kesatuan Pekerja. Banyak yang aku belajar dan banyak juga idea serta permasalahan yang disuarakan. Yang mana ia lebih tertumpu kepada kebajikan pekerja. Sepanjang sesi itu, dapat aku simpulkan ‘aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada, sebab xsemuanya bernasib baik seperti aku’.

Awal Jun, meja aku ada menerima beberapa kes. Enam kes secara tepatnya. Semuanya berkenaan penyakit kronik. Ada yang menghidapi jantung berlubang, patah tulang belakang, penyakit ganjil. Tapi yang buat aku tersentuh, adik Auni. Adik Ummi. Masing2 berumur satu tahun dan tiga tahun. Adik kecil yang masih belum kenal apa itu dunia, menghidapi sakit yang bagi aku sangat kasihan. Sabar ya Auni, tenang ya Ummi. Abang usahakan. InsyaAllah.

Dalam bulan ini juga, ada aku berkunjung ke rumah pekerja2 yang terlibat dengan banjir. Bila melihat kelibat aku, mereka senyum. Walaupun dengan keadaan rumah yang terjejas, kerosakan peralatan rumah. Tapi mereka masih mampu tersenyum. Allah sayang kalian, sebab itu Dia duga.

Sekali lagi, satu garisan aku caritkan di bawah perkataan ‘Tabung’. Walaupun ini boleh diwartakan sebagai khidmat komuniti, aku teruja. Bila satu2 bantuan diterima mereka, kemudiannya dengan seulas senyum dan mengucapkan ‘Terima Kasih Encik Zam’. Yup. Bagi aku ia sudah sangat berbaloi dan aku amat puas. Erm, okey. Sambung kerja.

p/s : I’m Emi. Sedang meneliti Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Urgh. Berpinar mata.

Bila Kaum Adam Shopping Untuk Perempuan

Awal bulan hadapan hari istimewa adik. Adik perempuan abang. Adik abang yang bijak, yang kelakar, kuat makan dan sangat talkative. Adik pun kenal abang kan? Sangat ‘pemalu’ dan ‘pendiam’. Heh. Tapi untuk hari istimewa adik nanti, abang ketepikan semua tu.

Semalam sempat abang keluar menjamu mata di kedai cenderahati dan barangan wanita. Mencari apa hadiah kecil yang boleh abang beri. Apa yang sesuai. Walaupun ada mata2 yang perhatikan abang, abang buat xkisah. Tapi sudahnya hampir dua jam abang di situ. Sungguh, abang xreti nak beli barangan wanita ni. Janggal sangat. Urgh. Susah macam ni.

Kasut? Hurm, kekok pulak kalau abang yang testing kasut kat situ. Perfume? Em, tapi tak tahu adik suka wangian yang macam mana. Beg tangan? Ah, sangat jambu plak bila abang pilih2 beg tangan tadi. Undie? Bra? Tapi xtahu saiz. Oh. No. No. No. Merepek2. Full Stop!

‘Beli untuk girlfriend ke?’

Eh?

‘Eh tak, saya tengok2 jer.’ Gugup. Oh, Salesgirl.

‘Boleh pilihkan untuk saya? It’s for my sister.’ Senang cerita.

p/s : I’m Amie. Terbang RM 150++. Haish.

Saturday, June 05, 2010

Sederhana Tapi Bermakna


Don’t just have career or academic goals. Set goals to give you a balanced, successful life. I use the word balanced before successful. Balanced means ensuring your health, relationships, mental peace are all in good order. There is no point of getting a promotion on the day of your breakup. There is no fun in driving a car if your back hurts. Shopping is not enjoyable if your mind is full of tensions.

Life is one of those races in nursery school where you have to run with a marble in a spoon kept in your mouth. If the marble falls, there is no point coming first. Same is with life where health and relationship are the marble. Your striving is only worth it if there is harmony in your life. Else, you may achieve the success, but this spark, this feeling of being excited and alive, will start to die.

One thing about nurturing the spark – don’t take life seriously. Life is not meant to be taken seriously, as we are really temporary here. We are like a pre-paid card with limited validity. If we are lucky, we may last another 50 years. And 50 years is just 2,500 weekends. Do we really need to get so worked up?

Its ok, bunk a few classes, scoring low in couple of paper, goof up a few interview, take leave from work, enjoy with your friend, fall in love, little fights with your loved Ones. We are people, not programmed devices.

Don’t be serious, be sincere.

p/s : I’m Amiey. Kita manusia, jadi semuanya mesti bersungguh2 dengan seimbang. Sederhana, tapi bermakna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...