“..You jangan risau pasal rumah, segala kos penginapan kami tanggung. Makan minum kami jaga. Hujung bulan juga ada elaun. Itu komputer riba juga kami bagi percuma. Tugas you mudah saja, cuma ikut apa garis panduan yang kami tetapkan. Pasal duit you jangan risau.”
Haha. Lain benar saja bunyi dialog. Tapi itu yang dia ungkapkan bila berbual dengan seseorang di hujung talian sebentar tadi. Sambil tangan kanan menulis nama2 yang sudah pasti, dia mendail nombor kenalannya yang lain pula. Topik perbualan yang sama.
Masih lagi mencari calon untuk diberi tajaan pendidikan selama tiga tahun. Pelik juga kadang2, bila pihak Pengurusan membuka ruang peluang untuk belajar dengan ditaja sepenuhnya. Hanya segelintir yang memohon. Sepatutnya, peluang begini yang harus direbut. Sekarang, tidak pasal2 waktu bercuti pun perlu datang ke ofis untuk mencari calon untuk beberapa kekosongan.
Sekadar untuk berkongsi, DRB Hicom kini baru melancarkan penubuhan sebuah Pusat Pendidikan di Pekan, Pahang. Terbuka kepada semua pekerja di bawah subsidiari DRB Hicom. Insentifnya juga menarik, selain yuran Pendidikan, penginapan, komputer riba yang ditaja sepenuhnya. Pekerja turut diberi elaun setiap bulan selain gaji bulanan dibayar seperti biasa. Cool kan?
Permohonan kini dibuka kepada orang luar yang berminat. Insentif yang sama dan akan ditawarkan peluang pekerjaan di bawah mana2 subsidiari selepas tamat belajar. Hurm. Siapa kat sini nak ditaja? Hehe. Peace dari Senyap.
p/s : I’m Emi. Tak pernah taja orang. Eh, kejap. Ada kot, Eh, yeke. Tak3.
Budak2 : Assalamualaikum, kami mai nak beraya. Tapi xmau masuk dalam rumah dah.
Emi : W’salam. Xmau masuk? Okey, kalau xmau masuk Abang bagi duit raya seposen, kalau masuk rumah Abang bagi 50 sen.
Semua anak2 kecil tadi mula berpusu masuk menghala ke ruang tamu.
Budak2 : Abang, kami nak pegi beraya dekat rumah lain lagi. Xmau makan apa2.
Emi : Xmau makan? Okey, kalau xmau makan Abang bagi duit raya 50 sen, kalau makan Abang bagi seorang Seringgit. Nak yang mana?
Semua anak2 kecil tadi terus menghala ke meja makan. Yup. Tengah makan. Ada juga yang masukkan kuih dalam saku Baju Melayu. Alahai, comelnya.
p/s : I’m Emi. Foto di atas Iswanndi. My adik bongsu..
Aku tersenyum payah. Ketara tidak berdaya. Bukan dibuat2. Tenaga memangnya menyusut. Terkial2 tadi ketika hendak melakukan tugas yang mudah sekalipun, menyarung baju sahaja hampir sepuluh minit. Itu belum disentuh lagi waktu mandi. Menjerit dalam diam menahan pedih bila air mencecah pada kesan luka.
Ini kali ketiga aku ditimpa kemalangan. Semuanya akibat dilanggar orang. Seperti kali ini, dilanggar kereta dari arah belakang. Kesannya, tangan kiri terpaksa memakai anduh, sendi pergelangan tangan dan bahagian siku terhentak kuat. Lengan kanan disagat jalan tar sehingga tampak isi. Kaki dan lutut kiri turut terhentak sehingga bengkak. MasyaAllah, sakit sangat.
Tapi Alhamdullillah. Syukur. Tiada anggota yang patah atau retak. Terima kasih juga pada rakan yang datang melawat, yang selalu tanya khabar. Yang tak jemu pesan ‘Jangan lupa makan ubat ikut masa’, ‘rajinkan diri cuci luka’, ‘jangan banyak bergerak’. Terima kasih.
Salah satu cara untuk menyembuhkan sakit ialah mengharap supaya ia lekas sembuh dan tidak selalu memikirkannya. Oleh sebab itu juga, walaupun dalam keadaan kehencut2 hendak berjalan, itu bukan penghalang untuk aku untuk keluar beraya. Yang penting gembirakan hati. Sebabnya.
Gembira itu adalah penggerak utama kepada kesihatan dan ia merupakan sahabat karib minda sebagaimana karibnya ia dengan tubuh badan. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab moral dan agama, sebab kesihatan merupakan asas kepada segala kebaikan sosial. Kita tidak lagi berguna kalau tidak sihat.
Jadi mulakan dengan senyum ringkas dan jangan lupa untuk gembira. Hehe. Peace dari Senyap.
p/s : I’m Amie. Semoga awak lekas sihat.
Mata belum mampu dilelapkan walaupun tubuh agak kepenatan. Entah mengapa. Berbagai2 ingatan dan perasaan yang datang dan pergi bersilih ganti. Terasa iri juga melihat isi rumah yang lain sudah pulas lena dihanyutkan mimpi entah ke mana.Selalunya apabila berhadapan masalah dan kebuntuan fikiran, dialah menjadi tempatnya mengadu. Tetapi mengingatkan malam sudah larut, hasrat itu dilupakan sahaja. Esok pagi perlu ke ofis, tidur mesti cukup. Barangkali teman merangkap pendengarnya yang baik itu juga sudah terlelap.Sesekali bila bergelar teman, jadilah teman yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambilah masa untuk memahami hati dan perasaan teman, kerana dia juga seorang manusia. Dia juga rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan juga perlukan teman sebagai kekuatan. Kita selalu melihat dia ketawa, tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak kesedihan di hatinya. Di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita langsung tidak tahu. Tetapi jika kita berada di kedudukannya, mungkin baru kita tahu.‘Kekecewaan dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yang lebih bermakna. Kekalahan adalah iftitah kemenangan yang lebih akbar’Sejak tadi, kalimat itu bersipongang berulang kali di dalam diri. Meniupkan kata2 yang entah dikutipnya daripada siapa setiap kali rasa duka cuba mengurung diri. Musim bunga yang berpanjangan di dalam hati sudah berakhir, sudah menemui noktahnya. Lalu sekarang, tertanya2 juga dia musim apa pula yang bertapak di hati? Musim panas, musim luruh atau musim hujan?Kosong.Entah, dia sendiri tidak ada jawapan.p/s : I’m Ami. Entri sebelum accident yang tidak Post.
Resah makin panjang. Ketakutan sesekali menyerang. Keyakinan kadang2 hilang. Igauan2 indah semalam enak mentertawakan pada hari kelam. Pandangan terus jatuh kusam. Jadi suram. Terus diri ubah diam.Bila gelap, mata mencari cahaya dimana2. Tergapai biar cahaya dapat capai. Tapi sayang sebab malam masih panjang. Tolong. Tolong.Bantu biar langit jadi siang. Biar sinar jadi teman. Biar gelap langsung hilang.Puisi adalah lontaran spontan daripada perasaan yang mendalam, ia berumbikan emosi yang dihimpunkan dalam ketenangan. Ia fikiran yang bernafas dan perkataan yang membakar. Peranan puisi bukanlah untuk menjadikan kita berfikir dengan tepat, tetapi untuk merasai dengan sebenar2nya. Peace dari Senyap.p/s : I’m Amiey. Jarang tulis puisi. Sekali sekala xpela, suka2. Wexx.
Ah. Sayang. Sangat sayang. Sepatutnya mesej di bawah disebarkan minggu sudah (Ahad). Tapi sayang, kebetulan hari yang sama penulis terlibat dengan kemalangan. Benda dah nak jadi.Ruangan ini khas untuk warga Penang.Pengumuman. Buat teman2 lama, rakan2 dulu. Pre-Reunion akan dilangsungkan di Lahad Datu, Sabah pada Hari Raya Ketiga. Siapa confirm, atau tiada komitmen lain pada hari tersebut. Boleh terus emel di silentmelody303@gmail.com atau hubungi 019-521 8510. Here the best part. TIKET KAPAL TERBANG PERGI BALIK AKAN DISPONSOR. Yup. Serius. Tak main2. You read it right. TIKET AKAN DI TAJA. Tapi terhad. Jadi siapa cepat, dapat melancong FOC. Makan minum ditanggung oleh kos sendiri. Penginapan disediakan. Sila bagi nama by next week.Pra-Reunion sambil meraikan Majlis Perkahwinan Emillia Andres a.k.a Kak May.Untuk kawan2 yang teruja hendak menyertai yang mana turut sama terkesan atas kemalangan aku, minta maaf banyak2. InsyaAllah, mungkin lain kali aku aturkan lagi Reunion kita yang pertama. Salam ukhwah. Doakan aku lekas sembuh. Peace dari Senyap!p/s : I’m Amiey. Salam Syawal orang Sabahan.