sahabat Senyap

Thursday, January 13, 2011

Sayu Sungguh

Hati ini sayu sungguh. Sangat sungguh2. Sedikit lagi air mata ini hendak tumpah. Tapi alhamdulillah, masih lagi boleh ditahan.

Berkesempatan menghadiri majlis ilmu selepas usai masa bekerja sebentar tadi, sempat membaca surah Yasin disusuli dengan tahlil. Buatkan hati sangat2 tenang. Tazkirah yang disampaikan oleh ustaz jemputan benar2 sangat terkesan. Betul2 hinggap dalam hati. Kesannya cukup mendalam.

Maha Suci Dia, yang menjadikan hati ini lembut. Tenggelam dalam tangisan dan muhasabah. Aku rasa macam terlalu memberikan hak kepada jasad dan akal. Tetapi, kurang sekali pada hati dan perasaan.

Ya Allah, Aku mohon sangat-sangat. Selalu dan selalu. Kelembutan hati. Kerendahan hati. Keikhlasan hati. Inilah kemahuan. Dan ini juga keperluan.

Amin. Amin. Amin.

p/s : I'm Emi. Hurm. Umairah Shafei. Antara tulisan yang aku suka.

Anda Sedang Bercinta?

Kesombongan iblis terserlah apabila dia enggan menerima takdir Allah yang memilih Nabi Adam untuk menjadi khalifah. Berdepan dengan takdir, syaitan menjadi mungkir.

Dalam episod cinta, takdir itu jualah yang menguji kita. Mengapa diri mendapat pasangan yang begini. Mengapa si dia tidak setia. Apabila masalah melanda, kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa kita yang menerima nasib begini. Kita merasakan kitalah yang paling malang.

Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdirNya yang satu ini kita enggan? Semacam terlupa bahawa beratnya ujian dan hebatnya cabaran itu berkadar terus dengan kuatnya iman.

Inilah hakikatnya, tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid kepada sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya tersendiri. Dan untuk mereka yang teruji dengan pasangannya, sematkan dalam dada bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji tahap keimanan kita.

Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada pasangan.

Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayalah janji2 Allah di akhirat ialah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Dua kali putus cinta.

Wednesday, January 12, 2011

Demi Masa

Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan.

Masa hakikatnya ibarat nyawa. Membazirkan masa atau menggunakan masa tidak selaras mengikut tujuan ia dikurniakan hakikatnya seperti membuang nyawa sendiri. Lihat betapa Allah sangat mengutamakan masa walaupun Allah sendiri tidak terikat dengan masa. Masa itu ciptaan Allah dan sekali2 ia tidak memberi kesan ke atasNya.

Dalam mendidik manusia, Allah sangat mengutamakan masa. Kejadian2 yang ada kaitannya dengan masa seperti bulan, matahari, siang, malam, waktu subuh dan sebagainya sebagai bukti. Ini menunjukkan betapa Allah sangat pentingkan masa

Memahami itu, menilai serta menilik diri. Adakah aku juga prihatin terhadap masa? Termenung sejenak.

Mengimbau imbasan masa yang telah lepas dan tertanya2 adakah matlamat aku sudah tercapai, hampir tercapai atau sayup lagi untuk dicapai. Melihat rakan sebaya yang telah berjaya, yang lebih dahulu maju ke hadapan, sekali lagi aku menilai diri. Di mana silapnya? Di mana aku jika mereka aku jadikan kayu aras.

Hampir2? Atau masih jauh.

Masa. Benarkan kata pujangga. Masa itu umpama pedang. Jika kita tidak memancungnya, ia akan memancung kita. Menyedari hidup terlalu singkat tetapi sangat berharga inilah maka Islam bukan sahaja melarang kita melakukan perkara2 dosa, malah perkara yang sia2.

Tertanya2, apa yang telah aku manfaatkan masa pada hari ini.

p/s : I’m Ami. Untuk dia, rela aku korbankan masa.

Friday, January 07, 2011

Jadi Abang

Pagi-pagi lagi isi rumah dah kecoh. Macam meriah dengan jerit tawa anak makcik. Cuti sekolah macam ini la. Kebetulan rumah tok bersebelahan saja dengan rumah. Jadi destinasi anak2 buah ini berkumpul mana lagi kalau tidak di rumah abang sepupunya. Dan seperti biasa juga, bilik aku akan jadi tumpuan, mungkin bilik ini sudah macam mini perpustakaan. Penuh dengan buku2 yang aku kumpul sejak tingkatan satu. Sayang nak buang. Baik simpan.

Sampai tengahari, minta izin dari makcik hendak bawa anak buah jalan2. Jadi ‘baby sitter’. Makcik izinkan. Tak jauh mana destinasi, Cuma Alor Star. Lihat anak buah semua teruja. Awal2 lagi sudah bersiap, mengenakan baju mengikut fesyen zaman budak2 sekarang. Geli hati juga kadang2. Masa mereka. Biarlah, ini masa mereka. Masa aku waktu kecil dulu sudah lepas. ^_^

Tiba sahaja di Alor Star Mall. Aku bawa mereka ke tingkat atas. Beli tiket wayang untuk empat orang. Abang sponsor. Sekali sekala. Tapi kemudiannya, mereka pula belanja KFC di tingkat bawah. Bagus. Tak la biar aku sahaja yang keluar duit. Aku hanya mampu tersenyum bila lihat anak2 buah masing2 share duit untuk beli set KFC di kaunter. Alahai, sweetnya.

Lepas selesai makan, sudah layan movie. Ambil masa shopping baju, kebetulan ada Sales. Lebih kurang satu jam setengah, aku bawa anak2 buah main bowling di City Plaza. Teruja betul mereka, sebab ada yang baru first time lontar bola bowling. Macam foto di atas. Tapi dah dijangka, skor aku paling tinggi. ^_^

Sebelum balik. Sempat juga aku singgah ke Restoran Ala Thai & Sea Food. Nama restoren lupa. Restoren ni terletak di jalan hendak menuju ke Kuala Kedah. Dekorasi susun atur restoren agak cantik. Kami pilih makan di bawah pondok, duduk bersila. Macam orang zaman dulu. Atau orang Jepun. Hurm. Aku pesan makanan cara hidang, penuh satu meja. Dan alhamdulillah. Kenyang. Boleh tahan juga masakannya. Biar anak2 buah ni balik dengan perut yang diisi.

Lahir sebagai anak sulung. Anak pertama dalam keluarga banyak mendidik aku menjadi orang yang mudah beralah. Dahulukan adik2. Jadi abang yang sulung.

p/s : I’m Amiey. Ada dua orang adik angkat.

Yakin Kena Yakin

Tepat jam 11.44 pagi, aku mula bergegas menuju ke parkir. Enjin kereta model Proton Waja rona merah dihidupkan. Sambil menunggu dua lagi rakan, aku membetulkan tempat duduk dan sempat membelek rupa di kaca cermin.

Ah, minyak perlu diiisi kejap lagi. Dah merah. Tangan mula meraba di kocek jaket mencari kad Smart Pay. Risau jika tertinggal.

Hurm. Ada. Hembus nafas lega.

Lihat atas. Langit cerah, menandakan hujan kemungkinan tidak akan turun sehingga malam. Mungkin. Semua itu kerja Tuhan. Kita hanya mampu meramal. Hari ini aku ada kerja luar. Berpeluang keluar dari ofis sekali sekala kadang2 sangat menyenangkan. Tidak la hanya terperuk dalam cubicle jer. Lama2 badan pun makin mengembang. Oh. Tidak. T_T

Ada tiga tujuan aku hari itu. Pertama, hendak melawat Encik Saiful yang patah dua tulang rusuk akibat terjatuh dari bumbung rumah. Kedua, Menziarah keluarga adik Muhammad Afiq Irfan, adik yang mengidap leukemia. Aku akan bawa ayahnya ke tiga badan kebajikan. Dan yang terkakhir, melawat Bob di Hospital Yan, kencing manis. Dengarnya kaki Bob dah mula membengkak. Alahai. Kesian. Nak buat macam mana. Benda ni kita tak mintak. Tapi Allah sayang kamu semua, sebab itu Dia duga.

Dan, alhamdulillah. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Cuma hanya perlu lagi follow up.

Kadang2 bila berada di dalam situasi ini, aku sering menggambarkan mereka itu aku. dan aku berada di tempat mereka. Merasai sendiri cubitnya sakit, tenggelam dengan kusutnya kepala, memikirkan itu dan ini. Kesempitan kewangan. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang hadir tanpa dipelawa. Pandangan berkaca. Hari ini hari mereka. Mungkin esok lusa, tertulis hari aku atau kamu pula.

Dengan pandangan mata yang dalam, dan senyum yang manis seperti selalu, subhanallah.. rasa tenang dan damai. Ilham dari Allah kepada hati yang bersih dan setulus Dia. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kena yakin. Perlu yakin. Semoga kalian lekas sembuh. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. My name at Facebook is ‘Qaish Nur Mikhael’

Saturday, January 01, 2011

Dua Puluh Sebelas

Sedut udara dalam2. Tahan. Hembuskan perlahan2. Hurm. Perasaan yang paling nyaman spontan terhimpun.

Ahh. Syukur Yang Maha Cinta.

Kau lanjutkan lagi usiaku untuk melangkah ke tahun baru 2011. Meneruskan lagi amanat ke atas kedua ibubapaku. Menganjakkan lagi paras keakraban bersama adik2ku. Dipanjangkan lagi masa untuk diharungi bersama dengan dia.

Bila jenguk tirai hari semalam. Aku tersenyum. Banyak catatan diari yang ternukil dalam calendar 2010. Ada derai tawa, tergelak gembira, rasa teruja dan bangga. Ada masa juga aku terduduk. Kadang2 terus tersungkur dek emosi yang tidak dikawal, disakiti oleh orang yang pernah menjadi individu yang sangat dekat dengan hati. Dikhianati. Teraniaya.

Ah. Senyum. Biar senyum itu jadi ubat.

Sebab aku bersyukur penghujung 2010 aku akhiri dengan rasa nyaman. Walau di pertengahan aku dipukul badai, dibiarkan di bawah terik panas. Tapi kini aku tenang di bawah teduhan langit. Langit memberikan aku teduhan paling nyaman. Sangat nyaman. Dan.. tentunya, kuasa meneduhkan itu, datangnya dari Dia, punca segala cinta. Sumber segala kasih sayang.

Biar tahun ini menjadi satu permulaan baru untuk aku. Lebihkan lagi usaha dalam meningkatkan kerjaya. Lebihkan lagi mesra dengan individu sekelilingku. Lebihkan lagi tenaga positif untuk melakar hari esok yang lebih baik. Dan lebihkan lagi sayang untuk kasih yang baru berputik.

InsyaAllah. Manusia hanya mampu merancang. Berazam dan bertawakkal dengan iringan usaha. Mudah-mudahan apa yang dirancang, diimpi akan jadi sesuatu yang pasti.

Ameen. ^__^
p/s : I’m Amie. Yang penting serasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...