sahabat Senyap

Wednesday, January 12, 2011

Demi Masa

Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan.

Masa hakikatnya ibarat nyawa. Membazirkan masa atau menggunakan masa tidak selaras mengikut tujuan ia dikurniakan hakikatnya seperti membuang nyawa sendiri. Lihat betapa Allah sangat mengutamakan masa walaupun Allah sendiri tidak terikat dengan masa. Masa itu ciptaan Allah dan sekali2 ia tidak memberi kesan ke atasNya.

Dalam mendidik manusia, Allah sangat mengutamakan masa. Kejadian2 yang ada kaitannya dengan masa seperti bulan, matahari, siang, malam, waktu subuh dan sebagainya sebagai bukti. Ini menunjukkan betapa Allah sangat pentingkan masa

Memahami itu, menilai serta menilik diri. Adakah aku juga prihatin terhadap masa? Termenung sejenak.

Mengimbau imbasan masa yang telah lepas dan tertanya2 adakah matlamat aku sudah tercapai, hampir tercapai atau sayup lagi untuk dicapai. Melihat rakan sebaya yang telah berjaya, yang lebih dahulu maju ke hadapan, sekali lagi aku menilai diri. Di mana silapnya? Di mana aku jika mereka aku jadikan kayu aras.

Hampir2? Atau masih jauh.

Masa. Benarkan kata pujangga. Masa itu umpama pedang. Jika kita tidak memancungnya, ia akan memancung kita. Menyedari hidup terlalu singkat tetapi sangat berharga inilah maka Islam bukan sahaja melarang kita melakukan perkara2 dosa, malah perkara yang sia2.

Tertanya2, apa yang telah aku manfaatkan masa pada hari ini.

p/s : I’m Ami. Untuk dia, rela aku korbankan masa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...