sahabat Senyap

Sunday, January 16, 2011

Khurafat

Mulanya hendak lunaskan bil broadband dan cari antivirus Kapersky, tetapi langkah kaki laju bergerak menuju ke kaunter tiket di cinema. Hilang terus tujuan utama bila jejakkan kaki di shopping mall sebentar tadi. Pilih cerita melayu kali ini. Khurafat, mungkin sebab ada Liyana Jasmay.

Apa yang dapat aku ulaskan, Syamsul Yusof berjaya mewujud dan menzahirkan elemen kejutan dan seram dalam nashkah terbarunya yang ini. Walaupun masih ada ruang untuk penambahbaikan dan beberapa babak yang boleh diramal, tetapi keseluruhan cerita agak memuaskan hati bagi percubaan pertamanya mengarah filem seram.

Antara babak yang tidak boleh dilupakan bila Syamsul di bilik mayat dan tiba2 lampu terpadam dan mayat hilang. Dan ya, babak yang mana dia mendukung mayat Anna yang telah dikafankan di dalam hutan bila Van Jenazah yang dinaiki kemalangan.

Jadi bagi yang masih belum menonton, adalah disyorkan. Tak mahu ceritakan sinopsis di sini. Bimbang jadi spoiler.

p/s : I’m Emiey. Tak sedar diri lagi kerja banyak nak kena buat.

Sebab Kurangnya Lelaki Di Universiti

Sejak kecil lagi kanak2 lelaki lebih suka aktiviti lasak. Jarang2 kanak2 lelaki yang suka duduk diam. Apa sahaja yang dapat dipegang akan dipegang. Dia kuat memanjat. Jatuh, bangun, berlari dan bergaduh adalah biasa bagi kanak2 lelaki.

Apabila kanak2 lelaki mula ke sekolah, sifat biasa kanak2 itu adalah bergurau dengan kasar sesame mereka, sampai tidak ada ibu yang tidak merungut soal baju sekolah anak2 lelaki mereka. Kehidupan mereka sungguh lasak. Guru sekolah rendah mana yang tidak merungut dengan sikap murid lelaki yang suka bergaduh. Sepak, terajang, menolak da menarik adalah asam garam mereka.

Apabila berada dalam bilik darjah di sekolah, pelajar lelaki tidak tinggal diam di kerusi. Melompat, memanjat, berlari dan bermacam2 lagi memang menjadi kesukaan mereka. Pada mereka, duduk diam di kerusi adalah membosankan. Malah ia adalah sifat keperempuanan. Mereka suka badan yang berpeluh. Mereka mahu bergaul, mereka juga mahu bercakap. Mereka mahu tangan dan kaki bekerja. Itulah lelaki.

Demikian keadaannya apabila remaja itu memasuki universiti, sangat sukar membendung dirinya supaya terperap di dalam bilik ataupun di dalam perpustakaan. Padahal itulah syarat utama mendapat keputusan cemerlang di universiti pada masa kini.

Sistem pendidikan kita hari ini menjurus kepada pembelajaran yang diuji secara mengulangkaji dan latih tubi. Semakin banyak mata pelajaran dijurus kepada tenaga mengingat, mengulangkaji dan latih tubi, maka wanita mempunyai lebih banyak peluang berbanding lelaki.

Lelaki mempunyai banyak masalah. Mereka tidak suka berkurung di tempat tertutup. Terlalu banyak perkara yang mengheret mereka keluar dari rumah, diam di kerusi membaca. Kerana itu, apabila institut pengajian tinggi ataupun sekolah tidak dapat mewujudkan pelajaran yang menguji minda dengan aktiviti di luar bilik darjah, maka potensi lelaki menguasai tempat di universiti adalah rendah.

Begitu juga, apabila iklim universiti kita masih menjurus kepada masa belajar yang padat, potensi pelajar wanita mengatasi lelaki adalah tinggi. Hanya dengan cara melembutkan tenaga fizikal lelaki barulah mereka mahu duduk lama dalam perpustakaan.

p/s : I’m Amiey. Kesimpulannya, pandai2lah fikir sendiri.

Saturday, January 15, 2011

Selepas Hang Tuah

Apabila membaca buku Sejarah Melayu, kita pasti akan bertemu dengan kisah Hang Tuah lima bersaudara. Kemasyhuran Hang Tuah lima bersaudara dikaitkan dengan guru mereka yang bernama Aria Putera dari Bukit Panchalusa.

Selepas Hang Tuah lima bersaudara tamat belajar ilmu silat, mereka pulang ke kampung halaman. Mereka berjaya mengalahkan lanun2 dan orang mengamuk di pasar. Akhirnya, kelima2 saudara itu dipanggil oleh raja dan dilantik menjadi pembesar istana. Sejak itu, kelima2 mereka menjadi orang besar sehingga sampai kepada peristiwa sedih yang berlaku yang mana Hang Tuah membunuh Hang Jebat, sahabat yang paling dikasihinya.

Itulah sejarah Melayu yang masyhur.

Nama Hang Tuah lebih terkenal daripada nama2 para ilmuan yang lain, mengalahkan kemasyhuran Tun Perak, yang menjadi Bendahara atau perdana menteri Melaka waktu itu, ataupun nama Tun Seri Lanang yang dipercayai penulis kitab Sejarah Melayu itu sendiri. Nampaknya medan persilatan menjadi punca kemasyhuran seseorang pada zaman tersebut.

Sekarang, kemasyhuran seseorang sudah tidak lagi ditentukan oleh ilmu persilatan. Para pelajar yang ingin membina kemasyhuran hanya perlu tahu ilmu2 seperti matematik, sains, politik, ilmu sains sosial, ilmu keagamaan dan sebagainya. Manakala para guru tidak perlu lagi berada di gunung2 menanti murid2 datang mengadap. Para guru kini berada di menara gading. Cukup dengan kereta dan motosikal untuk bertemu mereka.

Oleh itu belajarlah. Belajar semasa muda kerana ia bagaikan memahat ilmu pada batu, ia muda melekat dan lebih berguna. Semoga kita masyhur bukan kerana kita pandai bersilat untuk berperang dengan orang, tetapi kita masyhur kerana pandai membangunkan orang lain dan membawa orang lain bahagia.

Inilah zaman kita selepas ditinggalkan Hang Tuah 500 tahun yang lalu. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Proton Tuah sangat cool.

Saling Melengkapi

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita. Sistem badan lelaki dan wanita tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarkannya kepada tenaga.

Kulit lelaki lebih kasar berbanding kulit perempuan yang lebih halus. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

Demikian juga daripada segi psikologi. Wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta sayang dan hubungan perasaan.

Apabila mengamati sesuatu benda, kedua2nya juga berbeza. Lelaki lebih banyak menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita pula menggunakan pengamatan yang luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara yang lebih besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

Akuilah kita berbeza.

Perbezaaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya supaya saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis di dalam perhubungan. Tentulah kerana perbezaaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana kita saling melengkapi.

p/s : I’m Ami. Aku lelaki.

Syukur Ada Mr S Dan Mr T

Sebenarnya sudah lama kenal mereka. Cuma mungkin sebelum ini xberpeluang kenal dengan lebih rapat. Tapi bila mereka berdua diserapkan masuk ke satu Seksyen yang sama. Sejak dari situ hari hari aku sudah sedikit lain. Lain yang aku suka.

Mr S dan Mr T, kedua2nya bekas tentera. Jarak umur jika hendak dibandingkan, memang jauh sangat. Mr S perwatakannya agak diam, mahir dalam segi dokumentasi. Anak yang sulung sudah berusia 18 tahun. Mr T pula agak peramah dan kaya dengan pengalaman. Maklumlah, umur sudah menjejak 50. Tapi serius, masih nampak muda walaupun sudah ada tiga cucu. Persamaan antara mereka, kedua2nya sangat berdisiplin dan telus dalam tugas.

Jika ada urusan kerja luar, tugas2 yang memerlukan aku bertugas di luar, aku selesa minta Mr T temankan. Sama juga jika aku diperlukan untuk beri apa2 taklimat. Dan ya, jika ada sesi kaunseling. Mr T sentiasa ada dengan aku. Dan sekiranya tugas melibatkan paperwork, proposal, Standard Operating Procedure, temujanji dengan badan luar. Mr S akan bersama.

Alhamdullillah. Syukur sangat2 bila diberi pembantu kanan dan kiri yang sangat2 membantu. Sekurang2nya, lapang dan ringan sedikit beban yang sebelum ini ditanggung seorang. Mereka juga sering berikan nasihat dan teguran jika ada yang salah.

Syukur. Syukur sebab ada mereka.

p/s : I’m Ami. Entri suka2. Abadikan mereka di sini.

Friday, January 14, 2011

Sudah Tidak Tahan

Kadang2 bila diasak, ditekan selalu dan selalu. Diri akan mula terhimpit, jiwa akan mula memberontak. Hati akan rasa sakit. Sakit sangat. Dan mungkin itu yang aku sedang alami sekarang. Tolong. Tolong tarik tangan aku keluar dari situasi ini. Tolong, sesiapa?

Sedari azali lagi dan selalu aku utarakan, aku seorang yang diam. Jika berlaku perkara seumpama ini kebiasaannya aku hanya akan pendam dalam hati, pendam sampai akhirnya aku jatuh sakit.

Semalam ada rakan nasihat.

“Zam, kalau kau ada masalah cari seorang kawan yang kau percaya untuk ceritakan. Jangan pendam macam ni. Nampak sangat muka kau ada masalah.”

Masalahnya. Aku tak percayakan sesiapa di tempat kerja selepas aku dianiaya sebelum ini. Aku dah serik. Nyaris2 dibuang kerja.

Ya. Dulu memang ada kawan macam tue. Lebih daripada seorang. Tempat untuk diluahkan apa sahaja yang terbuku. Tapi bila melihat komitmen mereka sekarang, Dengan kerja baru. Dengan suami. Dengan BF baru. Entahlah. Biarlah aku macam ini, asalkan jangan dibebankan mereka. Aku tak suka menyusahkan kawan. Aku tak suka membebankan sesiapa.

Dua tiga hari ini si dia ada menegur. Kenapa jarang hubungi dia. Aku tahu dia kecil hati. Tapi semalam sempat hubungi dia sehingga 2 3 jam. Ceritakan masalah aku. Terangkan apa yang aku hadapi sekarang. Alhamdullillah, dia banyak menceriakan aku. Dan aku minta maaf sangat2 kepada semua rakan2 yang lain. Masa yang ada sekarang terlampau singkat. Sangat terhad untuk aku tanyakan khabar.

Hari Sabtu. Cuti minggu. Mungkin aku akan ke ofis kejap lagi, selesaikan mana kerja yang tertangguh. Harap sangat selepas ini akan ada orang yang hargai kerja aku. Dedikasi dan komitmen aku atas apa yang aku buat selama ini. Sebab terus terang, aku sudah tak tahan. Tahap sabar aku sudah mencecah ke maksimum.

Dan kamu tidak akan suka bila lihat ‘orang diam’ naik angin. Aku boleh jamin yang itu.

p/s : I'm Ami. Syukur sangat bila ada Mr S dan Mr T.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...