sahabat Senyap

Sunday, June 20, 2010

Sabar Ya Auni Tenang Ya Ummi

Aku mencoret beberapa nota ringkas di halaman buku diari yang aku guna sebagai rujukan ‘to do list’. Sekejap sahaja penuh satu helaian dengan lakaran pena yang dicernakan. Pada perkataan ‘Tabung’, aku gariskan beberapa kali dan kemudian bulatkan. Menandakan itu fokus aku. Itu yang aku titik beratkan buat masa sekarang.

Pagi tadi sempat juga aku adakan sesi perbincangan bersama Setiausaha Kesatuan Pekerja. Banyak yang aku belajar dan banyak juga idea serta permasalahan yang disuarakan. Yang mana ia lebih tertumpu kepada kebajikan pekerja. Sepanjang sesi itu, dapat aku simpulkan ‘aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada, sebab xsemuanya bernasib baik seperti aku’.

Awal Jun, meja aku ada menerima beberapa kes. Enam kes secara tepatnya. Semuanya berkenaan penyakit kronik. Ada yang menghidapi jantung berlubang, patah tulang belakang, penyakit ganjil. Tapi yang buat aku tersentuh, adik Auni. Adik Ummi. Masing2 berumur satu tahun dan tiga tahun. Adik kecil yang masih belum kenal apa itu dunia, menghidapi sakit yang bagi aku sangat kasihan. Sabar ya Auni, tenang ya Ummi. Abang usahakan. InsyaAllah.

Dalam bulan ini juga, ada aku berkunjung ke rumah pekerja2 yang terlibat dengan banjir. Bila melihat kelibat aku, mereka senyum. Walaupun dengan keadaan rumah yang terjejas, kerosakan peralatan rumah. Tapi mereka masih mampu tersenyum. Allah sayang kalian, sebab itu Dia duga.

Sekali lagi, satu garisan aku caritkan di bawah perkataan ‘Tabung’. Walaupun ini boleh diwartakan sebagai khidmat komuniti, aku teruja. Bila satu2 bantuan diterima mereka, kemudiannya dengan seulas senyum dan mengucapkan ‘Terima Kasih Encik Zam’. Yup. Bagi aku ia sudah sangat berbaloi dan aku amat puas. Erm, okey. Sambung kerja.

p/s : I’m Emi. Sedang meneliti Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Urgh. Berpinar mata.

6 comments:

Unknown said...

nasib kita semua kt dunia ni xsama.. so spatutnya kita bsyukur atas apa yg kita ada skrg...

pkongsian yg btul2 mbuatkan sy bfikir pnjg.. hummm

Qaish Nur Mikhael said...

zaza ::

yup.. thank dropped ur comment..

a'ah kan, pasni bila saya nak merungut atas hal2 yang bagi saya remeh.. saya akan ingat mereka2 nie..

[z@ck] said...

slamat bekerja emi.
=)

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

ya, you too..

selamat belajar, jangan malukan saya kalau dapat point rendah2.. hehe

aideeb said...

wahhh lepas ni boleh jadi YB lah ko emi...hihi

Qaish Nur Mikhael said...

Aideeb ::

YB? haha
kamu ada2 jer deeb..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...