sahabat Senyap

Sunday, December 26, 2010

Susur Galur Tok Tom

3.01 pagi

Lena terganggu sekejap bila terdengar bingitan bunyi pesanan teks dari telefon bimbit. Jari teraba2 mencari butang ‘Read’. Hurm. Kabur. Mata digengehkan sedikit.

“Abg, syg baru sampai Melaka. Baru lepas check in”

Alhamdulilllah.

Padam. Terus terlelap.

Sabtu dan Ahad. Suasana isi rumah agak gempita bila menerima kunjungan saudara sepupu dari Kuala Lumpur yang datang bermalam. Ada juga dari Sungai Petani dan Tanjung Dawai. Ziarah Tok di kampung sempena cuti sekolah. Meriah, macam Hari Raya, masing2 datang berkumpul.

Memandangkan hujung minggu ini jadual agak lapang. Erm. Kerja tu ada, sentiasa ada. Tapi melihat keadaan aku yang masih kurang sihat, aku lupakan dulu hal kerja. Biar cuti minggu ini, lebih selesa manjakan diri. Luangkan masa dengan sepupu2.

Dan ya, masa yang aku luangkan itu penuh dengan aktiviti2 yang kami aturkan. Menonton wayang Gulliver’s Travel di Big Cinema Alor Star Mall, shopping, bowling, mengurut, makan di Restoren Sea Food, Restoren Ala Thai, mandi manda di salah satu Pusat Peranginan di utara. Makan lagi. Kali ini menikmati makan malam berlatar belakangkan sunset di tepi Pantai dan banyak2 lagi aktiviti.

Agak kelakar bila lagak aku macam ‘baby sitter’ memandangkan aku yang lebih abang dari semua. Dan yang paling kurus aliran tunai dompet dalam dua hari ini. Ah, sekali sekala. Lagi pulak Isnin nanti masuk gaji baru.

Bila malam. Masing2 kami berkumpul. Bercerita itu dan ini. Dan muncul idea mewujudkan Group ‘Susur Galur Tok Tom’ di Facebook. Hehe. Tujuannya, agar boleh dijadikan titi hubung antara kami adik beradik, saudara sepupu, orang baru yang hadir melalui ikatan tunang dan saudara jauh yang sebelum ini tidak tahu mereka itu wujud. Humph.

p/s : I’m Emiey. Kami Kroni Otaku.

6 comments:

aideeb said...

bagus2...senang nak panggil mkn kenduri bila kumpul sume kat FB..hihi

Qaish Nur Mikhael said...

aideeb ::

haha.. betul2 tu.

lagi pulak senang nak contact bila masing2 hijrah jauh2..

masing2 tau perkembangan.

chec said...

tahniah...da bertunang ye cik abg kite..hehe

semoga cepat kawen!! =)

Qaish Nur Mikhael said...

cheramore ::

thanks liya.. :)

but, sy xbertunang lagi.. hehe

insyaallah, dalam masa terdekat. tunggu buah hati abis study dulu.

[z@ck] said...

pergh..generasi keberapa ni?

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

baru generasi ketiga.. dia la tok saya yang tinggal. yang lain suma dah jadi arwah..

hummph..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...