sahabat Senyap

Saturday, May 23, 2009

Aku Ingin Terbang

Cute kan this picture? Pada ketika aku surf internet untuk kumpul foto yang melibatkan ‘Superman’, aku jumpa foto ini. Rasa macam cute sangat, terutama pada senyuman yang nampak cukup ikhlas tu. Apa yang korang dapat react bila lihat foto gambar this kid. Rasa macam nak cubit2 jer pipi dia kan? Heh, aku pun sama.

Minda kanak2 ini sungguh suci. Mereka akan cepat teruja dengan apa yang mereka pelajari. Dan bila bercakap perihal kanak2, mereka amat sukakan cerita2 adiwira yang disajikan di kaca television. Bila tamat rancangan, dapat dilihat mereka akan menggayakan watak2 kegemaran mereka dengan rakan cilik yang lain. Agak comel jika ditonton. Dengan mengikat kain batik si ibu, mereka akan melakonkan aksi terbang macam.. hurm iya, macam Superman ! Dan aksi ‘pergaduhan’ antara hero dan villain akan berlangsung dan hanya akan berakhir bila salah seorang menangis atau si ibu tadi berleter sambil menarik telinga si anak kerna mengambil kain batik si ibu yang baru dibasuh.

Bagi syarikat2 yang bijak menghidu peluang pula begitu rancak menghasilkan produk2 yang berupa model patung2 aksi dan banyak lagi bagi memikat si cilik. Tapi aku lihat, bukan kanak2 sahaja yang menjadi pembelinya. Si dewasa juga ada. Malah lebih lagi tahap keterujaanya. Contoh paling dekat, my own cousin. Setiap bulan dia akan peruntukkan sejumlah duit gaji dia untuk beli patung aksi. Hurm, Man never grow up. Rite?

Kalau ada ketika sedih itu menyelebungi, aku sering pandang pada langit biru.. Dengan ingatan Tuhan masih ada. Kalau ada ketika rasa resah itu menerjah, renung saja aku ke dasar hati.. Yakin bahawa Allah menciptakan kesudahan buat setiap ciptaanNya dan jika ada ketika diri ini rasa tersisih, aku lihat Bulan di malam sepi dengan penuh riak rindu.. Yakin yang Allah tidak akan biarkan aku sendiri.

Aku ingin kembali ke zaman cilik dulu. Rasa ingin terbang. Terbang jauh tinggalkan alam dewasa yang penuh sepak terajang ini. Tapi aku tahu, aku tidak punya kekuatan yang itu. Life suck ! but it must go on and on and on. Peace dari Senyap.

p/s : Im Amih. Can I be your Superman?

Friday, May 22, 2009

Keroncong Untuk Ami

Perutku sedikit berbunyi. Sayup2 kedengaran seperti irama malaysia dan ada ketika ia seakan2 melagukan melodi Sampai Syurga. Aku cuba untuk terus berlagak normal walaupun ada ketika ada juga mata2 yang menjeling dan terukir senyum sinis pada aku.

Sejenak fikiranku melayang terbang pergi pada hari minggu yang lepas. Gara2 menyambut sahutan dari seorang teman, aku kini sudah hampir seminggu tidak menerima sebutir nasi ke dalam kantung perutku. Agak sukar pada mulanya namun kini aku sudah mula membiasakan diri dengan keadaan ini. Ketahuilah, aku juga mampu menjadi sekeping sebagaimana dirimu teman. Ya, aku juga bisa. Tapi.. Ah, perutku berbunyi lagi.

Teman.. kamu kata untuk jadi skinny perlu makan buah dan sayur. Jangan ambil kolestrol. Tapi tadi aku ingin makan rojak. Kamu marah, kamu kata rojak buah bawa resdung. Aku terima dan rojak buah itu aku beri pada kamu. Tadi petang aku ambil meehun sebagai alas perut sebab sudah sehari aku tidak makan. Kamu marah. Kamu kata makanan itu berat. Jangan makan lagi benda macam itu. Aku akur. Esoknya, aku tidak makan petang lagi. Jadi aku hanya ambil makanan ringan. Sekali lagi kamu marah. Kamu bilang kandungan dalam makanan ringan dan coklat xbagus. Dengan sayu sekotak coklat Cadburry aku beri saja pada kamu untuk habiskan. Meskipun ada ketika hatiku bertempik ‘Jangaaann..!!’, tapi aku akui juga. Aku cukup berterima kasih atas perhatian dan rasa ambil beratmu terhadapku. Tapi, kamu macam hendak membunuh aku sahaja nampak gayanya. Hurm, sekali lagi perutku sambung berbunyi.

Ketika aku berjalan tadi. Kepalaku sedikit pening. Rasa pusing. Bagai ingin hendak pengsan tapi tidak juga. Aku pesan pada kamu, jika aku pengsan nanti. Aku hendak kamu yang beri CPR pada aku. Sebab kamu yang bertanggungjawab. Tapi kamu terus ketawa. Ketawa yang nampak sangat terbahak2. Lucu ke? Aku serius waktu itu.

Malam. Bunyi yang itu sudah tiada. Aku kata pada hati. ‘Ah, sekali ni jer, lepas gian’. Malam itu makan malamku aku rasa cukup untuk 2 orang makan. Hurm, dua burger ayam. Nasi goreng paprik. Dua gelas besar air. Dua biji epal fuji besar dan of coz coklat Mentos. Tidak keterlaluan kan kamu? Tapi, satu jam selepas itu bunyi yang lain pula yang berkumandang. Yang ini aku xnak sebut, sebab dia busuk sikit. Heh. Peace dari Senyap.

p/s : Im Ami. Jauhilah diri anda dari Botox dan jarum penyedut lemak. Stay healty. Poyo. Haha

Friday, May 15, 2009

Entry Yang BoSan

Aku kini seperti dihinggapi satu penyakit yang agak kronik. Aku tak tahu sejak bila virus atau bakteria ini mula hinggap pada aku. Tak cukup kuatkah antibodi dalam badan ini bagi menolak asakan sakit itu dari terus berlarutan. Perlukah aku mengambil vitamin dan pil2 tambahan bagi aku. Bosannya. Aku kini mudah rasa BOSAN. Entah, rasa bosan itu cepat hinggap padaku kini. Dengan rasa bosan aku terus menaip entry ini.

Seperti bulan2 yang lepas, aku kebiasaannya akan melanggan majalah2 wajib aku seperti biasa. Tapi kini, aku tetap juga membeli tapi tak sampai setengah muka ku baca majalah atau buku itu aku campakkan ke dalam rak. Esok beli majalah lain pula. Bosannya nak membaca sampai habis. Bosan betul kalau keluar kemana2 tanpa beli apa2 bahan bacaan. Kini, ada majalah yang langsung tidak terusik isi kandungannya yang mana aku beli pada bulan2 yang lepas. Entah bila aku nak membacanya aku sendiri pun tidak tahu. Bila tidak beli rasa macam xkena. Bila dah langgan sedikit pun aku xsentuh. Alasannya simple, BOSAN nak baca. Ish, bosannya alasan.

Seperti biasa juga, aku akan habiskan masa hujung mingguku dengan menonton wayang. Kadang2 tu, aku langsung tak tengok pun movie itu. Dan adakalanya aku boleh tidur dalam panggung. Kenapa aku beli tiket tadi yer? Rujuk jawapan di atas.

Tadi aku beli majalah ROTTW. Selak kejap page pertama. Keciknya tulisan. Belek page seterusnya. Seterusnya dan seterusnya. Terus seterusnya majalah itu juga punya nasib yang sama dengan majalah atau buku2 sebelum ini. Terus ku campaknya di dalam rak buku di dalam bilikku. Terus lagi bakteria BOSAN itu menjalankan kewajibannya. Ah, bosan betul aku dengan rasa bosan ini. Dengan rasa bosan juga aku tanpa segan silu menoktahkan entry ini. Peace.

p/s : Im Amih. Need to buy another Rak Buku.

Appreciate While It Still Here

Kadang2 kita tidak sedar.. Orang yang begitu ambil berat pada kita dan sayang itu sangat banyak hanya khusus buat kita.. Tapi, kita sering tidak endahkan dia. Selalu juga kita sakitkan hati dia. Dan tanpa sekelumit rasa bersalah, kita langsung tidak ambil peduli tentang perasaan dia. Terasakah dia. Terkilankah dia dengan kelakuan kita. Ah, kita tidak pernah ambil peduli. Sebab kita rasa dia itu tidak mempunyai apa2 hubungan rapat dengan kita. Jadi, apa perlu kisah apa yang dia rasa.

Kita juga tidak sedar. Kita bukannya sempurna untuk dapatkan orang yang betul2 sempurna dalam hidup kita. Dan kita bukannya siapa2 untuk buatkan orang sayang pada kita. Tanpa jemu ada orang begitu setia bertanya khabar dari kita saban hari, sentiasa ada disisi tidak kira apa mood kita waktu itu. Jika kita berduka, ada yang sanggup berkongsi kedukaan itu bersama dan sentiasa berusaha untuk menceriakan hari kita kembali. Tidak kurang juga ada yang sentiasa memantau perkembangan kita dari jauh, bangkit jatuh kita sentiasa ada orang untuk merai dan memapah kembali kita. Tapi, kita siapa bagi dia untuk menerima semua itu. Dan apa hak kita apabila menerima semua itu dan tiba2 kita tidak pedulikan dia.

Dia tidak pernah meminta apa2 balasan. Cukup sekadar ingatan itu sentiasa ada. Ada kala di atas segala perbuatan kita yang begitu ‘sempurna’ itu. Dia cukup membenci kita. Sangat2 benci. Tapi dia juga cukup benci untuk membenci kita kerna dia tidak sanggup membenci kita. Rasa sayang yang begitu tebal itu seolah2 memadamkan api benci yang tepercik tiba2. Bukan sayang yang bagaimana. Sayang sebiasa kawan. Selalu dia sentiasa memaafkan kita tak kira apa.

Adakala kita perlu sedar. Harus bangkit. Bukan selalu tiba2 datang orang yang menyayangi dan begitu ambil berat terhadap diri kita. Hargailah dia, sementara dia masih ada. Sebelum dia terus pergi buat selamanya.

Kita cuma manusia yang hanya mampu membuat satu mimpi indah yang sukar untuk menjadi kenyataan. Kita hanya manusia yang dambakan sempurna tapi sempurna sangatkah kita untuk menerima itu semua. Dan kita juga manusia yang tidak lari dari kekhilafan… Hargai orang yang sayang kita. Kerna kita tidak tahu bila lagi akan ada peluang sebegitu lagi. Peace dari Senyap.

p/s : Im Emy. Dedicated this entry to someone.

Today I Saw An Angel

Jika Bidadari tempatnya di Syurga, aku mungkin berada di alam khayalan kini. Dan dalam khayal itu aku bertemu dengannya. Bak seorang Puteri. Dia datang dalam bentuk sekujur tubuh yang ku rasa sempurna. Tampak segak dan elok di ruang mata. Aku kaku. Kelu untuk berkata. Seperti dibius.

Sebentar dia hadir dihadapan ku. Masa sesingkat itu sudah mampu buatkan ekor mataku turut terikat sama dengan lenggoknya. Nyata aku sedikit kurang mengerti. Cuba untuk endahkan tapi rasa endah itu seperti digaramkan dengan rempah degil.

Mungkin ini hanya mimpi. Tak mungkin bidadari turun ke bumi. Datang pula bertemu orang yang seperti aku. Tidak punya apa2 keistimewaan. Hidup berlatarkan suasana biasa. Tapi yang pasti hari aku tak seperti hari yang semalam.
Sudah tiba masa untuk aku terjaga.

p/s : Im Ami. Tak sangka me still got it. Haha. Xsusah rupanya nak dapat number. Hek.

Dedikasi Buat Yang Anti Jiwang

Benarkan untuk ku bicara . Bicara terus ke hatimu . Hati yang penuh rasa ragu . Jangan terus pergi tanpa mendengarku . Hatimu dan . Usah kau terus berlalu nanti dulu . Berikan aku waktu . Untuk aku untuk kamu . Ingatkah lagi waktu kau bersamaku . Kaku aku melihatmu . Lidah kelu sedangkan aku . Mahu kau tahu . Aku cinta pada mu . Benci pada mu . Cinta pada mu . Ketepi lihat ku berlalu . Pasti itu yang terbaik untukku . Tiada lagi mahu ku tahu . Tentang hidup kamu . Tentang mati kamu . Aku tahu engkau tahu . Apa yang mata ku tahu . Apa yang kau tunggu . Mahu aku buka pintu . Ingatkah lagi waktu kau bersamaku . Kaku aku melihatmu . Lidah kelu sedangkan aku . Mahu kau tahu . Aku cinta pada mu . Benci pada mu . Cinta pada mu . Sakitnya aku membenci kamu . Sakit lagi mencintaimu . Dan aku pergi tapi kembali . Benci aku mencintai dirimu . Ku benci kamu . Ku cinta kamu .

Puitis bukan bait2 lirik lagu ini ? Datang dari bekas penyanyi nasyid yang kini beralih genre ke rock. Diberi jolokan artis yang sering dengan kontroversi. Adil ke ? Hanya kerana dia cintakan muzik dan antara artis yang setiap kali persembahannya akan sentiasa diingati dan memberi impak pada audiens dicemuh begitu ? Hipokrit dan Bias adalah perkataan yang tepat untuk melabel individu2 yang sering memberi tohmahan pada anak seni ini. Tak setuju ? Terpulang.

Berbalik kepada perkara pokok tadi. Selalu bait kata yang berkaitan cinta ini akan dikaitkan kepada jiwang. Jika dulu aku akan merujuk istilah jiwang ini dengan Tomok tapi kini tidak lagi. Tomok sekarang adalah Tomok yang baru. Lambai sikit dekat Abang Tomok. * wave wave . (mentang2 dia baru menang 1 Juta, kipas baek nampak? huh) Dan selalu juga kita akan dengar dialog seperti ini; ‘Apa la kau ni mat/minah, layan pun lagu meleleh2’, ‘Aku cannot go la dengan jiwang2 nie’, ‘Aku tak layan lagu jiwang’; ‘Jiwa aku rock beb’. Dan kita akan lihat dengan gah orang2 yang ‘tak jiwang’ ini memperlekehkan jenis muzik seumpama ini. Atau prospek yang lebih besar. Mereka juga akan rasa geli dengan puisi dan kata2 puitis seperti yang saya sebutkan di awal kata tadi. But, ya there is a But. Jeng3

Aku lihat ada antara mereka punya pasangan kekasih, tapi mereka boleh pula berdialog ‘I sayang you, you sayang I tak?’ Jika dirobek isi kandungan mp3 dalam kantung folder baik dalam Laptop ataupun henset. Mesti ada juga terselit lagu2 ‘jiwang’ ini buat santapan halwa telinga mereka. Pasti terbit juga lirik2 puitis yang mereka siulkan. Eh, tapi mereka bukan jiwang ! Mereka ini keras orangnya. Don’t get them wrong.

Apa yang pasti. Setiap manusia berkongsi perasaan ingin dicinta, dibelai dan itu adalah lumrah biasa kita sebagai manusia. Bagi yang wanita, pasti mereka impikan teman hidupnya nanti adalah seorang yang penyayang, caring dan bonus jika dia seorang yang romantic. Tapi bukan seorang yang jiwang ya. Dan lelaki. Sekeras2 lelaki, sebrutal mana pun mereka. Mereka juga akan cair bila punya Hawa yang ambil berat pada mereka. Yang sudi manjakan mereka, dan tidak jemu menyayangi mereka. Sudah fitrah manusia. Ingin disayangi dan menyayangi. Mereka tak jiwang. Tapi mereka HIPOKRIT jer. Malu nak ngaku. Ceh. Peace dari Senyap.

p/s : Im Emi. Musim hujan turun la sekarang. Tapi xpe. Hujan itu rahmat. Hujan itu sejuk. Sejuk itu Bulan. Hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...