sahabat Senyap

Saturday, April 17, 2010

Cerita Kedai Kopi

Mereka kata mereka dalam dilema. Lihat saja kerutan dan cara mereka menghadapi tekanan sudah menjelaskan semua. Bagi yang tidak tahan mula ambil keputusan untuk tarik diri, sebab kata mereka sekarang dah tak sama macam dulu. Sekarang dah makin berserabut impak dari salah pencaturan dan pimpinan orang atasan. Buat kerja makin tak tenang, mudah dihinggap stress. Dah tak seronok.

Ya. Bukan semua yang boleh terima perubahan. Bagi mereka yang lama, sudah selesa dengan keadaan sedia ada. Perubahan yang sedikit pasti akan ada yang melenting. Bukan hendak mengata, tapi ini realiti bila bekerja dengan sebuah Syarikat yang dihuni oleh majoritinya Melayu. Budaya pointing finger, PHD, mengumpat, xsenang lihat orang senang, lebih mengagungkan pengampu, cukup pesimis jika ada sedikit perubahan. Semua2 ini aku lihat, aku dengar, aku hadap hari2. Dah lali sangat.

Bagi aku. Hum. Salah satu Deskripsi Kerja Seksyen IR adalah mengendali situasi Grievances. Grievances ini lebih kurang pekerja boleh meluahkan rasa tak puas hati, berkongsi masalah kerja atau jadikan aku sebagai orang tengah diantara pekerja dan pihak pengurusan. Tugas aku simple, sekadar menjadi pendengar dan beri buah pandangan berdasarkan Polisi dan Prosedur Syarikat. Kadang2 gunakan Akta Kerja sebagai panduan. Sekiranya ada pekerja yang punya rekod disiplin, aku panggil untuk sesi kaunseling. Semua maklumat P&C.

Kadang2 tu lahir jugak rasa rendah diri. Siapa aku ni untuk beri nasihat. Layak sangat ke aku. Ntah la. Aku sendiri anggap aku masih tak layak. Aku sendiri pun tak betul sangat. Cuma buat atas tuntutan kerja. Terus terang, aku takut. Takut sangat. Sebab ilmu masih tak cukup.

Dan bila aku pula yang punya masalah sekarang. Siapa pula yang patut aku tuju. Semalam, terima kasih buat adik angkat sebab sudi temankan. Thanks. Abang hargai sangat2! Em.. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amie. Hari ahad, cuti minggu. Tapi kena datang Ofis pulak buat 5S. Ish.

Friday, April 16, 2010

Back To Basic

Tercampak di dalam mainan emosi betul2 sangat meletihkan. Bila emosi berkecamuk, pandangan mata mula mencerun dengan rasa benci. Marah dengan apa yang berlaku. Dengan rutin kerja sehari2, rasa tertekan makin berlipat bila perkara yang aku takut berlaku akhirnya terzahir menjadi realiti. Waktu ini kalau sesiapa yang datang tegur, pasti penuh dengan hamburan kesat yang pasti aku akan sesal seminit kemudian. Jadi, jangan tegur aku waktu ini!

Entah lah. Selalu bila aku fikirkan tentang masa depan dan di mana aku berdiri dan segala kemungkinan yang boleh berlaku, aku jadi takut. Being afraid to love and being afraid to get hurt. Menetapkan harapan yang melangit. Sentiasa memikirkan apa kesalahan yang mungkin aku lakukan esok dan keliru akan apa yang masih tidak aku lakukan sekarang bagi memastikan semuanya pulih semula. Pastikan semua kembali baik. Kadang2, bila semuanya jadi berkecamuk, kucar kacir. Aku rasakan hidup ini sangat susah. Yang kehidupan waktu dewasa itu amat menyakitkan. Hah.

Jadi kadang2 Allah ingatkan kita balik, usah sedih2. Sentiasa berprasangka baik, jangan simpan dendam tapi selalu buat baik pada orang tanpa harapkan balasan. InsyaAllah Dia akan tolong kita. Buat kerja kita sungguh2 dan sabar, sabar dan sabar. InsyaAllah Dia akan perkenankan doa kita di waktu kita tak sangka dan ketika kita sangat memerlukannya. Buat baik dibalas baik. Kan? Allah dah pesan itu dan Dia maksudkannya sungguh2. Allah maha pengasih lagi maha penyayang.

Aku cuba untuk redha atas apa yang berlaku. InsyaAllah, masa akan jadi ubat aku lepas ini. Kawan2, Ibu akan jadi antibiotik mengubat sakit aku. Doakan aku. Sebab aku tak sekuat mana. Tutup buku. Masa untuk buka buku baru.
p/s : I'm Emi. Guna gambar. Lalalala ~~~ Exposed. Hehehe. Pejam mata ye.

Sunday, April 11, 2010

Status Baru Kamu

Alhamdullillah, syukur semuanya selamat. Walau kadang2 aku masih tak percaya. Tapi aku tahu ini betul2 berlaku. Dan berita gembira ini, berita gembira kamu. Aku tumpang sama berkongsi suka. Turut sama tersenyum ceria. Tahniah.

Macam dalam senaskah cerita. Ada pecahan2 plot yang menjadi kerangka, watak2 jadi nadi pada isi skrip. Ada watak utama yang terus berkembang, ada watak kecil yang hanya laku sebagai penyeri sinopsis. Dan dalam cerita ini, kamu lebih dulu mendahului aku walaupun kita bermula di garisan yang sama.

Melihat perkembanganmu buatkan aku menilik di mana aku. Menyedari kamu telah jauh melangkah meninggalkan ku buatkan aku mengira derapan tapak aku sekarang sudah sampai ke mana. Tapi aku gembira dengan kamu. Sebab kamu pernah menjadi sebahagian dari hari2 aku yang dulu. Dan aku bangga sahabat karib, rapat akrab aku itu kini sudah mencapai satu lagi status baru. Bergelar ibu.

Sebab aku tahu kamu akan kunjung sini. Jadi jika kamu baca ini. Kamu tahu yang aku gembira untuk kamu. Tahniah Montel.. Heh, peace!

p/s : I’m Amie. Miracle kan.. Satu nyawa baru. Hurm.. Buatkan aku terdiam.. Lama.

Monday, March 29, 2010

Mungkin Sekarang Sudah Ada Dia

Lama. Ya, lama aku tinggalkan sini. Bukannya lupa, tapi makin banyak komitmen yang perlu galas sekarang. Sudah makin nipis masa yang ada untuk waktu senggang. Haha. Serius, bila dah lama tinggal menulis ni. Bila mula semula, jadi janggal. Cukup payah perkataan2 hendak dicernakan tersusun menjadi ayat.

Mimpi. Kadang2 kita selalu bermimpi hendak jadi yang sempurna. Tanpa secalit cela dari segala segi. Mahu jadi yang terbaik. Ingin berada di puncak dunia. Cantik pada mata yang memandang dan senang bagi mana2 hati yang menerima. Bila orang pandang akan timbul rasa kagum, akan lahir rasa.. Ah, apa ya? Bila hadir kita mereka akan senang dan rasa kehilangan apabila sebaliknya. Tapi aku tahu, semua2 tu hanya aku layak perolehi dalam mimpi. Ya.. Mimpi malam yang sangat merehatkan.

Bangun. Cara terbaik bagi menjadikan mimpi itu benar, adalah bangun. Celik mata, hirup dalam nafas pagi untuk hari yang baru. Mengharapkan hari ini mungkin akan bawa pembaharuan cerah dari hari kelmarin dan semalam yang kusam. Mana tahu hari ini adalah hari itu.

Masa. Ia sentiasa berjalan. Aku tidak ingin diperhamba pada masa lampau, aku tak boleh buat itu kerana aku begini. Itu bukan cara aku sebab aku bukan mereka. Tetapi aku ingin menjadi arkitek pada masa hadapan. Yang sentiasa mencari ruang peluang untuk memperbaiki diri.

Ketawa. Bulan Mac sangat2 padat dengan aktiviti. Balik kerja pun sekarang sudah lewat malam. Minggu pertama aku di Pulau Pinang hadiri kursus dengan MEF Academy. Minggu seterusnya berkampung di Learning Centre, juga hadir kursus tentang Production System. Demam dua hari kemudian, mungkin tak tahan dengan cuaca.

Minggu berikutnya, perlu beri taklimat hampir sepanjang minggu kepada pekerja. Sabtu baru2 ni aku di Kulim, ada anjurkan Karnival Kerjaya di sana. Semalam, sesi kaunseling yang diselia aku. Opps, tiga sesi kaunseling secara tepatnya. Best. Boleh basuh orang. Hehe. Ketawa lagi. Dan untuk hari esok dan lusa juga sudah ada pengisian yang perlu dibuat. Hah. Keluh berat.

Akhir tinta. Penat, tertekan? Langsung tiada. Mungkin sebab sekarang aku sudah ada Sayang. Heh. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Wah, entry pertama dalam bulan nie. Pecah rekod. Haha.

Saturday, February 20, 2010

Ibarat Kata Joker Dalam Cerita Batman

Hidup itu singkat. Jadi mengapa perlu serius dalam menempuh hidup. Walau kadang2, dalam kita menjalani kehidupan, detik manis itu bukan sepenuhnya milik kita sebab ya.. kadang2 pasti terconteng juga lakaran sakit, derita hati, dan dugaan yang sangat perit bagi jiwa untuk menanggung.

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa. Air mata bukan beerti penyambut kepada berita sedih semata2. Dan menangis bukan maknanya diri kita lemah. Bila menangisi sesuatu, sungguh kemudiannya kita akan rasa lebih lega dari sebelumnya. Ikhlas dengan hati, tulus dengan perasaan. Bukankah itu lebih baik dari hanya memendam sampai sakit.

Dan adakala kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai setitis air mata. Hidup dengan hanya meratapi merintih dengan nasib yang serba tak kena malangnya, menghukum diri mengatakan dunia ini tidak adil. Dunia ini kejam. Mata yang tertutup sebelum ini, biarkan dia celik semula. Luka yang terhiris, lambat laun akan sembuh meninggalkan parut. Bila jatuh di persimpangan jalan. Jangan goyah untuk bangun kembali. Sebabnya Allah itu Maha Adil pada setiap hambaNya. Jadi, mulakan hari dengan senyum nipis, pasti tidak susah nanti senyum nipis itu bertukar pada ketawa yang menyenangkan.

Dalam hidup perlu sentiasa panjatkan rasa syukur. Bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dia yang menabahkan kamu. Bersyukur pada orang yang mengendahkanmu kerana dia yang memupuk kamu supaya lebih berdikari. Bersyukur pada orang yang menjatuhkanmu kerana dia yang memperhebatkan kemampuan kamu. Dan bersyukur pada orang yang menyiksamu kerana dia yang menguji kesabaran dan ketabahanmu. Sebab, setiap sesuatu yang diduga Dia pasti punya hikmah disebaliknya.

Hidup ini pendek. Mungkin bulan depan, lusa atau ya! Barangkali, selepas menoktahkan this entry. Sudah tertulis tamatnya masa aku di Bumi yang bersifat sementara ini. Seperti kata Joker dalam filem Dark Knight, ‘Why So Serious?’ Menjalani hidup tanpa menikmati betapa indah sebenarnya alam ini, bukankah itu satu tindak yang sangat bodoh dan merugikan. Live Is Short. So, Enjoy & Appreciate Every Moment Of It. Peace.


p/s : I'm Amie. Dah jelas kenapa I'm change my character. Drive you Nut.

Tak Baik Ignore Orang

Kadang2 kita tidak sedar.. Orang yang begitu ambil berat pada kita dan sayang itu sangat banyak hanya khusus buat kita.. Tapi, kita sering tidak endahkan dia. Selalu juga kita sakitkan hati dia. Dan tanpa sekelumit rasa bersalah, kita langsung tidak ambil peduli tentang perasaan dia. Terasakah dia. Terkilankah dia dengan kelakuan kita. Ah, kita tidak pernah ambil peduli. Sebab kita rasa dia itu tidak mempunyai apa2 hubungan rapat dengan kita. Jadi, apa perlu kisah apa yang dia rasa.

Kita juga tidak sedar. Kita bukannya sempurna untuk dapatkan orang yang betul2 sempurna dalam hidup kita. Dan kita bukannya siapa2 untuk buatkan orang sayang pada kita. Tanpa jemu ada orang begitu setia bertanya khabar dari kita saban hari, sentiasa ada disisi tidak kira apa mood kita waktu itu. Jika kita berduka, ada yang sanggup berkongsi kedukaan itu bersama dan sentiasa berusaha untuk menceriakan hari kita kembali. Tidak kurang juga ada yang sentiasa memantau perkembangan kita dari jauh, bangkit jatuh kita sentiasa ada orang untuk merai dan memapah kembali kita. Tapi, kita siapa bagi dia untuk menerima semua itu. Dan apa hak kita apabila menerima semua itu dan tiba2 kita tidak pedulikan dia.

Dia tidak pernah meminta apa2 balasan. Cukup sekadar ingatan itu sentiasa ada. Ada kala di atas segala perbuatan kita yang begitu ‘sempurna’ itu. Dia cukup membenci kita. Sangat2 benci. Tapi dia juga cukup benci untuk membenci kita kerna dia tidak sanggup membenci kita. Rasa sayang yang begitu tebal itu seolah2 memadamkan api benci yang tepercik tiba2. Bukan sayang yang bagaimana. Sayang sebiasa kawan. Selalu dia sentiasa memaafkan kita tak kira apa.

Adakala kita perlu sedar. Harus bangkit. Bukan selalu tiba2 datang orang yang menyayangi dan begitu ambil berat terhadap diri kita. Hargailah dia, sementara dia masih ada. Sebelum dia terus pergi buat selamanya.

Kita cuma manusia yang hanya mampu membuat satu mimpi indah yang sukar untuk menjadi kenyataan. Kita hanya manusia yang dambakan sempurna tapi sempurna sangatkah kita untuk menerima itu semua. Dan kita juga manusia yang tidak lari dari kekhilafan... Hargai orang yang sayang kita. Kerna kita tidak tahu bila lagi akan ada peluang sebegitu esok nanti. Peace dari Senyap.

p/s : I'm Emy. Dipinggir dan disisihkan itu sakit. Kan Baby? hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...