sahabat Senyap

Saturday, January 23, 2010

Aku Dan Pena

Hari itu isinya agak bosan dan kosong. Apa yang disentuh dirasa semuanya macam tak kena. Lihat deretan majalah di rak buku, cepat2 aku capai sebatang pen dan senaskah kertas kajang. Satu persatu helaian majalah aku selak mencari2 di ruangan kenalan. Sudahnya lenguh langsung jemari aku ini menulis lambakan surat untuk dituju kepada alamat2 yang diambil di ruangan kenalan tadi.

Itu dulu. Bila diingatkan semula, kelihatan macam naïf sangat. Ada mulut2 yang bercakap itu semua buang masa, buang duit. Tapi bagi aku tiada apa yang nak dirugikan. Malah ia berikan kepuasan. Sebab rata2 rakan pena aku yang dulu, aku jumpa dia. Dan dia masih kekal hingga kini, setia jadi sahabat aku. Dan ada yang lain bertemu semula dalam blog. Dunia tanpa sempadan.

Aku dan pena? Menulis dah macam hobi aku. Walau kadang2 banyak kali jugak aku terfikir yang aku xkan menulis lagi dalam blog ni. Dan semalam sekali lagi aku tekad nak berhenti menulis atas sebab2 yang tertentu. Tapi dah macam refleksi spontan bila ada masa kelapangan, papan skrin PC jadi tempat rehat aku.

Cara menulis adalah pakaian kepada fikiran. Mengarang setiap rangkai perkataan tidak lebih daripada mimpi yang dipandu. Sesungguhnya, terdapat beribu2 perkara dalam fikiran seseorang dan dia tidak akan menyedarinya sehinggalah dia mengambil pen dan mula menulis. Semua orang mampu menulis, tapi bagi ulat buku macam aku ni; apa yang aku suka pada penulis yang baik bukanlah apa yang diucapkannya, tetapi apa yang dibisikkan olehnya. Sebab ia lebih jujur dan ikhlas. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amiey. Dari dia aku bermula, dan dari dia juga aku akan tamatkannya.

7 comments:

adnil linda said...

dulu pn ak begitu...
skang da x...
bila sume da teror menaip dgan laju d papan kekunci msing2...
kdg2 rase hilg satu nkmat...

::umairah shafei:: said...

salam.
kita serupa.
erm, sebab tuelah jugak hati mesti dibersihkan slalu. kan? sbb apa yg kita tulis, itu adlh gmbrn hati.
hati yg brsih, tulisannya akan mnyentuh hati yg lain. itu pra-syarat.
apapun, penulis harus membaca lebih dari menulis. kata2 dari Ustaz Pahrol Mohd. Juoi. (www.genta-rasa.com)
btw, thanks ye for sharing. :)

[z@ck] said...

don't stop blogging
plis

Att Ashburn said...

betul..ada satu masa rasa macam nak stop blogging je. cari ketenangan dulu huh..
tp kwn2 blogger yg beri semangat.. jgn tutup blog kata diorang haha..
kamu pun jgn hilang smgt tu ye..

aideeb said...

klo dah xmo tulis blog pekata buat buku/novel..mcm ramlee awang murshid..dah glam nanti dah dapat bnyk komisen belanje ler..hihihi

myfuzzyworld said...

Salam,

Jangan lepaskan peluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sia layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

-zu-

Orang Senyap said...

adnil linda ::

hurm, betul. kadang2 bila menulis dah macam satu tabiat. ketagih tue macam melekat kejap..

pantang senggang, jari akan melekat pada papan kekekunci..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...