sahabat Senyap

Sunday, January 17, 2010

Aku Minta Maaf

Berusahalah secepat mungkin untuk berbuat baik, lebih baik berbuat demikian pada hari ini daripada hari esok kerana hidup ini sangat pendek, sedangkan waktu berlari kencang.

Perbuatan mulia, mengumandangkan sebuah khabar gembira yang bergema di setiap penjuru dunia. Perbuatan itu adalah sesuatu yang mendatangkan senyum gembira di air muka orang lain. Mutu terbaik sesuatu kebaikan dan kebajikan adalah kita perlu segera melakukannya, mencuba melampauinya dan jangan menyebut2nya.

Tetapi. Setiap orang sama seperti bulan, masing2 mempunyai bahagian sisi yang gelap yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa. Soalan. Apakah itu kejahatan? Ia adalah segala yang terhasil daripada kelemahan. Manusia tidak semata2 menjadi jahat, tetapi selalunya bertunjangkan kepada kealpaan yang langsung membawa kepada titik gelap dosa.

Di dunia ini, tidak ada seorang pun ingin berbuat dosa secara sukarela, melainkan orang itu menentang kehendak hati mereka sendiri. Dosa adalah apa yang terasa sendiri dalam hatinya ketika berbuat sesuatu. Bagi sesiapa yang berenang di dalam dosa, maka dia tenggelam dalam kesusahan. Menghindari dosa adalah lebih ringan daripada sakitnya penyesalan.

Akhir tinta. Apabila kamu melihat seorang yang baik, berfikirlah untuk menandinginya. Dan jika kamu melihat seorang yang jahat, periksalah hati kamu sendiri. Em.Peace dari Senyap.

Selesai meletakkan noktah pada penghujung artikel. Berhenti sekejap. Merenung dan merisik semula hari2 yang lepas. Berfikir. “Aku nie baik ke?”… ~ Tiada jawapan. Sebab aku bukan sempurna.

p/s : I’m Amy. Pada mana2 hati yang pernah terasa, terguris dengan aku sebelum ni. Two word. I’m Sorry…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...