sahabat Senyap

Sunday, January 03, 2010

Dah Cukup Berehat

Apabila otak terbejat dengan rasa karat dan penat. Setiap kata jadi tersekat dan sendat. Yang akhirnya kekal kosong tanpa apa2 butir ayat yang termuntah dari jemari di papan kekunci. Dan bila rutin hari hanya diteman dengan butir2 kapsul ubat antibiotic yang diambil bila cukup masa. Sungguh. Mental dan fizikal aku di penghujung tirai 2009 hingga melangkah ke 2010 sangat lesu. Fizikal masih terlantar di katil. Mental minda masih lenguh untuk bekerja. Sudahnya hari2 yang semalam hanya dilengkapi dengan tidur, rehat dan tidur.

Kadang2 bila terpunduk begini, orang selalu kata ia bagus. Sebab sakit itu menjadikan kita dekat dengan Sang Pencipta dan sekaligus mencuci hati kotor dan menukarkan menjadi bersih suci. Sabar itu harus genggam kejap jadi azimat.

Pengsan. Ya, buat kali pertama dalam hidup aku pengsan hari itu. Benar, aku juga tak sangka. Pitam di atas jalan raya yang ketika itu keadaan trafficnya agak sibuk. Nyaris2 digeles dengan lori besar. Astaqfirullahalazim. Sehingga waktu ini, dada aku masih berdegup kencang bila mengimbasi saat itu. Peluh sedikit merinik di atas dahi. Itulah akibatnya kalau ambil mudah dengan kesihatan diri. Syukur, tiada apa yang buruk berlaku.

Tahun baru. Hurm, sudah tahun baru ke? Macam baru semalam 2009 masih ada tersenyum gembira dengan aku. Semakin lama semakin deras masa berjalan, Hari yang tidak pernah menunggu sesiapa. Semalam 2009, hari ini 2010, esok lusa sudah 2011. Tapi dimana dan tahap mana aku waktu itu. Tiada siapa yang tahu. Selamat tahun baru 2010..!!

p/s : I'm Amiey. Moga lembaran baru ini terlukis satu kegembiraan baru buat aku.

16 comments:

[z@ck] said...

pitam atas jalan?
ish awak ni..kasi suspen tol la..huhuhu..lain kali jgn amik mudah hal2 kesihatan ni

senandung semalam said...

len kali hati2 ye... kesihatan 2 penting...

Orang Senyap said...

zack ::

owh.. part tue saya belum bagitau kat awak yer?? heh

memang pasni bab2 macam nie saya akan
lebih titik beratkan..

dah serik terlantar atas katil sepanjang minggu nie..

Orang Senyap said...

senandung semalam ::

yup.. thanks for ur reminder..

badan nie nak guna lama lagi..

betul2..

aideeb said...

rajin-rajinlah bersenam kat gym...kasi berstamina sket...jgn asik mengelamun jer..hikhikhik

(belum habis tensen..tu yg masih menyakat nih)

dila said...

fuh robbana..sakitkablah emi untuk sebulan lagi fuh fuh fuh...makbulkanlah doaku agar segala kekototran didalam hatinyaterhapus..ekeke

fafaz said...

alhamdulillah,
sebaek umur anda msih panjang lagik.
;D

senandung semalam said...

taw xpe...hehehee...

seroja jingga said...

dah lama aku tak kesini..ape khabar kamu ye

|arieza| said...

get well soon!

Orang Senyap said...

Aideeb ::

eyh.. ada aritu saya sah start joging tau? terjelir2 lidah penat..

hahaha..

xpe2, dah lama xbuat gejala normal la tue.. nanti dah biasa kang baik la dia.

Orang Senyap said...

dila ::

hah.. itu dah nak jatuh nusyuz
la tue?

xbaik tau buat macam nie.. hehe

Orang Senyap said...

fafaz ::

nasib baik sangat2.. kalo tak
terkubur terus la blog nie kan?? :-)

Orang Senyap said...

seroja jingga ::

khabar saya okey..

cumanya rutin harian dah sama dengan yang dulu..

sibuk dengan tuntutan kerja..

you??

Orang Senyap said...

arieza ::

thanks buddy.. heee

dah sehat dah..

boleh lompat2 dah nie...

Miss jane said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,正妹牆,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...