sahabat Senyap

Saturday, January 16, 2010

Aku Dah Balik :-)

Lama dia mendiam, mengambil sedikit masa untuk kembali tenang, sihat, segar macam dulu. Tapi dia tahu, dengan apa yang dia tempuh semalam dan kelmarin. Tenang, segar dan sihat itu macam jauh bagi dia peroleh. Sayup jauh. Kadang2 dia cuba untuk bangun, bangkit semula tapi tak lama. Perlahan2 dia rebah semula, kembali ke lantai rehat.


Yang bermula pasti ada akhirnya. Setiap yang lahir pasti akan bertemu mati. Sama juga setiap pertemuan pasti akan disambut dengan perpisahan. Cuma dalam tempoh masa pertemuan itu, terjalin ikatan pekenalan yang lama2 bagi dia makin kejap dan akrab. Ketat dan sendat dengan ingatan dan yang pasti cerita2 semalam sudah jadi kenangan bila sampai masa, perpisahan menjadi pengakhiran kepada pertemuan. Kutuklah pertemuan jika bencikan perpisahan.


Durasi cerita bersama plot manis bersama mereka akan dia semat di sini sebagai tanda mereka pernah hadir dalam diari hidup dia. Dan dia tahu mereka akan sentiasa kunjung di sini. Hee. Ntah pape. Buat kenalan GEMS, All The Best.


Lompat topik.


Macam ada pendarahan otak dia dalam dua minggu ni. Atas kerana factor kekurangan Manpower, dia terpaksa menghadap timbunan kerja yang menggila lambaknya. Antara sebab lain dia jarang ada post baru di sini. Hehe. Urgh. Administration project, Industrial Relation cases, Financial Year Budget, three different monthly report, Domestic Inquiry, CR Projection, Government appointment etc. Semuanya kena hadap lumat dengan dateline yang agak singkat. No wonder sampai pengsan hari tu. Em.


Bagi Adam, taman firdaus adalah rumahnya. Bagi dia pula, rumah itu ibarat taman firdausnya. Rumah seperti tempat untuk hatinya berdiam senang dan atmosferanya sangat meriangkan. Apabila dirinya rasa riang dan puas, seperti seluruh alam akan ikut sama tertawa bersama dia. Mungkin hari ini dia sudah boleh bangun dan berlari kencang macam semalam. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Amiey. Tahniah Juju coz dah dapat keja. Yeay. Tengku a.k.a Ety, I miss you already partner. Huhu.

4 comments:

Fyzal said...

melihat kebenaran pada ayat saudara perihal kenangan yang sendat..

ada waktu bilamana kenangan yang terlalu sedat bisa buat jiwa luruh, hati duka, airmata mengalir tanpa dipaksa bila perpisahan merampas masa bersama.

Fyzals Territory

Orang Senyap said...

fyzal ::

yup.. betul tue. heh.

kadang2 benda itu semua kena juga lalui sebab ianya salah satu proses lama mengajar erti hidup..

peace..

thanks coz dropping ur comment..

i'msosupernotcool said...

kekadang kita lupa yang kita hanya watak kecil dalam dunia.. biar sebesar mana pon kita.. tapi yang kecil juga punya rasa untuk gembira.. punya senyuman untuk di kongsi bersama.. walau sementara..

Orang Senyap said...

i'msosupernotcool ::

kadang2 jugak orang selalunya melihat pada watak2 yang lebih menonjol daripada yang terpencil..

been in that situation before.

hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...