sahabat Senyap

Sunday, January 17, 2010

Aku Rehat Kamu

Ada burung berkicau, sedikit pun kicauannya tak sumbang. Sedikit pun suaranya tak mampu ditiru atau diperbaikkan. Ia sudah cukup cantik dan asli. Sekurang2nya itulah yang aku percaya, setiap cipataan itu unik dan punya seni serta bahasanya yang tersendiri.

Daunan hijau kekuningan di puncak pokok bergoyang2 mengikut arah angin yang bertiup sederhana kuat, tinggi dan ada ketika cahaya matahari tembus dibalik liang2 rimbunan daun terus menyimbah lantai bumi. Indah sangat, sungguh harmoni dan semuanya di luar kawalan aku. Betapa kadang2 membuatkan aku berfikir sama ada tanganku ini sebenarnya memelihara atau memusnahkan.

Kepul awan putih di dada langit macam dalam lukisan warna cat air yang terlebih basah, berbaris dan bergerak membentuk lapis2 nipis yang tenang. Seperti tadi, aku membiarkan batang tubuh aku ditampar lembut oleh angin yang dihembus sepoi2 bahasa. Menjamu mata dengan hidangan hijau yang begitu nyaman dan menghiburkan. Senyap dari tekanan, jauh dari hingar rusuh hati. Betapa firdausinya jika nikmat ini dapat distatikkan buat jarak masa yang lebih panjang.

Kelihatan alir air dari atas bukit mengalir deras jatuh ke atas batu2 besar di bawah hilir. Bunyi percikan kedengaran sangat segar sampai aku terdiam agak lama. Cuba untuk mengadun dan menikmati segenap suasana tenang di Kawasan Rekreasi itu. Terasa jarak dan jerih perjalanannya tadi terbayar dengan harga yang amat berbaloi dan bermakna.

Dan bila kamu menyatakan kesudian untuk menerima aku melangkah lebih jauh setapak ke hadapan. Aku berasa cukup senang walaupun pada mulanya fikiran aku berkecamuk sekiranya aku tersalah langkah mengilankan kamu. Sebab aku tahu hati dan hari2 kamu yang semalam. Kamu sentiasa menjadi rehatku dan aku akan cuba sedaya yang boleh menjadi rehatmu. Hurm. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Kekok sikit. Adeh.

6 comments:

dila said...

Kamu sentiasa menjadi rehatku dan aku akan cuba sedaya yang boleh menjadi rehatmu


sob3..

love you dear..

|arieza| said...

wah.. adakah dila di atas ni 'insan istimewa' itu :) hehe smoga berbahagia slalu!

aideeb said...

mengilankan Tu ape?

mkn kfc tetiap minggu...itulah alor setar..hihi...

Orang Senyap said...

dila ::

agak2nya kalo saya jawab ayat balasan 143 tue rasanya dah xrelevan kan?? hurm..

lambat sangat nak reply.. itula
pasal.. hehehe

Orang Senyap said...

arieza ::

eh? sapa insan istimewa tue?? haha..

erm. it happen so fast.. n now
she WAS my special someone..

kadang2 perasaan tak boleh nak dipaksa.. nak bagi tangan sama2 bertepuk nie perlukan chemistry..

Orang Senyap said...

aideeb ::

mengilankan tue kata akar dari Kilan.. atau terasa.. atau terguris.. haha.. perosak bahasa ker saya nie ek? hehe

KFC tue hurm, kira dah jadi pengganti nasik dah la bagi saya.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...