sahabat Senyap

Saturday, February 20, 2010

Bila Terhantuk Baru Mengaduh

Alkisah, satu hari yang lepas...

Teman,

Kenapa ini perlu terjadi kepada kita. Betapa besar halangan yang menjarakkan keakraban kita wahai teman. Dulu, kita selalu bersama. Ketika aku datang menjengukmu, kamu sering tersenyum mesra kepadaku. Hati aku sentiasa berbunga riang apabila berpeluang berjumpa mu. Kita turut punya kenangan manis yang tercipta antara kita bersama. Terlalu banyak memori indah. Tetapi kenapa ini perlu terjadi. Ah! Betapa kejamnya dunia ke atas keakraban kita. Teman, kita terpaksa berpisah atas desakan keadaan.

Aku rindu kamu.

Atas asakan dan momokan oleh masyarakat dan kenalan rapat yang memburukkan kamu, aku secara tidak langsung telah termakan hasutan2 mereka. Kejamkah aku? Apakah aku ini seorang yang tidak setia. Minta maaf teman, aku tidak bermaksud untuk membelakangkan kamu. Sungguh, aku terpaksa. Hati kecil aku ini sering kali meronta2 untuk bertemu dengan kamu. Tapi, aku sepertinya diperhatikan oleh mata-mata yang anti kepada kamu. Aku terikat. Aku serba salah. Teman, aku harap kamu faham keadaan aku.

Aku masih rindu kamu.

Tadi ada aku perhatikan kamu dari jauh, kuat desakan hati aku untuk bertemu denganmu. Tapi sepertinya fizikal aku kuat menghalang untuk berjumpa dengan mu teman. Dengan perasaan yang berat, hayunan langkah yang hiba aku berlalu pergi tanpa bertegur sapa denganmu. Ketahuilah wahai teman, aku terpaksa berbuat begitu. Jangan salahkan aku. Halangan ini semuanya berpunca dari ibu bapamu. Betul, ini semua kerana mereka. Kelakuan mereka yang jengkel dan menjijikkan itu yang buatkan aku sudah tawar hati denganmu. Dan segala tindak tanduk mereka yang seperti haiwan itu secara tidak langsung menjurus kepada perpisahan antara kita. Walaupun kamu tidak bersalah dalam hal ini, tetapi kamu tetap punya pertalian darah dengan mereka. Dan kerana itu...

Aku terpaksa benci kamu.

Tiada pengganti lain yang mampu menggantikan kamu di hati aku. Engkaulah ratu di hatiku. Tetapi maafkan aku sekali lagi teman. Dengan ketiadaanmu, aku perlu mengisi kekosongan yang terluak di dalam hati aku ini. Aku perlu mendapatkan pengganti dan rasanya aku sudah bertemu dengannya. Dia juga sehebat kamu, dia juga ada iras2 wajah kamu. Bila aku bersamanya aku sering teringatkan kamu. Tetapi dia masih lagi baru. Masih lagi suci. Tidak seperti kamu. Sudah gah. Kekurangan itu aku terpaksa akui, jangan risau teman. Akan aku jadinya segah kamu. Dan jika boleh lebih hebat daripada kamu. Kamu hanya perlu tunggu dan lihat. Teman, dengan bersaksikan bulan dan bintang. Aku, tidak akan lagi bersua atau bertegur sapa denganmu. Parut yang ibubapamu tinggalkan itu sangat dalam. Cukup dalam. Sehingga kini masih jelas berbekas. Teman...

Aku benci kamu, sangat benci.

Alpa mungkin. Atau mudah lupa. Barangkali terlalu selesa. Tulisan di atas aku nukil waktu masing2 kita hangat memboikot produk Israel atau yang berbaur dengannya satu waktu dulu. Tulisan tentang KFC. Ya, sebelumnya aku cuba untuk membenci KFC dan beralih ke RFC. Tapi lain plak jadinya sekarang. Lain sebab setiap minggu mesti aku akan ke KFC. Haha. Di mana silapnya ya. Hurm. Semangat yang hangat2 taik ayam mungkin. Ah, no clear answer. Do YOU?


p/s : I'm Amie. Masih boikot lagi ke kita sebagai saudara Muslim. Em, tepuk dada. Bukan macam aku. Tepuk perut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...