sahabat Senyap

Wednesday, February 17, 2010

Happy Fifth Anniversary

Usia dalam setahun sama juga dengan 12 bulan, 52 minggu, 365 hari, 8,760 jam dan 525,600 minit. Bila dihitung dari tarikh lahir aku pada 12 Oktober 1986. Sudah tidak terkira jumlah bulan, minggu, hari, jam dan detikan minit yang lama berlalu.

Sebulan lagi helaian kalendar dicarik. Sejak akhir2 ini masa begitu cepat berputar. Siang berganti malam. Malam pula ditarik layarnya menjelmakan subuh. Kemudian beransur pagi sejurus siang semula. Putaran matahari dan bulan mengelilingi bumi tidak pernah berubah dari paksinya. Dan 24 jam sehari semalam yang diperuntukkan tidak pernah berganjak walau sesaat pun. Masa tetap dirasakan pantas berlalu. Dan hari ini sudah masuk bulan kedua dalam tahun 2010. Februari. Buatkan aku terfikir, apa isi Januari yang sudah aku manfaatkan?

Februari. Setiap tahun bila datangnya Februari bukan tarikh Valentine yang aku nanti. 2 Rabiul Awal Tahun Islam. 16 Februari 2010, sekali lagi tarikh manis itu datang. 16 Februari 2004, tarikh pelancaran Program Latihan Khidmat Negara oleh Kerajaan. Dan aku merupakan salah seorang peserta terawal waktu program itu dirasmikan. Siri Pertama, Batch pertama.

Bila diimbas, hati jadi rindu. Jiwa macam merayu. Entah apa khabar rakan waktu dulu. Yang sama2 bermandi peluh di bawah terik, yang sama2 berkongsi gelak tawa, susah senang, semua bersama. Akrab dulu sudah macam satu keluarga. Saling bekerjasama, saling ambil berat sesama kita. Jantina, bangsa dan Agama. Semuanya sama. Sebab kita bersaudara. Kita Satu Malaysia.

Selamat Ulangtahun Yang Ke Lima. Tali persaudaraan kita. Happy Fifth Anniversary.

p/s : I’m Emih. Beringin Beach Resort, Langkawi. YAB, UUM Sintok. In Memory.

2 comments:

ini blog wirdah said...

wohoo.batch pertama PLKN! kire senior aku la ni.haha. bile baca entri ni,tibe2 aku pon rasa rindu lak kat kompeni aku,alpha,kt ckg2 pelatih,kenegaraan semua. awal2 masok mmg agak terseksa.huh,tp bile dh tamat latihan,rasa mcm taknak balik umah pulak.haha.menangis bagai!

5rux said...

oo batch pertama ek...kte x dpt nk merasa sbb lps je abis skola, br dorg perkenalkn plkn huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...