sahabat Senyap

Saturday, February 20, 2010

Bukan Hamba Seks

Kita tidak dapat melihat cacat sebuah jambatan sebelum kita melihat jambatan itu runtuh, demikian jua dengan perihal seseorang, kita tidak dapat melihat cacatnya dia sebelum orang itu menghadapi godaan. Setiap orang itu sebenarnya jujur, baik budi, bersih hati sehinggalah sampai suatu saat dia menghadapi situasi yang menggoda jiwa serakah nafsunya agar berlaku sebaliknya.

Apabila hawa nafsu berkuasa, gelap gelitalah hati. Apabila hati gelap gelita, maka sempitlah dada. Apabila dada telah sempit, buruklah tingkahlaku dan apabila kelakuan seseorang telah buruk, ia akan dibenci oleh semua makhluk. Nafsu adalah sumber bagi segala keburukan dan kejahatan. Ia tanpa gagal membuat orang yang paling pandai menjadi gila dan orang gila menjadi pandai.

Sedih. Marah. Sebagai seorang manusia, aku juga turut tersentuh bila mengenangkan perilaku bangsa binatang hari ini. Mungkin perkara ini sudah sering berlaku sehingga kelakuan ini dianggap satu fenomena yang biasa. Jika tanggapan seperti itu yang kita tanam sekarang, berdekah ketawa senyum senanglah si Penderhaka Syurga. Bangsa binatang ini semakin hari makin membiak. Bertuhankan hawa nafsu semata2, bertunjangkan sifat jijik dan mengecewakan.

Apa salahnya hanya untuk suka2. Dia rela dan aku juga mahu buktikan kejantanan kepada dia. Dia suka bila tangan aku merayap meraba, Dia gembira bila aku berjaya puaskan dia. Dia dan aku suka sama suka. Kami bercinta, apa salahnya jika mencuba kalau esok nanti memang kami akan disatukan bersama. Lagipun, ia memang sesuatu yang seronok dan ketagih untuk kami lakukan sentiasa. Siapa anda untuk menghakimi kami berdua? Ya, dialog begini. Pemikiran naïf begini. Genap 9 bulan selepas melampiaskan rasa cinta, buang sana, bakar pula?! Kejam. Sudah lupus langsung ke sifat manusiawi pada jiwa bangsa binatang ini. Suka? Gembira? Bukti cinta? Sial semua tu.

Lelaki menyatakan cintanya bagi memperoleh kepuasan seks, sedangkan wanita memberikan kepuasan seks bagi memperoleh cinta. Perasaan timbal balik yang tidak mendatangkan apa2, hanya melalaikan. Godaan hawa nafsu selalu menjadi ancaman bagi kehidupan dan kalau diikuti maka akibatnya cuma kehancuran.

Tepuk dada, ukur iman yang masih tersisa. Sadaqollalhullazim.


p/s : I'm Emiey. Emo plak. Sori2. Hehe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...