
Jika diberi dua pilihan yang kedua2nya sama cantik, keduanya2 sama taraf ganjarannya. Apa yang hati akan pergi. Pilihan yang salah satunya akan mengubah haluan diri secara seluruhnya. Hati kadang runsing, tidak yakin dalam membuat keputusan, tidak betah akan hasilnya nanti. Ya, hati kusut, payah, sulit. Hati itu hati aku.
Bila toleh hari semalam, sekurang2nya aku masih mampu tersenyum. Keputusan semalam sekalipun payah, tapi hati aku kuat membisikkan bahawa ia inginkan sesuatu pembaharuan. Butuhkan ilmu baru. Dan hari ini, genap 16 hari aku di ‘rumah baru.’ Bersama rakan kerja baru. Suasana lain yang aku mula suka. Ya, aku akan selesa di sini. Hum.
Awal Februari lepas, sejak penghijrahan aku. Aku lihat ‘rumah lama’ melakukan banyak rombakan dari segi ahli dan tugas. Makin ramai bunga. Ya, Yuza juga turut dinaikkan pangkat berpindah menjadi ahli ‘rumah lama’ aku. Tahniah buat dia. Dan tempat Yuza dulu juga digantikan dengan ahli baru. Bunga comel. Yang mana bunga itu menjadi makin akrab dengan aku. Heh. Tak salah tambah kenalan kan Baby?
Hari ini masih cuti. Tapi aku? Sibuk dengan urusan dan tugasan di pejabat. Sungguh, banyak tugas yang perlu dihabiskan sejak melangkah di rumah baru ni. Dan aku suka macam ni ! Okey2, nak sambung buat keja plak. Peace dari Senyap.
p/s : I’m Amiey, sengaja olahan dibuat secara kiasan. Risau nanti ada yang terasa hati. Baik kan aku? Hehe. Perasan.
No comments:
Post a Comment