sahabat Senyap

Sunday, June 27, 2010

Rindu Lekas Bersemarak

Kedukaan itu sedikit berkurangan, tapi aku pasti ia akan datang kembali. Keluh kesah begini, sering datang dan pergi. Kadangkala terasa juga mahu menyumpah seranah, malah sesekali terdetik juga rasa sesal lantaran terlanjur menjalin tautan hati dan mengimpikan hari bahagia.

Tapi aku harus sedar, itu karat mazmumah yang masih berkarat di jiwa. Sebagai seorang muslim, aku wajib yakin, segala2nya ditentukan Allah. Mulai sekarang aku mesti belajar menerima hakikat pertemuan dan perpisahan. Ada hikmahnya, ada rahsianya. Cuma manusia kadangkala menjadi tidak sabar dan sering bertindak menurut nafsu dan perasaan. Aku menggenggam kata2 itu. Malah tiada sekelumit pun rasa dendam dan sakit hati yang tersisa. Namun, fitrah manusia adakalanya tewas dengan pukulan perasaan.

Ada rasa pilu melonjak2. Ada sendu yang meronta2 mahu keluar. Ada ngilu yang menujah2 kalbu. Namun aku cuba bertahan dan lekas mewajarkan; ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Hati, tabahlah. Fitrah, sabarlah.

Pergi kamu pergi. Pergilah sejauh2nya. Perlu apa lagi singgah, jika persinggahan hanya sekadar menyakiti. Ini keputusan kamu. Kadang2, bila diimbas semula. Ia semuanya atas keputusan kamu. Hum. Cukuplah. Sudahlah.

p/s : I’m Amie. Alahai. Aduhai. Aduyai.

8 comments:

aideeb said...

ni awat pulak ni....jgn sedih2..sila makan asam jawa sekarang..pastu ambil gambar sendiri..pastu tgk muka kamu yg masam mcm mana....pastu decide nak masam ke nak manis...haha

ada van de kamp said...

perpisahan dgn sesiapa pun mmg menyakitkan.
kalau berpisah mati lg lah. huhu..
encik kaunselor jgn sedih2 :))

Lan Bingka said...

kuatkan hati..itu semua cobaan..

Adila Ady said...

pernah tengok 500 days of summer...?
try tengok..baru awak paham.

Qaish Nur Mikhael said...

Aideeb ::

haha.. macam tue yer? erm, ok gak. salah satu bentuk terapi yang pelik, tapi unik..

memang, buruk rupa muka kalo masam.. haha..

erm, biasa la, skang musim pasca break up...

but im okey..

Qaish Nur Mikhael said...

ada van de kamp ::

encik kaunselor? hehe. ada sebelum ini sorang reader kerap sebut saya encik superman. macam nama indonesia pun ada. SUPARMAN.

tapi Ada, ada something else yang lebih menyakitkan hati. tapi xpe la, hidup ni macam karma kan? what's goes around come around.

Qaish Nur Mikhael said...

Lan Bingka ::

Yup.. but i'm okay. thanks dropping ur comment.. :-)

entry di atas hanya dizahirkan dalam bentuk monolog..

Qaish Nur Mikhael said...

Adila Ady ::

500 days of summer ?? hurm, itu movie favourite saya since dia mula2 tayang.. siyap beli DVD untuk collection.. and i watched it like. erm. lost count.

and i like the ending too.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...