sahabat Senyap

Sunday, July 18, 2010

Irama Hujan Menyanyi

Kedengaran sayup bunyi guruh seperti menegur dia yang leka dengan timbunan kertas kerja di ruang bilik. Titis2 hujan mengekori tidak lama kemudian, sedikit2 dan lama2 makin lebat. Hati jadi sejuk. Hujan, hati rasa tenang tatkala mendengar bunyi hujan. Irama yang sangat menyenangkan.

Semasa kecil, dialah orang pertama yang melompat gembira bila hujan datang. Berlari2, melompat2 kegirangan dalam tujahan hujan yang sejuk. Begitulah setiap kalinya semenjak dia mula mengenal hujan. Dan sungguh dia sangat sukakan hujan.

Semasa remaja, hujan tetap signifikan dalam jiwanya. Suasana hujan itu sungguh syahdu, seperti ada suatu perasaan indah yang tidak tergambar. Hening. Senyap. Walau pada usia itu, hati dan jiwanya banyak terdedah dan sedikit dicemari tompok jahiliyah yang mewarnai hidup remaja. Malah jiwanya seakan hanyut dengan budaya sosial, kisah cinta dan khayalan dunia. Tapi hujan tetap indah. Dan hujan masih bersamanya.

Namun dirinya masih jahil. Belum mengerti sepenuhnya akan kudrat Ilahi, apatah lagi mengaitkan hujan sebagai rahmatNya. Sekian lama, baru dia sedari. Hujan itu sungguh layak untuk dicintai, kerana dalam penurunannya tersimpan seribu makna yang Agung, kisah Penciptanya yang Maha Berkuasa, kasih sayang dan rahmatNya yang tidak terhingga. Alhamdullillah, kini dia faham mengapa dia sungguh suka. Allah telah mengikatnya dengan hujan sekian lama. Ah, memang patut dia suka akan dikau duhai Hujan. Ia sebuah ciptaan Allah yang penuh misteri dan rahmat.

Setiap kali dirundung kegelisahan. Hujan seperti memberhentikan masa, meninggalkan dia dalam keindahan suasananya yang mengasyikkan. Meninggal segala masalah2 dunianya di belakang. Dan sungguh ketenangan itu diraih, dan yakin dengan pertolonganNya. Hujan itu diturunkan sebagai rahmat ke seluruh alam, baik untuk keseimbangan ekosistem mahupun pelajaran kepada mereka yang memikirkannya.

Hujan. Teman sejak kecil dan jahil. Hingga dia fahami dan sedari. Hujan, teruskan tenangi hati ini. Peace dari Senyap.

Segala puji bagi Allah.

p/s : I’m Amie. Aku bukan Raingers. Aku Semesta. Hehe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...