sahabat Senyap

Monday, July 12, 2010

My Dearest One

Hari itu agak istimewa. Itu yang disebut2 Mak Su dari semalam. Awal pagi lagi dia sudah dikejutkan Mak Su, dipakaikan baju kemeja putih dan seluar biru. Dia hanya menurut tanpa membantah. Mungkin suka lihat Mak Su teruja pagi itu. Senyuman Mak Su sangat manis. Bila Mak Su senyum, ada lesung pipit yang turut sama terukir. Serupa dengan dia. Kata mak, dia dan Mak Su punya senyuman yang sama. Manis.

Hari itu dia memegang gelaran baru sebagai seorang murid. Dan iya, pada masa itu dia hanyalah seorang budak kecil.

Bahang cuaca agak terik. Kelas yang sempit dan penuh itu terasa berbahang. Peluh memercik membasahi baju sekolahnya. Dia mencari2 kelibat Mak Su, sambil sekejap2 matanya menoleh ke arah pintu kelas. Terdengar gelak tawa kanak2 lain di kelas bersebelahan.

Serentak dengan bunyi loceng, semua orang bangun memberi ucap terima kasih pada Cikgu. Sambil sibuk membetulkan baju dan menyusun buku2 serta memasukkan alat tulis ke dalam kotak pensel. Datang Mak Su, ketawa dengan gelagat dia. Sambil2 tangan Mak Su mengusap lembut belakangnya. Bila dekat dengan Mak Su, dia hilang rasa gugup. Seingat dia, Mak Su waktu itu di dalam kelas darjah 3. Mak Su satu2nya kawan baik dia. Dan bila pulang, Mak Su sentiasa tidak lepas mempimpin tangannya.

Tapi, yang gembira itu sentiasa tidak lama.

Hujung minggu itu, sejak awal pagi lagi berpusu2 jiran kita datang menziarah. Saudara jauh juga ada. Waktu pagi begini dia lebih selesa berbaring bersebelah Mak Su, sambil memeluk pinggang Mak Su. Mak Su waktu ini masih tidur lagi. Dia juga masih lagi mengantuk.

Tapi bila pagi kian menganjak, Mak Su masih belum terjaga. Ketika mereka menggangkat tubuh kecil Mak Su ke bilik air untuk dimandikan. Dikafankan. Dia menggoyang2kan tubuh Maksu, bangun Mak Su. Bukalah mata. Dia yang masih naif, tidak tahu pada hari orang2 kampung membawa Mak Su pergi, dia tidak tahu itu adalah hari terakhir dia dapat melihat Mak Su. Sungguh, dia tak tahu. Bila dia sedar, Maksu betul2 sudah tiada.

Bila dikenang semula, diimbas balik hari2 yang lalu, memang perasaan sebak itu sentiasa ada. Namun sekarang dia sudah besar, dan dia tahu, walau sebanyak mana pun dia sayangkan Mak Su. Namun ada lagi yang lebih menyayangimu. Benar kata Mak, setiap hari pabila dia lihat imbasan senyumnya di balik cermin. Dia tahu Mak Su sentiasa ada dekat dengannya. Mempimpin dia di mana2.

Sebab lukisan senyum kita serupa.

p/s : I’m Amiey. Setiap orang mesti ada someone special to be remember, rite?

7 comments:

ada van de kamp said...

teringat wajah2 kesayangan sewaktu dikafankan. hanya allah yg tahu. al-fatihah setiap kali teringat :)

ahsfantasy24 said...

yep..
dan yg tristmwa tu sgt indah~
=)

Orang Senyap said...

ada van de kamp ::

ya.. hanya Allah saja yang tahu..

masa kita? entah bila..

Orang Senyap said...

ahsfantasy24 ::

hehe.. yang istimewa itu jugak la yang akan sntiasa melekat dalam ingatan. :-)

[z@ck] said...

teringat pula time saya tengok arwah mama dikafankan..ya allah..sedih gila
=(

EISENHOUR said...

pernah dgr x'org baik2 selalu pergi awal'...

afi said...

Memories are made to be treasured..~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...