sahabat Senyap

Sunday, July 11, 2010

Kolumnis Formal

Apabila bibir tidak lagi bersuara dan pandangan mata bertukar redup, itu tandanya aku sedang bercakap2 dengan hati sendiri. Meraih idea, mengerah keringat untuk memulakan sesuatu yang baru. Dada papan kekunci disentuh perlahan, mencernakan perkataan2 di dada skrin. Satu persatu abjab muncul digubah menjadi ayat.

Usahakan tangan kirimu tidak melihat apabila tangan kananmu memberi. Itu pesan Rasullullah. Kesediaan hati untuk memberi adalah lebih penting ertinya daripada pemberian itu sendiri. Pada mereka yang berbakti pada kehidupan ini, tetapi tidak mempedulikan hari akhirat, adalah bijak untuk seketika, tetapi bodoh untuk selama2nya.

Memberi bukan hanya diukur dengan nilai kebendaan. Kita dengan mudahnya boleh menggunakan kuasa memberi untuk menambahkan keceriaan hidup di dunia. Caranya? Berikan beberapa patah penghargaan yang ikhlas kepada seseorang yang sedang kesepian atau sedang kecewa. Mungkin esok kita akan lupa pada perkataan2 itu, tetapi si penerima akan digembirakan olehnya seumur hidup.

Berhenti sekejap. Baca semula. Hati tidak puas. Backspace. Hilang. Menjerit dalam hati. Buntu. Urgh.

Menjadi kolumnis di dalam ‘Buletin Divisyen’ kadang2 agak memenatkan. Sedikit payah hendak menukarkan ‘tulisan ini’ dalam bentuk penulisan formal. Haha. Banyak praktis, alhamdulillah sekarang sudah mula biasa. Hanya dari suara sastera ditukarkan ke bahasa baku.

Pemberian, melahirkan pemberian yang lain. Lain yang lebih bermakna. Hujung minggu, aku akan ke Rumah Penyayang Wadi Sakinah. Sebuah institusi kebajikan yang baru berusia dua bulan. Rata2 penghuni terdiri daripada anak yatim, warga tua, ibu tunggal, remaja bermasalah dan bayi buang. Sedih kan? Hum.

Jadi sebelum sampai masa itu, sebolehnya sumbangan dari pekerja yang lain aku ingin kutip. Biar sama2 bantu, sama2 sumbang. Sama2 dapat ganjaran. Cara mana lagi medium iklan kalau bukan melalui tulisan.

p/s : I’m Ami. Next post will share inside Rumah Penyayang Wadi Sakinah. Biar kita pula sama2 tolong.

2 comments:

asked said...

jiwa kosong.

Orang Senyap said...

asked ::

jiwa kosong??

maksud kamu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...