Aku sempat menadah titisan air hujan pada hari itu. Kecil2 butirannya jatuh terus melebur di atas telapak tangan, buat seketika aku dapat merasakan pejal tujahannya tapi sejurus aku menoleh ke tapak tangan. Hanya percikan air yang dapat aku lihat. Kemudian aku mendongak ke atas melihat berlian2 itu menari dalam udara. Aku lekas2 mencari tempat berteduh sambil memeluk tubuh. Cuba berlindung dari dihujani berlian2.
Ah. Musim hujan kini. Tanda rahmat dari Tuhan.
Oh ya. Kebelakangan ini aku betah bercerita perihal tentang perkembangan, pengisian rutin hari. Tentang aku. Tapi kali ni aku sentuh sedikit berkenaan apa yang berlaku pada salah seorang rakan.
Lazimnya, jika kita tertekan kerana sesuatu masalah, aku fikir yang membebankan kita bukanlah masalah itu tetapi andaian kita terhadapnya. Jika kita boleh memahami masalah, jawapan akan muncul dari dalamnya, kerana jawapan tidak pernah terpisah daripada masalah. Namun cara dia menanganinya, aku sangat2 tidak bersetuju.
‘zam, aku tak boleh tidur bila ingatkan masalah ni. aku ingat balik rumah nanti aku nak telan pil tidur’
‘zam, tadi dah separuh ubat batuk aku telan.’
‘zam, aku kecewa sangat. aku malu. rasa macam nak bunuh diri’
Bila aku lihat raut wajahnya, memang terlukis jelas rasa rendah diri, moral down, kusam, kusut. Apa yang aku dan yang lain boleh buat hanya menenangkan, dengar apa yang terbuku. Biar dia luahkan semua. Sekurang2nya bila rakan2 yang lain sentiasa dekat, masalah yang dibebani dia akan surut sedikit. Banyakkan sabar Bro. Ingat Tuhan. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
Tidak ada hujan yang sentiasa berakhir banjir. Tidak ada angin yang sentiasa menjadi ribut. Dan, tidak ada masalah yang terlalu sukar sehingga kita tidak boleh melangkah melepasinya. Peace dari Senyap.
p/s : I’m Emi. And I’m also Zam. Facebook type muhammad zam zami. Hehe.

8 comments:
putus cinta eh???
bagi aku org yg nak bunuh diri ni sgtlah selfish dan tidak bersyukur..org2 sebegini patut dibawa ke Gaza..tgk mcm mana perjuangan umat Islam di sana..mcm mana nyawa itu amat berharga demi jihad Allah...jgnlah kita hidup utk mati katak jer...
hey orang senyap.
tue la guna kawan kawan..jgn masa senang je tunjuk muka..hohoo
SitiMashitahSaidin ::
Hai, erm.. bukan putus cinta siti..
masalah kerja, mungkin terlampau sangat diikutkan emosi tue sampai hilang pertimbangan, jadi cetek pemikiran..
but he's okey now.. alhamdullilah..
Aideeb ::
adeh deeb, komen kamu nie sentiasa buatkan saya speechles la.. hehe
tapi betul cakap awak tue.
Fyra Faheera ::
hai fyra faheera..
thanks dropping by..
do come often naa.. hehe
Azuan ::
hari kita pulak entah esok entah lusa kan?
Post a Comment