sahabat Senyap

Thursday, September 16, 2010

Jangan Lupa Untuk Gembira

Aku tersenyum payah. Ketara tidak berdaya. Bukan dibuat2. Tenaga memangnya menyusut. Terkial2 tadi ketika hendak melakukan tugas yang mudah sekalipun, menyarung baju sahaja hampir sepuluh minit. Itu belum disentuh lagi waktu mandi. Menjerit dalam diam menahan pedih bila air mencecah pada kesan luka.

Ini kali ketiga aku ditimpa kemalangan. Semuanya akibat dilanggar orang. Seperti kali ini, dilanggar kereta dari arah belakang. Kesannya, tangan kiri terpaksa memakai anduh, sendi pergelangan tangan dan bahagian siku terhentak kuat. Lengan kanan disagat jalan tar sehingga tampak isi. Kaki dan lutut kiri turut terhentak sehingga bengkak. MasyaAllah, sakit sangat.

Tapi Alhamdullillah. Syukur. Tiada anggota yang patah atau retak. Terima kasih juga pada rakan yang datang melawat, yang selalu tanya khabar. Yang tak jemu pesan ‘Jangan lupa makan ubat ikut masa’, ‘rajinkan diri cuci luka’, ‘jangan banyak bergerak’. Terima kasih.

Salah satu cara untuk menyembuhkan sakit ialah mengharap supaya ia lekas sembuh dan tidak selalu memikirkannya. Oleh sebab itu juga, walaupun dalam keadaan kehencut2 hendak berjalan, itu bukan penghalang untuk aku untuk keluar beraya. Yang penting gembirakan hati. Sebabnya.

Gembira itu adalah penggerak utama kepada kesihatan dan ia merupakan sahabat karib minda sebagaimana karibnya ia dengan tubuh badan. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab moral dan agama, sebab kesihatan merupakan asas kepada segala kebaikan sosial. Kita tidak lagi berguna kalau tidak sihat.

Jadi mulakan dengan senyum ringkas dan jangan lupa untuk gembira. Hehe. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Amie. Semoga awak lekas sihat.

2 comments:

[z@ck] said...

get well soon dear..
jangan ganas2 sgt..awak kureng jambu la raya ni.ada parut sana sini.hehehe

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

itula, dah kurang hensem dah tangan nie.. haha

nasib baik muka tak terjejas apa2.. tapi xpe. lelaki ada parut sikit baru la maskulin.. kan? kan? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...